SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Thursday, June 26, 2008

pas pemantauan




KPKw sila ambil pas pemantau diPPD masing-MASING....YANG NI CONTOH KPN PUNYA

Monday, June 23, 2008

Pengumuman


Selamat menjalankan pemantauan buat semua Ketua Pentaksir Negeri dan Pentaksir Kawasan ke sekolah-sekolah yang telah ditentukan. Semoga tanggungjawab yang dilaksanakan dapat merealisasikan hasrat pendidikan negara ini selaras dengan strategi memperkemaskan lagi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan sila berhubung terus dengan Ketua Pentaksir Kebangsaan di talian 0196685685. Terima kasih.

Sunday, June 22, 2008



Sabun terbaru by mypqs.blogspot..sape nak boleh order.

Marilah tunaikan solat

kami hadir dari seluruh ceruk dunia
walau tika sibuk dengan urusan dunia

tika berada di atas pelayaran di lautan

walau di kutub utara yang dingin membeku

di tengah padang pasir sahara
mahupun dalam pesawat terbang di udara

malah di tengah jalanan..ku sujud pada MU Tuhan.

Marilah tunaikan solat.Moga Allah sayangkan kita..Marilah tunaikan solat. Moga selamat dari api neraka..

Monday, June 16, 2008

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIYAH


ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W

1. KEWAJIPAN BERADAB DENGAN RASULULLAH
· Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah
· Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih
dan memuliakannya
· Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya
· Allah menyeru umat Islam agar mengasihi rasulullah sebagai tanda cinta
kepada-Nya


2. GARIS PANDUAN DAN ADAB DENGAN RASULULLAH

· Berselawat kepadanya

i. Ia bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepadanya
ii. Tujuan bersalawat adalah untuk meberi ucapan selamat bagi menghormati
Rasulullah
iii. Kita perlu beradab semasa berselawat dengan suara yang sederhana dan tidak
terlalu nyaring

· Tawadhuk dan bersopan santun

i. Kita dilarang meninggikan suara dihadapan rasulullah
ii. Bersopan ketika hadis rasulullah dibaca

· Menziarahi makam rasulullah

i. Kita disunatkan menziarahi makam baginda ketika menunaikan haji dan umrah

· Mengasihi para sahabat

i. Kita hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat nabi dengan tidak mencaci
atau memandang rendah pendapat sahabat

· Beriltizam dengan sunat rasulullah

i. Kita dikehendaki mengikut segala sunnah rasulullah sama ada perbuatan,
perkataan, hukum, sikap dan pandangan
ii. Kita dikehendaki memastikan setiap amalan kita itu selari dengan ajaran Islam

3. TINGKAH LAKU TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH

· Tidak mentaati perintah baginda
· Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda
· Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
· Tidak menghormati sahabat baginda



4. KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT KEPADA RASULULLAH

· Jiwa sentiasa tenang
· Sentiasa mengamalkan nilai murni yang baik
· Akan sentiasa mengamalkan ibadat
· Akan sentiasa berhati-hati dalam amalan dan perbuatan dan jauh dari
perkara-perkara maksiat



5. HIKMAH MENGAMALKAN ADAB KEPADA RASULULLAH

· Seseorang yang mengasihi rasulullah akan dikasihi Allah
· Sesiapa yang menjadikan rasulullah contoh dan ikutan, mendapat
kesejahteraan hidup didunia dan keredhaan di akhirat
· Beradab kepada rasulullah mendorong kita mengamalkan sunnahnya
· Melahirkan insan beradab sesama makhluk
· Mendapat rahmat dan keampunan


6. PERBEZAAN ANTARA ADAB TERHADAP RASULULLAH DENGAN ADAB TERHADAP ORANG AWAM

· Adab dengan rasulullah :

i. Rujuk diatas

· Adab dengan manusia :

i. Memanggil mereka dengan nama atau gelaran yang baik
ii. Bergaul dengan bersopan dan tidak menyakiti orang lain sama ada dengan kata-
kata atau perbuatan
iii. Tidak mencaci sesama manusia



7. KERUGIAN ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SUNNAH RASULULLAH

· Tidak berpeluang menerima syafaat dripada rasulullah di akhirat kelak
· Boleh merosakkan iman pada diri sendiri
· Tidak berpegang dengan sunnah rasulullah bererti tidak berpegang dengan
ajaran Allah
· Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya

Moga dengan nota pelajaran ini bukan hanya mengingatkan kita kepada isi kandungannya sahaja yang lebih utama kita menghayatinya dalam kehidupan.

Pengumuman: Erata Hadis Dalam Buku PQS


Mari kita halusi beberapa persoalan tentang hadis yang dijadikan bacaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah agar ia tidak menimbulkan kecelaruan. Jika diamati sebahagiannya terdapat perbezaan antara hadis pada sukatan Pelakaran dan hadis pada buku teks. Maka satu inisiatif diperlukan untuk sama-sama menggerakkan agar ada permulaan untuk melaksanakan tashih pada hadis yang dijadikan silibus ini. Berikut beberapa erata yang dapat dilihat untuk pandangan semua;

1 T4 / 115 - الدرداءَ - الدرداءِ - Kitab Riyadu al-Solohin, Kitab al-Ilmu, hlmn. 488.
- يُسْتَغْفِرْله - لَيَسْتَغْفِرُله - Kitab Riyadu al-Solohin, Kitab al-Ilmu, hlmn. 488.
- Kitab Sunan Abi Daud, Kitab al-Ilmu, hlmn. 3157
- وأَنَّ الأنبياء - وأَنِّ الأنبياء - Kitab Riyadu al-Solohin, Kitab al-Ilmu, hlmn. 488.
- Kitab Sunan Abi Daud, Kitab al-Ilmu, hlmn. 3157

2 T4/ 127 - لنساءكم خلقا. - لنسائهم. - Kitab Riyadu al-Solohin, Bab Husnu al-Khuluk, hlmn. 273.


3 T4/ 149 - أي الأعمالُ - أي الأعمالِ - Kitab Riyadu al-Solohin (Cetakan Pustaka Nasional), Kitab Jihad, hlmn.1215.

4 T5/ 129 - قدَّر - قدَر - Kitab Riyadu al-Solohin, Bab al-Mujahadah, hlmn. 61.
- ولا تعجِز ولا تعجَز - Kitab Riyadu al-Solohin, Bab al-Mujahadah, hlmn. 61.

nota: erata ini tidak melibatkan perkara besar pada matan atau baris. ,mohon pandangan dan perkongsian ilmu juga daripada kawan yang lain.

Sunday, June 15, 2008

Bala akhir zaman


Antara kupasan yang dipetik daripada hadis-hadis sohih Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad yang lalu banyak menyebut secara jelas faktor, sebab atau punca berlaku bala yang dikirim oleh Allah SWT ke atas umat baginda. Kebanyakan faktor tersebut telah berlaku dan sedang berlaku di sekeliling kita. Antara yang dapat dinukilkan adalah seperti berikut;

1- Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit.

2- Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka.

3- Muncul golong anti hadis (yang tidak dibendung).

4- Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan.

5- Terlampau mewah.

6- Menghimpun harta sebanyak mungkin (hingga lupa untuk menggarap ilmu agama).

7- Tipu menipu dalam perkara dunia.

8- Saling bertengkar dalam urusan remeh-temeh (yang sepatutnya boleh dimaafkan).

9- Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut di kalangan mereka.

10- Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang di negara umat Islam sendiri.

11- Berleluasa amalan rasuah dengan pelbagai bentuk dan helah.

12- Orang yang baik terlalu sedikit, malah orang yang jahat semakin ramai.

13- Muncul orang yang tidak peduli sumber harta yang diperolehinya.

14- Riba wujud di mana-mana.

15- Ramai yang minum arak dan menamakannya sebagai bukan arak.

16- Golongan lelaki semakin sedikit dan golongan wanita semakin ramai.

17- Golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

18- Ibu melahirkan tuannya.

19- Bangunan pencakar langit.

20- Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama tapi fasiq.

21- Orang yang berpegang dengan Islam bagai menggenggam bara api.

22- Berlaku peperangan demi peperangan.

23- Masa akan menjadi singkat.

24- Muncul galian-galian bumi.

25- Ujian yang dahsyat terhadap iman.

26- Peperangan di kawasan sungai Furat kerana menyebut kekayaan.

27- Ketiadaan iman untuk bersolat jamaah.

28- Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah.

29- Bermegah-megah dengah keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama.

30- Menggadai agama kerana dunia.

31- Pelaksanaan haji dan umrah bukan kerana Allah.

32- Harta negara bertukar tangan di kalangan pemimpin.

33- Sesuatu amanah dianggap sebagai batu loncatan untuk mengaut keuntungan.

34- Bayaran zakat dianggap sebagai denda/saman.

35- Suami yang terlalu tunduk kepada isteri.

36- Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu mereka.

37- Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bagi kepada kawan dan rakan.

38- Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak-anak mereka sendiri.

39- Berlaku pertengkaran dalam masjid.

40- Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua sesuatu kaum.

41- Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.

42- Apabila minuman keras tersebar luas.

43- Ramai golongan lelaki yang memakai sutera.

44- Artis-artis wanita diagung-agungkan.

45- Alat-alat muzik diguna-pakai (sebagai mata pencarian).

46- Kesilapan manusia hari ini mengutuk generasi terdahulu.

Apabila perkara yang disebutkan itu berlaku, maka kata Nabi, tunggulah ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, puting beliung dan bahaya-bahaya yang lain serta hingga berlaku penukaran corak dan rupa. Nah apa tugas kita sesudah meneliti semua faktor di atas?

Pengumuman


Ralat Buku Teks

Admin mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Fatimah Awang dr SMAP Labu Negeri Sembilan atas post beliau untuk perhatian ustaz dan ustazah sekelian.
Menurutnya terdapat beberapa kekeliruan untuk diperbaiki.
1. m.s 87 Fakta tokoh Yahya bin Ya'mur disebut pada Zaman Saiydina Ali bercanggah dengan buku T.5 Ia disebut pada Zaman Abd Malik bin Marwan iaitu Zaman Umaiyah
( m. 87 )
2.m.s 99 Ciri kemukjizatan al quran dari segi ilmu pengetahuan contoh lebih dominan dr segi isi. Sedangkan isi tidak begitu jelas.
3.m.s 109 Surah al Baqarah 287 sedangkan ayat hanya 286 sahaja. ayat riba 278.
4. m.s 166 tiada dalil al quran bg nas umum sedangkan hadis yg mentahsiskannya ada.
5. m.s 184 contoh hadis ahad merujuk pada matan sedangkan taarif menerangkan perawi.
6.m.s 219 perkara positif semasa menjaga orang sakit .. menjawab " ayat tergantung
7. m.s 262 fakta imam malik menguasai hadis bercanggah dengan fakta buku t.5 ms 148.

Mohon perhatian semua pihak panjangkan ke bhgn kurikulum dan buku teks kementerian.

Sunday, June 08, 2008

Ancaman Nibiru. Adakah Kiamat Sudah Dekat?


Gambar Atas: Orbit Nibiru (garisan merah) yang berbeza dengan planet lain.

Mari kita teliti rencana ini yang menyentuh tentang hubungan sains dan alam ini. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan banyak bintang di alam semesta dalam kuantiti yang tidak terbilang selagi dikehendakiNya. Dari pandangan sains astronomi, gugusan bintang ini diberi nama galaksi nama 'galaksi'. Terdapat banyak galaksi yang hanya ALLAH saja yang tahu jumlah sebenarnya.

Salah satu daripadanya adalah galaksi di mana bumi kita berada di dalamnya yang diberi nama 'bima sakti'.Dengan kuasa ALLAH diciptakanNya pula objek langit dan planet berputar mengelilingi matahari mengikut orbit yang tersusun. Kumpulan planet yang bergerak mengelilingi matahari, diberi nama pula Sistem Suria (Solar System). Begitu pula dengan galaksi lain yang memiliki pusatnya sendiri. Putaran planet terhadap pusat galaksi secara tersusun ini kemudian diistilahkan sebagai 'orbit'.

Pakar-pakar astronomi menyatakan kini sudah banyak planet yang berputar secara berbalik arah, jika di planet bumi kita ini matahari masih terbit dari arah timur, maka beberapa tahun ini terdapat fenomena baru yang di dalam pemantauan ahli astronomi ini planet lain sudah mulai berbalik arah dan matahari terbit dari arah barat. Dari sisi ilmiah, inilah pertanda akhir zaman mendekati kiamat, sebagaimana petunjuk dari Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Dalam kekalutan memantau berterusan pergerakan planet-planet yang telah berlawan arah ini, mereka menemui satu planet baru yang di beri nama Planet Nibiru (ada yang panggil Planet X.

Menurut kajian Nibiru ini ditarik oleh daya graviti matahari yang besar dalam sistem suria kita, sehingga kemudian ia masuk ke dalam orbit planet-planet dalam keadaan berlawanan arah, dan suatu masa nanti Nibiru akan bertembung dengan bumi. Para sainstis meramalkan 50 tahun lagi Nibiru ini akan memasuki orbit sistem suria kita, sejak ia ditemui pada tahun 2003. Dengan kata lain, kehancuran bumi bakal terjadi pada tahun 2053? Ada laman web yang menyatakan pertembungan ini berlaku pada 2012. Dari segi sains, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat adalah dinamik dan boleh berubah ubah. Atau adakah ini adalah kiamat yang disebut dalam Al-Quran? ALLAH Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Kelangsungannya ialah lintasan Planet Nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.

Wow..satu gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang masih mentah dalam astronomi tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut. Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi juga turut menyumbang kepada fenomena ini.


Lantas kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan terganggu oleh lintasan Nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria, keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung berapi seperti yang berlaku sekarang.

Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi. Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya, taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.

Adakah keadaan ini membawa kepada kejadian kiamat? Allah SWT telah berfirman banyak kali dalam Al Quran yang menjelaskan betapa dahsyatnya kiamat. Seperti di dala Surah Al-Waqiah ayat 1 hingga 6 yang bermaksud:

Apabila terjadi hari kiamat, tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya. (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang berterbangan

Jika benar pertembungan ini yang memulakan kiamat, maka itu ALLAH SWT jualah yang menghendakinya.

Dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita diminta oleh Rasullullah SAW untuk membaca, memelihara dan menyebarkan Al Quran. Perkara kiamat adalah ketentuan Allah yang mutlak dan pasti akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap ALLAH. Adakah kita telah bersedia? Sebagai muslim kita digesa berdoa agar dijauhi fitnah ketika hari kiamat yang tak tertanggung oleh kita. Kiamat adalah pasti dan ia tetap datang.

Saturday, June 07, 2008

Menghadapi Saat Kesukaran. Naik Minyak!!



Lewat di seluruh blog memaparkan kemarahan dan rasa kurang puashati terhadap kenaikan harga minyak dan barangan di negara kita. Malah ada yang menjadikan bahan senda .. bila minyak naik orang naik minyak. So apa peranan kita? Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

"Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan. Tidaklah pula menjadi satu kesalahan kiranya kita turut serta menjadi 'player' ditengah gelanggang memperjuangkan hak2 kepenggunaan menghalang penindasan kapitalis. Ini menyangkal bahawa kita hanya perlu berserah dan berdoa semata-mata lalu mengabaikan tugas hakiki sebagai pengguna. Selamat menempuh zaman sukar ukur baju di badan sendiri berjimat cermat dan menabong amalan tuntulan agama.
sekian.

Wednesday, June 04, 2008

Mengenal Diri


“Barangsiapa yang mengenal dirinya, dia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari-cari aib dan kesalahan orang lain”. (Ibnul Qayyim)

“Di antara ciri-ciri kebahagiaan dan kemenangan seorang hamba adalah; bila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. Setiap bertambah amal-amal soleh yang dilakukan, bertambah pula rasa takut dan hati-hatinya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah cita-cita keduniaannya. Ketika bertambah hartanya bertambah pula kedermawanan dan pemberiannya kepada sesama manusia. Jika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, bertambahlah kedekatannya pda manusia dan semakin rendah hati kepada mereka. Sebaliknya ciri-ciri kecelakaan adalah; ketika bertambah ilmu pengetahuannya, semakin bertambah kesombongannya. Setiap bertambah amalnya, kian bertambah kebanggaannya pada diri sendiri dan penghinaannya kepada orang lain. Semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya”. (Al-Fawaid, Imam Ibnul Qayyim)



Saudaraku,

Suasana apa yang terakam dalam jiwa kita ketika membaca kalimah-kalimah tersebut? Bilakah kita berada dalam senarai orang yang berbahagia dan menang? Atau celaka? Semoga Allah SWT membimbing hati dan langkah kita untuk tetap memiliki karakter orang-orang yang berbahagia dan menang. Semoga Allah menjauhkan hati dan langkah kita daripada karakter orang-orang yang terpedaya oleh ilmu, amal dan kemampuannya. Amiin.

Saudaraku,

Salah satu pesanan yang boleh kita petik daripada petua Ibnul Qayyim r.a. itu adalah, kedalaman ilmunya tentang lintasan perasaan-perasaan jiwa. Ibnul Qayyim r.a. yang banyak berguru kepada Imam Ibnu Taimiyyah itu, Berjaya mengenali karakter jiwa kemanusiaannya, sehingga beliau pun kemudian banyak mengeluarkan nasihat yang maknanya sangat dalam dan menyentuh tentang jiwa.

Saudaraku,

Mengenali diri memang penting. Rasulullah SAW juga mengajarkan kita untuk lebih banyak bercermin dan menilai diri sendiri, berbanding bercermin dan menilai orang lain. Orang yang sibuk oleh aib dan kekurangannya, kata Rasulullah lebih beruntung berbanding orang yang sibuk memperhatikan kekurangan orang lain.

Dan memang, manfaat menjalani nasihat Rasulullah SAW ini adalah seperti dikatakan Ibnul Qayyim, “Barangsiapa yang mengenal dirinya, dia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari-cari aib dan kesalahan orang lain”.

Saudaraku, genggam erat-erat tali keimanan kita,

Kenalilah diri. Fahamilah kebiasaannya. Rasakan setiap getaran-getarannya. Lalu berhati-hati dan kawallah kemahuan dan kecenderungannya. Waspada kekurangannya dan manfaatkan kelebihannya. Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan ilmu-Nya tentang diri. Sebagaimana senandung doa yang dilantunkan Yusuf bin Asbath, murid Sufyan Ats Tsauri: “Allahumma arrifni nafsii”., Ya Allah kenalkan aku dengan diriku…

Jiwa manusia banyak menyimpan rahsia. Misteri hati dan jiwa manusia sukar dikenali dengan baik kecuali dengan bantuan Allah SWT kepada kita. Kerana itu ulama terkenal yang ahli dalam masalah kejiwaan Sahal bin Abdillah mengatakan bahawa mengenali diri sendiri itu lebih sukar dan lebih halus daripada mengenali musuh. Ertinya, aib dan kekurangan yang terselubung dalam diri sangat sukar dikesan, dan harus dibuka oleh Allah agar seseorang dapat membersihkan diri dan jiwanya.

Jika seseorang telah berjaya mengenal dan mengetahui bagaimana keadaan jiwanya, maka dia dengan mudah mengawal dan mengawasi keinginan-keinginan buruknya. Inilah yang dikatakan ulama Mekah bernama Wuhaib bin Ward. “Sesungguhnya di antar kebaikan jiwaku adalah pengetahuanku tentang keburukan jiwaku. Cukuplah seorang mukmin memelihara dirinya daripada keburukan bila dia mengetahui keburukan jiwanya kemudian dia meluruskannya”.

Sebagaimana juga perkataan Hasan al-Basri, “Seorang hamba masih dalam keadaan baik selama dia menyedari dan mengetahui sesuatu yang merosakkan amal-amalnya”. (Az Zuhud, Imam Ahmad)

Saudaraku,

Semoga Allah mempererat genggaman tangan kita di jalan-Nya. Itulah penting mengenali diri sehingakan Umar bin Abdul Aziz yang digelar Khulafa’ur Rasyidin kelima itu berkata, “Aku mempunyai akal yang aku takut Allah akan mengazabku kerananya”. (Riyadun Nufus, 1/355). Umar bin Abdul Aziz banyak merenung dirinya dan sangat mengeali dirinya, sehingga muncullah perkataan luar biasa itu.

Bahkan, kerana pengenalan diri yang dalam itu, Fudhail bin Iyadh r.a. berkata, “la ya’rifur riya' illa mukhlish”, riyak tidak mungkin disedari, kecuali oleh orang yang ikhlas. Ya, orang yang merasakan manisnya keikhlasan pasti akan mengetahui pahitnya riyak. Sebaliknya orang yang tidak pernah merasakan nikmatnya ikhlas, tak mungkin dapat mengenali pahitnya riyak. Begitulah. Manisnya ikhlas dan pahitnya riya', hanya dirasakan oleh orang-orang yang terbiasa dan mengenali getaran jiwa.

Saudaraku,

Apa yang dikatakan Fudhail itu tadi pun bertitik tolak kerana keadaan dirinya yang sangat mengenali karakter jiwanya sendiri. Orang yang tidak mengenal dirinya bahkan mengingkari keburukan dirinya adalah orang yang tidak akan mampu mengetahui apalagi mempengaruhi jiwa orang lain. Apatah lagi meluruskan kebengkokannya, dia tidak akan mampu. Inilah materi yang disebutkan oleh Al-Kailani ketika beliau berkata, “Bila engkau mampu meluruskan kekurangan yang ada pada dirimu, bererti engkau mampu meluruskan kekurangan yang ada pada selain dirimu”. Beliau melanjutkan, “kemampuan menghilangkan kemungkaran bergantung kepada kekuatan imanmu memerangi kemungkaran dalam dirimu. Kelemahanmu tinggal diam di dalam rumah daripada merubah kemungkaran adalah kerana kelemahan imanmu dalam memerangi kemungkaran yang ada dalam dirimu. Kekukuhan dan kekuatan imanlah yang mengukuhkan para ulama ketika mereka berhadapan dengan pasukan syaitan baik manusia dan jin”. (Al-Fathur Rabbani, 30)

“Allahumma arrifnii nafsii…” Ya Allah, kenalkan aku pada diriku…


Muhammad Nursani, Mencari Mutiara di Dasar Hati, Tarbawi Press
FREE PALESTINE

My Blog List