SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Thursday, February 04, 2010

Ulama mewarisi tugas Nabi

Di antara peranan Ulama ialah bertanggungjawab sebagai pemegang amanah warisan Rasulullah s.a.w. adalah untuk mengekalkan ketulenan ajaran-ajaran Islam dari sebarang bentuk penyelewengan.
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]
Istilah ‘ilmu’ pada hadis di atas menjurus kepada ilmu-ilmu dari al-Qur’an dan al-Sunnah atau dalam erti kata lain ilmu-ilmu berkaitan agama Islam. Muhammad bin Sirin r.h berkata: “Sesungguhnya ilmu ini ialah agama. Maka lihatlah daripada siapa kalian mengambil agama kalian.”
Sehubungan dengan itu sabda Nabi s.a.w.: “Ilmu ini akan dibawa oleh mereka yang adil dari setiap generasi” bermaksud pada setiap generasi umat Islam akan ada golongan yang adil (boleh dipercayai dalam ajaran agama) dan bersungguh-sungguh membawa ajaran-ajaran Islam sebagaimana yang diwarisi daripada Rasulullah s.a.w.. Golongan ulama yang adil ini akan berusaha untuk melindungi umat Islam dari segala penyelewengan dalam agama, amalan-amalan syirik, bid’ah, khurafat, tahyul dan maksiat. Mereka akan sentiasa bersedia membongkar segala penyimpangan atau anasir-anasir asing yang cuba untuk disebarkan kepada umat Islam. Adakalanya golongan ulama yang adil ini dilabel dengan pelbagai kata tohmahan dan cercaan disebabkan ketegasan mereka dalam menjaga ketulenan agama ini terutamanya ketika mereka mengkritik amalan-amalan yang bukan dari ajaran Rasulullah tetapi telah sebati dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Mereka dituduh sebagai pemecah belah umat, penyebar fitnah, golongan jumud dalam pemikiran dan bermacam lagi kata-kata sindiran bertujuan untuk memburuk-burukkan mereka agar masyarakat jauh dari dakwah mereka. Namun mereka sentiasa bersabar dalam menghadapi segala rintangan yang perlu mereka lalui sebagai penyambung warisan Nabi s.a.w. dan segala cercaan tersebut tidak sedikitpun memudaratkan mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Akan ada segolongan di kalangan umatku yang sentiasa berada di atas kebenaran. Tidak memudaratkan mereka bagi orang yang ingin menjatuhkan mereka sehingga tibanya urusan Allah (hari Kiamat).” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya]
Rasulullah s.a.w. telah memperjelaskan ciri-ciri yang perlu ada bagi mereka yang ingin menyambung warisan ajaran baginda serta mempertahankan ketulenan ajaran Islam.
Pertama : Mereka menentang penyelewengan golongan yang melampaui batas.
Segala tahrif (penyelewengan) yang cuba dilakukan oleh kelompok yang melampaui batas dalam urusan agama akan diperangi. Golongan-golongan yang menyimpang dari ajaran Islam akan sentiasa berusaha untuk menyelewengkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Qur’an dan agar menyokong doktrin sesat mereka. Contoh golongan yang melampau batas adalah Syiah Rafidhah yang berselindung disebalik slogan mencintai Ahlul Bait (keluarga Nabi s.a.w.) demi untuk meraih sokongan orang ramai bertujuan membawa agenda bangsa Parsi yang sebenarnya cemburu dengan kebangkitan umat Islam yang telah menghancurkan empayar kebanggaan mereka. Mereka telah menyelewengkan pelbagai konsep ajaran dalam Islam secara ekstrem dan memalsukan banyak riwayat-riwayat hadis demi untuk menegakkan ajaran sesat mereka. Di antara pegangan utama Syiah adalah pengkafiran para sahabat Nabi s.a.w.. Al-Kushshi yang merupakan tokoh ulama rijal syiah pada kurun ke 4 telah meriwayatkan daripada Abu Ja’far yang berkata: Semua manusia itu telah murtad setelah wafatnya Nabi kecuali 3 orang. Aku bertanya: Siapakah yang 3 orang itu? Maka jawabnya : Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Dzarr al-Ghifari dan Salman al-Farisi. [Riwayat Al-Kushshi di dalam Rijal al-Kushshi]. Para sahabat merupakan golongan yang menerima al-Qur’an serta mendengar sabda-sabda baginda secara terus daripada baginda s.a.w. Mereka ini jugalah yang paling faham tentang kandungan risalah Nabi tersebut dan merupakan generasi terbaik bagi umat Islam. Dengan menyisihkan umat Islam daripada pegangan para sahabat, golongan Syiah sebenarnya ingin menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenarnya. Adalah tugas para ulama untuk mendedahkan penyelewangan mereka ini dan memperjelaskan kedudukan sebenar sesuatu isu yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam ini.
Kedua : Mereka menentang dakwaan dusta (intihal) golongan yang batil dan sesat.
Para ulama hendaklah sentiasa meneliti segala dakwaan-dakwan dusta golongan-golongan sesat yang tersebar di tengah-tengah masyarakat bertujuan untuk menjauhkan manusia dari ajaran Islam yang sebenarnya sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.. Sebagai contoh dakwaan dusta golongan Islam liberal yang menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara yang termaktub dalam hukum syarak ini yang hanya sesuai untuk dilaksanakan pada zaman silam sahaja dan bukan untuk zaman moden ini. Ulama harus memperjelaskan hikmah di sebalik segala perlaksanaan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Masyarakat harus disedarkan bahawa segala hukum-hakam di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah itu wajib dilaksanakan sebagaimana firman-Nya: "Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi pengkhianat." [Surah al-Nisa’: 105]
Ketiga : Mereka menentang takwilan golongan jahil.
Golongan yang jahil sering melakukan takwilan atau tafsiran terhadap sesuatu ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadis-hadis Nabi tanpa kaedah ilmu yang jelas lalu mereka memalingkannya dari tafsiran sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan generasi salaf. Umpamanya, firman Allah S.W.T.: "Dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu al-Yakin." [Surah al-Hijr : 99] Menerusi ayat ini kelompok batiniyah meyakini bahawa apabila sesorang itu telah mencapai suatu makam (kedudukan) yang dipanggil al-Yakin, mereka telah terlepas dari bebanan (taklif) hukum. Bagi pengamal tarekat mereka yang diyakini telah mencapai makam ini maka mereka tidak perlu lagi melakukan ibadah seperti solat, puasa dan zakat serta dibenarkan melakukan maksiat. Sedangkan bagi kelompok ahli sunnah wal jamaah, mereka mentafsirkan al-Yakin dengan makna kematian. Oleh itu, firman Allah di atas sebenarnya bermaksud kita hendaklah tetap beribadah kepada Allah sehingga ajal menjemput kita.
Semoga kita terus bernaung pada ajaran yang sebenar dan meneruskan usaha-usaha mempertahankan agama Islam agar terus menjadi rahmat kepada seluruh alam ini.Wallahua'lam.
sumber yaakob.blogspot

Wednesday, December 02, 2009

Kelebihan berdoa yang ma'thur

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن العَجْزِ وَالكَسَلِ وَالجُبْنِ وَالهَرَمِ وَالبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ. وَفِي رِوَايَةٍ: وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ. (رواه مسلم)
Dri Anas bin Malik beliau berkata rasulullah s.a.w bersabda; Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dariMu dari sifat bakhil dan pengecut, dan aku berlindung dari azab kubur dan fitnah semasa hidup dan sesudah mati. pada riwayat yang lain Lindungilah dari beban hutang dan penindasan manusia. Riwayat Muslim.

Pada riwayat lain Sa'id al-Khudri RA meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW memasuki masjid dan menjumpai seorang Ansar yang bernama Abu Umamah.

Rasulullah berkata: "Ya Abu Umamah, mengapa anda berada di Masjid diluar waktu shalat?" Abu Umamah menjawab, "kegelisahan dan beban hutang menghantui saya." Rasulullah lalu bertanya: "Bukankah sudah aku ajarkan do'a yg jika engkau lafazkan Allah akan menghilangkan kegelisahan dan beban hutangmu?" Dia kembali menjawab, "betul, ya Rasulullah". Rasulullah lalu berkata: "lafazkanlah do'a ketika engkau bangun dari tidurmu dipagi hari dan pada malam hari sebelum tidur:

'Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah dan sedih, dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan pengecut, dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan penindasan manusia". Abu Umamah dikemudian hari menjawab: "saya telah melakukan yg Rasulullah ajarkan dan Allah menghilangkan kegelisahan dan beban hutangku". (Abu Dawud).

Begitu nikmat dan khusyuknya sebuah dialog diatas. Lebih-lebih lagi dialog ini adalah antara Rasulullah SAW terhadap salah seorang sahabatnya. Tentulah banyak makna dan hikmah yang terkandung didalamnya, seperti misalnya: Ajakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (dengan datang ke masjid) ketika dalam keadaan risau; tarbiyyah ukhuwah Islamiyah yang terjalin dengan baik dengan terciptanya suasana takaful, yaitu perasaan senasib dan sepenanggungan; semangat saling menasihati dalam kebaikan dan kesabaran; dan kekuatan sebuah do'a yang berpedoman pada hasbunallah wani'mal wakil.

Hadis di atas mengajak kita untuk selalu berzikir secara khusyuk dengan pemahaman yang dalam. Bahkan agar seimbang disunnahkan membacanya dua kali, pagi dan malam hari. Ini merupakan method tarbiyyah ruhiyyah yang sangat berkesan jika dilakukan dengan sepenuh jiwa, dan ditujukan bagi mereka yang mahu berfikir. Jika tidak, akan sia-sialah doa seseorang.

Dengan melafazkan doa diatas secara khusyuk di waktu pagi hari, seorang muslim seharusnya akan bersemangat untuk menjadi yang terbaik dalam urusan sehariannya.

Diantara kekuatan-kekuatan doa yang diungkapkan dalan hadis Rasulullah di atas terhadap kelangsungan hidup manusia ialah;

i- Kita akan menghadapi hidup dan jauh dari kegelisahan dan kesedihan dengan berjuang melawan hawa nafsunya dan menjalani tuntunan ibadah secara benar. Dengan melawan hawa nafsu dan beribadah secara konsisten, ia menjadi lebih mantap menghadapi hari-harinya. Dengan mendekatkan dirinya kepada al-Qur'an, maka al-Qur'an akan dijadikan pedoman dan rujukannya setiap sa'at. Ia akan menjadikan kata-kata "tawakal" dan "sabar" sebagai "words of the day".

ii- Kita juga akan menghindarkan diri dari perasaan lemah dan malas.

Manusia yang sentiasa berdoa akan berusaha menjadi profesional dan sentiasa berperaturan dalam setiap urusan, pandai menjaga waktu dengan membuang jauh-jauh sifat malas. Ia akan berusaha menjaga stamina tubuhnya agar tetap sihat dan tidak lemah, tidak mudah sakit, tidak berdaya ketika bekerja. Ia akan menyedari bahawa kemalasan akan timbul di dalam tubuh yang lemah.

iii- Kita akan sentiasa menjauhi sifat bakhil dan pengecut dengan menjadi muslim yang pemurah dan senang berzakat. Ia menjadi orang yang tidak akan takut miskin dengan berinfaq. Ia akan memahami maksud sebuah hadis Rasulullah bahwa "sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."

iv- Kita akan membebaskan diri dari segala beban hutang dan penindasan orang lain. Berwaspada mengatur kewangan yang dimilikinya. Hidup sederhana menjadi pola hidupnya. Menjauhi amalan Biar Papa Asal Bergaya. Kemewahan dengan menambahkan beban hutang adalah sesuatu yang patut dijauhi. Banyak ayat-ayat Al Qu'ran dan sunnah mengungkapkan betapa tinggi keutamaan mencari nafkah.

Ketika malam tiba, kita disunnahkan untuk melafazkan kembali doa tersebut dengan penuh khusuk. Seorang muslim akan sedar dengan kekurangan dirinya ketika ia bertafakur. Ia sadar dirinya adalah al-insan yang mudah lalai, khilaf, dan mudah berbuat salah. Maka ia bermunajat memohon ampunan Allah serta mengharapkan petunjuk-Nya.

Semoga kta akan terus berdoa,berzikir dan mengharap pada Yang Esa. Allah tidak pernah jemu mendengar doa hambanya meminta kepadaNya. Kalau manusia sebahagiannya akan membenci sahabatnya yang selalu meminta-minta kepadanya akan tetapi Allah amat suka hambanya sentiasa meminta dan berharap kepadanya. berdoalah sesungguhnya Allah akan perkenankan doamu. Cuma ketika dan waktu diperkenankan itu adalah atas ilmuNya.

Wednesday, September 30, 2009

Berakhlak baik terhadap Isteri

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya”. (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:326 ).
Dalam hadis yang lain daripada ibn Abbas r.a baginda bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik dengan isterinya, dan aku adalah orang paling baik dengan isteri-isteriku”. (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:325).
Di dalam kedua-dua hadis di atas baginda SAW menegaskan bahawa sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain.
Adakah dikira sudah menunaikan tanggungjawab kalau suami hanya memberikan wang kepada isterinya sedangkan tidak bergaul dengan baik dan tiada kemesraan dan asyik mencari kesalahan dan keburukan isteri semata-mata?
Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan. Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri.
Maksud bergaul baik dalam syariah Islam adalah diambil daripada perintah Allah SWT di dalam al-Quran, firman yang bermaksud: … dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…(al-Nisa’: 19).
Al-Quran melalui perintah mahukan setiap suami bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan cara yang baik atau makruf.
Di dalam meneladani kehendak ayat ini ahli tafsir mengemukakan beberapa pandangan melalui pengamatan masing-masing.
Di antara mereka ialah Ibn Kathir. Beliau berpendapat bahawa ayat ini, “… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…” bermaksud: para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466).
~ Al-Zamakhsyariy dan Fakhruddin al-Raziy berpendapat: “bermalam dengan isteri (memenuhi hak-hak batin bagi si isteri) melangsaikan nafkah dan bercakap baik dengan mereka”. (al-Zamakhsyariy, jld:1,hlm:490, Fakhruddin al-Raziy, jld:10,hlm:12).
~ Al-Jashsas dalam tafsirnya berpendapat: “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan para suami supaya bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan baik, perkara yang baik itu ialah menunaikan hak-hak seorang isteri dengan membayar mas kahwinnya serta nafkah dan pemberian antara isteri-isteri (jika lebih dari seorang), juga tidak menyakiti isteri dengan bahasa yang kesat dan kasar serta ditegah dari memalingkan wajah dari si isteri”. (al-jashsas, Ahkam al-Quran, jld: 2, hlm: 109).
~Tafsir Muhammad Rasyid Reda menarik dalam huraian ayat ini, beliau menjelaskan bahawa: “Wajib ke atas kamu wahai orang-orang yang beriman supaya berbuat baik dengan isteri-isteri kamu dalam pergaulan, dengan menjadikan persahabatan kamu serta pergaulan kamu dengan mereka dengan cara yang baik sesuai dengan dengan tabiat mereka sebagai wanita.
“Pergaulan itu mestilah yang tidak ditegah oleh syarak dan adat dan tidak bertentangan dengan maruah seseorang. Adapun menyempitkan pemberian nafkah (bersikap kedekut/ berkira dalam nafkah) serta menyakiti mereka dengan perkataan dan perbuatan, semua itu adalah bertentangan dengan bergaul baik dengan isteri dan bertentangan dengan al-Quran.
“Sesungguhnya setiap seorang dari pasangan suami isteri ialah membawa kegembiraan dan kebahagiaan”. (Muhammad Rasyid Reda, Tafsir al-Manar, jld:4,hlm:456).
Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah wajib. Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa.
Jika seorang suami dengan isterinya baik maka dia juga baik dengan orang lain, dan sekiranya dia berperangai buruk dengan isterinya maka dia juga akan bersikap hodoh dengan orang lain.
Di antara perkara yang dapat membantu suami menjadi baik dengan isterinya mesti memiliki kemahiran-kemahiran berikut.
Pertama: Mengenal tabiat wanita; ini kerana Allah SWT menjadi Adam dan hawa dengan tabiat fizikal yang berbeza. Berbeza dari sudut perasaan dan emosinya. Orang lelaki tabiatnya kasar, orang perempuan tabiatnya lembut.
Baginda SAW telah banyak berpesan kepada kaum lelaki supaya berlemah-lembut dan berhemah dalam mendidik dan menjaga mereka.
Kedua, mengenang kebaikannya. Kalau diadili dengan penuh kewarasan setiap orang suami akan mendapati insan yang paling banyak berkorban untuk suami ialah isteri.
Walaupun isteri mempunyai kesilapan dan kesalahan itu kerana emosinya dan hormonnya yang kadang-kadang tidak stabil, ini tidak memberi gambaran keseluruhan tabiat isteri.
Saya yakin bahawa isteri banyak sumbangannya kepada suami oleh itu fikir-fikirkan ketika mereka melakukan kesalahan atau kesilapan.
Sesungguhnya manusia tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang tidak melakukan kesilapan. Tutuplah kesalahannya dengan kebaikannya.
Ketiga, menutup keaibannya; tiada yang sempurna. Allah SWT menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.
Jangan diaibkan isteri kepada sesiapa pun, walaupun kepada saudara dan sahabat handainya. Keaiban isteri juga cermin bagi suami, apabila suami mengaibkan isteri maksudnya dia mengaibkan dirinya sendiri.
Keempat, kemungkinan kebaikan ada pada isteri yang dibencinya; jangan dibenci atau dicaci mungkin isteri yang dibenci oleh si suami itu ada kebaikan padanya, yang lambat laun pasti akan zahir.
Kelima, mengenal kedudukan isteri di rumah. Dalam banyak keadaan si isteri tinggal di rumah, adakalanya selepas berumahtangga ada di kalangan isteri yang tiada lagi baginya kehidupan bersosial, kerana suami dan anak-anaklah segala-galanya.
Berlaku adillah kepada isteri-isteri yang berada di bawah jagaan kita supaya amanah Allah SWT tidak terabai.

Thursday, July 02, 2009

Bagaimana Doa kita boleh dimakbulkan Allah

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin menjelaskan apabila kita berdoa hendaklah ia melakukan doa itu sebaik- baiknya dengan penuh khusuk , dan memelihara adab-adab doa antaranya ialah;
1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdal), seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
2 Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketikaberhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih darisegala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.
3. Dengan menghadap kiblat
4 Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang di sisikita.
5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajak dalam doa itu.Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana,sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidak perludilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernah dilakukan olehpengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklah kiranya, jika kita memilih lafaz-lafaz doa yang diterima dari Rasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai dengan apa yang kita doakan pula.
6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa kita yang halus.
7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.
8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika dibaca berulang-ulang hingga dua tiga kali.
9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.
10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh- sungguh kepada Allah.
Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."
Selamat berdoa..

Wednesday, June 03, 2009

Mukmin Sejati Ialah Mukmin Yang Kuat Rohani dan Jasmani


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak." (Hadis riwayat Muslim )



Mukmin yang kuat lebih disukai dan lebih baik daripada mukmin yang lemah. Kekuatan boleh diterjemahkan bermacam-macam; kuat badan, kuat ekonomi, kuat kedudukan, kuat dalaman dan lain-lain yang dapat diperbandingkan dengan yang lain. Kekuatan boleh dibuktikan dengan sendiri atau secara bersama-sama.

Menurut sunah Allah, seorang menjadi kuat, ditentukan oleh faktor penunjang:

1-Kuat badan ditunjangi oleh bentuk fizikal yang kuat.

2- Kuat ekonomi ditunjangi oleh harta yang diperolehi dengan usaha.

3- Kuat kedudukan ditunjangi oleh kelebihan yang dimiliki, ilmu dan akhlak

4- Kuat dalaman ditunjangi iman dan kepercayaan kepada diri sendiri.


Yang harus dijaga setelah seorang mukmin menjadi kuat, ialah jangan sekali-kali takabur, sombong, bongkak. Sebab harus diingat segala yang baik itu ada yang "lebih baik" ada pula yang paling baik. Bagi seseorang mukmin, yang paling sukar ialah membentuk hati, Di sini ramai manusia yang mudah tergelincir daripada mendapat keikhlasan dan keredhaan Allah s.w.t

Daripada hadith di atas, terdapat dua pecahan antara suruhan dan larangan Rasulullah s.a.w yang perlu kita perhatikan. Kita fahami ada tiga suruhan untuk kita laksanakan.

Pertama: Iman merupakan pusat kebahagiaan dunia dan akhirat manakala dijelaskan dan dibuktikan dengan amal soleh.

Sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam firmannya: "Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (An-Nahl:97)
Kedua: Sentiasa merebut peluang di dalam mencari segala sesuatu yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat bertunjangkan syariat Islam.

Ketiga: Sentiasa mengharapkan pertolongan Allah s.w.t di dalam setiap usaha dan pekerjaan yang dilakukan

Rasulullah saw. menjelaskan, "...apabila kamu minta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah seandainya suatu umat berkumpul untuk mencari suatu kemanfaatan bagimu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kecuali sesuatu yang telah dicatat oleh Allah untukmu dan seandainya suatu umat berkumpul untuk menimpakan suatu mudharat atasmu, nescaya mereka tidak dapat menimpakan mudharat kecuali yang telah Allah catat atasmu". (Hadith riwayat Tarmizi).

Terdapat pula dua larangan yang diminta kita jauhi untuk menjadi mukmin yang sempurna;

Pertama: Melarang kita lemah atau malas dalam mencapai sesuatu cita-cita.
Setiap perkerjaan wajib disertakan dengan usaha yang tinggi dan bertawakkal, berdoa kepada Allah s.w.t agar dimudahkan didalam segala urusan dan diberikan kejayaan dalam mencapai cita-cita.

Kedua: Apabila kita tertimpa suatu musibah, kita dilarang untuk mengucapkan pengandaian (seandainya atau kalau). Kerana ungkapan ini akan membuka pintu-pintu hasutan syaitan. Dengan ungkapan tersebut, seolah-olah kita menidakkan diri dari takdir Allah s.w.t.



Secara keseluruhan, kesimpulannya hadis di atas menganjurkan agar orang beriman tidak berhenti berjuang, amar ma'ruf, nahi mungkar dan bersabar apabila ditimpa sesuatu bencana. Jadilah mukmin yang kuat mudahan kita akan tergolong dikalangan hambanya yang lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah s.w.t.

Friday, May 01, 2009

Pekerjaan yang paling baik


Bekerja dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan untuk belanja mengisi perut bahkan bertujuan memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang seharusnya dipertahankan. Islam menghargai orang yang bekerja dengan tangannya sendiri.



Rasulullah SAW pernah ditanya: "Pekerjaan apakah yang paling baik? Beliau menjawab: Pekerjaan terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)



Seorang yang bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya akan bertambah martabat serta kemuliaannya. Sebaliknya, mereka yang berat tulang dan lebih selasa menganggur, memberi imej buruk dan negatif pada pandangan serta penglihatan orang lain.



Diceritakan pada suatu hari Saidina Umar Al-Khattab melihat Zaid bin Maslamah sedang menanam tanaman di tanahnya, maka berkatalah Saidina Umar kepada Zaid: "Benar sekali perbuatanmu itu. Engkau tidak menggantungkan hidupmu kepada orang lain adalah cara terbaik untuk memelihara agamamu dan amat mulia untuk menjaga martabat dirimu."
Saidina Umar juga pernah memberitahu: "Sesungguhnya aku memandang seorang pemuda, maka aku kagum kepadanya. Lantas aku bertanya kepadanya apakah pekerjaan yang dilakukannya. Lalu dijawab tidak, maka jatuh nilai pemuda itu pada pandanganku."
Memang benar kehidupan sebagai buruh sangat berbeza dengan kehidupan eksekutif. Secara umumnya buruh dilihat memerah keringat sementara eksekutif bertungkus-lumus memerah dan mengeluarkan idea. Jika semuanya itu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan amanah nescaya ia akan menghasilkan produk yang sangat bermanfaat dari segi masa, kos dan tenaga sementara ruang lingkup kehidupan pula akan lebih sejahtera.



Di samping itu, kita hendaklah mengetahui setiap tugas atau kerja yang diberi Allah SAW kepada seseorang itu adalah menurut kemampuan mereka seperti firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya." (Surah al-Baqarah , ayat 286)



Ayat itu menegaskan tidak ada sebab bagi seseorang pekerja itu mengeluh dan mengatakan bahawa tugasnya terlalu berat dan sukar. Seseorang pekerja itu boleh menyelesaikan segala tugas jawatannya, melainkan pekerja itu sendiri tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya. Bagi pekerja yang punya prestasi kerja tinggi, komited, menjaga akhlak, masa dan bermatlamat jelas untuk kepentingan keluarga, agama dan majikan, wajar dihargai serta disanjung tinggi. Islam memandang tinggi kepada golongan pekerja seperti ini.


Dalam Islam, pekerjaan halal yang dipilih akan meletakkan status pelakunya pada tahap yang tinggi sehingga pahala diperoleh seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Barang siapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah." (Hadis riwayat Bukhari)



Kita hendaklah insaf dan sedar bahawa setiap kegiatan dan pekerjaan di dunia ini akan dihitung di akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud: "Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang sudah diperbuatnya." (Surah al-Muddaththir, ayat 38)



Kita tidak boleh mengambil peluang mencuri masa dengan membuat kerja peribadi dalam waktu kerja, kerana kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun terlepas hukuman di dunia. Jangan mencuri tulang atau meninggalkan kerja hakiki kita lalu kita makan dari hasil mencuri tulang. Samalah keadaannya dengan mengambil hasil kerja yang tidak halal.


SELAMAT HARI PEKERJA 1 Mei 2009

Wednesday, April 29, 2009

BERHATI-HATI TERHADAP GELATIN DALAM PEMAKANAN



Gelatin merupakan protein yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti lembu, kerbau, babi iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya. Gelatin juga didefinisikan terbitan kolagen iaitu protein yang dikaitkan dengan tulang, kulit tisu penyambung lain. Dewasa ini isu pengunaan gelatin dalam pemakanan begitu berleluasa terutama dalam industri makanan dan farmasuketikal. Sifat-sifat gelatin yang luar biasa telah mejadikannya bahan pemantap, pengemulsi (agen campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan penyental. Ia turut memainkan peranan sebagai bahan lekatan dalam gula-gula dan sebagai bahan penggebu.


Tedapat ramai dikalangan kita yang tidak menyedari hal ini dan sering menggula-gulakan anak-anak kita dengan bahan-bahan ini .Tedapat banyak contoh makanan dan produk-produk yang mengandungi gelatin. Antaranya ialah gula-gula getah, toffee,jeli, pencuci mulut segera, jus buah, ais-krim, produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang putih dan sebagainya yang didapati dalam bentuk lembut atau softgel.








Persoalannya adakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubatan yang digunakan setiap hari adalah benar-benar bebas daripada benda-benda yang haram dan meragukan. Adakah gelatin yang digunakan adalah diambil daripada sumber yang benar-benar halal atau sebaliknya. Walaupun gelatin ini diperoleh daripada sumber yang halal, namun ia dianggap tidak halal sekiranya diambil daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.









Gelatin halal diperoleh yang daripada kulit lembu atau kerbau tetapi ia tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit lembu atau kerbau secara komersilnya lebih menguntungkan dalam industri barangan kulit dan kebanyakkan kulit babi juga dikatakan lebih bermutu tinggi dan mudah dihasilkan. Mengikut statistik laporan pasaran gelatin bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% dari kulit lembu, 27.65% dari tulang dan dari sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui laporan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber-sumber lain.








Sehubungan itu ,berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa pengeluar yang mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal dan haram sumber gelatin tersebut. Antaranya Davis Gelatine, Parke Schere yang mana mengikut kajian yang telah oleh Cap ( Persatuan Pengguna Penang) yang diperoleh daripada buku terbitan Pusat Dagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT, Sebanyak 60% daripada gelatin yang dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperoleh daripada kulit babi. Namun dalam keraguan kandungan Davis Gelatine masih mempunyai logo halal pada pembungkusnya.Oleh itu, penggunaan gelatin dalam pemakanan begitu mengundang keraguan di kalangan penguna Muslim. Umat Islam perlu mengambil berat persoalan pemakanan seharian dan menjauhi perkara-perkara yang halal dan syubhah kerana ia akan menjadi darah daging dan akan dihisab di akhirat kelak.Ia juga turut mempengaruhi tahap keimanan seseorang kerana kerana ia berkenaan ketaatan kepada perintah Allah S.W.T.Hadith Rasulullah S.A.W :







عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ






Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rosak. Ketahuilah, itulah hati.














Berdasarkan hadith tersebut Halal dan Haram sesuatu makanan adalah berdasarkan kepada zat dan sifat (sesuatu makanan tersebut) yang dinyatakan secara jelas halal dan haramnya oleh dalil-dalil naqli yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith.[Definisi Ibn Hajar al-’Asqalani di dalam Fath al-Bari]Sehubungan itu, Umat Islam perlu memastikan makanan dan ubat-ubatan yang digunakan setiap hari adalah benar-benar mengunakan gelatin yang halal bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan, dan pengangkutan. Antara pengertian halal yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu sesuatu yang tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl;



فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (114) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (115) وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ (116)




Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah.Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan Ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.










Berdasarkan ayat ini kita diperintahkan memilih makanan yang halal dan baik kerana Allah telah menyediakan kurniaan rezeki yang banyak kepada semua makhluknya. Kita juga perlu sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan Allah. Dalam ayat tersebut turut menjelskan pengharaman bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah serta jangan mudah mendustakan halal atau haram kerana sesuatu perkara mestilah dibuktikan dahulu.














Terdapat beberapa usaha kerajaan dalam mendepani isu makanan halal haram ini iaitu menyediakan produk alternatif halal kepada pengguna Muslim dan masyarakat Islam amnya. Antara produk yang diperkenalkan adalah GELATIN HALAL yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Gelatin yang dikeluarkah Halagel(M) Sdn.Bhd sejak tahun 1997 diperoleh dari negara Islam iaitu Pakistan dan mempunyai 100% tenaga kerja daripada orang-orang Islam.












Sehubungan itu, menyedari peri pentingnya gelatin dalam pemakanan dan perubatan Halagel dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah melakukan penyelidikan penghasilan gelatin halal. Sekumpulan pasukan penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkomersialkan penghasilan gelatin halal tulen hasil penyelidikan mereka untuk kegunaan umat Islam sedunia bagi menangani kemaslahatan ummah. Dengan ini, Malaysia akan menjadi pengeluar uatama gelatin halal.












Kesimpulannya, Umat Islam perlu peka dalam perkara-perkara yang melibatkan isu halal haram. Ia merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari yang halal adalah dituntut oleh agama. Sebagai pengguna Muslim kita seharusnya menyokong produk-produk yang dihasilkan oleh bumiputera Islam dan menghentikan penggunaan produk-produk yang tidak jelas sumbernya seperti produk yang dihasilkan oleh Yahudi dan golongan bukan Islam.
sumber blog Prof. Madya Dr Ishak Suliaman UM



Gelatin merupakan protein yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti lembu, kerbau dan babi, iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya. Gelatin juga didefinisikan terbitan kolagen iaitu protein yang dikaitkan dengan tulang, kulit tisu penyambung lain. Dewasa ini isu pengunaan gelatin dalam pemakanan begitu berleluasa terutama dalam industri makanan dan farmasuketikal. Sifat-sifat gelatin yang luar biasa telah mejadikannya bahan pemantap, pengemulsi (agen campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan penyental. Ia turut memainkan peranan sebagai bahan lekatan dalam gula-gula dan sebagai bahan penggebu.








Tedapat ramai dikalangan kita yang tidak menyedari hal ini. Malahan itulah yang paling kerap dibeli untuk anak-anak sebagai 'jajan' juga yang digunakan kita setiap hari. Terdapat banyak contoh makanan dan produk-produk yang mengandungi gelatin. Antaranya ialah gula-gula getah, toffee, jeli, pencuci mulut segera, jus buah, ais-krim, produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang putih dan sebagainya yang didapati dalam bentuk lembut atau softgel.










Persoalannya adakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubatan yang digunakan setiap hari adalah benar-benar bebas daripada benda-benda yang haram dan meragukan. Adakah gelatin yang digunakan adalah diambil daripada sumber yang benar-benar halal atau sebaliknya. Walaupun gelatin ini diperoleh daripada sumber yang halal, namun ia dianggap tidak halal sekiranya diambil daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.





Gelatin halal diperoleh yang daripada kulit lembu atau kerbau tetapi ia tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit lembu atau kerbau secara komersilnya lebih menguntungkan dalam industri barangan kulit dan kebanyakkan kulit babi juga dikatakan lebih bermutu tinggi dan mudah dihasilkan. Mengikut statistik laporan pasaran gelatin bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% dari kulit lembu, 27.65% dari tulang dan dari sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui laporan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber-sumber lain.












Sehubungan itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa pengeluar yang mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal dan haram sumber gelatin tersebut. Antaranya Davis Gelatine, Parke Schere yang mana mengikut kajian yang telah oleh Cap ( Persatuan Pengguna Penang) yang diperoleh daripada buku terbitan Pusat Dagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT, Sebanyak 60% daripada gelatin yang dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperoleh daripada kulit babi. Namun dalam keraguan kandungan Davis Gelatine masih mempunyai logo halal pada pembungkusnya.










Oleh itu, penggunaan gelatin dalam pemakanan begitu mengundang keraguan di kalangan penguna Muslim. Umat Islam perlu mengambil berat persoalan pemakanan seharian dan menjauhi perkara-perkara yang halal dan syubhah kerana ia akan menjadi darah daging dan akan dihisab di akhirat kelak.Ia juga turut mempengaruhi tahap keimanan seseorang kerana kerana ia berkenaan ketaatan kepada perintah Allah S.W.T.










Hadith Rasulullah S.A.W :
عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ




TERJEMAHAN TEKS HADITH: Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rosak. Ketahuilah, itulah hati.












Berdasarkan hadith tersebut Halal dan Haram sesuatu makanan adalah berdasarkan kepada zat dan sifat (sesuatu makanan tersebut) yang dinyatakan secara jelas halal dan haramnya oleh dalil-dalil naqli yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith.


[Definisi Ibn Hajar al-’Asqalani di dalam Fath al-Bari]Sehubungan itu, Umat Islam perlu memastikan makanan dan ubat-ubatan yang digunakan setiap hari adalah benar-benar mengunakan gelatin yang halal bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan, dan pengangkutan. Diantara pengertian halal yang dikeluarkan oleh JAKIM ialah sesuatu yang tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.




Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl;
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (114) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (115) وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا (حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ (116)






TERJEMAHAN AYAT :114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah.115. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan Ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.












Berdasarkan ayat ini kita diperintahkan memilih makanan yang halal dan baik kerana Allah telah menyediakan kurniaan rezeki yang banyak kepada semua makhluknya. Kita juga perlu sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan Allah. Dalam ayat tersebut turut menjelskan pengharaman bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah serta jangan mudah mendustakan halal atau haram kerana sesuatu perkara mestilah dibuktikan dahulu.










Terdapat beberapa usaha kerajaan dalam mendepani isu makanan halal haram ini iaitu menyediakan produk alternatif halal kepada pengguna Muslim dan masyarakat Islam amnya. Antara produk yang diperkenalkan adalah GELATIN HALAL yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Gelatin yang dikeluarkah Halagel(M) Sdn.Bhd sejak tahun 1997 diperoleh dari negara Islam iaitu Pakistan dan mempunyai 100% tenaga kerja daripada orang-orang Islam. Sehubungan itu, menyedari peri pentingnya gelatin dalam pemakanan dan perubatan Halagel dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah melakukan penyelidikan penghasilan gelatin halal. Sekumpulan pasukan penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkomersialkan penghasilan gelatin halal tulen hasil penyelidikan mereka untuk kegunaan umat Islam sedunia bagi menangani kemaslahatan ummah. Dengan ini, Malaysia akan menjadi pengeluar uatama gelatin halal.










Kesimpulannya, Umat Islam perlu peka dalam perkara-perkara yang melibatkan isu halal haram. Ia merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari yang halal adalah dituntut oleh agama. Sebagai pengguna Muslim kita seharusnya menyokong produk-produk yang dihasilkan oleh bumiputera Islam dan menghentikan penggunaan produk-produk yang tidak jelas sumbernya seperti produk yang dihasilkan oleh Yahudi dan golongan bukan Islam.


diposting semula dari sumber blog Prof. Madya Dr Ishak Suliaman UM

Wednesday, April 15, 2009

Jangan Abaikan Kualti Sihat dan Waktu Lapang

Sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Mari bersama bermuhasabah tentang sebahagian nikmat kehidupan yang kita kecapi selama ini. Sepertimana saranan Nabi yang mengingatkan kita iaitu, Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.
Mari kita hayati nikmat sudut kesihatan . Berapa ramai kalangan kita yang menyematkan dalam hati untuk menjaga pemakanan supaya kesihatan tidak terabai? Mungkin selepas berdepan ujian kesakitan, barulah seseorang merasakan bahawa kesihatan itu adalah harta yang amat bernilai. Justeru, ia perlu dijaga.
Ada kalanya, selepas sesuatu yang berharga itu tiada, barulah seseorang menghargai bernilainya nikmat berkenaan. Begitu juga dengan nikmat kesihatan, selepas kita diuji dengan kesakitan, baru berasa beruntungnya dengan nikmat yang dimiliki selama ini. Sejajar dengan itu, usahlah dilupakan juga kesihatan diri yang bakal menjamin impian menjadi kenyataan.


Cuba muhasabah kembali, bagaimana gaya hidup kita sebelum ini? Adakah sudah mengamalkan gaya hidup sihat dan gaya pemakanan sihat atau masih lagi memandang mudah mengenai kesihatan? Seandainya kita sudah mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga keseimbangan pemakanan, bersyukurlah kerana kita diberi kesedaran itu dan masih memiliki nikmat kesihatan sehingga ke saat ini.




Justeru, tatacara hidup perlu dikekalkan atau diberi penambahbaikan supaya kesihatan jasmani dan rohani menjadi lebih mantap. Contohnya, jika sebelum ini, kita mengamalkan pemakanan sempurna tetapi masih belum berkesempatan mengamalkan senaman atau amalan jasmani lain, jadi inilah masanya kita menjadikannya sebagai satu keutamaan.
Begitulah juga dengan perokok tegar, apatahlagi jika kita sebagai pendidik yang melaungkan selogan dan ajaran agama! Sebaiknya kita insafi diri tentang nikmat sihat ini. Berazamlah untuk meninggalkan tabiat tidak sihat ini agar kita boleh mengajak orang lain turut sama memelihara kesihatan untuk melangsungi kehidupan dengan Ibadah yang berkualiti. Jangan kita tunggu kita beribadah dalam keadaan yang sudah tidak sempurna, umpama solat terbaring atau hanya terkedip mata sahaja, atau tunaikan haji hanya diusung oleh orang lain! Pastinya ibadah yang sempurna bagi orang yang sihat akan berbeza dengan ibadah orang yang sakit tanpa kesempurnaan.



Sudah terakam dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Orang beriman yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).







Ia melambangkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW menyarankan umat Islam secara individu mahupun masyarakat mementingkan kesihatan supaya menjalani kehidupan lebih baik.
Oleh itu, setiap Muslim hendaklah berusaha sedaya upaya memperbaiki hidup secara sihat dan memperbaiki kesihatannya supaya menjadi seorang manusia yang kuat. Dengan kesihatan itulah, kita mampu mengubah nasib dan meraih kehidupan lebih baik.







Mutakhir ini bukan sedikit yang menderita sakit dengan penyakit yang sebenarnya boleh diatasi melalui langkah pencegahan dari awal. Mencegah lebih baik dari merawat. Jangan tunggu dah terantuk baru tengadah. Buatlah pemeriksaan awal doktor lebih lagi apabila usia semakin meningkat ke 40 an. Kepentingan langkah pencegahan tidak boleh dinafikan dalam pemeliharaan kesihatan kerana ia terangkum dalam aliran hidup sihat. Langkah pencegahan juga adalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan penyakit dapat dihindari di samping pemantauan kesihatan.




Jalan usaha dan ikhtiar sudah dilakukan, akhirnya berserah kepada penentuan Allah dengan berdoa dan bertawakkal. Kita juga sering percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin juga penyakit yang dideritai adalah kaffarah dari Yang Maha Esa. Moga akan gugur dosa yang kita lakukan. Jesteru itu juga masa lapang kita yang berkuliti mesti kita penuhi dengan ibadah yang berkualiti sebelum datangnya kesempitan.
sekian sekadar dari catatan pengajaran hadis.



Monday, March 02, 2009

Membaca Tasbih Kaffarah di akhir majlis


1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]



2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau). Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]




3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).[3]



4) Daripada Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:


رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ

(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).[4]

Huraian hadis:[5]

1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.

2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.

3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.



Ulasan:

Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis tidaklah begitu penting bagi saya. Umat Islam di Malaysia ini pun sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.



Namun demikian, masyarakat kita masih lagi belum menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis. Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.


Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya. Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya. Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoa dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.


Adakah perlu membaca Surah Al-Asr juga?Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.[6]

Sekian, Wallahu a'lam.




[1] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3433), beliau berkata: Hadis Hasan Sahih.

[2] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4859) dan Al-Hakim Abu Abdillah dalam Al-Mustadrak daripada Aisyah RA, beliau berkata: Isnad Sahih.

[3] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4857).

[4] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3434).

[5] Lihat: Mustafa Al-Bugha dan lain-lain, Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin, 1/568-569, Beirut: Muassasah Risalah (1996).

[6] Direkodkan oleh Baihaqi daripada Abu Huzaifah. Saya menukilkan terus dari At-Tafsir Al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily tentang kelebihan Surah Al-Asr.

Sunday, March 01, 2009

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Dinisbahkan kepada Rasulullah?

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (1417H) telah memberi komentar tentang kata-kata yang popular di kalangan masyarakat ini dengan menjelaskan[1]:“Bahawa kata-kata ini: ‘Menuntut ilmu dari buaian ke liang lahad’, atau yang disebut sebagai ‘Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad’, bukanlah Hadis Nabi SAW, tetapi ia merupakan kata-kata manusia, maka tidak harus untuk menisbahkannya kepada Rasulullah SAW sepertimana yang selalu orang katakan.

Ini adalah kerana tidak boleh menisbahkan sesuatu kepada Rasulullah SAW melainkan hanya apa yang benar baginda ucapkan atau lakukan atau perakukan.Walaupun kata-kata ini betul dan benar maksudnya, tetapi ia tetap tidak diharuskan untuk menisbahkannya kepada Nabi SAW.Hadis palsu ini “Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad” sangat popular dan masyhur di kalangan manusia, akan tetapi adalah menghairankan bahawa kitab-kitab yang menghimpunkan ‘hadis-hadis yang masyhur’ tidak pernah menyebutkannya”.

[1] Lihat: Abu Ghuddah, Abdul Fattah (1417H), Qiimatu Az-Zaman ‘indal Ulama, m/s 29, Maktabah Al-Mathbu’aat Al-Islamiah (Cetakan Kesepuluh)

Wednesday, January 21, 2009

Pembetulan Teks Hadith











Sunday, July 13, 2008

Persoalan berkenaan dengan solat hajat dan beramal dengan hadis dhaif


Persoalan:

Saya agak terkejut apabila dikatakan seorang penceramah bahawa Solat hajat ni nabi tak buat. Maklumlah, saya ni mana ada ilmu agama banyak sangat, namun ni la pertama kali saya dengar solat hajat nabi tak buat. Bagus penceramah ada menerangkan tentang perkara ini dengan hujah nya nabi tidak pernah buat.
Namun di sini, saya ingin bertanyakan mengapakah tidak dirujuk kepada 4 mazhab besar dalam ahli sunnah waljamaah. Memang benar kita berpegang pada sunnah dan Al-Quran, namun tak layak kah untuk 4 mazhab besar ini dijadikan rujukan. Oleh itu, saya ingin bertanya, apa pandangan 4 mazhab ini berkenaan dengan sembahyang hajat terutama mazhab syafie kerana saya mengamalkan tarikat imam syafie RAH. Sekiranya keempat2 mazhab ini mengatakan tidak ada sembahyang hajat, maka saya rasa benarlah tidak ada sembahyang hajat. Namun sekiranya ada salah satu mazhab bersetuju mengenai sembahyang hajat, tidak salah la kita untuk mengamalkannya. Saya beratanyakan ini kerana, sepanjang pengetahuan saya, sembahyang hajat ni takpe kot cuma buat sendirian je. Takde jemaah. Rasa2nya kot. So, ada sesiapa boleh beritahu pendapat keempat2 mazhab berkenaan sembahyang hajat? Terima kasih

Jawapan:

Disini akan diterangkan dengan beberapa rujukan kepada kitab-kitab yang ada di pondok kami. Salah satunya dalam kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221 yang menegaskan: Sungguhpun begitu, terdapat hadis sahih mengenai solat hajat. Hadis ini yang dikeluarkan oleh Tabarani,Baihaqi dan lainnya ( Hakim, Nasaie dan lain-lain ).
Daripada Usman bin Hunaif bahawanya seorang seorang lelaki berulang alik pergi kepada Syaidina Usman Affan untuk ditunaikan sesuatu hajatnya.Akan tetapi Syaidina Usman tidak mengendahkannya. Ibnu Hunaif memberi pengesyornan kepada lelaki tersebut dengan katanya: “pergilah ketempat mengambil wudhuk dan tujulah ke masjid serta sembahyanglah dua rakaat ( solat hajat ) serta berdoa” : Ya Allah! “Aku pinta dan aku menghadap kepada Engkau dengan berkat nabi kami Muhammad s.a.w, Nabi berkat semesta alam. Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan keberkatan engkau supaya Dia Tuhanku tunaikan hajatku” serta engkau sebutkan hajat engkau.Kemudian lelaki itu melakukan apa yang disuruh oleh ibnu Hunaif. Lalu ditunaikan hajatnya oleh Syaidina Usman dengan serta merta. Lelaki tersebut berjumpa dengan Ibnu Hunaif kembali dan mengucapkan terima kasih dengan katanya “Jazakallahu khairan.” Tidaklah Syaidina Usman tunaikan hajatku sehinggakan selepas engkau katakan segala itu kepadaku, lalu Ibu Hunaif menegaskan: “Demi Allah! Tidaklah aku katakan kesemua itu daripada pihak diriku sendiri, akan tetapi aku telah menyaksikan Rasulullah s.a.w didatangi seorang buta yang telah mengadu tentang hilang daya penglihatannya. Baginda bersabda: “adakah boleh engkau bersabar dengan apa yang kamu alami? Beliau menjawab: “ Ya Rasulullah! Tidak ada bagiku orang yang boleh pimpin dan menunjuk arah untukku. Ini adalah kesusahan bagiku. Lalu baginda bersabda “pergilah ketempat wudhuk serta berwudhuklah kemudian sembahyang dua rakaat ( solat hajat ).


Ini adalah terjemahan daripada kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221.

Berkenaan Solat Hajat di sisi Mazhab 4,tersebut di dalam kitab fekah empat mazhab karangan Abdul Rahman al-Jaziri dalam kitabullsolah bahawa solat hajat disunatkan dengan disepakati oleh keempat-empat mazhab. Beliau menegaskan, “disunatkan bagi mereka mempunyai hajat yang disyarakkan bahawasanya dia sembahyang dua rakaat. Sebagaimana datang hadis melalui sabda Nabi s.a.w,”sesiapa yang ada baginya sesuatu hajat kepada Allah atau terhadap seseorang anak Adam maka hendaklah ia berwuduk serta mengelokkannya kemudian hendaklah ia solat dua rakaat serta memuji Allah Taala dan selawat kepada Nabi s.a.w lalu berdoa….”Ini pula merupakan terjemahan daripada kitab empat mazhab yang dikatakan hadis dhaif.

Walaupun hadis ini merupakan sanad yang dhaif tetapi hadis daif boleh diamalkan pada kelebihan amalan, kelebihan seseorang atau kelebihan sesuatu, menggemarkan sesuatu perkara dan menakuti dan menjahui sesuatu perkara. Ia boleh digunakankan selagi hadis itu tidak maudu’. Hadis maudu’ ialah hadis yang direka-reka. Begitu juga dengan hadis yang bersangatan dhaif, maka kedua-dunya tidak boleh digunakan pada tiga perkara tadi.Di dalam kitab Arba’ien (hadis 40) pula, Imam Nawawi berkata: “Para Ulama” telah bersepakat mengenai harus beramal dengan hadis dhaif pada kelebihan-kelebihan amalan”. Ijmak para Ulamak’ yang telah dinukilkan oleh Imam Nawawi ini merupakan bantahan terhadap mereka yang mengingkari keharusan beramal dengan hadis dhaif pada perkara tersebut. Inilah seperti yang diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam syarah kitab Arba’ien.Mengenai solat hajat secara berjemaah adalah diharuskan,bahkan apa-apa jua solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah diharuskan melakukan secara berjemaah. Ini adalah sebagaimana tersebut dalam kitab sahih Muslim pada bab ‘harus berjemaah pada solat sunat’. Nabi solat sunat secara bejmaah bersama Anas,emak dan emak saudaranya. lihat kitab Sahih Muslim…….
Wallahua'lamm.... selanjutnya [link http://halimislamic.blogspot.com/2007/12/menjawab-persoalan-berkenaan-dengan_25.htmlk]

Thursday, May 01, 2008

Peranan Hadith Terhadap Al-Quran



Hadith merupakan sumber perundangan yang kedua selepas Al-Quran. Ia merupakan amali apa yang telah di jelaskan di dalam Al-Quran. Kadangkala ia mentafsirkan ayat, menjelaskan kekeliruan, memperincikan hukum hakam yang tidak di jelaskan di dalam mana-mana ruangan kecuali hadith. Inilah yang kita nyatakan seseorang yang mendakwa beliau hanya cukup beriman dengan Al-Quran adalah sesat. Ini kerana beliau meninggalkan sumber perundangan Islam yang kedua iaitu hadith.
Peranan hadith terhadap Al-Quran boleh kita simpulkan secara ringkas seperti berikut ;



Peranan Pertama:
MENJADI PENGUAT HUJJAH PERKARA YANG TELAH DI JELASKAN DI DALAM ALQURAN
Ini seperti yang kita maklum bahawa beberapa perkara yang dijelaskan oleh Al-Quran seperti solat, zakat, puasa dan haji.
Contoh hadith :
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان
Islam itu di bina atas 5 dasar utama iaitu shahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa ramadhan [Riwayat alBukhari]
Hadith di atas penguat ayat AlQuran iaitu :
وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة
“Dirikanlah solat dan tunaikan zakat” [Surah AlBaqarah ayat 83]
Peranan Kedua :
MENJELASKAN DENGAN PERINCI PERKARA YANG TERDAPAT DI DALAM ALQURAN
Peranan kedua ini di bahagikan kepada beberapa perkara :
a) Menjelaskan perkara yang umum
Contohnya ialah Allah menyuruh hambaNya bersolat di dalam AlQuran tanpa di terangkan waktu solat, rukun-rukun, rakaat dan sebagainya.
Maka hadith menerangkan dengan perinci cara perlakuan solat, rukun, hukum hakam dan sebagainya. Antaranya hadith baginda mengajar sahabatnya bersolat di dalam hadith :
صلوا كما رأيتموني أصلي
“solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku bersolat” [Riwayat alBukhari]
Begitulah jua di dalam tajuk zakat, haji, pernikahan, muamalat, jenayah dan sebagainya yang umum di dalam AlQuran dan di jelaskan di dalam hadith.
b) Menyelesaikan permasalahan dan kekeliruan
Di dalam ayat AlQuran ada ayat seperti :
الذين آمنوا ولم يلبسوا إيمانهم بظلم
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah AlAn'am ayat 82]
Maka, para sahabat mula bersusah hati dengan mengatakan “manakah dari kalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman”. Maka jawab Rasulullah “Bukannya begitu, tidakkah kamu mendengar nasihat Luqman iaitu
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar“.[Luqman ayat 13]“
Maka fahamlah para sahabat bahawa kezaliman yang di maksudkan di dalam ayat tersebut bukan umum perkataan zalim malah membawa maksud yang dijelaskan oleh Rasulullah sebagai MELAKUKAN SYIRIK KEPADA ALLAH TAALA.
Dua jenis di atas adalah menunjukkan hadith itu penguat dan penjelas kepada AlQuran tanpa khilaf oleh mana-mana ulama.



Peranan Ketiga:
PERKARA TAMBAHAN DI DALAM AL-QURAN
Ada sebahagian perkara yang tidak di bincangkan di dalam Al-Quran, ada yang di haramkan oleh Al-Quran yang tidak di jelaskan dengan perinci akan keharamannya.
Antaranya pengharaman berkahwin dengan mengumpulkan dalam satu masa perempuan bersama dan makciknya sebelah lelaki dan perempuan bersama makcik sebelah perempuan, pengharaman memakan binatang yang mempunyai taring dan sebagainya lagi.
Perkara tersebut di jelaskan di dalam hadith. Maka, kita sebagai seorang muslim hendaklah taat kepada seruan Rasulullah kerana ia berkaitan dengan ketaatan kepada Allah jua seperti Firman Allah :
“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).” [Surah AnNisa ayat 80]
Dengan ini, jelaslah kepada kita peranan hadith terhadap Al-Quran. Logiknya, tidak mungkin kita mampu memahami Al-Quran jika kita tinggalkan hadith.
Mana-mana seruan yang membawa fahaman Al-Quran (seperti golongan Quraniyyun) tanpa menggunakan hadith ternyata adalah seruan yang batil dan inilah yang menyebabkan pemahaman terdapat perkara-perkara islam tidak dapat di fahami dengan baik dan tersasar dari jalan yang benar.



Terjemahan ringkas dan olahan : ibnuhazam rujuk atau rujuk terus ke
Sumber : http://www.islamweb.net/ver2/archive/readArt.php?id=24302
FREE PALESTINE

My Blog List