SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, February 08, 2015

Tugas Melaksanakan Pentaksiran 5227/3


Matapelajaran Elektif Pendidikan Al Quran dan al Sunnah terdidri daripada tiga kertas iaitu 5227/1 5227/2 dan 5227/3. Guru matapelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah selaku Pentaksir yang melaksanakan pentaksiran di sekolah sewajarnya memastikan kesemua kertas dapat dilaksanakan sebagaimana dalam buku format yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan yang dilaksanakan mulai tahun 2004 lagi. Bagi mengelakkan beberapa implikasi yang negatif terhadap guru selaku pelaksana pentaksiran ini beberapa langkah bijak seharusnya diambil sekiranya pelaksanaannya selama ini berjalan agak kurang lancar. Langkah pro aktif seharusnya diambil dengan mengujudkan fail khusus bagi kertas 5227/3 sebagai eviden yang sah bahawa kita telah melaksanakannya. Beberapa kes tindakan tatatertib ke atas guru yang gagal mengemukakan eviden seharusnya dapat dielakkan demi menjamin keberkesanan pentaksiran yang dilaksanakan. Sokongan dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia amat diharapkan dalam membantu memberikan panduan khusus serta format yang mesra pengguna dalam melaksanakan kertas ini.

Thursday, January 01, 2015

Keperluan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Abad 21

Cabaran baru dalam dunia pendidikan Abad 21 ialah menyediakan generasi yang bersedia mengharungi persekitaran yang mencabar dan menepis segala bentuk pemikiran yang negatif dalam peperangan di alam yang terbuka. Murid Abad ke 21 bukan mereka yang hanya disuapkan dengan fakta dan menelannya mentah-mentah tetapi mereka mesti disediakaan dengan konsep berfikir dan memilih apa juga ilmu dan pengajaran lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam. Islam tidak menghalang konsep ini malah lebih     dahulu melakarkan konsep kemahiran dan saranan berfikir dalam berpuluh ayat al Quran yang memerintahkan berfikir tentang ayat-ayat Allah.
Menghadapi pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka pengajaran denganmengintegrasikan kemahiran berfikirSeterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir.  
Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid.  
Kajian penyelidik yang kita dapat simpulkan berkaitan istilah-istilah yang dapat dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi ialah seperti kognisi (Alvino dalam Cotton, 1997), kefahaman (Crowl dan rakan-rakan, 1997), pemikiran kreatif (Fogarty dan Mc Tighe, 1993), pemikiran kritikal(Patrick, 1986), kerangka grafik (Clarke, 1990), inkuiri (Dewey, 1933), celik akal (Gruber, 1995; Gick dan Lockhart, 1995), metakognisi (Crowl dan rakan-rakan, 1997; Pogrow, 1990; Pogrow dan Buchanan, 1985), pemikiran aras tinggi(Bloom, 1956; Haladyna, 1997), penyelesaian masalah (Gagné, Brigg dan Wager, 1988), pemikiran rasional (Ennis dalam Lewis dan Smith, 1993), perancah (Rogoff dalam Crowl, 1997), mencipta (Krathwohl) serta skema (Gick dan Lokhart, 1995).
Selanjutnya pemikiran aras tinggi diperjelaskan oleh Lewis dan Smith (1993) sebagai pemikiran yang berlaku apabila seseorang menerima maklumat baru dan maklumat tersebut tersimpan dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang mengelirukan. Pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi…. menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.
Mengubah Strategi Pengajaran Guru
1.       Melalui Komunikasi arahan 
Kauchak dan Eggen (1998) mendapati strategi berikut dapat menyumbang kepada komunikasi arahan yang diperlukan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi.
a.       Selaraskan objektif, kandungan, kemahiran, tugasan, aktiviti dan bahan.
b.      Rancangkan aktiviti dan tugasan kemahiran berfikir aras tinggi yang tersusun dan diatur mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sediakan masalah serta soalan yang memerlukan murid berfikir menjangkau (beyond) kebiasaan.
c.       Terangkan tugasan sejelas-jelasnya. Tunjukkan carta alir atau jadual pelaksanaan serta kerangka kerja. Berikan contoh produk yang terbaik.
d.      Berikan maklum balas secara berkala yang dapat menjelaskan perkara yang betul atau kurang betul.
2.       Menggunakan perancah
Perancah melibatkan pemberian sokongan kepada murid pada awal pengajaran. Seterusnya, secara beransur-ansur menyerahkan tanggungjawab kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dan menyelesaikan masalah / tugasan sendiri (Slavin, 1995). Walau bagaimanapun, menurut Kauchak dan Eggen (1998) perancah seharusnya terbatas kepada pemberian secukupnya sahaja supaya murid dapat bergerak maju dengan sendiri. Elakkan daripada memberikan sokongan apabila murid tidak memintanya kerana hal itu akan mendorong murid untuk menjangkakan bahawa mereka tidak dapat melakukan sendiri. Kesannya adalah lebih teruk sekiranyanya berlaku Self Fulfilling Prophecy.
Skema atau skrip atau pengetahuan sedia ada murid adalah tidak sama dan perkara ini akan mempengaruhi tahap pemahaman mereka tentang pengetahuan baru tersebut. Menurut Kauchak dan Eggen (1988):-
a.       Perancah diberikan pada permulaan proses pembelajaran dan hanya apabila diperlukan sambil disertakan contoh pemikiran aras tingi yang diperlukan (Clark, 1990; Crowl dan raka-rakan, 1997; Kauchak dan Eggen, 1998).
b.      Berikan contoh masalah serta penyelesaiannya. Contoh yang tepat akan dapat mengurangkan kebergantungan murid kepada guru.
c.       Berikan tugas lanjutan berkaitan pelajaran secara kerap, yang akan dilaksanakan di rumah.
d.      Kaitkan dengan situasi dunia kehidupan sebenar.
3.        Melalui Pengajaran secara langsung
Arahan langsung biasanya tidak akan dapat menggalakkan pemikiran berfikir pada aras tinggi (Crowl dan rakan-rakan, 1997) tetapi langkah-langkah berikut boleh menjadikan arahan langsung lebih berkesan digunakan.
a.       Bataskan pengunaan kaedah pengajaran secara langsung dengan memperkenalkan strategi dan kemahiran berfikir yang akan digunakan (Patrick, 1986).
b.      Gabungkan pengajaran secara langsung dengan latihan berpandu / terbimbing untuk mengajar tentang isi kandungan dan kemahiran secara berstruktur (Crowl dan rakan-rakan, 1997).
c.       Elakkan sesi kuliah panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk mengelakkan kebosanan. Gunakan pengurusan grafik atau peta minda (Buzan, 2006) dan i-think thinking map (Agensi Inovasi Malaysia, tanpa tarikh)
d.      Buat beberapa rumusan pendek sambil menekankan isi-isi utama pelajaran.
4.       Perubahan dalam Mentaksir danTeknik Penyoalan 
Untuk menjana proses berfikir aras tinggi, soalan yang dikemukakan seharusnya dapat menghasilkan jawapan yang menarik dan belum diketahui. Pentaksiran dan penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran perlu dirancangkan agar dapat menghasilkan jawapan di luar jangkaan atau menjangkau kebiasaan (beyond). Banyak penemuan menunjukkan murid hari ini tidak suka berfikir tetapi ingin terus mendapatkan kesimpulan terhadap jawapan. 
a.       Galakkan murid mengemukakan soalan dan beri peluang kepada rakan mereka untuk memberikan jawapan (Crowl dan rakan-rakan, 1997)
b.      Mulakan dengan soalan aras rendah dan perlahan-lahan beralih kepada soalan aras tinggi (Kauchak dan Eggen, 1998)
c.       Berikan masa untuk murid menjawab sekiranya guru yang mengemukakan soalan
d.       Penyediaan pentaksiran Kbat dalam soalan peperiksaan dan menerima apa juga jawapan berdasarkan rubrik yang disediakan
5.        Mendapatkan Maklum balas
Maklum balas digunakan untuk memaklumkan kepada murid tentang kemajuan mereka. Gunakan strategi berikut untuk maklum balas:
a.       Berikan maklum balas segera, spesifik dan bersifat pembetulan menggunakan intonasi positif (Brophy dan Good dalam Kauchak dan Eggen, 1998)
b.      Elakkan maklum balas yang tidak jujur atau dengan memuji keterlaluan.
6.      Melalui Aktiviti kumpulan 
Bentuk kumpulan yang berkesan dapat dapat menjana pemikiran aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan murid terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan murid dalam proses pembelajaran.  
7.       Penggunaan komputer dan Gajet
Banyak cara boleh digunakan untuk membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir mereka dengan menggunakan komputer dan teknologi IT.  Cabaran guru lebih besar kerana generasi abad 21 lahir dikelilingi dengan alata gajet yang canggih. Guru sebagai pemudahcara supaya menggalakkan mereka berfikir sendiri berdasarkan maklumat. Guru tidak boleh takut untuk mendedahkan mereka bahan-bahan yang beru seperti Tablet yang digunakan sepenuhnya di dalam kelas.

Kita dapat menyimpulkan bahawa Ilmu berkaitan Kemahiran berfikir adalah sunnatullah yang wajib dipelajari dari dahulu hingga ke zaman yang kita belum bersedia menjengahnya. Cabaran bagi guru dan murid abad 21 agar lebih bersedia menghadapinya.

Wednesday, December 31, 2014

Semoga Beroleh Rahmat dengan Azam Baru

Salam pertemuan di tahun baru. Baru dapat menjejaki problem mengakses blog mypqs ini. Moga da sinar baru untuk aktif semula sebagai perantara para Murabbi Muallim dan Muaddib subjek ini. Menyedari akan ketandusan idea untuk mengongsi sedikit pengalaman agar dapar disebarluaskan ilmu Allah di alam maya ini.

Tuesday, December 04, 2012

PORTAL DUNIA: YAHUDI BANI ISRAEL ATAU ZIONIST

PORTAL DUNIA: YAHUDI BANI ISRAEL ATAU ZIONIST: Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mere...

My Blog List