PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lebih khusus lagi Peperilsaan Bertulis 5227/1 ( Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah ) akan muncul tidak lama lagi. Mungkin ada di antara murid yang rasa bosan serta tidak bertenaga lagi untuk menghadapi semua ini kerana terganggu dengan pelbagai mood raya dan sebagainya. Bagaimanapun mahu tidak mahu proses belajar seterusnya harus dilalui samaada oleh murid malah lebih-lebih lagi guru harus terus menyuntik semangat untuk terus berjaya. Adalah amat penting bagi seseorang murid dapat mengekalkan semangat untuk terus belajar. Dengan berbekalkan semangat segala cabaran akan dapat ditangani dengan mudah.
Tulisan ini mengajak guru dan murid melaksanakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan semangat untuk belajar dan berjaya mengekalkan kecemerlangan.
Tulisan ini mengajak guru dan murid melaksanakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan semangat untuk belajar dan berjaya mengekalkan kecemerlangan.
• Tindakan segera ketika menghadapi kesukaran. Sewaktu mengulang kaji atau mendengar penerangan guru terdapat juga perkara-perkara yang tidak difahami. Lama kelamaan perkara-perkara yang tidak difahami ini akan menyukarkan murid untuk meneruskan mengulang kaji pelajaran dan akhirnya murid akan merasa bosan serta hilang semangat untuk belajar. Dalam hal ini murid perlu bertindak segera mengatasinya. Murid perlu menghubungi guru, rakan atau merujuk bahan bacaan sehingga perkara yang tidak difahami itu dapat diatasi. Guru pula harus menggunakan waktu emas ini untuk sering mendampingi murid.
• Mengulang kaji setiap hari: Proses mengulang kaji perlu dilakukan setiap hari mengikut jadual yang dirancang. Ada sesetengah murid hanya mengulang kaji pada hari-hari tertentu sahaja. Keadaan begini akan menghilangkan suasana peperiksaan serta semangat untuk belajar. melakukan latih tubi berterusan mengikut pendekatan dan teknik menjawab peperiksaan dengan betul.
• Tidak ponteng kelas. Perbuatan ponteng kelas akan menyebabkan murid ketinggalan topik yang diajar. Tanpa penerangan guru adalah agak sukar bagi murid memahaminya sesuatu topik yang agak kompleks. Jika masalah ini berlarutan murid akan hilang semangat untuk belajar dan mengulangkaji.
• Memberi tumpuan yang lebih terhadap pelajaran. Di waktu sebegini ini murid diminta memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. Hiburan yang berlebihan dan perbuatan yang tidak berfaedah haruslah ditinggalkan. Biarlah minda kita lebih fokus tentang pelajaran tanpa dicampur aduk dengan perkara-perkara yang tidak berguna. Murid sepatutnya melupakan sementara waktu perkara sampingan dan memberikan keutamaan kepada matlamat untuk tajuk pelajaran yang dipelajari.
• Bertaqwa dan berdoa sepanjang masa: Beribadah mampu menimbulkan kesedaran, kesyukuran serta mendekati diri kita kepada Allah. Segala nikmat dan kejayaan akan diberikan oleh Allah sekiranya seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh serta ikhlas melakukan segala tindakan tanpa dipaksa. Menyedari hakikat ini semangat untuk belajar akan terus bersemarak di jiwa kita yang akhirnya membawa kejayaan. Mengadu kepada Allah memohon pertolongannya kerana doa mampu mengubah sesuatu. Allah sangat kasih hambanya yang meminta pertolongan kepadanya kerana Allah sahaja tempat kita meminta. Berdoalah nescaya Allah akan pekenankan doamu.
Bermula hari ini murid harus bertindak secara bijak dan cekap menguruskan masa kerana masa berjalan dengan pantas. Kita tidak harus berdolak dalik memberi alasan tetapi teruslah mencari jalan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Selamat maju jaya buat guru dan pelajar Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk mencipta kejayaan peribadi anda.
No comments:
Post a Comment
Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan