SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Friday, December 18, 2009

Menjengah amalan Sunnah di Bulan Muharram




Bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1431 Hijriyah menjengah menandakan kita semakin dimamah usia, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan.
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat.

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat.
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram.

Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim). Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan).

Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram.
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).

2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik. Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura.
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.
Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak.

Sebaiknya amalan yang dilakukan hendaklah dengan ilmu , kerana tanpa ilmu akan sia-sialah amalan. Semoga ditetapkan iman dimurahkan rezki selamat tahun baru hijrah 1431.

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Saturday, December 12, 2009

Selamat Bercuti

Pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan pelawat mypqs. Untuk makluman blog mypqs telah menambah admin baru untuk menjadikan ia benafas baru dengan admin ketiganya iaitu Wan Abdul Hamiluddin. Semoga blog ini semakin ceria dan bernafas baru. Terima kasih semua.

Thursday, May 14, 2009

Berburu ke padang Datar Dapat Rusa Belang Kaki, Berguru Kepalang Ajar Bagai Bunga Kembang Tak Jadi


Buat Insan bernama guru, cikgu, ustaz, ustazah, tuan guru dan yang sama golongan dengannya,
yang pernah mencurah ilmu walau sepatah ayat .....
jasamu dikenang sepanjang hayat...
waimma ke akhirat..
Terima kasih cikgu!!!!
Terima kasih guru!!!!
Terima kasih tuan guru !!!!
Terima kasih ustaz !!!!
Terima kasih ustazah !!!!
Terima kasih muallim !!!!
Terima kasih muaddib !!!!
Terima kasih murabbi !!!!
Engkaulah penyambung warisan
Gudang segala ilmu.....
Berbanggalah kerna kalian adalah guru
Jangan kau persiakan
pada mereka
yang menagih ilmumu..
menaruh harap pada budimu...
Selamat Hari Guru
16 Mei 2009..

Saturday, March 07, 2009

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulid Nabi kepada semua pengunjung Mypqs blogspot. Ayuh mari kita jadikan Junjungan Nabi kita sebagai suri teladan dalam kehidupan seharian. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasul sekalian alam juga kepada para Sahabat dan Ahli Keluarga Baginda seluruhnya.


Mari kita kongsikan antara beberapa peribadi dan akhlak Rasulullah S. A. W buat pedoman kita mengharugi sisa-sisa usia kita untuk menjejaki kehidupan yang abadi nantinya.


1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan



2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya



3) Sangat elok dan sempurna wajahnya



4) Baginda memilik perasaan yang halus



5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan



6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan
kemegahan



7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang



8)Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain



9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas



10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya



11) Suka membalas hadiah



12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk



13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya



14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya



15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa



16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu
melepaskan tangannya



17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda
hormat kepada mereka



18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama



19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun



20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat



21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas



22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya



23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut



24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara



25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan



26) Amat kasih terhadap umatnya



27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya



28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah



29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan



30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka



31) Suka menziarahi orang sakit



32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya



33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak
beratap



34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi



35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan



36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena



37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-
kanak




(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)
Ingat lah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. "(surah al-Ahzab : 56)

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan al-Kareem




Telah di fardhukan ke atasmu berpuasa sebagaimana yang difardhukan ke atas orang sebelum kamu. Kehadiran Ramadhan al mubarak inilah yang sering dinantikan kehadirannya untuk dijadikan madrasah ruhiyyah mendidik diri mengekang segala tuntutan nafsu dan hasutan syaitan. Moga tarbiyyah ruhiyyah itu dijadikan bekalan menghadapi bulan-bulan yang mendatang yang natijahnya menjadikan muslim muttaqi yang menebal keimanannya.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Selamat berpuasa.

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru


Dalam mencapai aspirasi pembangunan ketamadunan, manusia adalah unsur yang paling utama. Pembangunan akan tidak bererti kalau manusia itu sendiri telah runtuh. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menerangkan; "Anak Adam itu ialah binaan/bangunan Allah." Sudah pasti yang dimaksudkan dengan perbuatan meruntuh ini bukan sekadar membunuh atau merosak hakikat jasmaniahnya sahaja, malah merangkumi usaha merosakkan pemikiran, hati nurani, akhlaq dan aqidahnya.


Manusia yang runtuh kemanusiaannya tidak dapat menjadi sendi ketenteraman dan kesajahteraan masyarakat. Ia kabur tentang hakikat dan tujuan hidupnya sendiri. Pembangunan itu menurutnya tidak lain dari usaha mencurahkan aspirasi dan khayalan cita-cita yang tidak berteraskan nilai dan norma samawi. Ia membina gedung, institusi, rancangan-rancangan yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai-nilai abadi ini lebih penting ditekankan untuk kesejahteraan jangka panjang manusia itu sendiri. Apabila nilai-nilai, kesedaran. dan komitmen terhadap nilai semakin lemah dan longgar , manusia mula berhadapan dengan persoalan keruntuhan keperibadian, akhlaq dan peradabannya.


Oleh sebab itu soal membangun modal insan merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membangun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama'.Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya.
Perkembangan ledakan ilmu pengetahuan membawa berbagai perubahan dalam berbagai bidang kehidupan . Antara yang datang dengan kemajuan ialah penjajahan .


Penjajahan yang datang silih berganti menguasai negara Islam bukan sahaja menjajah kekayaan umat tetapi juga merosakan keperibadian dan meninggalkan pendekatan keilmuan yang sekular. Golongan apa yang dipanggil agamawan bukan sahaja diketepikan tetapi juga diruntuhkan imej mereka sebagai golongan ulama' atau ustaz dakwaan yang dikatakan sebagai palsu. Institusi agama dikembirikan.


Ilmu-ilmu yang tidak bertitik tolak dari agama tetapi kerap didorong menentang nilai-nilai agama. Gejala kemunduran yang lahir daripada kemiskinan dan hasil pemunggahan penjajahan terhadap kekayaan umat atau hasil tidak keadilan sosial.Pergertian akhlaq dalam tasawur Islam tidak difahami dan 'dihayati. Persoalan ketuhanan atau ibadah tidak ada kena mengena dengan masalah akhirat. Seseorang boleh dianggap contoh insan berakhlaq atau bermoral meski ia tidak pernah mengenal dan menyembah Tuhan atau mengindahkan nilai agama Akhlaq tidak ada kena mengena dengan keadilan sosial dan kemestian mematuhi undang-undang Allah.


Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.


Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.


Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam . Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Rasulullah menerangkan "Addin atau agama ialah akhlak yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya." Begitulah murninya tugas guru menjadi tunjang penerus misi pengutusan rasul untuk menyempurnakan akhlak manusia. Berjayanya guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher atau apa sahaja gelaran anda bergantung berjayanya modal insan yang dibina dan yang kita hasilkan. Semoga ianya menjadi amal jariah ilmu yang bermanfaat bekalan waktu kita memerlukan di hari kemudian.



Selamat Hari Guru buat semua warga guru
FREE PALESTINE

My Blog List