SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES
Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Friday, July 02, 2010

Hukum makan dan minum berdiri

Gambar Sekadar Hiasan
Adab yang penting untuk kita bersama pelihara dan amalkan adalah ketika menjamah makanan atau meneguk air minuman. Kadangkala suasana, sistem dan kemudahan tempat duduk yang disediakan dalam suatu majlis tidak mengizinkan tetamunya untuk duduk. Lalu kita mengabaikan adab ini. Mari kita meneliti hukumnya berdasarkan nas dan hadis yang menyokongnya agar kita terus mengamalkan sunnahnya.

Hukum minum berdiri adalah makruh menurut pendapat kebanyakan ulama. Ini berdasarkan hadis-hadis berikut:-

Abu Said al-khudri berkata:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menegah daripada minum berdiri." (Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah seseorang kamu minum berdiri; sesiapa yang terlupa maka hendaklah dia muntahkan kembali"(Hr Muslim)

Daripada Anas dan Qatadah r.a daripada Nabi s.a.w: "Sesungguhnya baginda menegah daripada minum berdiri." Para sahabat r.a bertanya "Bagaimana dgn makan?" Nabi s.a.w bersabda "Itu lebih jahat dan lebih keji"(Hr Muslim)

Sebab apa ianya dilarang? Berikut adalah pandangan dari pakar perubatan:-

Dr Abdul Razzak al-Kailani berkata:

"Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.

Adapun pandangan daripda dr Ibrahim ar-Rawi adalah seperti berikut:

Apabila seseorang itu berdiri dia dlm keadaan ototnya menjadi tegang (strain) . Pada masa yg sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot , utk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sisitem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan berdiri di tempat yang tidak sesuai duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri seperti berikut:

Ibnu Umar berkata: "Kami makan berjalan dan minum berdiri di zaman Rasulullah"(Hr Tirmizi)

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya Nabi minum zam-zam dalam keadaan berdiri."(Hr Bukhari dan Muslim)
Biarpun ada riwayat yang mengharuskan kita minum dalam keadaan berdiri ianya juga melihat suasana yang tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Pertimbangan kita ialah yang terbaik untuk mengamalkan adab makan dan minum ialah dalam keadaan kita duduk demi menjaga keperluan kesihatan malah thiqah dan pandangan umum terhadap kebaikan cara hidup Islam.
dipetik dari blog cina islam.

Tuesday, April 13, 2010

Beberapa Kesilapan Wanita Memahami Aurat


Mari kita telusuri beberapa kesilapan memahami cara menutup aurat di kalangan wanita hari ini.

Kesilapan satu : Aurat itu adalah memakai tudung semata-mata.

Kesilapan kedua: Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

Kesilapan ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesilapan keempat: Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ seolah membungkus nangka!!

Kesilapan kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesilapan keenam: Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak memakainya bila keluar dari rumah, pasaraya dan sebagainya.

Kesilapan ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kesilapan kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:

Maksudnya :“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada lelaki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas. Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di saloon seperti ini.

Larangan berpakaian nipis bahawa Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

Kesilapan kesembilan: Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-يرحم الله المتسرولاتErtinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

Kesilapan kesepuluh : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-” Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :

a) Perbezaan dengan binatang.Allah SWT berfirman :” Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan” ( Al-A’raf : 26)Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti. Ia bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam. Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend’ sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code’ tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard’ berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard’ pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk :

2)DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER. Ungkapan ini kerap kita dengari. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja. Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
dipetik dari ustaz melaka.

Wednesday, February 04, 2009

Adab-Adab Dengan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis antaranya
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah an-Nisa: ayat 59).

BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud:
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.
(Surah an-Nur: ayat 63).

MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu.
(Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.
(Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
(Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku.
(Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali.
(Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.
(Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain…
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang).
(Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan.
(Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
Tajuk ini selanjutnya ada dalam penghuraian adab terhadap Rasulullah di T.4

Thursday, August 07, 2008

ADAB MENJAGA ORANG SAKIT





1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT
· Farhdu kifayah

2. PANDUAN / ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
· Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu
· Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperintannya menaggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis
· Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT
· Mewujudkan silaturrahim semasa islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah

4. AKIBAT TIDAK MENJAGA ORANG SAKIT
· Menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
· Menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup
· Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling

Monday, June 16, 2008

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH


ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W

1. KEWAJIPAN BERADAB DENGAN RASULULLAH
· Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah
· Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih
dan memuliakannya
· Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya
· Allah menyeru umat Islam agar mengasihi rasulullah sebagai tanda cinta
kepada-Nya


2. GARIS PANDUAN DAN ADAB DENGAN RASULULLAH

· Berselawat kepadanya

i. Ia bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepadanya
ii. Tujuan bersalawat adalah untuk meberi ucapan selamat bagi menghormati
Rasulullah
iii. Kita perlu beradab semasa berselawat dengan suara yang sederhana dan tidak
terlalu nyaring

· Tawadhuk dan bersopan santun

i. Kita dilarang meninggikan suara dihadapan rasulullah
ii. Bersopan ketika hadis rasulullah dibaca

· Menziarahi makam rasulullah

i. Kita disunatkan menziarahi makam baginda ketika menunaikan haji dan umrah

· Mengasihi para sahabat

i. Kita hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat nabi dengan tidak mencaci
atau memandang rendah pendapat sahabat

· Beriltizam dengan sunat rasulullah

i. Kita dikehendaki mengikut segala sunnah rasulullah sama ada perbuatan,
perkataan, hukum, sikap dan pandangan
ii. Kita dikehendaki memastikan setiap amalan kita itu selari dengan ajaran Islam

3. TINGKAH LAKU TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH

· Tidak mentaati perintah baginda
· Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda
· Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
· Tidak menghormati sahabat baginda



4. KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT KEPADA RASULULLAH

· Jiwa sentiasa tenang
· Sentiasa mengamalkan nilai murni yang baik
· Akan sentiasa mengamalkan ibadat
· Akan sentiasa berhati-hati dalam amalan dan perbuatan dan jauh dari
perkara-perkara maksiat



5. HIKMAH MENGAMALKAN ADAB KEPADA RASULULLAH

· Seseorang yang mengasihi rasulullah akan dikasihi Allah
· Sesiapa yang menjadikan rasulullah contoh dan ikutan, mendapat
kesejahteraan hidup didunia dan keredhaan di akhirat
· Beradab kepada rasulullah mendorong kita mengamalkan sunnahnya
· Melahirkan insan beradab sesama makhluk
· Mendapat rahmat dan keampunan


6. PERBEZAAN ANTARA ADAB TERHADAP RASULULLAH DENGAN ADAB TERHADAP ORANG AWAM

· Adab dengan rasulullah :

i. Rujuk diatas

· Adab dengan manusia :

i. Memanggil mereka dengan nama atau gelaran yang baik
ii. Bergaul dengan bersopan dan tidak menyakiti orang lain sama ada dengan kata-
kata atau perbuatan
iii. Tidak mencaci sesama manusia



7. KERUGIAN ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SUNNAH RASULULLAH

· Tidak berpeluang menerima syafaat dripada rasulullah di akhirat kelak
· Boleh merosakkan iman pada diri sendiri
· Tidak berpegang dengan sunnah rasulullah bererti tidak berpegang dengan
ajaran Allah
· Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya

Moga dengan nota pelajaran ini bukan hanya mengingatkan kita kepada isi kandungannya sahaja yang lebih utama kita menghayatinya dalam kehidupan.

Friday, May 30, 2008

ADAB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


Diantara pengajaran akhlak yang diterapkan kepada para pelajar ialah amar maaruf nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan amalan yang menjadi dosa. Keduanya wajib ditegakkan dan dilaksanakan seiringan. Mengajak manusia melakukan kebaikan kemudian mengajak atau mendorong mereka melakukan kemungkaran adalah salah apatah lagi kalau mengajak melakukan kemungkaran dan menghalang orang melakukan kebaikan satu dosa yang amat besar. Fenomena ini kadangkala masih berlaku di sekeliling kita. Satu ketika kita ajak manusia berforum tentang Islam dan dianjurkan juga konsert, bercampur lelaki dan perempuan..dan banyak lagi. Mari diulangkaji tajuk pelajaran kita untuk diingat semula.
1. KEWAJIPAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
· Umat islam dituntut untuk berdakwah mengukut kemampuan masing-masing
· Amar makruf nahi mungkar boleh menjauhkan perkara keji dari berlaku dalam
masyarakat
· Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu cara untuk melaksanakan
amar makruf nahi mungkar
· Manuisa serng lalai dengan perkara wajib dan untuk menjauhi perkara yang
ditegah berikutan dari pengaruh dan persekitaran atau budaya luar.

2. SIFAT PENDAKWAH
i. Berilmu
ii. Beramal dengan ilmu
iii. Berakhlak mulia

3. GARIS PANDUAN DALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Dengan cara hikmah :

§ Iaitu dengan menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas kepada mereka
yang berjiwa kuat yang memerlukan kebenaran

· Mauizah hasanah ( nasihat yang baik )
· Berbincang dengan cara yang baik

4. CARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH
· Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat
· Berdakwah secara diplomasi
· Meninggalkan perkara yang tidak memudharatkan untuk kemaslahatan yang
lebih besar
· Memberi hidayat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama islam
· Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah
· Memberi kemaafan dalam keadaan yang mungkin boleh menuntut bela / balas dendam
· Meceritakan sesuatu berdasarkan kisah umat terdahulu sebagai iktibar

5. FAEDAH / HIKMAH MENGAMALKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

· Dapat menegakkan hukum Allah serta syariat Islam
· Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat
· Pembangunan negara bertambah baik dan diampuni Allah
· Ekonomi bertambah baik dan meningkat
· Dapat memelihara harta, maruah, keturunan dan hak-hak individu

Kesimpulannya adab ini bukan sekadar pengajaran untuk pelajar malah seluruh umat yang mengaku muslim wajib menghayati dan melaksanakan dalam kehidupan

Sunday, May 25, 2008

Pakaian Pelajar kita menjolok mata?



ASAS DAN ADAB BERHIAS DIRI

Artikel ini mengajak kita memahami isi pengajaran akhlak yang selalu kita peringatkan kepada para pelajar. Lebih relaven untuk dibicarakan kerana akhir-akhir ini timbul isu tentang pakaian putih yang dipakai oleh para pelajar hari ini. Kononnya ia amat menjolok mata apatahlagi yang dijolok matanya itu seorang cikgu. Apapun mari kita lihat isi pelajaran kita sebelum kita komen dihujung coretan ini.

1.CARA BERPAKAIAN MENURUT SYARAK

Antara garis panduan berpakaian yang diletakkan oleh Islam ialah
*Berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah
*Bukan tujuan berbangga diri
*Bertujuan menutup aurat
*Tidak jarang yang menampakkan aurat
*Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan
*Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam

2.PERBUATAN BERHIAS YANG DILARANG OLEH ISLAM

· Memakai emas / sutera tulin bagi lelaki
· Berpakaian yang berlawanan jantina
· Menyambung rambut ( sama ada menggunakan rambut asli atau palsu )
· Membuat tatu
· Pembedahan anggota badan untuk kecantikan

3.HIKMAH BERHIAS DIRI

· Disukai Allah dan manusia
· Menjauhkan diri dari kehinaan
· Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
· Menjaga maruah diri dan agama

4.TUJUAN BERHIAS DIRI

Selaras dengn fitrah manusia yang inginkan kecantikan dan bersih
Menzahirkan nikmat Allah
Mensyukuri nikmat Allah dengan menjaganya sebagai tanda terima kasih dikurniakan tubuh badan yang cantik dan sihat

Ayuh mari kita hayati tuntutan Allah tentang suruhan menutup aurat, dan rasanya eloklah kita berhati-hati mengulas dan bercakap tentang perkara asas agama ini.

Lebih bijak jika di sini kita sarankan kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dalam berpakaian dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.
Bukanlah soal warna putih itu shaja yang menjadi isu akan tetapi apapun warnanya jika menjolok mata dan masih belum memenuhi kriteria menutup aurat maka ia wajar difahami.Tidak perlu kita lakukan perubahan drastik menukar pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai. Wallahu A'lam

Friday, May 23, 2008

Selamat Bercuti

Cuti persekolahan bermula. Ayuh! mari merancang percutian yang lebih bermakna. Bagi para ibu bapa ambil kesempatan untuk bersama keluarga. Mungkin sebahagian dari hari cuti telah dirancang untuk aktiviti pembelajaran masa cuti. Sewajarnya juga kita luangkan masa merehatkan minda berekreasi bersama keluarga. Inilah saat manis untuk dikecapi bersama keluarga moga ikatan kukuh sesama ahli keluarga menghasilkan natijah yang baik dalam perkembangan anak-anak. Namun tidak lupa dalam berekreasi kita sama-sama perhatikan juga isi pelajaran ini untuk penghayatan kita. Mari kita menghayati satu tajuk yang mudah difahami namun masih rendah penghayatannya pada sebahagian manusia walhal alam ini adalah anugerah Ilahi untuk kita jagai.

ADAB DI TEMPAT REKREASI


1. PENGERTIAN REKREASI :
Kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan contohnya riadhah, beristirehat dan menghiburkan hati.
Islam mengharuskan umatnya berekreasi dengan syarat tidak melanggar batas-batas syarak

2. KATEGORI REKREASI:
Aktif

Tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti bersukan
Pasif
Tidak banyak memerlukan tenaga fizikal seperti bersiar-siar

3. FAEDAH REKREASI
· Menguatkan stamina
· Mengimbangi mental
· Mengeluarkan peluh
· Menenangkan fikiran
· Mengurangkan tekanan perasaan
· Menimbulkan semangat kerjasama
· Memupuk perpaduan

4. ADAB REKREASI :
· Berpakaian menutup aurat
· Menjaga pergaulan mengikut hukum islam
· Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak
· Bertanggung jawab menjaga harta awam
· Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi
· Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan

5. CIRI-CIRI TEMPAT REKREASI:
· Yang memberi keselesaan kepada pengunjung melakukan aktiviti rekreasi tanpa gangguan yang boleh menghilangkan keseronokkan rekreasi
· Yang menyediakan keperluan dan kemudahan kepada individu, keluarga atau kumpulan dalam pelbagai aspek.

6. STRATEGI PENGAWALAN TEMPAT REKREASI:
· Bebas dari daripada pemandangan dan perbuatan yang melanggar hukum syarak
· Menjaga kepentingan awam
· Melanggar peraturan yang ditetapkan di tempat rekreasi adalah satu kesalahan dan berdosa

7. HIKMAH BERADAB DITEMPAT REKREASI:
· Mendapat keredhaan Allah
· Dapat memupuk silaturrahim di kalangan pengunjung
· Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar
· Menghindari perkara mungkar
· Mengekalkan persekitaran yang bersih


Semoga paparan ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak disamping selalu mengingatkan anak-anak akan tangungjawab di tempat rekreasi. Kadang-kadang masih lagi terdapat pengunjung tempat rekreasi yang rendah akhlaknya tanpa menghiraukan tanggungjawab menjaga kebersihannya malah tidak menjaga tatasusila dan adab muslim.Mari kita mulakan dari diri kita dan ahli keluarga kita agar adab ini terus diamalkan dan dihayati dalam kehidupan.

Friday, May 02, 2008

Tanggungjawab dan akhlak penuntut ilmu




Mari kita teliti sejenak apakah akhlak yang perlu ada dan tanggungjawab yang perlu kita pikul terhadap ilmu yang kita pelajari. Tugas Penuntut Ilmu Secara Umum, dapat digariskan empat tugas iaitu;


1) Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak- Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.


2)Berterusan dalam menuntut ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu. Firman Allah SWT. "Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"surah Toha ayat 114


3) Sabar
Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual. Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.


4) Memuliakan Guru
Sabda Rasulullah SAW Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-


Adapun hak seorang alim/guru yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan Allah SWT


Akhlak Penuntut Ilmu


1) Merasakan Tanggungjawab ilmu
Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal dia berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-


2) Menjaga amanah ilmiah
Sabda Rasulullah SAW : Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat Attabarani- Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut. - Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya. - Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.


3)Tawadduk
Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk. Firman Allah SWT: "Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja"Surah al-Isra'


4)Mulia diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya, Firman Allah SWT: "kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui"surah al-Munafikun ayat 8 "Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya" surah Fathiir ayat 10


5)Beramal dengan apa yang dipelajari
Firman Allah taala ; "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"surah al-Baqarah ayat 44


6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu Firman Allah taala: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu )ken belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima" surah Ali Imran ayat 187 Oleh:


Diadaptasi dari sumber Suara Persatuan Ulamak Online

Sunday, April 27, 2008

Adab Menjaga Alam Sekitar dimana peranan kita




Mungkinkah Hayat Bumi sudah di Penghujung Jalan

KITA kini berada pada hari kelima selepas Hari Bumi yang disambut Selasa lalu. Sekadar bertanya, apakah sumbangan anda kepada bumi pada hari itu? Atau ada di kalangan kita yang langsung tidak menyedari bahawa adanya sambutan Hari Bumi pada hari tersebut? Tidak mengapa. Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan tentang bumi. Selagi kita masih bernyawa dan bebas melakukan apa sahaja. Selagi kita boleh memandu untuk ke mana-mana. Selagi kita tidak ditimpa masalah atau diancam oleh sesiapa. Kenapa perlu menyesakkan fikiran untuk mengambil peduli mengenai bumi?Beberapa hari sebelum sambutan Hari Bumi Selasa lalu juga, sebuah danau di Chile tiba-tiba lenyap sekelip mata. Air danau itu mengalir laju ke sebatang sungai selepas bentengnya, iaitu bongkah-bongkah ais mencair kerana suhu di sekitarnya yang panas.Dalam sekelip mata, kawasan-kawasan rendah di tebing sungai itu ditenggelamkan tsunami dan Chile, buat kali kedua, terpaksa mengecilkan keluasan negara mereka atas peta dunia.
Dalam putaran proses yang berlangsung sejak sejarah kewujudan manusia bertamadun itu, maka hasilnya bumi menjadi semakin panas dengan kemuncaknya direkodkan sepanjang 1995-2005 apabila suhu bumi meningkat di antara 0.15 hingga 0.3 darjah celsius.Bagaimana? Tertarik untuk mengetahui kisah-kisah bumi di belahan lain dunia?Kehilangan danau di Chile itu sebenarnya hanyalah satu kejadian terpencil yang berlaku disebabkan pemanasan global yang menghantui seluruh penduduk dunia ketika ini. Kerana jika laporan United Nations Intergovermental Panel on Climate Change (IPCC) yang dikeluarkan tahun lepas diambil kira, banyak lagi kawasan di dunia akan tenggelam dalam dekad mendatang.Hakikatnya, bumi kita semakin panas, dan kepanasan itu menurut rekod IPCC, meningkat sehingga 90 peratus dalam dekad ini dengan sebahagian besarnya berpunca daripada aktiviti manusia.Hukum alam selama ini mewujudkan sebuah vakum yang atmosferanya terdiri daripada komposisi gas rumah hijau dalam nisbah yang sangat ideal untuk memerangkap cahaya matahari pada kuantiti yang diperlukan manusia untuk hidup di bumi.Bagaimanapun perlumbaan manusia untuk menjadi sebuah tamadun yang maju dan berkuasa, membebaskan gas rumah hijau dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan lebih banyak cahaya matahari diperangkap berbanding yang dipantulkan semula.
Situasi serupa turut berlaku di Taman Negara Glasier Montana, apabila 150 pergunungan saljinya yang direkodkan pada 1910, hanya tinggal 27 ketika ini, selebihnya mencair dan lenyap daripada permukaan bumi.Gas-gas rumah hijau itu pula terutamanya karbon dioksida, dibebaskan lebih banyak daripada tumbuhan-tumbuhan yang juga semakin gondol, atau lautan mampu menyerapnya.Dalam putaran proses yang berlangsung sejak sejarah kewujudan manusia bertamadun itu, maka hasilnya bumi menjadi semakin panas dengan kemuncaknya direkodkan sepanjang 1995-2005 apabila suhu bumi meningkat di antara 0.15 hingga 0.3 darjah celsius.Menurut IPCC, darjah kepanasan bumi dalam dua dekad ini dicatatkan paling tinggi dalam tempoh 400 tahun lalu, berkemungkinan juga sepanjang hayat bumi. Bumi pada 11 daripada 12 tahun kebelakangan ini juga lebih panas sejak 1850.Apa yang membimbangkan saintis, bumi yang panas memberikan kesan negatif dalam dua bencana yang berbeza tetapi sangat besar risikonya, iaitu banjir besar dan kemarau yang panjang.Dari sudut pemahaman kita sebagai manusia biasa, memang agak menghairankan bagaimana bumi yang panas ini boleh mewujudkan dua fenomena alam yang sangat berbeza, namun itulah yang sedang berlaku ketika ini.Bumi yang panas mencairkan Artik, Antartika (Kutub Selatan) dan Greenland dengan pantas ketika ini dengan ramalan bongkah ais Artik akan lenyap pada 2040 atau mungkin lebih awal.Bongkah ais di Antartika dan Greenland pula menjauh kira-kira 80 peratus daripada kedudukan asalnya 50 tahun lalu ekoran suhu permukaan kawasannya meningkat sehingga 2.5 darjah celsius.Ais di pergunungan Himalaya dan Andes yang menjadi nadi kepada sumber air kepada penduduk China, India, Peru, Bolivia dan Ecuador saat ini mencair dengan pantas tanpa mengira musim dan membeku semula lewat beberapa minggu.Situasi serupa turut berlaku di Taman Negara Glasier Montana, apabila 150 pergunungan saljinya yang direkodkan pada 1910, hanya tinggal 27 ketika ini, selebihnya mencair dan lenyap daripada permukaan bumi.Ais yang mencair itu akan mengalir terus ke laut dan jika keadaan ini berterusan, paras air laut yang sepanjang abad ke-20 lalu meningkat setinggi 0.17 meter, akan bertambah melebihi satu meter.Sekadar makluman bersama, sekiranya semua bongkah ais mencair seperti yang dijangka oleh saintis pada 2040 (jika suhu bumi terus meningkat), 2,000 buah pulau di seluruh dunia akan tenggelam.Sepuluh tahun berikutnya, manusia yang masih bertahan akan berdepan dengan krisis bekalan makanan dan air bersih yang kronik, udara akan menjadi sangat panas dan kering manakala yang tersisa di dalamnya untuk disedut adalah habuk dan debu. Apa yang akan berlaku selepas itu rasa-rasanya tidak perlu diperincikan lagi, kerana sejarah bumi membuktikan ada kehidupan yang pernah pupus di sini sebelum sempat manusia mengenalinya.Sebenarnya masih banyak fenomena luar biasa yang berlaku kepada alam ketika ini, yang jika disenaraikan pastinya menyentak nilai sedar kita kepada betapa alam selama ini begitu terseksa dengan tindakan rakus manusia.Siapa yang dapat menerangkan bagaimana lembah di Argentina dan Afrika tiba-tiba dilitupi salji selepas ratusan tahun lamanya kawasan itu tidak pernah merasai waima udara yang dingin?Cukuplah kita terleka dengan kesakitan bumi, ambil sedikit masa untuk mengetahui apa yang sedang ditanggung oleh planet kita ketika ini. Sudah terlalu banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa pemanasan global menyebabkan perubahan iklim, cuaca dan persekitaran bumi yang luar biasa, yang hanya menunggu masa untuk meledakkan kesakitan dan membalas semula kerakusan manusia.KehilanganAdakah kita begitu selesa dan yakin bahawa bumi yang kita diami ketika ini boleh diwarisi kepada beberapa generasi akan datang? Bagaimana jika dikatakan, kita sebenarnya berkemungkinan besar untuk kehilangan bumi ini sewaktu hayat kita, mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, atau mungkin juga esok atau lusa?Banyak kejadian alam yang berlaku sebelum ini menyentak rasa sedar kita kepada kuasa alam. Lihat sahaja bagaimana Aceh menjadi padang jarak padang terkukur sekelip mata dilenyapkan tsunami. Begitu juga dengan Bam, Iran yang kini menjadi tinggalan sejarah diranapkan oleh gempa bumi. Lalu mengapa amaran demi amaran alam ini masih gagal difahami dan diinsafi oleh manusia?Bukti-bukti sains yang sangat mengerikan itu barangkali membuatkan kita terfikir bahawa kita sudah berada di penghujung jalan untuk menyelamatkan bumi. Mungkin juga ramai yang beranggapan bahawa sudah tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan untuk menghalang bumi daripada membalas semula kerosakan manusia terhadapnya.Apatah lagi mengetahui bahawa gas-gas yang dibebaskan sebelum ini terkumpul di atmosfera bertahun-tahun lamanya, bermakna meskipun punca-punca pelepasan gas itu tidak lagi wujud, ia tidak akan menghentikan pemanasan global dengan segera.Namun, untuk hanya berdiam diri tanpa berbuat sesuatu bukanlah tindakan yang murni ketika segala macam kesakitan bumi kini terpampang di depan mata.Sudah banyak yang diperkatakan tentang apa yang boleh disumbangkan oleh setiap daripada kita dalam bersahabat dengan alam sekeliling. Berkongsi kereta, menjaga kebersihan sungai, tidak merokok, berjimat menggunakan elektrik dan air serta banyak lagi amalan terpuji bukan lagi sekadar perlu dilakukan, tetapi seharusnya menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian.Benarlah kecintaan terhadap alam tidak akan timbul jika kita tidak menghargai setiap kejadian yang diciptakan olah Allah s.w.t. Namun, mana mungkin perasaan cinta itu akan terbit di dalam hati setiap daripada kita jika kehidupan yang diteladani hari ini semakin menjauh dan menyimpang daripada landasan Islam yang sebenar? Atau mungkinkah bencana alam yang semakin luar biasa ketika ini juga sebagai tanda amarah Allah kepada makhluk manusia yang semakin kurang mengingati-Nya? Jika itu boleh dijadikan ukuran, mungkinkah pemanasan global ini akan membawa kita kepada berakhirnya hayat bumi dan kita sebenarnya semakin menghampiri kiamat dunia?
FREE PALESTINE

My Blog List