SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Friday, December 18, 2009

Menjengah amalan Sunnah di Bulan Muharram




Bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1431 Hijriyah menjengah menandakan kita semakin dimamah usia, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan.
Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat.

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat.
Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram.

Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim). Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan).

Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram.
Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima”).Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).

2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik. Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura.
Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun
Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.
Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak.

Sebaiknya amalan yang dilakukan hendaklah dengan ilmu , kerana tanpa ilmu akan sia-sialah amalan. Semoga ditetapkan iman dimurahkan rezki selamat tahun baru hijrah 1431.

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Saturday, December 12, 2009

Selamat Bercuti

Pihak admin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan pelawat mypqs. Untuk makluman blog mypqs telah menambah admin baru untuk menjadikan ia benafas baru dengan admin ketiganya iaitu Wan Abdul Hamiluddin. Semoga blog ini semakin ceria dan bernafas baru. Terima kasih semua.

Thursday, September 10, 2009

Kisah Farhan: Anak Paderi memeluk Islam

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa
saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di
Sabah ...

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.. Sejak mula PBS kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampung dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian
remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama
kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,
"mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........
."..Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.
Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat
pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup
keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa oleh
ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu
koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu...

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan
Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah
ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan..
Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang.....kini
saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan
Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya.. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat...

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis....saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentan isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah........Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan
Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!! !

Diterima dari sumber email wanabdul

Pemikiran Skeptik Yang Membahayakan Umat

Semoga Allah memberi berkat dan ganjaran kebaikan di atas urusan kerja harian di bulan Ramadhan ini .Ada kalangan mereka yang tidak faham berkata puasa menjadikan kita tidak produktif,lemah dan malas. Balik awal nak untuk persiapan berbuka puasa.
Buktikanlah Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja. Semoga bersama-sama memperoleh berkat Ramadhan. Bersemangat, bekerja dan beribadah di dalam Ramadhan dan semoga ia menjadi bench mark kekuatan iman kita selepas itu. InsyaALLAH….

Habib Bourguiba

“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.
“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.
Semua naik angin.Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987.Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Atartuk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia , berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.
Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

SINIS AGAMA

Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism. Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.

Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama.Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.

Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.

Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.

Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.

Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.

Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiranReligious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?

Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. AdakahReligious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

SISTERS IN ISLAM
Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam

Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.

Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.

Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.

Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki. Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.

Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri. Menjadi mangsa kejahatan lelaki. Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.

Religious Skepticism adalah reaksi. Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai. Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri. Sesuatu yang perlu difikirkan.


BENJAMIN STEPHEN

Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.
Bukan sedikit ilmu agamanya. Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

KASSIM AHMAD

Sekiranya anda berkesempatan membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, anda akan melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.

Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alaihi wa sallam.Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.

Di manakah kritikan itu bermula?

Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

Ya!!Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.


PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA

Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.

Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.

Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.

Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian. Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).

“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.

“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.

Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu. Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.

Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.

Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.

Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.

Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.

Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.

Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.


PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN

Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka.Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.

Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).

Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.

SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA

Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.

Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.
Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?

Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia . Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!

Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.


PELIK
Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?

“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.

MUSTAHIL
Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez. Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.

Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja.

Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!

Anda mampu mengubahnya!

Dinukil daripada web ABU SAIF

Jadi Mari kita ubah persepsi orang ramai terhadap ibadah puasa, Ramadhan dan Islam secara keseluruhannya. Bersemangat menuju, bekerja dan beribadah di dalam Ramadhan dan semoga ia menjadi bench mark kekuatan iman kita selepas itu. InsyaALLAH..

Thursday, September 03, 2009

Mencari Malam Al-Qadar

Dalam usaha mempertingkatkan amalan-amalan di Bulan yang penuh keberkatan ini kita tidak lari dari membincangkan tawaran Allah tentang satu malam yang didatangkan Allah kebaikannya melebihi seribu bulan.

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan kerana setengah dari erti qadr itu ialah kemuliaan; kedua bermaksud penentuan kerana pada waktu itulah mulai ditentukan langkah yang akan ditempuhi oleh Rasulullah s.a.w didalam memberi pertunjuk kepada umat manusia. Kalau dipakai erti kemuliaan, maka mulai pada malam itulah kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada nabi Muhammad s.a.w kerana itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan dirinya dihadapan baginda didalam gua Hira?. Pada malam itu perikemanusiaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.

Terdapat beberapa pendapat tentang peristiwa Lailatul Qadar samada ia berlaku sekali atau datang pada setiap Ramadhan. Menurut Ibn Umar, Lailatul Qadar berlaku pada setiap Ramadhan (Jami al-Bayan, hlm. 209). Pendapat yang lain dari setengah ulama ada menyatakan Lailatul Qadar berlaku sekali sahaja iaitu ketika al-Quran mulai diturunkan pertama kali. Adapun Lailatul Qadar yang kita peringati dan berusaha memperbanyakkan amal ibadat pada malam-malam di bulan Ramadhan adalah untuk memperteguh ingatan kita kepada peristiwa turunnya al-Quran. Kita hidupkan malam itu dengan mengambil berkat dan memperbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t. Berdiri mengerjakan terawih dan qiamullail di bulan Ramadhan adalah bertepatan dengan malam turunnya al-Quran (Hamka, hlm. 8071).

Menurut Syeikh Yusuf Amrullah, bapa Hamka, berpegang dengan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa Lailatul Qadar yang sebenar hanya sekali iaitu malam mula-mula al-Quran diturunkan. Yang kita buat amal ibadat didalam bulan puasa adalah mengingati Lailatul Qadar itu ialah memperingati dan memuliakan malam al-Quran diturunkan. Kita ingati setiap tahun agar kita bertambah teguh memegang segala yang diturunkan Allah didalam al-Quran.

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut Hamka semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.

Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang berlakunya Lailatul Qadar dan ia tetap berlaku atau berulang pada setiap bulan Ramadhan, cuma tidak dapat dipastikan secara tepat malam yang keberapa ia berlaku.

Perbincangan panjang lebar diantara ahli-ahli Hadis, mengenai dengan malam apakah yang tepat Lailatul Qadar itu berlaku. Dalam kitab Fath al-Bari menurunkan tidak kurang dari 45 qaul tentang malam terjadinya Lailatul Qadar, masing-masing menurut pengalaman dengan catatan Ulama-ulama yang merawikannya, sejak dari malam 1 Ramadhan sampai 29 atau malam 30 Ramadhan. Semuanya dinukilkan oleh as-Syaukani di dalam `Nailul-Autharnya.

Oleh sebab itu dianjurkanlah supaya setiap malam bulan Ramdhan diisikan penuh dengan ibadat. Bagaimanapun terdapat juga riwayat yang kuat menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu ialah pada malam sepuluh yang akhir dari Ramadhan ertinya sejak malam 21, kerana sejak malam 21 itu nabi s.a.w lebih memperkuat ibadatnya daripada malam-malam yang sebelumnya sampai beliau bangunkan kaum keluarganya yang tertidur.

Abdullah bin Mas`ud dan asy-Sya`bi dan al-Hasan dan Qatadah berpendapat bahawa malam itu ialah malam 24 Ramadhan. Alasan mereka ialah kerana ada hadis yang menyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada 24 Ramadhan.

Satu riwayat lagi menyatakan jatuhnya ialah pada 17 Ramadhan. Orang yang berpegang pada 17 Ramadhan ini mengambil istinbat daripada ayat 41 dari surah an-Anfal kerana di sana tersebut bermaksud; "...dan apa yang Kami turunkan kepada Hamba Kami pada Pemisahan hari bertemu dua golongan".

`Hari bertemu dua golongan', ialah dalam peperangan Badar, pada 17 Ramadhan sedang `hari pemisahan', ialah hari turunnya al-Quran yang pertama yang disebut juga malam yang diberi berkat sebagaimana tersebut didalam surah 44 al-Dukhan. Maka oleh kerana berhadapan dua golongan di Perang Badar itu, golongan Islam dan golongan Musyrikin terjadi pada 17 Ramadhan, mereka menguatkan bahawa Lailatul Qadar mulai turunnya al-Quran di gua Hira ialah 17 Ramadhan pula meskipun jarak waktunya adalah 15 tahun.

Banyak hadis-hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan (Ruh al-Maani, hlm. 191), dan ada pendapat hadis yang menetapkan pada malam 27.

Ada diceritakan terdapat dikalangan sahabat Rasulullah merasa hairan dengan cerita seorang lelaki dari bani Israel beribadat sepanjang malam kemudian berjihad menentang musuh diwaktu siang dan melakukannya selama seribu bulan. Dalam cerita lain menyatakan seramai empat orang dari bani Israel beribadat kepada Tuhan selama delapan puluh tahun dan mereka tidak melakukan maksiat atau keingkaran. Datang Jibrail kepada nabi bertanyakan samada umatnya hairan dengan ibadat mereka itu. Allah telah menurunkan yang lebih baik dari itu, lalu dibaca surah al-Qadr. Dinyatakan juga bahawa pemerintah nabi Sulaiman dan Zulqarnain selama lima ratus bulan. Maka Tuhan jadikan amalan pada malam Lailatul Qadar (bagi mereka yang mendapatnya) lebih dari tempoh kedua pemerintahan tersebut dan lebih baik dari seribu malam amalan lelaki bani Israel itu.

Dalam tafsir Ruh al-Maani ada dinyatakan setengah ulama al-Shafie berpendapat ada beberapa malam yang istimewa iaitu malam yang paling afdal ialah malam kelahiran-kelahiran nabi Muhammas s.a.w. Kemudian diikuti dengan malam Lailatul Qadar kemudian malam Irsa? dan Micraj, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan kemudiannya malam raya (hlm. 194).

Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.

Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh? ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa a.s turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammas s.a.w. Ada juga pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada `Rahmat? dari Allah.

Malaikat turun dari martabat mereka yang tinggi yang sebok dengan urusan Allah s.w.t untuk mengucap 'salam' kepada orang mukmin. Oleh kerana mereka ramai, antara mereka turun secara kumpulan, ada yang turun dan ada yang naik semula. Oleh kerana kejadian mereka adalah dari nur atau cahaya maka tidaklah timbul masalah kesesakan. Para malaikat yang ramai itu pergi mengunjungi tempat kdiaman orang mukmin, kecuali rumah yang terdapat didalamnya anjing, khinzir, arak dan patung. Mereka megucup tasbih dan memohon keampunan bagi umat Muhammad s.a.w sehinggalah sampai waktu fajar barulah mereka naik semula ke langit. Melihat ini bertasbih memuji Allah s.w.t justeru syukur mereka kepada Allah yang telah melimpahkan keampunan kepada umat Muhammad s.a.w.

Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya.

Jika kita mengamati hadis dari Anas bin Malik yang menyatakan, barangsiapa yang menunaikan solat maghrib dan isya? berjamaah sepanjang bulan Ramadhan sesungguhnya dia telah mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. Bermaksud bukanlah suatu yang amat sukar untuk mendapatkan sebahagian dari malam Lailatul Qadar. Yang penting kita tidak mengabaikan mana-mana malam di bulan Ramadhan kecuali dengan melakukan ibadat dan paling minimum sembahyang berjamaah pada waktu maghrib dan isya?. Soalnya apakah cukup hanya sekadar itu yang kita cari? Pasti tidak..kerana kalu kita berdoa pada malam yang mustajab itu seolah-olah kita berdoa seribu bulan kalau kita bersedeqah pada malam itu seperti bersedeqah seribu bulan.. masyaAllah..

Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Ia bukan berbentuk barangan atau kebendaan!! tapi ia berbentuk kerahmatan yang dikurniakan kepada semua hambanya yang layak. Ia tidak hanya boleh didapati di masjid atau surau atau hanya di tikar sembahyang tapi percayalah kalau amalan kita malam itu diniatkan untuk ibadat maka akan jadilah amalan kita seolah-olah amalan seribu bulan. Ia juga memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan. Wallahu a'lam. Dipetik dari sumber IKIM

Friday, August 28, 2009

Memahami Erti Kemerdekaan sebenar



Tentang erti kemerdekaan, Pendita Za'aba mengatakan: berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i'tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” (Wan Abd. Kadir, 100 tahun Zaaba, hlm. 124).

Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka. Syed Husain al-Attas telah lama membicarakan tentang minda tawanan (the captive mind) yang dimiliki bukan oleh masyarakat biasa tetapi oleh golongan terpelajar yang tidak dapat melepaskan diri daripada kerangka pemikiran yang telah disediakan oleh para penjajah. Bagi Malik Bennabi, proses penjajahan berlaku sejak sesuatu bangsa memiliki colonisibility (al-qabiliyyah li al-isti‘mar). Kerana yang menghantar sesuatu bangsa kepada penjajahan adalah jiwa dan minda yang lemah dan pasrah. Oleh itu jauh sebelum penjajahan berlaku, bangsa itu sendiri telah memiliki jiwa dan minda yang terjajah. Hal inilah yang mengundang penjajahan berlaku terhadap mereka.
Untuk memahami erti kemerdekaan dengan lebih mendalam kita perlu memahami musuh kemerdekaan iaitu penindasan. Berbeza dengan penjajahan, penindasan memiliki erti yang lebih luas. Jika penjajahan selalu dikaitkan dengan kuasa asing, penindasan mencakupi segala bentuk pemaksaan kehendak daripada yang berkuasa kepada yang dikuasai. Kesan penindasan tidak terhenti setakat aspek fizikal tetapi meliputi aspek psikologi atau kejiwaan dan pemikiran. Penindasan akan mengakibatkan rakyat pasrah, merasa hina, keadaan jiwa ini akhirnya menyebabkan rakyat tidak memiliki daya juang, tidak produktif dan tidak kreatif.
Mungkin perlu juga diterangkan apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat yang berjiwa merdeka dan berminda merdeka. Untuk lebih praktikal dan membumi maka salah satu aspek penting yang perlu ditegaskan adalah bahawa orang yang berjiwa merdeka adalah orang yang tidak terbelenggu dengan nafsu dan ketamakan/ kecintaan dunia (hubb al-dunya)Contoh yang paling dekat akan golongan yang tidak berjiwa merdeka adalah pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter dan mengambil kesempatan ke atas pengguna hanya kerana ingin senang atau mencari jalan pintas untuk mendapat harta lebih, walaupun dengan cara yang tidak baik. Orang-orang yang mudah tertipu dengan skim cepat kaya dan pelaburan internet adalah orang-orang yang tidak berjiwa merdeka kerana jiwa mereka dibelenggu oleh hawa nafsu mereka sendiri yang tamak dan mencari jalan pintas mendapatkan kekayaan. Sikap materialistik ini hanya akan merugikan diri sendiri dan orang lain. Oleh yang demikian ia tidak menyumbang ke arah pembangunan bangsa dan negara.
Orang yang berminda merdeka pula sentiasa berfikiran terbuka dan rasional. Tidak taassub dan fanatik terhadap mazhab, aliran, parti, atau orang tertentu walaupun ia adalah gurunya sendiri. Taqlid buta adalah sesuatu yang tercela dalam Islam. Satu perkara yang menghalang orang-orang terdahulu daripada menerima cahaya Islam adalah kerana mereka lebih selesa dengan apa yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka dan tidak inginkan perubahan dalam semua perkara yang telah mereka terbiasakan (surah Luqman: 21). Mereka tidak berfikiran terbuka dan rasional. Mereka hanya berfikir atau disuruh berfikir dengan kerangka (framework) pemikiran tertentu sahaja dan tidak berani keluar dari kerangka tersebut.

Jelas bahawa orang-orang seperti ini tidak berminda merdeka. Akibat daripada keadaan jiwa dan minda yang tidak merdeka ini kita lihat, dan sejarah mencatat dan membuktikannya, bahawa masyarakat atau rakyat kehilangan daya juang, daya saing dan daya kreativiti sehingga akhirnya mereka tidak produktif, tidak maju dan tidak berdaya.
Kesimpulannya, orang yang berjiwa dan berminda merdeka adalah orang yang tidak terkongkong dengan budaya kampung, terbelenggu dengan nafsu, taassub dan fanatisme. Sebaliknya orang yang benar-benarmerdeka adalah orang yang tahu identiti dan harga dirinya, lalu membina keupayaannya agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Orang yang dapat berfikir jauh kehadapan, menembusi sempadan kampungnya, melepasi kepentingan diri dan kepuakan, untuk memikirkan kepentingan bangsa, negara,agama dan umat.

Wednesday, July 22, 2009

Keagungan Allah Diperlihatkan Pada Gerhana Matahari


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf الخُسُوفِ bagi bulan dan kusuf الكُسُوفِ bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari. Kita akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang dijangkakan berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009. Berdasarkan kiraan, waktu kemunculan gerhana tersebut adalah seperti berikut :


Waktu Sentuhan pertama : 8.29 am
Waktu puncak Gerhana : 9.07am
Waktu Tamat Gerhana : 9.48am


Fenomena gerhana yang berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi ianya adalah petanda kepada kebesaran Allah. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia yang menyembah bulan dan matahari bahwa kedua-duanya juga punya kelemahan dan akan lenyap cahaya yang ada pada keduanya walaupun seketika berbanding kuasa Allah Rabbul Jalil. Malah ia akan mengingatkan kita tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dari Abu Mas'ud Al Ansari beliau berkata :
Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang".


Solat Gerhana disebut di dalam Bahasa Arab dengan khusuf (bulan) dan kusuf (matahari), iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari. Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat muakkad bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan samada ditunaikan secara berjemaah atau bersendirian. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kejadian Allah ini.

Tuesday, July 14, 2009

Pelajar Aliran Sains Agama Apakah kesudahan Nasib Mereka

Apakah nasib yang akan berlaku kepada anak-anak yang mengambil jurusan sains agama selepas 2010? Pastinya kita tidak mahu mengorbankan mereka dari menolak salah satu subjek agama antara Pendidikan al-Quran al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah atau Bahasa Arab. Pastinya ketiga subjek adalah asas kekuatan pelajar agama serta pelengkap antara satu sama lain. Dan semestinya juga kita tidak mahu mengorbankan mereka salah satu dari subjek Biologi, Fizik mahupun Kimia kerana itu juga adalah kekuatan untuk mereka mengusai disiplin ilmu dalam sains! Nah sekiranya keputusan kerajaan mengekalkan subjek yang diambil hanya 10+1 hanya terhad sehingga 2010 sahaja, ada beberapa kemungkinan akan berlaku untuk kita renungkan.
1. Lembaga Peperiksaan mungkin akan menggabungkan subjek Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dengan pendidikan Syariah Islamiyah. Konsepnya mungkin tidak susah tetapi kesannya perlu difikir bersama. Siapa yang akan rugi? Agama yang dipelajari akan semakin menguncup! Peluang mereka meneruskan jurusan agama di IPT juga akan menguncup dan terpaksa ditentukan seawal yang mungkin. Pastinya mereka tidak mahu ianya menjadi isu terutama ia akan dipanaskan oleh orang politik! Mungkinkah kerajaan sanggup!
2. Sekiranya kekal dua subjek tersebut akan hilanglah pula salah satu subjek sains mereka.
3. Pelajar pula kesannya mesti menentukan kerjayanya lebih awal dan kalau mereka kecundang mengejar kerjayanya agak sukar mereka menukar jurusan seterusnya.
4. Apa pula kesannya kepada sekolah yang menawarkan aliran sains agama ini. Pastinya juga akan menguncup! Lebih baik mereka dialiran Sekolah Sains Harian yang boleh mengambil ketiga-tiga bidang sains tadi maka mereka juga secara langsung sanggup meninggalkan tiga subjek agama disekolah aliran sains agama.
Sekadar membuka minda dari poll yang saya buat pada blog ini.... harap diperjuangkan bersama.

Sunday, June 21, 2009

Mencari khusuk bersolat melalui doa iftitah


Doa iftitah merupakan sebahagian sunat Hai'ah dalam solat. Solat yang tiada sunat haiah sepertilah manusia yang tidak berjangut, tiada alis mata, tiada bula mata, tiada rambut dan sebagainya: Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah sempurna seorang manusia sehingga dia bertakbir, memuji Allah , menyanjungiNya dan dia membaca apa-apa (ayat) yang mudah daripada al-Quran".



Kita mesti membacanya dengan bertajwid, faham makna serta menghayatinya. jika membaca tanpa memahami apa yang dibaca, serupalah kita dengan burung kakak tua yang tidak faham apa yang diucapkannya.



Jika kita tidak menghayatinya hati akan lalai kepada perkara lain, kita mesti tumpukan kepada apa yang dibaca dan disebut oleh lidah. bila kita bertakbir, lidah menyebut allah Maha Besar, manakala hati pula mesti turut membesarkan Allah. Berdustalah jika pada ketika itu hati memandang kepada yang lain lebih besar daripada Allah atau membiarkan hawa nafsu menguasai jiwa. Jika berlaku juga begitu kita hendaklah segera bertaubat dan beristghfar mengharap ampunan Allah.



Begitulah juga semasa membaca doa iftitah, bila kita berkata, terjemahannya: "Aku menghadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi"
Kita hendaklah sedar bahawa bukan wajah zahir yang dihadapkan kepada Allah kerana Allah itu tidak bertempat tetapi wajah batin (hati) mesti dihadapkan kepada Allah sahaja. ertinya hati tidak berpaling kepada perkara lain selain Allah. kita mesti memusatkan tujuan dan tumpuan kita kepada Allah semata-mata. sepatutnya kita merasa malu kepada Allah, kalau lidah berkata menghadap Allah tetapi hati kita mengingatkan benda selainNya.



Seterusnya apabila membaca: Maksudnya: "Dalam keadaan cenderung dan berserah"
Kita telah mengaku bahawa kita berserah diri kepada Allah, suka kepada kebaikan dan kesejahteraan. jika kita mengaku muslim, ertinya kaum muslim sekeliannya selamat daripada bencana lidah dan tangan kita. jika diluar sembahyang berlaku sebaliknya, jadilah kita seorang pendusta. waliyazubillah.



Begitulah juga kita berkata: "....Dan tiadalah aku daripada golongan orang-orang musyrikin"
Ketika kita faham di dalam hati bahawa kita bukan golongan musyrikin dan kita memelihara diri dari syirik tersembunyi. Ertinya hati berwaspada daripada memuja-muja manusia dan selain Allah, niat dan tumpuan hanya kepada Allah. Kita patut malu dan takut jadi syirik walau sedikit kerana kita telah mendakwa kita bukan golongan musyrik.




Seterusnya kita membuat pengakuan yang bermaksud: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seru sekelian alam"
Ketika ini hendaklah sedar bahawa kita telah berada di hadapan Tuhan. Kita telah mengaku sebagai hamba, tiada apa pada kita, segalanya kita buat untuk Allah dan mengharapkan keredhaanNya. kita sedar bahawa Allah menguasai hidup dan mati kita tidak sepatutnya kita buat sesuatu kerana kepentingan diri dan membelakangi Allah.




Seterusnya kita mengaku bahawa tiada sekutu bagi Allah dan kita adalah orang yang menyerah diri. Hati yang menghayati apa yang diucapkan akan merasa rendah diri apabila berhadapan dengan Allah dan menetapkan hati kepada Allah.



Semoga kita membaca doa iftitah dengan memahami dan menghayati serta mengkhusukkan solat kita.

Monday, March 02, 2009

Membaca Tasbih Kaffarah di akhir majlis


1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]



2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau). Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]




3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).[3]



4) Daripada Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:


رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ

(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).[4]

Huraian hadis:[5]

1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.

2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.

3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.



Ulasan:

Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlis tidaklah begitu penting bagi saya. Umat Islam di Malaysia ini pun sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.



Namun demikian, masyarakat kita masih lagi belum menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis. Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.


Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya. Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya. Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoa dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.


Adakah perlu membaca Surah Al-Asr juga?Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.[6]

Sekian, Wallahu a'lam.




[1] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3433), beliau berkata: Hadis Hasan Sahih.

[2] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4859) dan Al-Hakim Abu Abdillah dalam Al-Mustadrak daripada Aisyah RA, beliau berkata: Isnad Sahih.

[3] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4857).

[4] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3434).

[5] Lihat: Mustafa Al-Bugha dan lain-lain, Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin, 1/568-569, Beirut: Muassasah Risalah (1996).

[6] Direkodkan oleh Baihaqi daripada Abu Huzaifah. Saya menukilkan terus dari At-Tafsir Al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily tentang kelebihan Surah Al-Asr.

Monday, February 16, 2009

Berdoalah untuk lebih berkarisma menurut Sunnah



اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِيْ رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الـْخَيْرِ بِنَاصِيَتِي وَاجْعَلِ الإِسْلامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلـِيْلٌ فَأَعِزَّنِيْ وَفَقِيْرٌ فَأَغْنِنِيْ وَارْزُقْنِي

Maksudnya : Ya Allah, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaanMu, dan bimbinglah aku kepada kebaikan, dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan, ya Allah aku ini lemah, maka kuatkanlah aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakan rezki padaku .[1]


Keterangan :Doa ini diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari al-Barra` , dan dari jalan yang lain oleh Abdullah bin Amru, bahawa Nabi s.a.w menjelaskan apabila Allah mengkehendaki kebaikan buat seseorang maka dia tidak akan lupa membaca doa ini .[2]


Dari Jami bin Syaddad dari bapanya, beliau meriwayatkan bahwa kandungan doa ini hampir sama dengan doa yang sering diamalkan oleh Umar al-Khattab r.a sebelum memulakan kulia-kuliahnya. [3]


[1] Ibn Abi Syaibah 29353 , al-Hakim ( 1931 ), dianggap sahih olehnya


[2] Ibn Asakir ( 1264) , Jam’ul Jawamik oleh al-Suyuti ( 1275 )


[3] Jamik al-Ahadith ( 30686 ) dan Kanzul Ummal ( 14186)

Sunday, February 15, 2009

Mengharmonikan antara fahaman Salaf dan Khalaf


Sedar atau tidak, sebenarnya terdapat secalit pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. Ada yang melihat pertembungan ini sebagai negatif dan mungkin boleh merosakkan keharmonian masyarakat Islam khasnya. Namun secara positif kita kena berlapang dada bahawa perselisihan ini menunjukkan betapa syumulnya Islam untuk menerima pendapat sesama Islam pada hal-hal yang boleh diperselisihkan. Jangan sampai nantinya ia merosakkan persefahaman sesama kita. Siapakah salaf dan siapakah khalaf?





Terdapat beberapa definisi terhadap dua istilah ini. Secara mudah, salaf ialah generasi awal Islam manakala khalaf ialah generasi yang terkemudian. Golongan pro salaf di Malaysia biasanya mendokong fahaman tidak bermazhab, sentiasa merujuk kepada Quran dan sunnah, sentiasa menyebut kehebatan Syeikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Mereka juga merujuk kepada Syeikh Albani, ulama-ulama di Saudi dan sebagainya.





Manakala golongan pro khalaf biasanya mengikut mazhab yang empat khasnya mazhab Syafii di Malaysia, tidak terlalu merujuk kepada Ibn Taimiyyah dan ulama yang sealiran dengannya. Akhirnya berlaku pertembungan ilmu dan membawa kepada penyakit yang lain.Hakikatnya para ulama tersebut tidak menganjurkan demikian. Mereka menganjurkan persaudaraan Islam. Walaupun terdapat perbezaan pandangan, semua itu hanya kerana kefahaman ijtihad yang berbeza sahaja tetapi masih merujuk kepada Quran dan sunnah. Cuma dikatakan bahawa manhaj Syeikh Albani agak keras sedikit hingga sesiapa yang membaca karya-karya beliau akan mudah menuduh ulama ini salah, silap dan sebagainya. Adakah salah mengikut manhaj salaf? Dan adakah salah mengikut manhaj khalaf? Jika mengikuti manhaj keduanya tidak salah, kenapa perlu ada pertembungan?







Gambaran pertembungan ini sebenarnya bukanlah di kalangan para ulama muktabar tetapi mungkin hanya di kalangan pengikut sahaja. Antara faktornya mungkin kerana kematangan ilmu yang belum sampai waktunya. Muslim yang matang ilmu akan mengikut Quran dan sunnah. Ijtihad para ulama adalah kefahaman yang baik. Muslim begini tidak akan fanatik kepada mana-mana ulama tetapi setiap pendapat diterima berdasarkan dalil dan hujah. Imam Ibn Taimiyyah seorang ulama yang hebat tetapi bukanlah syarat seorang ulama hebat bahawa beliau tidak pernah salah dalam ijtihad. Muslim begini tidak akan membelakang ulama mazhab kerana ulama mazhab adalah generasi salaf. Ada kemungkinan Golongan Salaf dikatakan banyak menyatakan amalan masyarakat adalah bidaah sebalikya khalaf tidak begitu. Apa puncanya?






Kemungkinan punca persoalan ini ialah kerana kefahaman yang berbeza bagi kedua-dua aliran tentang konsep sunnah dan bidaah. Ironinya pro salaf meluaskan makna bidaah dan menyempitkan makna sunnah. Sebaliknya pro khalaf meluaskan makna sunnah dan menyempitkan makna sunnah. Apa yang jelasnya perselisihan antara salaf dan khalaf di Malaysia wajar dilihat dalam kerangka syariah yang luas. Kita mesti bersatu dan berlapang dada untuk mengharmonikan antara dua aliran ini. Islam adalah agama yang Allah redhai. Gelaran ‘muslim’ adalah nama yang disebut dalam Al-Quran malah juga Al-Sunnah. Apa jua yang menjadi pokok perselisihan, kita masih lagi sebagai muslim. Marilah kita bersatu atas perkara yang disepakati, dan bertolak ansurlah dalam perkara yang dikhilafi.

Saturday, February 14, 2009

Menilai Kelebihan Solat hajat



Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya,
maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua
raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu
hendaklah dia membaca do’a ini.

La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim

(du’a ini tidak disalin semua) - Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2
Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut

Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan
solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya,
sama ada cepat atau lambat

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

  • sokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-

Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa
telah datang kepada
Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata, “Ya
Rasulallah!
Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya”
Rasulullah SAW
bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan
untukmu
dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik
bagi
kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya
supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa
ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy
ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy.
Allahumma fashaffi’hu fiya


Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.


Kaedah Doa Nabi Yunus


Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud (luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Galakkan sembahyang sunat di rumah:-

Hadis 151 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda “Sembahyang sunat yang dikerjakan oleh seseorang dirumahnya; menjadi Nur (cahaya) yang meneranginya; oleh itu, sesiapa yang suka (mendapat kelebihan itu), hendaklah ia menerangi rumahnya (dengan sembahyang sunat)

Dalam hadis lain menjelaskan: “Solatlah kamu dirumah-rumah kamu dan jangan jadikan ia sebagai kubur-kubur.“(Riwayat Ahmad) Ia bermaksud rumah-rumah yang tidak didirikan lansung solat di dalamnya menjadi sepi seumpama kubur.

  • Hadis 152 Mastika Hadis Jilid 2:
    Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

Tuesday, February 03, 2009

TIPS SELAMATKAN DARI ANGKARA SIHIR


1. Sebelum kena
Mentauhidkan Allah , buktinya firman Allah dlm surah Yunus ayat 62 -64
Membaca al-Quran secara istiqamah krn Nabi bersabda dlm hadith rwyt Muslim , maksudnya , bacalah al-Quran... al-baqarah dan Ali Imran...
Membaca al-Baqarah adalah keuntungan meninggalkannya adalah kerugian...membacanya akan menghalang ahli2 sihir dari kamu..
Demikian juga Nabi berpesan dalam hadith riwayat Muslim, nabi mengingatkan agar jangan dibiarkan rumah menjadi kubur , kerana tidak dibacakan padanya al-Quran :Mengamalkan wirid2 tertentu cthnya al-Mathurat.
Antara zikr yg penting ialah : BismillahilLazi la yadhurru ma’asmihi syai`un fil ardhi wal fissama` wahuwas sami’ul alim.
Makan kurma , Nabi bersabda dlm hadith rwyt Ahmad, al-Bukhari dan Muslim :Sesiapa yg memakan kurma di antara 2 tempat ini(Sempadan Madinah) maka dia tidak akan ditimpa sihir atau racun.Tapi tdaak semestinya ajwah krn ia tidak mengkhususkan sebarang nama.Ini adalah pendapat jumhur ulamak sept al-Kusynmihaniy, Ibnut Tin,Iyadh, al-Qurtubiy dan ditarjihkan oleh Ibn Hajr sendiri , dan saya secara peribadi meyakini pdg ini adalah yg paling benar.Jika tidak tentulah pengguna sering menghadapi masalah krn sentiasa diambil kesempatan oleh peniaga yg rakus yg menaikkan harga tamar ini sesuka hati, dan sesetengahnya menipu pengguna mendakwa ia ajwa madinah, pdhal ia dari tempat lain,wallahu a’lam Jadi umumnya hadith ini menyuruh kita agar sentiasa ada stok kurma madinah di rumah.
Jika dah kena , adab2 serta petua2 nya ialah :
1. Berbaik sangka dgn Allah , amalkan bersabar
2. mengeluarkan sihir tersebut spt yg Nabi telah anjurkan dlm peristiwa di ats.Huraian ini disebutkan panjang oleh an-Nawawiy dlm syrh Muslim
3. banyakkan berdoa cthnya doa :
Cara kedua :
1. Menumbuk 7 helai daun pohon sidr ( bidara ) hijau antara 2 batu atau yg sejenisnya, lalu menyiramkan air yg mencukupi bagi tujuan dikumpulkan utk dimandikan dgnnya lalu dibacakan al-Ta’awwuz , diikuti dgn ayatul Kursiy , kemudian surah al-A’raf ayat 117-122 :
2. Dibacakan surah Yunus ayat 79-82
3. Dibacakan Surah Taha ayat 65-70
4. Dibacakan 4 Qul Kemudian bila dah dibacakan hendaklah diminum air sebanyk 3 kali dan yang bakinya digunakan untuk mandi Dan semasa menyapu air pada anggota yang sakit hendaklah membaca
5. Surah al-fatihah
6. 2 ayat terakhir surah al-Baqarah
7. 3 Qul sebanyak 3 x atau lebih disertai dgn sentuhan dgn tangan kanan dan tiupan pada anggota yg sakit .
8. mengamalkn doa2 ini , cthnya :Ya Allah, Tuhan sekalian manusia , hilangkan penyakit ini,sembuhkanlah.Engkaulah yang menyembuhkan penyakit, tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesan selepasnya. ( HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim )
Cara yg ketiga ialah dgn berbekam pd bahagian yg kena sihir kerana nabi s.a.w telah mengamalkannya sewaktu disihirkan .Ibnul Qayyim menjelaskan kepentingan berbekam dlm al-Tibb al-Nabawiy . Nabi berpesan dlm hadith yg sahih riwayat Abu Dawud .Berbekam ertinya mengeluarkn darah kotor dari kepala, badan dan anggota 2 yg lain .Kepentingan berbekam ini jelas dalam peristiwa Nabi diisrakkan menurut Ibn Abbas dlm rwyt Ibn Majah , semua malaikat berpesan kpd nabi supaya berbekam demikian dlm rwyt yg lain dari Ibn Mas’ud dlm al-Tirmizi, malaikat berpesan kpd Nabi supaya memberitahu umatnya supaya berbekam.
[1]Demikian pula hari berbekam ialah 17,19 dan 21 bulan Hijriyyah pd hari isnin, selasa dan khamis.SeLain dari itu ia adalah dilarang oleh nabi spt yg diriwayatkan oleh Ibn Majh dgn sanad yg sahih.
[1] Lihat Doa & Wrid Yazid bin ab Qadir jawas pg 420, cetakan Imam Syafi’iy

12 Tips for Childrearing


By Ibrahim Bowers


"Don't touch those!" the father commands as his child plays with the dishes on a shelf at his host's house. A few seconds later, the father looks up from his conversation with his host, and his child is still playing with the dishes. "I told you not to touch those!" the child's father repeats. A few seconds later, the father looks up and sees his child still playing with the dishes. The father says nothing and continues his conversation with the host. It happens all the time. Children are given orders, and when they don't obey, the parent simply goes back to his conversation and forgets. What should parents do in this situation? Some parents would say that we should stop the child, others that we should punish him, and others that he is "just a child," and we should not expect too much from him.



As Muslim parents, we have an obligation to bring up our children in the best manner---to teach them right from wrong and to show them what we and society expect from them. Those who give opinions on this matter usually use the Quran or hadith to support their positions, and it may be difficult to establish, without a doubt, who is more correct. However, as parents, we either have to find the correct method to teach and discipline our children, or we at least have to come up with a valid method for teaching and disciplining our children. Definitely, we should not just "figure it out as we go" --- one time using this method and another time that one. The following principles should be useful in establishing a childrearing method which is not too extreme.



1. Start Early Although many parents believe that very small children are too young to understand, their early years are probably the most important opportunity for parents to start them in the right direction. Once good patterns are established, they will be easy to maintain. Once bad patterns are established, they will be difficult to change.



2. Have your Emotions Under Control while Instructing Childern Don't discipline your child because you are angry with him, but rather because you want to teach him. Motive is important here. As a Muslim parent, your motive should be to help your child.




3. Parents should Present a United Front Parents should discuss their strategy for training and disciplining their children and agree to work together as a team. If children realize that one parent is strict and the other is easy, they will play the parents against each other. When the strict parent stops them from doing something, they will go ask the easy parent for permission. Both parents need to tell the child the same thing. If parents sometimes disagree on how to discipline the child, they should discuss it privately, not in front of the children.



4. Be Consistent Most experts on children agree that parents should be consistent. Constantly changing the rules and expectations will only confuse your child. If you stop him from writing on the walls today, and you allow him to write on the walls tomorrow, he will not understand when you get angry the next time he writes on the walls. If you inconsistently apply the rules, he will also test you at times to see whether you are going to be tough this time or easy. If, however, he knows from experience that you always stop him the first time, he will quickly learn it does no good to try to get away with something. Although consistency is essential, it does not mean that parents cannot change their minds about the rules. If you do change the rules, however, you must inform your child in advance so that he will know what to expect. This failure to be consistent is at the root of many parents' inability to control their children.



5. Never Lie to your Childern If you lie to them "every now and then," they may not believe you when you tell them the truth. This also applies to those situations when you tell your child to stop doing something, or you will put him in his room, spank him, or take away his toys. If you make that kind of a threat, you must stick with it. Otherwise, you have lied, and your child will not know when you are serious and when you are not. He will then be forced to test you again and again to see.




6. Don't Reward Crying If children realize that everytime they cry, they get what they want, crying will become like money for them. Everytime they want something, they will cry. On the other hand, if you teach them that crying doesn't get them anything, they will stop crying for things. Let them cry and cry and cry, but don't give in. In the beginning, it will be difficult, but be patient. Once they learn the lesson and stop crying for everything, you will be happy that you were firm. You can either listen to crying for a few days or for the rest of your life. It's your choice.



7. Teach Your Child to Apologize When he/she Does Something Wrong This is important so that he will learn what is expected of him from others and from Allah (SWT). If he does something wrong, he should ask forgiveness from Allah (SWT) and apologize to any people who were hurt by his words or actions. This will be useful in developing his conscience.
8. Accept Child's Apology Be quick to excuse your child when he apologizes and shows that he is sorry for his disobedience or bad actions. When we do wrong, we seek forgiveness from Allah (SWT) and want to be excused. Likewise, we should excuse others. This will develop in your child a sense of mercy and prepare him for an understanding of the forgiveness of Allah (SWT). Always make it clear to the child that you love him, especially after he has been in trouble and apologized. Let him understand that no bad feelings remain.




9. Apologize For Your Mistakes Don't be too proud to apologize to your child when you make mistakes. This will establish in him a belief in your sense of justice and prevent him from viewing you as nothing but a tyrant.



10. Teach Islam From an Early Age Teach your child from an early age about Allah, the Prophets, the Sahaba, and the great heroes of Islam. If we develop in them a love for Islam and provide them with righteous examples for their heroes, they will be much less likely to go astray. A person wants to be like his heroes. If he admires Prophet Muhammad, Abu Bakr, and Ali, he will try to follow their example. If he admires a rock star or a gang leader, he will want to be like them. If we inspire our children with good examples, when they are tempted to do wrong, they will, InshaAllah, remember these examples and remain steadfast. Although I was raised as a Christian and didn't embrace Islam until I was in my 20s, I was greatly influenced by the Biblical stories of Prophets like Nuh, Ibrahim, Musa, and Isa (peace be upon them all). Although the Biblical stories were not in their pure form, they still inculcated in me a love and respect for the way of the Prophets. Although I fell into many of the temptations of youth, Alhamdulillah, I always felt something within me holding me back from going too far. While many of my friends went headlong into a highly destructive way of life, I believe that my knowledge of, and affection for, the Prophets helped me to return to a better path.




11. Instruct in Good Morals Teach your child good morals and good manners. An excellent book for this is Islamic Tahdhib and Akhlaq: Theory and Practice, by B. Aisha Lemu.



12. Dicipline Your Child Discipline should not become the domain of one parent. Mothers and fathers should both participate in the disciplining of their children. Although mothers often threaten their children by telling them that they will get into trouble when their father gets home, this method is not very useful for three reasons.
First, discipline should be carried out immediately after the disobedience occurs so that the child will connect the disobedience with its consequences. If parents wait until later, the child may have forgotten why he got into trouble, and feel that the parents are not justified in disciplining him.
Second, sometimes the child must be stopped immediately, and the mother cannot wait until the father gets home. The child must be taught to respond immediately to her commands as well as his father's. Third, making one parent responsible for disciplining the child may turn that parent into the "bad guy" in the child's eyes. The child should recognize that both parents agree on their methods of disciplining him. Although the degree to which various parents use them will vary, the following five methods might be used for disciplining your children.



(1) Putting your child in the bedroom. When the child is disobeying, he should first be warned that you are going to put him in the bedroom if he doesn't obey. If he continues to disobey, take him to the room immediately. Do not keep repeating warnings. For smaller children, you will probably have to sit in the room with them; for older children, they can sit alone. If they are crying or yelling, don't let them come out until they stop. Also, teach them that they need to apologize before you let them out. If they apologize, show your happiness and quick acceptance. For those children who whine and cry for everything, it is good to teach them that they will be sent to the bedroom when they whine and cry. They should not be allowed to whine and cry in the living room where they will disturb others. Once children learn that when they whine and cry, they will be sent to the bedroom, the whining and crying should decrease dramatically. Although it may take a long time for some children to stop crying and apologize, the parent must not give in. The child should feel that everytime he persists in disobedience, he will be the loser. This method, if done correctly and consistently, should dramatically affect your child.




(2) Showing your disappointment. If you have established a good relationship with your child, your disappointment with him will have a great impact on him. If he does something you don't like, and you tell him you are angry with him and show him that you are not going to play and joke with him because of his actions, he will probably feel bad and apologize. This works especially well when several family members show disappointment with the child's actions.



(3) Withholding privileges. Not letting the child go out to play, ride his bicycle, or use his skates, for example. Threats to do this are useful only if the child believes you.



(4) Giving rewards. These could be compliments, sweets, toys, or anything else that your child likes. When your child is rewarded for doing good, he is likely to do good again. After some time, his habit will be to do good. Two words of caution, however.



First, rewards should not become bribes. You should not tell your child, "If you obey me, I will take you for ice cream." Rewards should be spontaneous on your part to show your appreciation for your child's actions. They should not be expected by the child. You should say, "Since you have been such a good boy today, I'm going to take you for ice cream."



Second, you should be careful that your relationship with your child does not become a marketplace where he expects to get a reward from you for everything he does. As the child gets older, he will not need to be given material rewards as often, although you should continue to let him know that you appreciate his good behavior. You should, however, teach him that even though he doesn't always receive a reward from you for his good actions, he might receive one from Allah (SWT).



(5) Spanking. This is the most controversial aspect of discipline. Some parents feel that it is wrong to spank children because it teaches them that violence is the answer or that "might makes right." Others go too far in the other direction and believe that unbridled beating of their children is okay. Some parents slap their children in the face, beat them on the hand, or twist their ears. These methods should, however, be avoided. Slapping in the face humiliates the child, and beating on the hand or twisting the ear could cause permanent physical damage to the child.



Of course, it should also be clear that such things as burning or starving children, making them drink hot sauce, or other such harsh punishments should never be used. I personally use only two physical methods for disciplining my children: light slaps on the hand when the child is using his hands to do something wrong and spanking the child on his buttocks in a way that is not permanently harmful but that only causes some stinging. If the other methods of discipline are used wisely, a parent should rarely have to resort to physical discipline at all. However, sometimes it may be necessary. If done with mercy and justice and in the best interest of the child, it should not be considered as violent or abusive. When children grow up, they will be held accountable for their actions.



In some cases, the punishments they face for wrongdoing will be severe. To teach them right from wrong now, even by spanking or lightly slapping their hand, will help them avoid these problems later in life. Hammudah Abd al Ati writes in The Family Structure in Islam: ". . . [T]he Prophet urged parents to demand that their children begin practicing the regular daily prayers by the age of seven. If the children do not start the practice by the age of ten, they should be disciplined by physical means --- without causing them harm or injury, of course --- only to show disapproval of their behavior." (p. 199)



If parents follow these principles consistently, they should see a dramatic improvement in their children in a short time. If, however, the children have been allowed to run the house for a long time, and the parents have given up their authority, it will take longer for the children to get used to the new rules. Although the various methods of discipline are important and will help you to control your children and force them to do what you say, you will not always be with them as they begin to grow, and, thus, the penalties and consequences from you will not concern them.



Ideally, as you discipline your children you will also develop their conscience and their knowledge of right and wrong. Teaching them good morals and manners and instilling in them a love for Allah, the Prophets, the Sahaba, and the great heroes of Islam should help them to do good even when you are not around. The attainment of self-discipline and a concern for doing righteousness whether they are with others or alone is the true goal of childrearing. The afore-mentioned techniques are merely means to achieve this end.



Our sins are our real enemy Sincerity is our indestructible weapon There is a vacuum inside each of us it cannot be filled except by other sincere Muslims.
FREE PALESTINE

My Blog List