SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, October 31, 2008

Persiapan Menjelang Peperiksaan



Kebimbangan yang sederhana menjelang peperiksaan adalah wajar, kerana manusia sering takut kepada apa yang mereka tidak tahu. Oleh sebab itu, manusia sering dianjurkan untuk mengatasi ketakutan atau apa yang mereka tidak tahu dengan mencari ilmu sebanyak mungkin.

Ada sesetengah perkara yang melangkaui keterbatasan akal fikiran manusia, tetapi manusia sentiasa digalakkan untuk berfikir tentang sesuatu kejadian atau meneroka ilmu baru yang bukan sahaja berguna untuk keperluan duniawi diri manusia sendiri, tetapi juga untuk mengenali pencipta dan penentu kepada segala kejadian atau fenomena.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi Ulil Al Bab (orang-orang yang berakal); (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (ali-'Imran: 190-191)

Dalam al-Quran, ia sentiasa terkandung hikmah dan kebijaksanaan yang yang perlu diteroka oleh manusia. Justeru keyakinan dalam mengambil peperiksaan banyak bergantung kepada sejauh mana keikhlasan dan usaha kita dalam menghadapinya. Jika adik faham bahawa manusia akan sentiasa diuji dan diperiksa dalam hidup, sudah tentu peperiksaan ini akan menjadi landasan untuk adik membuktikan bahawa adik akan memberikan yang terbaik untuk tujuan tersebut.

Persediaan peperiksaan

Peperiksaan pastinya memerlukan persediaan dan usaha. Justeru, masa remaja pada ketika ini mungkin sedang tertumpu kepada aktiviti mengulangkaji pelajaran, membuat latih tubi untuk peperiksaan atau menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Dalam mempersiapkan diri ke arah peperiksaan, harus diingatkan bahawa kejayaan seseorang bukan sahaja bergantung kepada diri pelajar itu sendiri, tetapi juga terletak juga kepada usaha ibu bapa serta guru.

Persediaan pelajar

Penulis yakin bahawa adik telah banyak melakukan latih tubi dan latihan mengulangkaji. Adalah menjadi tabiat yang baik untuk membuat nota kecil dan ringkas untuk mengingati fakta-fakta atau langkah-langkah penting dalam sesuatu subjek.

Menjelang akhir peperiksaan ini, nota-nota kecil akan banyak membantu kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca bila-bila masa.

Selain itu, adik harus banyak berbincang dengan guru dan rakan untuk mengenalpasti apa-apa kekurangan atau dan memastikan bahawa apa yang adik pelajari dapat diterjemahkan dengan betul dan tepat. Berbincang dan berkongsi ilmu dengan rakan bukan sahaja membantu rakan yang lain, tetapi juga dapat menambahkan kefahaman mengenai sesuatu pelajaran.

Pergaulan dan hubungan dengan orang lain juga harus dijaga. Elakkan bergaduh atau mencari masalah dengan sesiapa supaya ia tidak menganggu emosi adik nanti. Mengenai harapan yang diletakkan pada adik oleh ibu bapa, anggaplah semua itu adalah dorongan dan doa untuk melihat adik berjaya. Ia menunjukkan bahawa ibu bapa masih lagi mengambil berat tentang pelajaran adik, walaupun mereka tidak membantu secara langsung dalam pelajaran adik.

Kesihatan turut menjadi aspek penting menjelang peperiksaan. Kesihatan yang baik bermula dengan pemakanan yang seimbang, senaman yang teratur, tidur yang cukup serta pengawalan emosi yang seimbang. Kini terdapat banyak di pasaran ubat-ubatan atau makanan yang dikatakan menggalakkan kecerdasan minda.

Mungkin ada ubat-ubatan tersebut yang mampu membantu kecerdasan minda, tetapi harus diingatkan bahawa pelajar tidak harus bergantung kepada ubat untuk berjaya dalam peperiksaan. Tanpa usaha untuk belajar, impian untuk berjaya dalam peperiksaan menjadi agak mustahil untuk dilaksanakan.

Dalam Islam, umatnya dianjurkan memakan makanan yang halal lagi baik. (surah al-Maidah ayat 88). Antara hikmah yang terkandung dalam anjuran ini adalah untuk menjaga kesihatan kerana kesihatan yang baik mampu untuk meningkatkan kecerdasan dan mengoptimumkan keupayaan seseorang.

Tawakal juga sangat penting setiap kali kita berusaha. Allah sangat menyukai pada hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya. Justeru, selalulah berdoa untuk diri sendiri dan juga untuk rakan-rakan lain agar sama-sama dapat menikmati kejayaan dalam peperiksaan ini. Dorongan untuk berusaha serta setiap ilmu itu datang daripada Allah, maka pelajar seharusnya tidak melupakan tanggungjawab kepada Allah.

Sebaliknya remaja harus sentiasa mengharapkan bahawa Allah memberkati setiap perjalanan untuk mencari ilmu dan tidak berasa jemu untuk sentiasa belajar perkara-perkara baru.

Persediaan ibu bapa

Ibu bapa juga tidak seharusnya ketinggalan dalam menyokong anak-anak mereka yang sedang menghadapi persiapan akhir menjelang peperiksaan. Galakan dan sokongan dalam bentuk material, kata-kata serta nasihat untuk belajar bersungguh-sungguh akan banyak membantu anak-anak. Paksaan kadangkala tidak menyebabkan anak-anak tertarik untuk belajar, tetapi akan membuatkan mereka malas belajar kerana ia tidak datang daripada dorongan diri mereka sendiri. Apatah lagi jiwa remaja yang suka bertentang dan memberontak, ibu bapa harus berhati-hati. Pada masa yang sama tegas dalam mendisiplinkan masa anak-anak.

Ibu bapa juga boleh memberi ganjaran, tidak semestinya dalam bentuk kebendaan, tetapi dalam bentuk doa dan masa. Doa yang diiringkan kepada anak-anak dengan ikhlas akan sentiasa memayungi semangat dan impian anak-anak dan ibu bapa. Berikanlah pujian dan galakan untuk terus cemerlang lagi, sungguhpun jika keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

Ramai orang yang berjaya setelah bangkit daripada kepayahan dan kegagalan, justeru ibu bapa wajar menjadi teman yang rapat kepada anak-anak dalam mendorong kejayaan mereka.

Persediaan guru

Peranan guru juga tidak boleh dinafikan dalam persediaan pelajar menjelang peperiksaan. Selain daripada berjasa mencurahkan ilmu serta tunjuk ajar kepada pelajar, guru juga mempunyai peranan yang sama seperti ibu bapa iaitu memberi galakan serta semangat kepada para pelajar untuk berusaha dan berjaya dalam peperiksaan.

Guru-guru hendaklah sedia membantu pelajar apabila mereka memerlukan pertolongan serta ikhlas dalam mendidik mereka. Ini kerana tahap dan keupayaan setiap pelajar adalah berbeza-beza dan guru tidak boleh mengharapkan kesemua pelajar akan dapat menghadam ilmu dengan mudah dan cepat. Oleh itu, kesabaran guru dalam mendidik pelajar adalah sangat dituntut dan sudah tentu ia akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Menjadi yang terbaik adalah impian dan cita-cita setiap orang. Berjaya dalam peperiksaan memerlukan usaha dan sokongan, justeru remaja perlu berusaha keras dan bijak untuk merealisasikan impian untuk berjaya dalam peperiksaan.

Setiap usaha yang dilakukan hendaklah disertai niat ikhlas dan matlamat yang baik, seperti ingin memajukan diri, orang lain serta mengenal pencipta yang agung. Adik harus yakin kemampuan diri sendiri dan bertawakal setiap kali sudah berusaha. Selamat mengambil peperiksaan, insya-Allah doa kami semua mengiringi adik serta rakan-rakan pelajar yang lain.

di posting oleh Ayub dr Coral Bay Beach Resort P.Pangkor

Tuesday, October 28, 2008

Mengkaji kesukaan Syaitan

Mari kita mengkaji beberapa kesukaan syaitan, dengan tujuan untuk kita dapat menghindari dari bekerjasama dengan mahluk yang telah mendapat laknat dari Allah Tuhan Pencipta sekalian alam ini.
Berikut ini diantara empat perkara kesukaan nya;


















1. Suka kita dalam situasi keraguan.








Ketika kita menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini. Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.





2. Suka kita kuat beribadat tetapi tanpa ilmu.









Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan. Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya terhadap manusia.





3. Suka kita melakukan sesuatu secara tidak ikhlas.








Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan merasai bersama dengan Allah.







4. Syaitan sangat suka kita menyombong diri.






Syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri. Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang lupa pada Pencipta.









Untuk melawan syaitan berpandukan akronim 'BEST'. B ialah 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan). Namun kita juga percaya ada banyak lagi kesukaan syaitan pada kita yang kita sendiri selalu melupakannya. wallahu a'lam.

Monday, October 27, 2008

Andai Ku Tahu




Andai ku tahu….


Kapan tiba ajalku…


Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…


Andai ku tahu…


Kapan tiba masaku…


Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…


Aku takut akan semua dosa dosaku…


Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Andai ku tahu…


Malaikatmu kan menjemputku…


Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…


Aku takut akan semua dosa dosaku…


Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Ampuni aku dari segala dosa dosaku…


Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


Aku manusia yang takut neraka…


Namun aku juga tak pantas disurga…


Andai ku tahu….


Kapan tiba ajalku…


Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…


Aku takut akan semua dosa dosaku…


Aku takut dosa yg terus membayangiku…


Ampuni aku dari segala dosa dosaku…


Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Thursday, October 23, 2008

Projek Gemilang

KERTAS CADANGAN PROJEK GEMILANG PENDIDIKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH





1. Tujuan






Kertas cadangan ini bertujuan untuk melaksanakan Projek Gemilang SPM mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah semua sekolah menengah yang sederhana kepada cemerlang dan cemerlang kepada berkualiti pencapaiannya dalam peperiksaan SPM Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah.




2. Rasional



2.1 Sejak pelaksanaan Kurikulum Semakan baru Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah pada tahun 2003 pencapaian keputusan peperiksaan SPM Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah memberangsangkan dari tahun ke tahun .



2.2 Sekolah-sekolah yang mencatatkan pencapaian sederhana perlu diberi garis panduan yang khusus bagi pelaksanaan Projek Gemilang Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah Elektif di peringkat kebangsaan dan negeri dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.



2.3 Sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang akan dirangsang untuk mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan kualiti



2.4 Memberi pendedahan tentang bentuk-bentuk soalan peperiksaan supaya proses P&P lebih berfokus.



2.5 Pendedahan pengurusan Panitia yang efisien sangat perlu untuk merealisasikan matlamat.





3. Latar belakang



3.1 Mesyuarat penetapan SKT 2007 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam memutuskan setiap mata pelajaran hendaklah menjalankan Projek Gemilang bertujuan meningkatkan lagi pencapaian dalam mata pelajaran tersebut.




4. Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah di sekolah.




4.1 Sejak mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah diperkenalkan di sekolah-sekolah SMKA, KAA, SMAN dan SMAR mempunyai rekod pencapaian akademik yang memberangsangkan.
Walau bagaimana pun usaha-usaha perlu dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai prestasi yang berkualiti.




4.2 Pelaksanaan Projek Gemilang diharapkan dapat membantu merealisasikan usaha-usaha ini.





5. Konsep Projek Gemilang



Projek Gemilang Pendidikan Al Quran & Al Sunnah SPM ialah satu program untuk mendorong murid-murid, guru-guru dan pengurusan sekolah supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kegemilangan dalam peperiksaan awam SPM .





6. Matlamat Projek Gemilang


Matlamat Projek Gemilang Al Quran dan Al Sunnah ialah untuk mengenal pasti program yang boleh meningkatkan pencapaian SPM mata pelajaran Al Quran & Al Sunnah di beberapa buah sekolah terpilih supaya dibimbing sehingga mencapai kemajuan yang setaraf dengan pencapaian sekolah cemerlang.





7. Objektif


7.1 Meningkatkan pengalaman dan aktiviti guru berkaitan dengan keperluan peperiksaan SPM Al Quran & Al Sunnah

7.2 Meningkat pencapaian murid-murid dalam peperiksaan SPM Al Quran & Al Sunnah berdasarkan unjuran SPM bagi sekolah berkenaan.

7.3 Meningkatkan pencapaian murid yang berada ditahap SEDERHANA dan CEMERLANG KEPADA BERKUALITI.

7.4 Melaporkan pencapaian peperiksaan dan program untuk meningkatkan pencapaian di sekolah projek gemilang kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan seterusnya ke Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.





8. Sasaran


8.1 Sekolah-sekolah yang memperoleh pencapaian peperiksaan SPM kurang daripada 80 peratus bagi mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan al Sunnah di semua negeri.


8.2 Sekolah-sekolah yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan al Sunnah di semua negeri.


10. Panduan Pelaksanaan


Pelaksanaan projek ini mengikut butiran seperti berikut:


a. Taklimat dan panduan oleh BKPIM kepada pegawai kurikulum di Sektor Pengurusan dan Pelajaran Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.

b. Pemilihan sekolah bagi projek gemilang oleh SPPIM, hendaklah dimaklumkan kepada JAPIM pada atau sebelum 15 April 2008.

c. SPPIM hendaklah menjalankan taklimat kepada sekolah yang berkaitan pada atau sebelum 15 April 2008 dan seterusnya pelaksanaan di peringkat sekolah.

d. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan jawatankuasa pelaksana program di sekolah masing-masing dan melaksanakan program ini dalam kadar segera.

e. Pihak sekolah hendaklah membuat penyesuaian takwim yang diberikan oleh BKPIM dengan takwim di sekolah masing-masing dan menghantarnya kepada PPD dan SSPIM bersama laporan.

f. Laporan hendaklah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan SPPIM selepas sebulan daripada tarikh taklimat diberikan di peringkat Daerah atau Negeri. Setiap sekolah hendaklah membuat laporan “progress” perlaksanaan takwim P&P sebagaimana yang disediakan setiap bulan.

Perkara-perkara yang perlu dipantau dan dilaksanakan di seluruh negeri




10.3 Cadangan aktiviti.


10.3.1 Pelaksanaan P&P berfokus

Guru hendaklah memastikan pelaksanaan P&P mengikut takwim yang telah disediakan (disesuaikan dengan takwim sekolah )

Terdapat dua fasa untuk tingkatan lima dalam melaksanakan projek ini iaitu :

i) Fasa 1: Januari–Jun ( pelaksanaan kaedah pembelajaran berfokus semasa proses P&P)

ii) Fasa 2: Jun–Oktober (Pelaksanaan kaedah pembelajaran berfokus semasa sesi latih tubi , gerak gempur dan pengukuhan )

Pelaksanaan projek ini berterusan sepanjang tahun.

Guru perlu membuat persediaan dari aspek :

i) tajuk / hasil pembelajaran

ii) bahan bantuan mengajar ( mengikut kaedah)

iii) soalan penilaian sebelum-semasa- selepas

Guru-guru boleh menggunakan kepelbagaian kaedah yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar .

Penilaian dilaksanakan setiap kali P&P.

10.3.1.1 Pemantapan P&P yang berkesan.
P&P dilaksanakan melalui kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan.

10.3.1.2 Pelaksanaan / Kaedah P&P : ( Rujuk Lampiran 1 )

a) Pembelajaran Koperatif

Merupakan satu kaedah dimana murid belajar secara kerjasama dalam bilik darjah.
Digunakan sebagai aktiviti P&P

Boleh dilaksanakan dengan cara :

i) perbincangan dan pembentangan kumpulan

ii) peer learning


b) Kuiz Cepat Dapat
Merupakan satu latihan menguji kecekapan minda, merujuk dan menjawab soalan kuiz dengan cepat dan tepat.

c) Refleksi dan pengukuhan

Merupakan tugasan yang diberikan kepada murid untuk dilaksanakan di luar bilik darjah
Pelaksanaan / Kaedah :
Tugasan kerja rumah diberi sekali setiap minggu
Bahan berbentuk lembaran kerja yang lebih tertumpu kepada soalan subjektif.

b) Ujian pantas

Merupakan satu kaedah pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam mengingat semula (recall) pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari sama ada secara lisan atau penulisan yang lebih berpusatkan peperiksaan bagi setiap topik yang dipelajari sebagai latihan pengukuhan / induksi set

Kaedah ini menggabungkan teknik pembelajaran masteri, pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Guru boleh membuat ujian cepat sama ada secara lisan atau bertulis pada 10 minit pertama P&P.

Bilangan dan bentuk soalan yang perlu dijawab secara lisan merangkumi semua sub topik yang telah dipelajari dalam tajuk P&P yang sebelumnya. Soalan ini hendaklah dimulakan dari aras rendah dan soalan yang mempunyai jawapan yang ringkas ( maksud/ prinsip/ kesan )


c) Pembelajaran kendiri berfokus

Kaedah ini boleh digunakan untuk tingkatan lima sama ada di dalam fasa 1 sebagai latihan pengukuhan atau fasa 2 sebagai ulangkaji.

Kaedah ini boleh digunakan untuk tingkatan empat secara berterusan sepanjang tahun

Terdapat dua bentuk pelaksanaan pembelajaran kendiri ini iaitu :

a) Soalan berteraskan nota :

Kaedah ini sesuai untuk digunakan kepada murid yang tidak dapat menguasai soalan subjektif.
guru menyediakan nota komprehensif bagi tajuk (terutamanya tajuk yang sukar) dalam sehelai kertas dan di bahagian bawah nota tersebut terdapat soalan yang berkaitan dengan nota yang diedarkan tadi .( Soalan diambil daripada soalan topikal subjektif )
Murid diminta membaca nota yang diberikan dengan pemantauan guru
Murid diminta menjawab soalan–soalan dengan merujuk kepada nota.

b) Soalan berteraskan jawapan :

Guru menyediakan lembaran 1 iaitu soalan dan jawapan ( soalan subjektif ) bagi setiap tajuk.
Guru mengedarkan soalan beserta jawapan untuk dibaca oleh murid. Guru hendaklah memantau semasa murid membaca soalan dan jawapannya.

Guru mengedarkan lembaran 2 iaitu soalan yang kosong ( tiada jawapan ) dan meminta murid menyalin jawapan yang betul mengikut jawapan yang diberikan (soalan yang diberikan tidak mengikut turutan yang sama dengan lembaran 1 )
Guru mengumpulkan jawapan murid dan lembaran kerja 1 dan mengedarkan lembaran kerja 2 dan meminta murid menulis jawapan . ( recall dan application )
** Cadangan menggunakan set soalan topikal subjektif JAPIM

d) Peer Group Learning (kolaboratif dan masteri learning)

· Kaedah ini boleh digunakan selepas murid melaksanakan pembelajaran kendiri dan sesuai digunakan di dalam fasa 2 .

· Guru boleh mengenalpasti murid yang mempunyai keupayaan untuk membimbing rakan sebaya.

** Cadangan menggunakan set soalan 1 -10 JAPIM


10.3.2 Latih tubi dan gerak gempur
Kaedah ini digunakan dalam fasa 2 iaitu mulai bulan Jun Oktober
** Cadangan menggunakan set soalan 1 – 10 JAPIM atau soalan- soalan sekolah lain.

10.3.3 Kamus Istilah

Merupakan satu koleksi istilah dan maksud yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah.


11. Penutup .


Projek Gemilang ini dapat membantu proses P&P yang lebih berfokus dan berkesan melalui latihan (latih tubi dan topikal) serta penekanan kepada tajuk-tajuk yang agak sukar.
Diharapkan pelaksanaan Projek Gemilang Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah. Ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan ke arah pencapaian SPM Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah yang gemilang setiap tahun peperiksaan.



Selanjutnya...sila respon pada admin

Wednesday, October 22, 2008

Saturday, October 18, 2008

Gempar lagi


Gempar lagi isu tudung di Malaysia. Di saat kesedaran bertudung semakin meningkat timbul pula isu ini. Menurut satu sumber Kementerian sedang bertindak untuk mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS berikutan dengan faktor kesihatan. Menurut kajian, pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini, didapati menunjukkan prestasi yang agak kurang cemerlang dalam pelajaran. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar daripada Hospital Selayang yang membuat kajian terperinci mengenai pemakaian tudung ini. Mereka berkata pemakaian tudung ini, akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif.
Malaysia yang dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam kini boleh mengharamkan pemakaian tudung ini di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung. Isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku bantahan atau sebarang bentuk perhimpunan haram dari pertubuhan-pertubuhan Islam. Pihak media massa seperti TV sudah di beri amaran agar tidak menggembar gemburkan isu ini. Pihak kementerian akan mengeluarkan satu pekeliling pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar pekeliling ini ke sekolah-sekolah.



Pihak kementerian kini dalam proses menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai semasa berada di dalam kawasan sekolah ataupun kawasan kampus. Antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah :



TUDUNG SAJI
TUDUNG PERIUK



dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid-murid sekolah masih lagi dalam pemerhatian

Opss sorry ..gimik jer.. Anda terkena (sabar..je laa )

Sunday, October 05, 2008

Mengekalkan motivasi untuk kecemerlangan


PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih khusus lagi Peperilsaan Bertulis 5227/1 ( Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah ) akan muncul tidak lama lagi. Mungkin ada di antara murid yang rasa bosan serta tidak bertenaga lagi untuk menghadapi semua ini kerana terganggu dengan pelbagai mood raya dan sebagainya. Bagaimanapun mahu tidak mahu proses belajar seterusnya harus dilalui samaada oleh murid malah lebih-lebih lagi guru harus terus menyuntik semangat untuk terus berjaya. Adalah amat penting bagi seseorang murid dapat mengekalkan semangat untuk terus belajar. Dengan berbekalkan semangat segala cabaran akan dapat ditangani dengan mudah.
Tulisan ini mengajak guru dan murid melaksanakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan semangat untuk belajar dan berjaya mengekalkan kecemerlangan.


• Tindakan segera ketika menghadapi kesukaran. Sewaktu mengulang kaji atau mendengar penerangan guru terdapat juga perkara-perkara yang tidak difahami. Lama kelamaan perkara-perkara yang tidak difahami ini akan menyukarkan murid untuk meneruskan mengulang kaji pelajaran dan akhirnya murid akan merasa bosan serta hilang semangat untuk belajar. Dalam hal ini murid perlu bertindak segera mengatasinya. Murid perlu menghubungi guru, rakan atau merujuk bahan bacaan sehingga perkara yang tidak difahami itu dapat diatasi. Guru pula harus menggunakan waktu emas ini untuk sering mendampingi murid.


• Mengulang kaji setiap hari: Proses mengulang kaji perlu dilakukan setiap hari mengikut jadual yang dirancang. Ada sesetengah murid hanya mengulang kaji pada hari-hari tertentu sahaja. Keadaan begini akan menghilangkan suasana peperiksaan serta semangat untuk belajar. melakukan latih tubi berterusan mengikut pendekatan dan teknik menjawab peperiksaan dengan betul.

• Tidak ponteng kelas. Perbuatan ponteng kelas akan menyebabkan murid ketinggalan topik yang diajar. Tanpa penerangan guru adalah agak sukar bagi murid memahaminya sesuatu topik yang agak kompleks. Jika masalah ini berlarutan murid akan hilang semangat untuk belajar dan mengulangkaji.

• Memberi tumpuan yang lebih terhadap pelajaran. Di waktu sebegini ini murid diminta memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. Hiburan yang berlebihan dan perbuatan yang tidak berfaedah haruslah ditinggalkan. Biarlah minda kita lebih fokus tentang pelajaran tanpa dicampur aduk dengan perkara-perkara yang tidak berguna. Murid sepatutnya melupakan sementara waktu perkara sampingan dan memberikan keutamaan kepada matlamat untuk tajuk pelajaran yang dipelajari.

• Bertaqwa dan berdoa sepanjang masa: Beribadah mampu menimbulkan kesedaran, kesyukuran serta mendekati diri kita kepada Allah. Segala nikmat dan kejayaan akan diberikan oleh Allah sekiranya seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh serta ikhlas melakukan segala tindakan tanpa dipaksa. Menyedari hakikat ini semangat untuk belajar akan terus bersemarak di jiwa kita yang akhirnya membawa kejayaan. Mengadu kepada Allah memohon pertolongannya kerana doa mampu mengubah sesuatu. Allah sangat kasih hambanya yang meminta pertolongan kepadanya kerana Allah sahaja tempat kita meminta. Berdoalah nescaya Allah akan pekenankan doamu.

Bermula hari ini murid harus bertindak secara bijak dan cekap menguruskan masa kerana masa berjalan dengan pantas. Kita tidak harus berdolak dalik memberi alasan tetapi teruslah mencari jalan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Selamat maju jaya buat guru dan pelajar Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk mencipta kejayaan peribadi anda.
FREE PALESTINE

My Blog List