SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES
Showing posts with label Pengajian al Quran. Show all posts
Showing posts with label Pengajian al Quran. Show all posts

Thursday, August 05, 2010

Tanda Kekuasaan Allah pada kejadian Manusia

Betapa sukarnya para Malaikat ketika mendapatkan tanah-tanah dari bumi untuk diciptakan Adam Alaihi Salam ( Abul Basyar Bapa segala manusia ). Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Tuesday, July 20, 2010

Ikhlaskah kita dalam amalan?

Antara sifat mahmudah yang dituntut untuk kita laksanakan ialah ikhlas dalan setiap ibadah dan amalan. Amat mudah untuk berkata "saya ikhlas" "derma ikhlas" "sumbangan ikhlas" dan sebagainya namun praktisnya menuntut kepada penghayatan terhadap keikhlasan yang tidak sekelumitpun mengharapkan sesuatu.

Firman Allah s.w.t
إنما نطعمكم لوجه الله لانريد منكم جزاء ولا شكورا

Maksudnya: Kami memberi makan hanya kerana mengharap keredaan Allah s.w.t. Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak mengharapkan ucapan terima kasih. (Al-Insan: 9)

Antara tanda-tanda sifat ikhlas ketika kita berbuat baik kepada orang lain ialah
1. Tidak mengharapkan balasan.
2. Tidak mengharapkan ucapan terima kasih.

Apa pengertian Ikhlas?
Imam Qusyairi telah berkata: Ikhlas adalah mengesakan niat kepada Allah semata-mata dalam melaksanakan kerja-kerja ketaatan.

Diantara tanda-tanda ikhlas adalah seperti yg dinyatakan Imam Zu Nun al-Misri ada tiga.
1. Sama saja baginya samada pujian atau kejian daripada manusia.

2. Tidak mengingati amalannya kembali. (contoh ingat amalan adalah kita berasa baik selepas membuat amalan dan sepatutnya kita tidak berasa apa-apa kerana kita telah berserah amalan kita padaNya)

3. Hanya menuntut pahala amalan di akhirat. (kita tidak membuat amalan kerana mengharapkan pujian dan kedudukan daripada manusia).

Semestinya kita mesti memastikan kita benar-benar ikhlas sebelum kita beramal.
Diceritakan bagaimana seorang soleh berkata kepada yang mengajaknya untuk menghadiri solat jenazah: Sebentar lagi sehingga aku dapat menghadirkan niat ikhlasku..

Tapi janganlah kita meninggalakan amalan kerana takut riya' dan sebagainya.
Yang demikian itu Imam Fudail bin Iyad telah berkata:
ترك العمل لأجل الناس رياء والعمل لأجل اناس شرك والإخلاص أن يعافيك الله عنهما
Maksudnya: Meninggalkan amalan kerana manusia adalh riya', berbuat amal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas dengan Allah adalah menyelamatkan kamu dari keduanya.
disunting semula dari blog akhi salman

Thursday, May 20, 2010

Kebejatan akhlak kesan lahirnya anak zina

Semua pihak mesti berfikir dan bertindak mengatasinya. Persoalan zina, pelacuran, persundalan dan yang sama waktu dengannya memang telah wujud sejak zaman jahiliyyah malah zaman nabipun ada manusia berzina dan mengaku di depan nabi. Apatah lagi hidup sudah jauh dengan zaman nabi. Antara ubat mencegahnya dengan racun yang ditabur sehari-hari dari punca-punca yang sukar dibendung akibat langit terbuka juga kebejatan akhlak dorongan syaitan laknatullah menyuburkan keturunan penzina yang semakin ramai disekeliling kita. Ada yang takut malu mencemar nama baik keluarga membuat dosa yang lebih besar dengan membunuh, menanam, malah yang tak pernah terfikir oleh kita. Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula hari ini nescaya dia pun terkejut. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Dari maksud Firman Allah;


Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)


Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.


Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-


31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.


Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.

Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Kemana mereka ini akhirnya. Bukankan mereka ini juga akan punya zuriat. Betapa institusi keluarga kita juga akan hancur ekoran perangkaan tersebut. Kerosakan ini turut sama dirasai di institusi dan sekolah atas nama sekolah agama sekalipun sudah ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dan betapa susahnya nanti untuk mencari jodoh manusia yang tak terlibat hasil dari perzinaan yang ditakuti mewarisinya. Sedangkan dalam Islam menyuruh mencari keturunan yang baik-baik.


Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).


Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Penyelesaian mengikut Islam untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.

Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam di rumah lagi hinggalah ke sekolah dan suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah pengukuhan pelaksanaan syariat Islam.


Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang belum menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Umpama memberi pil tahan sakit atau sama seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para pendidik, ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit sosial tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Perancangan musuh lebih rapi dari langkah kita membendungnya.

Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, di era jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah tetap berlaku. Inilah yang mendorong Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah mencari punca kuasa memerintah sebuah daulah Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat Islam dari acuannya sendiri. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]

Inilah yang menjadi dasar dan asas untuk bertindak. Disamping merawat tubuh yang sudah luka jangan lupa pada pantang larang dan makan ubat. Jangan tunggu seluruh tubuh sudah busuk hanya tunggu diangkat untuk dikambus.. Perjuangan belum selesai dari semua pihak Ibu bapa, guru yang mendidik, komuniti masyarakat, penguatkuasa malah ulil amri perlu bangun serentak bukan menuding jari pada seseorang sahaja. Akhirnya setiap kita wajib berdoa menadah tangan setulusnya agar kita dan anak-anak dan seluruh keluarga kita nantinya terus selamat dari dosa ini disamping berusaha melakukan suruhan-suruhan Allah yang menjadi benteng kekuatan Ummat. Wallahua'lam

Wednesday, February 17, 2010

Menilai Kecintaan Rasulullah terhadap umatnya

“ Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian, jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
( at-Taubah: 128-129 )

Pertama, Min Anfusikum, dari kalanganmu sendiri.
Nabi berasal dari sesama manusia seperti kamu. Nabi yang datang itu bukanlah Nabi yang datang sebagai makhluk ghaib, bukan pula Superman, tapi Nabi yang datang dari tengah-tengah manusia. Bahkan Nabi diperintahkan untuk berkata bahwa Nabi adalah manusia seperti kita semua, seperti dalam ayat “Qul innamâ anâ basyârum mitslukum…” (QS. Al-Kahfi 110) Nabi adalah manusia biasa. Kalau ia berjalan, ada bayang-bayang badannya. Kalau terkena panas matahari, berkeringat kulitnya. Kalau terkena anak panah, berdarah tubuhnya. Ia bukan manusia istimewa dari segi jasmaniahnya, ia pun merasakan lapar dan dahaga. Al-Qur’an menegaskan bahwa kehidupan Nabi itu sama seperti kehidupan manusia biasa. Nabi dapat merasakan kepedihan dan penderitaan seperti manusia biasa yang mendapatkan musibah.

Pada ayat Min Anfusikum, diterangkan bahwa kata Anfus bermaksud yang paling mulia. Jadi ayat ini bermaksud, “Sudah datang di antara kamu seorang Rasul yang paling mulia.” Artinya Rasulullah diakui kemuliaannya, bahkan sebelum Rasul membawa ajaran Islam. Dia adalah orang yang paling baik di tengah-tengah masyarakatnya dilihat dari segi akhlaknya. Sebagian orang ada yang menyebutkan bahwa Rasul berasal dari kabilah yang paling baik. Jadi sifat pertama nabi adalah paling mulia akhlaknya, sampai orang-orang di sekitarnya memberi gelar Al-Amîn, orang yang terpercaya.

Kedua, berat hatinya melihat penderitaan umat manusia.
Para ahli tafsir mengatakan yang dimaksud dengan berat hati Nabi ialah kalau manusia menemukan hal-hal yang tidak elok. Dalam riwayat yang lain, yang dimaksudkan dengan berat hati Rasul ialah jika orang Islam berbuat dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahwa sampai sekarang Rasulullah masih dapat melihat perbuatan-perbuatan kita dan Rasul akan menderita jika melihat kita berbuat dosa. Karena beliau sangat ingin supaya kita memperoleh petunjuk Allah. Bahkan Rasul sampai bersujud di hadapan Allah agar diizinkan untuk dapat memberi syafaat kepada umatnya.

Ketiga, Nabi sangat ingin agar kaum muslimin memperoleh kebaikan.
Ia ingin memberikan petunjuk kepada umatnya. Keinginan untuk memberikan petunjuk kepada kita begitu besar, sehingga Rasul bersedia memikul seluruh penderitaan dalam berdakwah.


Keempat, ia sangat penyantun dan penyayang kepada orang mukmin
Menurut ahli tafsir, belum pernah Allah menghimpunkan dua nama-Nya sekaligus pada nama seorang nabi, kecuali kepada Nabi Muhammad saw. Nama yang dimaksud ialah nama Raûfur Rahîm.
Raûfur Rahîm itu adalah nama Allah. Nama itu pun dinisbahkan Allah kepada Rasulullah. Menurut sebagian ulama, Raûfun artinya penyayang dan Rahîm artinya pengasih. Jika kedua kata itu digabungkan dalam satu tempat, maka artinya berbeda. Menurut sebagian ahli tafsir, nama itu berarti sifat Nabi yang penyayang tidak hanya kepada orang yang taat kepadanya, tapi juga penyayang kepada orang yang berbuat dosa. Nabi melihat amal kita setiap hari. Beliau berduka cita melihat amal-amal kita yang buruk.

Dalam riwayat yang lain, Rasul itu Raûfun Liman Râ’ah, Rahîmun Liman Lam Yarâh. Artinya, Rasul itu penyayang kepada orang yang pernah berjumpa dengannya dan juga penyayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengannya. Suatu hari Rasul berkata, “Alangkah rindunya aku untuk berjumpa dengan ikhwânî.” Para sahabat bertanya, “Bukankah kami ini ikhwânuka.” “Tidak,” jawab Rasul, “kalian ini sahabat-sahabatku. Saudara-saudaraku adalah orang yang tidak pernah berjumpa denganku, tapi membenarkanku dan beriman kepadaku.” Rasul sangat sayang kepada orang yang tidak pernah berjumpa dengan Rasul tetapi beriman kepadanya.

Di dalam satu Tafsir diriwayatkan , “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku, padahal tidak pernah berjumpa denganku.” Rasul menyebutnya sampai tiga kali. Rasul juga sayang bukan hanya kepada orang Islam saja, tetapi juga kepada orang kafir.
Diriwayatkan bahwa ketika Rasul berdakwah di Thaif, Rasul dilempar dengan batu sehingga tubuhnya berdarah. Kemudian Rasul berlindung di kebun Uthbah bin Rabi’ah. Rasul berdo’a dengan do’a yang sangat mengharukan. Rasul memanggil Allah dengan ucapan, “Wahai yang melindungi orang-orang yang tertindas, kepada siapa Engkau akan serahkan aku, kepada saudara jauh yang mengusir aku?” Kemudian datang malaikat Jibril seraya berkata: “Ya Muhammad, ini Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu. Dan ini malaikat yang mengurus gunung-gunung, diperintah Allah untuk mematuhi seluruh perintahmu. Dan dia tidak akan melakukan apapun kecuali atas perintahmu.” Lalu malaikat dan gunung berkata kepada Nabi, “Allah memerintahkan aku untuk berkhidmat kepadamu. Jika engkau mau, biarlah aku jatuhkan gunung itu kepada mereka.” Namun Nabi berucap, “Hai malaikat dan gunung, aku datang kepada mereka karena aku berharap mudah-mudahan akan keluar dari keturunan mereka orang-orang yang mengucapkan kalimat Lâilâha illallâh.” Nabi tidak mahu menurunkan azab kepada mereka. Nabi berharap kalau pun mereka tidak beriman, keturunan mereka nanti akan beriman. Kemudian berkata para malaikat dan gunung, “Engkau seperti disebut oleh Tuhanmu, sangat penyantun dan penyayang.”

Kasih sayangnya tidak terbatas kepada umatnya. Perasaan cinta kita kepada Nabi tidak sebanding dengan besarnya kecintaan Nabi kepada kita semua. Kecintaan Nabi terhadap orang-orang yang menderita begitu besar. Menurut Siti Aisyah, Nabi tidak makan selama tiga hari berturut-turut dalam keadaan kenyang. Ketika Aisyah bertanya apa sebabnya, Nabi menjawab, “Selama masih ada ahli shufah —orang-orang miskin yang kelaparan di sekitar mesjid— saya tidak akan makan kenyang.” Dan itu tidak cukup hanya pada saat itu, Nabi juga memikirkan umatnya di kemudian hari. Beliau khawatir ada umatnya yang makan kenyang sementara tetangga di sekitarnya kelaparan.

Jesteru itu Nabi berpesan, “Tidak beriman kamu, jika kamu tidur dalam keadaan kenyang sementara tetanggamu kelaparan.” Nabi pun mengatakan, “Orang yang senang membantu melepaskan penderitaan orang lain, akan senantiasa mendapat bantuan Allah swt.” Empat sifat Rasulullah kepada umatnya, yang sangat luar biasa.

Marilah kita menanam rasa kecintaan Rasulullah yang agung kepada kita dan bandingkanlah apa yang dapat membuktikan kecintaan kita kepadanya. Sekarang kita bertanya, sejauh mana kita mengikuti sunnah Rasulullah saw? Dapatkah akhlak kita seperti akhlak Nabi sebagaimana yang disebut dalam surat Al-Taubah 128? Bagai-mana kita dapat ikut merasakan penderitaan orang-orang di sekitar kita? Bagaimana kita menjadi orang yang berusaha agar orang- orang lain itu hidup bahagia dan memperoleh petunjuk Allah? Bagaimana kita menumbuhkan sikap Raûfur Rahîm di dalam diri kita seperti Rasulullah saw contohkan kepada kita?

Marilah kita sebarkan kecintaan kepada Rasulullah saw di dalam diri kita, keluarga kita, dan pada masyarakat di sekitar kita. Sering diingat bahawa misi Rasulullah yang paling utama adalah misi akhlak yang mulia. Tidak ada ertinya menisbahkan diri kita kepada Rasulullah saw tanpa memelihara akhlak yang mulia. Hendaknya kita selalu mengucapkan shalawat kepada junjungan nabi s.a.w . Kita sewajarnya merasa untuk sama-sama saling membantu sesama manusia dalan perkara kebaikan, Peduli terhadap kesengsaraan orang lain baik dalam urusan dunia atau akhirat, Penyayang terhadap umat manusia, disamping menginginkan kebahagiaan orang lain.

Nabi (s.a.w) sendiri ada menyatakan betapa pentingnya kesabaran dan penyantun itu dipunyai oleh seseorang, kerana sifat-sifat tersebut sangat disukai oleh Allah dengan sabdanya:
لاَ حِلْمَ أَحَبُّ إلى اللهِ تَعَالَى مِنْ حِلْمِ إِمَامٍ وَرِفْقِهِ وَ لاَ جَهْلَ أَبْغَضُ
إلى اللهِ تَعَالَى مِنْ جَهْلِ إِمَامٍ وَخرقِهِ

"Tidak ada kesabaran yang lebih disukai oleh Allah dari kesabaran seorang imam (pemimpin) dan penyantunnya, dan tidak ada kejahilan yang lebih dibenci oleh Allah dari kejahilan seorang imam (pemimpin) dan kebebalannya."

Allah Taala menerangkan di dalamnya kelebihan dan kasih sayang Rasulullah Sollahu’alaihiwasallam kepada umatnya. Ayat terakhir ini menerangkan kaedah untuk berdepan manusia yang berpaling dari seruan Allah Taala. Sesungguhnya seluruh perjalanan alam ini adalah bawah jagaanNya, Dia berkuasa untuk melakukan apa sahaja kepada makhlukNya. Keuntungan kepada hambaNya yang melazimi ketaatan, kerugian untuk mereka yang memilih kemaksiatan.Wallahua'lam.

Wednesday, January 13, 2010

Mengutip Beberapa Kisah Mempersendakan Agama

" Dan jauhkanlah diri dari orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran supaya tiap-tiap diri kelak tidak terjerumus ke dalam azab neraka dengan sebab apa yang telah ia usahakan..." maksud ayat surah al-anaam ayat 70.

Sirah Nabawi telah mencatatkan perihal keadaan Nabi Muhammad SAW yang telah melalui dan merasai kepahitan tuduhan dan tohmahan yang di lemparkan oleh golongan yang suka mempersendakan agama Allah. Mereka cuba menjatuhkan martabat Baginda sekaligus menjauhkan manusia dari dakwah dan jihad yang dibawanya. Mereka telah menyakiti Baginda sepertimana orang kafir Quraish menyakiti Baginda dengan mengeluarkan Baginda dari kampung halamannya sehingga Baginda terpaksa meninggalkan semua harta benda dan rumah tangganya.

Dikisahkan bahawa Nabi saw ketika di Madinatul Munawwarah sentiasa berada di Masjid bersama para sahabat. Baginda SAW mengajar ,mendidik dan mentarbiyah mereka yang terdiri dari semua lapisan masyarakat, tua dan muda, miskin dan kaya. Di kalangan para sahabat itu terdapat seorang kanak-kanak kecil, tetapi walaupun masih kecil, jiwanya telah dipenuhi dengan kalimah tauhid dan keimanan yang teguh. Beliau ialah ‘Umair ibn Sa’ad radhiallahu ‘anhu.
Pada suatu hari, ‘Umair telah pergi ke rumah bapa saudaranya, seorang tua yang telah berumur lebih enam puluh tahun, tetapi dirinya penuh dengan sifat-sifat munafiq. Namun demikian beliau sentiasa bersolat bersama orang lain di masjid, bahkan berpuasa dan mengerjakan ‘umrah. Beliau adalah seorang pendusta risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Namanya Al-Julas ibn Suwaid.

Semasa berada di rumah bapa saudaranya itu, ‘Umair pun menceritakan apa yang telah dipelajarinya dari Rasulullah SAW, katanya: “Wahai ‘ammi (pak cikku)! Kami telah mendengar Rasulullah SAW menceritakan tentang kesusahan hari Qiamat, sehingga kami terasa dan tergambar seolah-olah hari Qiamat itu telah berlaku di hadapan mata kami”. Setelah mendengar kata-kata ‘Umair tersebut Al-Julas lantas mencelah dengan katanya: “Wahai ‘Umair! Demi Allah! Kalaulah Muhammad seorang yang benar maka kami semua lebih bodoh dari himar (keldai)!”.

Maka dengan serta merta berubah air muka ‘Umair serta gementar tubuhnya kerana terlalu marah, lalu beliau terus membantah cakap Al-Julas, dengan berkata: “Ammi (Pak cik)! Demi Allah! Engkaulah orang yang paling aku sayangi dengan sepenuh hati sebelum ini, tetapi demi Allah! Sekarang engkaulah orang yang paling aku benci”. Kemudian ‘Umair berkata lagi: “Aku sekarang berada di antara dua persimpangan jalan. Samada aku diamkan saja perkataan engkau ini, maka aku telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya, atau aku akan laporkan kepada Rasulullah SAW dan terserahlah apa akan terjadi selepas ini”.

Setelah mendengar bantahan ‘Umair, Al-Julas terus mengejek anak saudaranya: “Umair! Engkau seorang kanak-kanak yang masih mentah. Orang tidak akan percaya apa yang engkau cakap. Pergilah beritahu apa yang engkau suka”.

Maka dengan segera ‘Umair keluar dari rumah bapa saudaranya pergi menghadap Rasulullah SAW dan melaporkannya: “Wahai Rasulullah! Al-Julas bapa saudaraku telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya aku berlepas diri daripadanya kepada Allah dan kepada engkau”.
Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang diucapkan olehnya wahai ‘Umair?” Katanya: “Kalaulah Muhammad seorang yang benar maka kami semua lebih bodoh dari himar”.

Rasulullah SAW tidak terus membuat keputusan memandangkan kedudukan Al-Julas di kalangan sahabat, tetapi Baginda memanggil beberapa orang sahabat dan bermesyuarat dengan mereka. Beberapa orang sahabat memberi pendapat, katanya: “Umair seorang kanak-kanak yang masih mentah. Jangan tuan percaya cakapnya. Dia tidak tahu apa yang dicakapnya, sedangkan Al-Julas seorang tua yang baik, sentiasa bersolat bersama kami”.

Rasulullah SAW diam, tidak membenarkan laporan tersebut. Maka menangislah ‘Umair teresak-esak dan menggigil tubuhnya serta mengangkat mukanya ke langit, mengharapkan bantuan dari langit setelah tiada lagi tempat mengadu di bumi. Mengharapkan tasdiq(pembenaran) dan penyaksian dari Yang Maha Mengetahui segala perkara ghaib dan tersembunyi. Beliau berdoa: “Ya Allah! Sekiranya apa yang aku sampaikan ini benar maka benarkanlah. Dan sekiranya apa yang aku sampaikan ini dusta maka dustakanlah”.

Belum sempat Rasulullah SAW meninggalkan majlisnya itu dan keluar dari masjid, Jibril alaihissalam telah datang dari atas tujuh petala langit membawa perakuan atau shahadah pembenaran laporan ‘Umair bin Sa’ad melalui firman Allah SWT yang dapat kita baca hingga hari ini, yang bermaksud:

“Golongan munafiqin bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Dan sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kufur dan telah menjadi kafir sesudah Islam, dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya (dengan percubaan membunuh Rasulullah SAW”. [Surah at-Taubah: 74].

Rasulullah SAW terus memanggil Al-Julas dan bertanya tentang apa yang diucapkannya. Al-Julas dengan mudah terus bersumpah bahawa beliau tidak berkata apa-apa terhadap Rasulullah SAW. Baginda SAW terus membaca ayat yang diturunkan itu dan bersabda: “Sesungguhnya engkau wahai Al-Julas telah kafir!. Maka bertaubatlah kamu sekarang kerana firman Allah yang bermaksud:

“Maka jika mereka bertaubat, maka itu lebih baik bagi mereka” [Surah at-Taubah: 74].
Kemudian Rasulullah SAW memanggil ‘Umair bin Sa’ad dan mengucapkan “Marhaban” atau tahniah kerana laporannya mendapat akuan benar dari atas tujuh petala langit. [Al-Sayuti,Tafsir al-Durr al-Manthur, 3/463-464]

Demikianlah kisah ‘Umair RA dengan golongan munafiqin yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan kedudukan para du’at dan alim ulamak.

Pada sebuah lagi kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW tentang golongan yang mempersendakan Rasulullah SAW, agama Islam dan para sahabat ini.

Al-Hafiz Ibnu Kathir telah meriwayatkan daripada beberapa orang sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Muhammad bin Kaab dan Zaid bin Aslam RA bahawa seorang munafiq telah berkata sewaktu keluar untuk pergi berperang ke Tabuk: “Kami tidak pernah melihat satu golongan seperti para Qurra’ ini (iaitu tentera yang keluar ke Tabuk, Rasulullah SAW dan para sahabat). Mereka hanya gemar mengisi perut sahaja, mempunyai lidah yang suka berbohong serta sangat pengecut bila berdepan dengan musuh”.
Seorang sahabat bernama ‘Auf bin Malik terus membantah: “Bohong! Apa yang engkau cakapkan itu adalah dusta. Engkau seorang munafiq. Aku akan laporkan kepada Rasulullah SAW apa yang engkau katakan”.
Kemudian datanglah munafiq tadi menghadap Rasulullah SAW, sedang Baginda SAW berada di atas untanya untuk keluar. Beliau cuba memujuk Baginda, kononnya apa yang diucapkan itu cakap-cakap kosong dan main-main sahaja bagi menghilangkan rasa bosan dalam perjalanan. Rasulullah SAW terus berjalan tanpa menghiraukan rayuannya. Beliau terus bergantung pada tali unta Baginda dan ditarik oleh unta itu di atas batu. Rasulullah SAW hanya menjawab dengan ayat al-Quran yang telah diturunkan, yang bermaksud:
“Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu beristihza’ (bersenda gurau atau bermain olok-olok)? Tidak usahlah kamu meminta maaf. Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman”. [Surah at-Taubah: 65-66. Lihat Tafsir Ibnu Kathir 2/351].

Begitulah pengajaran yang amat berguna dari pengkisahan sirah nabawi yang patut dijadikan bahan penceritaan semula tentang kaum munafiq kepada anak-anak pada hari ini. Ia patut menjadi sempadan yang amat berguna kerana gejala mempersendakan agama dan sifat nifaq mudah berlaku di zaman mutaahirin ini.

Sunday, August 16, 2009

Memahami Konsep Ibadah

Ibadah pada bahasa ialah kehinaan, ketundukan dan kepatuhan. Pada syarak pula ialah:

- Perlaksanaan hamba segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan Allah dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Tuhannya.

- Ibn Khatir mendefinisikan ibadah pada syarak dengan ibarat daripada himpunan kesempurnaan kasih sayang, tunduk dan takut.

- Ibn Jarir mendefinisikan ibadah ialah, taat, tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.; mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan, tunduk patuh, merendah diri, takut dan mengharap.

- Al-Alusi pula mendefinisikan ibadah ialah, tahap tertinggi daripada segala ketundukan dan kepatuhan yang tidak mungkin berlaku dari segi syarak dan akal mengerjakan ibadah selain-Nya.

Ibadah diasaskan kepada beberapa faktor:

- Ma'rifah kepada Allah dan iktikad keEsaannya.

- Taat kepada Allah dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang melalui Rasulullah s.a.w.

- Pemerhatian bahawa kesemuanya itu bagi melaksanakan kewajipan hak Allah seperti hadis Muaz yang bersama Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hak Allah terhadap hamba dan hak hamba terhadap Allah.



Ibadah terbahagi kepada dua iaitu khusus dan umum:

Ibadah khusus merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.

Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang. (Sahih Bukhari)

Ibadah umum pula merupakan segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.



Amalan yang berstatus Ibadah

Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Ibadah Dalam Islam telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu itu mendapat status ibadah:

Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut.

Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik atau kerana Allah.

Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya bagi menepati oleh Rasulullah:

Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya. (Muslim)

Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.

Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya dengan melaksanakan ibadah-ibadah umum.



Kesalahan memahami Konsep Ibadah

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.

Konsep-konsep seperti ini tidak wujud di dalam syariat Islam. Namun demikian pengaruh konsep asing ini telah dapat juga meresap ke dalam kehidupan sebahagian besar daripada masyarakat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah. Ada yang menganggap ibadah itu hanya tertumpu kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja, terdapat juga di kalangan ummat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah, tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu yang lain daripada Allah. Begitu juga salahnya jika menganggap wujudnya pengasingan antara Ibadah dengan siasah, atau mengasingkan tugas harian kita seharian dengan ibadah sesuatu yang sangat jelas kesilapannya. Ayuhlah menjadikan seluruh kehidupan kita ini sebagai Ibadah yang bakal diterima Allah.

Ibadah akan memberikan kesannya yang mendalam terhadap pelakunya antaranya ialah;

- Menghampirkan diri kita kepada Allah.

- Dengan beribadah, hati, roh dan jasad kita akan menjadi sebati dalam ketaatan.

- Dengan beribadah dapat menukar pengabdian kita yang umum kepada yang khusus.

- Dengan beribadah kita akan berada dalam pemeliharaan Tuhan.

- Kita akan mendapat keamanan daripada Allah.

- Dan akhirnya kita dapat mengecapi kemanisan iman.

Thursday, August 06, 2009

Menghayati 25 Nasihat Luqman Al-hakim Kepada Anaknya

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Luqman; ayat 12

Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan oleh mu, maka marahnya ibubapa terhadap mu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Hai anakku; Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

Hai anakku; seseorang pendusta akan lekas/cepat hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian/nasihat kepada orang yang tidak mahu mengerti atau mendengar nasihat.

Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Hai anakku; Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.

Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan apa sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan apa saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

Hi anakku; Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Hai anakku; selalulah baik tuturkata dan halus budi-bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Hai anakku; Jadikanlah dan jagalah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan celaan pada dirimu.

Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; usahakanlah dan jagalah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

Hai anakku; Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dari berkata-kata kotor tentu akan menyesal.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur yang selalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Published by shafril May 11th, 2009 in Islam

p.s. Bukanlah hanya anak Luqman semata yang perlu mendengar nasihat ini malah ia menasihati anda sebagai orang yang membaca untuk menasihati pula anak sendiri dan anak didik kita semuanya. Anggaplah nasihat Luqman sebagai perintah dari Allah untuk manusia yang mengaku dirinya mukmin mudah-mudahan akan menambah nilai taqwa dalam diri.

Monday, July 27, 2009

Konsep Taaruf yang harus difahami





Kita petik maksud Firman Allah dalam surah al Hujurat:13

"Wahai manusia!sesungguhnya, Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,kemudian kami jadikankamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia laku di sisi Allah orang yang lebih taqwanya.Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya".

Taaruf adalah satu konsep perkenalan yang diajar dan dituntut perlaksanannya dalam Islam. Konsep taaruf juga selari dengan mana-mana konsep yang melibatkan 2 belah pihak yang baru berjumpa yang ingin memulakan perbualan. Dalam Islam kebiasaanya, lafaz salam digunakan di awal perbualan dan dituruti dengan pertanyaan soalan-soalan ringkas mengenai peribadi kedua-dua belah pihak itu. Taaruf di dalam Islam boleh digambarkan dengan begitu simbolik sekali. Ini adalah kerana, taaruf itu sendiri telah memainkan banyak peranan yang penting dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Lebih-lebih lagi jika, perhubungan yang dijalinkan itu sedia untuk diikat dengan ikatan ukhuwwah sebagai saudara seagama. Barulah nanti terjalinnya Islam itu sesunguhnya bersaudara. Ianya akan melangkaui batas georafi, keturunan dan warna kulit. Konsep ini akan terus menjalin hubungan yang luhur dan suci kasih mengasihi sesama umat, cubit peha kanan peha kiri terasa bukan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Ikatan Ukhuwwah peranannya amat penting dalam menyebarkan fikrah Islamiah ke seluruh pelusuk dunia. Dengan bermulanya taaruf dan terbinanya ukhuwaah,dan kesannya ikatan mahabbah terlahir di kalangan jemaah dan akhirnya dapat membentuk ikatan kesatuan yang kukuh dan teratur susunannya. Ikatan yang dibina atas dasar iman bukan sahaja mampu menjadikan umat Islam hebat malah kedudukannya dihormati di seluruh dunia. Dengan adanya ikatan persaudaraan seperti ini, pastinya Umat Islam bukan sahaja dihormati malah ianya juga digeruni oleh pihak musuh yang amat membenci Islam.

Taaruf memberi gambaran yang bahawa positif bilamana masyarakat memandang ianya adalah suatu kelebihan jika diamalkan dan suatu kerugian jika ditinggalkan. Taaruf dalam pelbagai bidang dan lapangan demi meneroka dan menguasai kemahiran ekonomi, pendidikan, politik dan apa jua yang selari dengan dasar islam. Namun ia kadangkala dipesongkan untuk tujuan yang negatif seperti untuk bermegah-megah, atau lebih tepat ke arah maksiat yang semestinya meyeleweng dari tuntutan Islam.Menjadikan seolah-olah Islam tiada konsep taaruf sejati melupakan segala kepentingan ummah demi nafsu ammarah semata-mata. Jelasnya Taaruf adalah medan terbaik untuk membina tamadun umat yang bersatu untuk al-khair malah menentang sebarang bentuk kezaliman dan fasad.

Dari sini kita kutip beberapa Intisari ayat 13 Surah Al-Hujarat;
- Allah menegaskan manusia sama dari segi kejadian mereka,
iaitu lelaki [ Adam ] & perempuan [ Hawa ]
- Dari asal yang sama,manusia dijadikan dalam pelbagai etnik,
bangsa dan kabilah supaya berkenal-kenalan demi kemajuan Islam
- Manusia diingatkan bahawa kedudukan di sisi Allah bukan ditentukan
mengikut keturunan,harta dan pangkat tetapi ketakwaan & kebersihan jiwa
- Manusia yang tidak menghayati konsep taa'ruf umpama haiwan liar yang sentiasa bermusuhan dan tidak mengenal erti persahabatan.
- Ta'aruf adalah ibadat.Orang yang mengamalkan taa'ruf mematuhi tuntutan syarak

Saturday, July 04, 2009

Peliharalah dari amalan syirik

Syirik adalah perbuatan yang menyekutukan Allah swt, menyembah selain Allah swt, atau percaya adanya Allah tetapi juga mempercayai adanya kuasa lain selain Allah. Perbuatan syirik adalah termasuk dalam dosa paling besar. Allah swt tidak akan mengampuni seseorang yang menyekutukan-Nya, sebelum orang tersebut bertaubat. Bila tidak bertaubat, maka neraka lah tempat yang kekal baginya, nauzubillahiminzalik…
Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni jika Dia disekutukan, dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya.” (QS. An-Nisa’: 48)
“Sesungguhnya barangsiapa menyekutukan Allah, maka Dia telah mengharamkan baginya surga dan tempat tinggalnya adalah neraka.” (QS. Al-Maidah: 72)
Syirik terbahagi kepada dua iaitu Syirik Jaliy dan Syirik Khafi. Syirik Jaliy atau yang nyata ialah menyekutukan Allah swt dengan beribadah kepada selain Allah swt. misalnya berdo’a dan meminta sesuatu kepada tempat keramat atau jin. Perbuatan memohon kebaikan kepada selain Allah itu adalah perbuatan sesat dan dosa besar, kerana kita diperintahkan hanya memohon dan berdoa kepada Allah semata-mata.

Bahaya syirik amatlah besar kerana boleh menyebabkan pelakunya keluar dari agama Islam (murtad). Bila seseorang melakukannya, maka ia wajiblah bertaubat kepada Allah swt. Oleh karena itu, cukup hanya Allah swt lah tempat kita memohon dan beribadah kepadaNya.
Syirik khafiy atau samar pula lebih merujuk kepada perbuatan riya’ atau ingin dilihat amalnya berbanding orang lain dan sum’ah iaitu ingin popular. Syirik ini terjadi apabila seseorang beribadah bukan kerana Allah swt namun kerana ia ingin mendapatkan pujian dari orang lain. Misalnya, seseorang yang solat kerana ingin dipuji oleh rakannya, bersedekah hanya karena ingin disebut sebagai orang yang dermawan, membaca Al Quran dengan suara yang lantang agar disanjung oleh orang di sekitarnya, menuntut ilmu kerana ingin diperkatakan bahawa ia seorang yang warak dan sebagainya.

Riya’ jika mencampuri amal, akan membatalkan amalan itu. Sebagaimana firman Allah swt: “Maka barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Rabbnya, maka hendaklah dia mengamalkan amal yang salih dan jangan menyekutukan Rabbnya dengan seseorang dalam beribadah.” (QS. Al-Kahfi:110)
Adalah sebaiknya kita menjauhi kedua-dua kategori syirik yang disebutkan agar kita menjadi mukmin yang muttaqi insya Allah.

Monday, June 29, 2009

Mudah-mudahan kita tergolong Mukmin yang Berjaya

Mukmin yang taat adalah mereka yang akan mendapat kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah. Mereka adalah kelompok manusia yang dijanjikan akan tinggal buat selama-lamanya dalam syurga bernama Firdaus yang penuh dengan kenikmatan. Dalam al-Quran, Allah menyebutkan tujuh ciri atau kelompok mukmin berjaya atau beruntung yang mana akhirnya dianugerahkan dengan syurga Firdaus. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1-11.
Tujuh ciri itu ialah:
1. Khusyuk dalam menunaikan solat. Sesungguhnya solat akan mampu dilaksanakan dengan khusyuk oleh seseorang mukmin, sesuai dengan kemantapan atau keteguhan iman yang dimilikinya. Pada dasarnya pengertian khusyuk di sini ialah bahawa seseorang itu dapat menghadirkan dirinya di dalam solat yang sedang dikerjakan. Khusuk boleh dicapai dengan beberpa cara antaranyamemahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solatnya. Mengetahui makna ayat yang dibaca, di samping mengawal bilangan rakaat. Jadi, tidak sekadar mengerti syarat dan rukunnya saja. Dalam khusyuk itu juga harus ada unsur takut kepada Allah. Demikian mengikut Imam Al-Ghazali. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk menjadi mukmin berjaya dan dapat mewarisi syurga Firdaus. Tetapi berapa ramaikah kalangan kita yang menjaga kualiti khusuk dalam solat berbanding solat yang sebelumnya dilakukan.
2. Memelihara diri dari perbuatan yang tidak berfaedah. Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah. Berfaedah juga bermaksud sesuatu yang tidak melanggar hak-hak syarak sekalipun ia dianggap berfaedah pada mata dunia semata-mata.
3. Menunaikan zakat yang difardhukan dan yang tidak difardhukan termasuk hibah dan sedekah. Sesungguhnya menunaikan zakat adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujudnya paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk zakat. Wajib baginya untuk membayar zakat harta itu. Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya. Kiranya ia sudah mengeluarkan zakat masih boleh juga menginfaaqkan harta secara hadiah atau sedekah.
4. Memelihara kehormatan atau kemaluannya melainkan untuk interinya yang sah. Orang mukmin yang berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwa (persetubuhan) melalui jalan yang halal dengan pasangan sah baik lelaki mahupun perempuan.
5. Melaksanakan amanah yang ditanggungnya. Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik. Ini kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.
6. Memenuhi janji sebagaimana yang diajarkan menurut Islam bahawa setiap janji mesti ditunaikan. Ini kerana janji itu ibarat hutang, lantaran ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri mukmin berjaya.
7. Memelihara solatSolat dalam pandangan mukmin sejati paling penting. Jadi, solat yang dilakukan mereka sentiasa cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik. Solat pada awal waktu dan sentiasa berwaspada agar dapat solat tidak di luar waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya.
Wallahu a'lam...

Saturday, June 27, 2009

Teruslah Berbuat baik pada Ibu dan Ayah kita

ISLAM mendidik umatnya supaya berterusan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa sekalipun mereka sudah tiada. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai. Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak. Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Israk ayat 23-24).



FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf ayat 15).


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda. (Riwayat Muslim)



Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa. Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.



Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).



Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.”



Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau – dengan akal fikiranmu – tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman ayat 14-15).




Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam. Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.



Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)



Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: “Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu.” (Riwayat Muslim)




Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.



Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

Diedit semula dari karya Arbain Muhayat

Sunday, June 21, 2009

Mencari khusuk bersolat melalui doa iftitah


Doa iftitah merupakan sebahagian sunat Hai'ah dalam solat. Solat yang tiada sunat haiah sepertilah manusia yang tidak berjangut, tiada alis mata, tiada bula mata, tiada rambut dan sebagainya: Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah sempurna seorang manusia sehingga dia bertakbir, memuji Allah , menyanjungiNya dan dia membaca apa-apa (ayat) yang mudah daripada al-Quran".



Kita mesti membacanya dengan bertajwid, faham makna serta menghayatinya. jika membaca tanpa memahami apa yang dibaca, serupalah kita dengan burung kakak tua yang tidak faham apa yang diucapkannya.



Jika kita tidak menghayatinya hati akan lalai kepada perkara lain, kita mesti tumpukan kepada apa yang dibaca dan disebut oleh lidah. bila kita bertakbir, lidah menyebut allah Maha Besar, manakala hati pula mesti turut membesarkan Allah. Berdustalah jika pada ketika itu hati memandang kepada yang lain lebih besar daripada Allah atau membiarkan hawa nafsu menguasai jiwa. Jika berlaku juga begitu kita hendaklah segera bertaubat dan beristghfar mengharap ampunan Allah.



Begitulah juga semasa membaca doa iftitah, bila kita berkata, terjemahannya: "Aku menghadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi"
Kita hendaklah sedar bahawa bukan wajah zahir yang dihadapkan kepada Allah kerana Allah itu tidak bertempat tetapi wajah batin (hati) mesti dihadapkan kepada Allah sahaja. ertinya hati tidak berpaling kepada perkara lain selain Allah. kita mesti memusatkan tujuan dan tumpuan kita kepada Allah semata-mata. sepatutnya kita merasa malu kepada Allah, kalau lidah berkata menghadap Allah tetapi hati kita mengingatkan benda selainNya.



Seterusnya apabila membaca: Maksudnya: "Dalam keadaan cenderung dan berserah"
Kita telah mengaku bahawa kita berserah diri kepada Allah, suka kepada kebaikan dan kesejahteraan. jika kita mengaku muslim, ertinya kaum muslim sekeliannya selamat daripada bencana lidah dan tangan kita. jika diluar sembahyang berlaku sebaliknya, jadilah kita seorang pendusta. waliyazubillah.



Begitulah juga kita berkata: "....Dan tiadalah aku daripada golongan orang-orang musyrikin"
Ketika kita faham di dalam hati bahawa kita bukan golongan musyrikin dan kita memelihara diri dari syirik tersembunyi. Ertinya hati berwaspada daripada memuja-muja manusia dan selain Allah, niat dan tumpuan hanya kepada Allah. Kita patut malu dan takut jadi syirik walau sedikit kerana kita telah mendakwa kita bukan golongan musyrik.




Seterusnya kita membuat pengakuan yang bermaksud: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seru sekelian alam"
Ketika ini hendaklah sedar bahawa kita telah berada di hadapan Tuhan. Kita telah mengaku sebagai hamba, tiada apa pada kita, segalanya kita buat untuk Allah dan mengharapkan keredhaanNya. kita sedar bahawa Allah menguasai hidup dan mati kita tidak sepatutnya kita buat sesuatu kerana kepentingan diri dan membelakangi Allah.




Seterusnya kita mengaku bahawa tiada sekutu bagi Allah dan kita adalah orang yang menyerah diri. Hati yang menghayati apa yang diucapkan akan merasa rendah diri apabila berhadapan dengan Allah dan menetapkan hati kepada Allah.



Semoga kita membaca doa iftitah dengan memahami dan menghayati serta mengkhusukkan solat kita.

Saturday, June 13, 2009

Sabar Menghadapi Ujian



Abdul Kadir bin Abdul Aziz bertanya kepada Imam As Syafiee r.a. “manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawabnya, “ Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan itu melainkan sesudah diuji. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidaklah engkau lihat bahawa Allah Taala menguji Nabi Ibrahim a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan, maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”

Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Uthmaniah berkata:
“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”
Maryam Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:
“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.



Rasulullah pernah bersabda:
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)



Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:
Allah telah berfirman:
“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.
(Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)





Berhubung ujian Allah, hayatilah firman Allah dalam surah-surah berikut bermula dengan surah Al Ankabut: 2-3:
2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.





Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.





Al Kahfi: 7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.






Al Kahfi: 31- Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.






Hud: 7- Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! ...





Al An’aam: 165- Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.





Perlulah diingat juga bahawa bukan semua ujian itu adalah pahit, getir dan memberatkan malahan Tuhan juga menguji hambanya dengan kemewahan dan kemuliaan serta kekuasaan dan sebenarnya ujian berbentuk ini adalah lebih berat sebagaimana Firman Allah:
Al Fajr: 15- (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!





Al Fajr:16- Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!





Al Anbiyaa’: 35- Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Allah berfirman lagi di dalam surah Al Baqarah: 214.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).





Ingatlah bahawa apabila seseorang tidak suka mendekatkan diri kepada Allah, maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan musibah.
Dalam banyak hal, setiap ujian adalah juga merupakan bala / musibah sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah: 49.
Ertinya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
Bala bencana / musibah yang menimpa manusia pula adalah tidak lain tidak bukan berpunca dari kesilapan kita sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah An Nisaak:111





Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.





Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.





Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25
Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.





Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:
Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.



Dalam surah Yunus: 27: Ertinya:
“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”






Daripada ayat-ayat di atas jelas apabila sesuatu keperitan hidup,musibah,bala, bencana menimpa anak Adam, ia adalah bersebab kesilapan anak Adam itu sendiri dan Allah menjadikan pembalasan ini sebagai satu ujian yang bakal menjadikan kita umat manusia sama ada menjadi semakin baik, tidak berubah atau semakin jauh dari Allah.



Termasuk di dalam ujian dari Allah ialah sesuatu yang menggembirakan seperti kekuasaan, anak, isteri dan harta seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al A’raaf: 168.
Dan Kami pecah-pecahkan mereka berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).
Dengan itu apabila diberikan Allah nikmat janganlah mudah bergembira kerana ada diantaranya yang Allah berikan tidak lain tidak bukan seakan-akan menaiki bangunan tinggi yang sangat menyeronokkan tetapi apabila tiba di puncak, hanya untuk dihumban ke bawah sebagaimana firman Allah dalam surah Al An’aam: 44. Ertinya
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).





Tidak akan lulus mengharungi ujian Allah ini melainkan dengan sabar. Dalam menangani kerenah manusia ini, Imam Hassan Al Banna mengajarkan:
“ Jadilah kamu seperti pokok, mereka melempar pokok dengan batu tetapi pokok melemparnya dengan buah”


Cuba sama-sama kita fikirkan mengapa Allah menurunkan bala penyakit Selesema babi hari ini?
Mengapa manusia ditimpakan ribut dan badai tsunami yang mematikan ramai jiwa serentak?
Ujian Allah akan datang tanpa memilih manusia yang baik dan yang tidak baik. Pastinya ujian Allah datang kerana tangan-tangan jahat manusia di atas muka bumi ini. Malahan ujian Allah juga untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya semasa di dunia ini dan sebesar-besar ujian untuk kita semua menjadi orang yang lebih baik di sisi Allah adalah untuk menjadikan diri ini lebih baik pada hari esok dan seterusnya.
Sekian untuk kali ini, wassalam wallahualam

diimport dan diedit dr laman Emjay
FREE PALESTINE

My Blog List