SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, April 19, 2009

Pernahkah Kita Menyesal dan Bertaubat?

Allah Ta’ala berfirman didalam surah at-taubah ayat ke 102 yang bermaksud;
“Dan sebahagian yang lain mengaku dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amalan yang baik dengan amalan yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka, sesungguhya Allah maha Pengampun lagi maha Mengasihani”

Ayat ini diturunkan kepada ِِAbu Lubabah dan lima orang rakannya yang tidak menyertai peperangan Tabuk. Apabila Rasulullah pulang dari peperangan tersebut, baginda mendapati Abu Lubabah dan rakan-rakannya telah mengikat diri mereka di agar masjid kerana menyesal dan berikrar tidak akan membuka ikatan tersebut dan mengharapkan Rasulullah akan membukanya. Aabila ayat ini diturunkan, Rasulullah membukakan ikatan tersebut dan memaafkan mereka.

Allah Ta’ala melarang mencampur adukkan amalan yang baik dengan amalan yang buruk. Mengakui kesalahan dan menyesali perbuatan tersebut merupakan tindakan yang terbaik.Allah ta’ala yang maha pengampun dan maha penyayang telah menerima taubat orang yang bertaubat.

Taubat pada bahasa ialah kembali. Pada istilah pula, taubat bermaksud berhenti daripada melakukan maksiat, menyesal akan kesalahan yang lalu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Bertaubat adalah wajib bagi setiap manusia yang telah melakukan dosa, baik dosa kecil lebih - lebih lagi dosa besar. Untuk bertaubat, beberapa syarat perlu dipenuhi, iaitu segera berhenti daripada melakukan maksiat berkenaan, hendaklah menyesal terhadap dosa yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut.

Mari kita renungi beberapa tanda orang yang taubatnya diterima:


1. Selepas bertaubat keadaannya lebih baik daripada sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, hendaklah dikesali.


2. Hendaklah berasa takut, yang dia tidak aman daripada azab Allah.


3. Hendaklah menambat keinginan hatinya daripada berbuat maksiat. Hendaklah menyesal dan takut untuk melakukan sama ada dosa kecil atau jenayah yang besar.


4. Berasa hina diri dan tawaduk.


Ada beberapa tanda yang Taubat kita belum diterima Allah antaranya;


1. Lemah keazamannya dan hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada Tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah.


2. Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan berasa aman daripada murka Allah.Ini yang biasa dirasa oleh kebanyakan orang yang bertaubat.Hanya dengan beristighfar dan mengerjakan solat sunat taubat,memadailah bagi diri mereka untuk merasa aman dan tenteram seolah-olah dosa sudah diampunkan.


3. Beku air matanya daripada menangis dan keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwanya. Tidak takut neraka dan peristiwanya. Air mata yang mengalir bukanlah air mata hipokrit semata-mata. Sebaliknya lahir dari rasa keinsafan dan bersalah yang teramat sangat terhadap dosa yang dikerjakan.


4 Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.barangkali mereka yang bersikap sedemikian tidak layak untuk dikatakan sudah bertaubat.


Marilah kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah sebelum terlambat. Sesungguhnya taubat itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

2 comments:

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List