SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, July 04, 2008

SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH(PLBS)





S1 Apakah PLBS PQS?

J1 PLBS PQS ialah satu proses pentaksiran lisan berasaskan sekolah yang dilaksanakan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran, di dalam ataupun di luar bilik darjah.



S2 Apakah matlamat PLBS PQS?

J2 PLBS bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu membaca al-Quran dan menghafaz surah-surah tertentu serta boleh membaca hadis dengan cemerlang.



S3 Mengapakah guru yang melaksanakan PLBS PQS?

J3 - Guru dapat mengetahui tahap kebolehan sebenar pelajar.

- Proses pemulihan dan pengayaan terhadap kebolehan pelajar dapat dijalankan secara berterusan.



S4 Apakah yang ditaksir dalam PLBS PQS?

J4 Aspek yang ditaksir dalam PLBS PQS ialah:

- Kemahiran membaca al-Quran

- Kemahiran menghafaz al-Quran

- Kemahiran membaca hadis



S5 Bagaimanakah guru boleh menjalankan PLBS PQS semasa pengajaran

dan pembelajaran?

J5 Guru boleh menggunakan kaedah berikut, contohnya;

- Aktiviti guru dengan pelajar

- Aktiviti pelajar dengan pelajar

- Aktiviti kumpulan



S6 Berapa kalikah murid akan ditaksir?

J6 Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sehingga murid mencapai tahap kebolehan yang memuaskan.



S7 Bolehkah PLBS dijalankan sedangkan soalan PLBS PQS belum diterima oleh pentaksir?

J7 Boleh, kerana PLBS PQS bersifat assessment for learning (pentaksiran untuk pembelajaran). Guru boleh menggunakan soalan tahun-tahun sebelumnya untuk melakukan PLBS PQS. Setelah menerima soalan PLBS PQS terkini (tahun semasa), guru dikehendaki menggunakanya untuk langkah akhir mengenalpasti tahap terkini kebolehan pelajar.



S8 Apakah perbezaan antara assessment for learning (pentaksiran untuk pembelajaran) dengan assessment of learning (pentaksiran tentang pembelajaran)?

J8 Assessment for learning (pentaksiran untuk pembelajaran) bermaksud pentaksiran yang dilakukan secara berterusan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran. Manakala assessment of learning (pentaksiran tentang pembelajar) bermaksud pentaksiran untuk menguji tahap pencapaian pelajar di akhir sesi pembelajaran.









S9 Adakah PLBS PQS mesti dilakukan dalam waktu khusus?

J9 Tidak, PLBS PQS adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran.



S10 Bolehkan PLBS PQS dijalankan secara tidak formal di luar waktu pengajaran dan pembelajaran?

J10 Boleh, contohnya semasa sesi latihan/ pertandingan MTQ peringkat sekolah, majlis bacaan Yasin pada hari Jumaat dan sebagainya.



S11 Adakah PLBS PQS menambah beban guru?

J11 Tidak, kerana PLBS;

- Bukan suatu ujian

- Akan membolehkan berlakunya proses penambahbaikan pembelajaran

- Bahan pentaksiran telah disediakan oleh LPM



S12 Apakah langkah kawalan bagi memastikan PLBS PQS berjalan lancar?

J12 - Pentaksir mesti memahami konsep dan kaedah serta perlaksanaan PLBS PQS. Perkara-perkara tersebut boleh dirujuk dalam Buku Format PLBS PQS yang dikeluarkan oleh LPM.

- Kawalan melalui pemantauan dalaman oleh Pengetua/PK/Guru Kanan dan juga pemantauan luaran oleh LPM/ JPN/ PPD/ KPK/ KPN/ KPw.



S13 Apakah kebaikan jadual perlaksanaan PLBS yang fleksibel?

J13 Pelajar mempunyai kadar penguasaan pembelajaran yang berbeza. Jika diberi masa dan peluang, mereka berupaya mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki.



S14 Adakah fokus PLBS PQS kepada individu atau kumpulan?

J14 Fokus PLBS PQS ialah kepada individu.



S15 Perlukah skor yang diperoleh oleh seorang pelajar dibandingkan dengan pelajar yang lain?

J15 Tidak perlu, kerana PLBS PQS ialah pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) dan bukannya pentaksiran merujuk norma (norm-refrenced assessment).



S16 Apakah beza antara pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) dengan pentaksiran merujuk norma (norm-refrenced assessment)?

J16 Pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) digunakan untuk melaporkan prestasi pelajar berdasarkan kriteria-kreteria yang telah ditetapkan. Berbeza dengan pentaksiran merujuk norma (norm-refrenced assessment) yang mana prestasi pelajar ditentukan berdasarkan kedudukannya berbanding dengan pelajar lain.



S17 Bagaimanakah pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) perlu dilaksanakan?

J17 Guru dan pelajar perlu tahu dan faham semua pernyataan kreteria yang hendak dicapai semasa perlaksanaan PLBS PQS. Dengan cara ini guru dan pelajar dapat mengetahui tahap pengusaan setiap kreteria yang ditetapkan. Guru berusaha membawa pelajar ke arah mencapai kreteria tersebut sementara pelajar pula berusaha menguasai setiap keretria yang ditentukan.







S18 Adakah perlu kreteria- kreteria PLBS PQS didedahkan kepada pelajar?

J18 Amat perlu, kerana pelajar perlu tahu sama ada mereka telah berjaya mencapai semua kreteria yang digariskan atau sebaliknya. Pendekatan ini secara keseluruhanya mampu mempertingkatkan pembelajaran seseorang pelajar. Jika masih lemah, mereka berhak untuk terus mencuba memperbaiki kelemahan diri.



S19 Kenapakah pentaksir dan pelajar perlu merujuk kreteria selain merujuk markah yang diperoleh?

J19 Kerana markah/gred/skor tidak memberi isyarat tentang apa yang pelajar tahu dan boleh buat. Manakala kreteria memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan boleh buat. Dengan lain perkataan, dengan merujuk kreteria ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keupayaan dan kebolehan sebenar seseorang pelajar.



S20 Perlukah pentaksir menetapkan standard kreteria paling rendah untuk dicapai oleh pelajar?

J20 Amat perlu untuk mempertingkatkan kualiti kebolehan pelajar PQS. Sebagai contoh, guru memastikan semua pelajarnya dapat menguasai sekurang-kurangnya hukum nun sakinah/ tanwin ketika membaca al-Quran.



S21 Mengapakah sijil PLBS PQS wajib diberikan kepada pelajar?

J21 Antara prinsip pentaksiran untuk pembelajaran ialah pentaksir perlu memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah berusaha untuk mencapai apa yang terbaik untuk diri mereka. Justeru, pemberian sijil merupakan satu bentuk pengiktirafan.







Disediakan oleh,



(Wan Abdul Hamiluddin b. Abd. Kadir)

Penolong Pengarah

UAG, SPUA, LPM.

01 Julai 2008

2 comments:

  1. macam mana nak dapat buku panduan pentaksiran PLBS PQS secara online? Ada laman tertentu? Minta rakan-rakan maklumkan.Syukran

    ReplyDelete
  2. A'kum,saya pelajar tingkatan 5 yg mengambil matapelajaran PQS secara persendirian.
    Bole tau dimana bole saya memperoleh borang skor
    PLBS PQS 2009 kerana saya tidak dapat hadir bagi
    asessment persendirian oleh itu,guru yg mengajar saya akan mencatatkan skor die borang skor.

    p/s : guru yg mengajar saya sudah bersara dan berpindah oleh itu tidak dapat memperolehi borang skor terkini.harap pihak tuan sudi menolong.sila reply die email tertera :
    missAA_babe92@hotmail.com

    ReplyDelete

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List