SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, August 19, 2011

MENGHARAP SELAMAT DARI API NERAKA PADA 10 YANG AKHIR RAMADHAN

Fasa ketiga pada bulan Ramadhan kita dijanjikan selamat dari api neraka. Pastinya ia tidak diperoleh dengan percuma kecuali pada mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan dipenuhi dengan amalan yang berlipat ganda dari biasanya.

Dalam sebuah kisah menceritakan bahawa, ada seorang sahabat bertanya kepada Abdulullah bin Abbas ra. "Ajarilah kami ilmu yang dapat menyelamatkan kami daripada api neraka dan dapat memasukkan kami ke dalam syurga?".

Ibnu Abbas menjawab: "Hendaklah kamu semua melakukan lima belas perkara. Iaitu lima dengan Lisan, lima dengan Anggota Badan dan lima dengan Hatimu.

Lima dengan Lisan itu adalah mengucap kalimah.
1) SUBHANALLAH
2) ALHAMDULILLAH
3) LAA ILLAA HA ILLALLAAH
4) ALLAHU AKBAR
5) LAA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM

Lima dengan ANGGOTA BADAN iaitu solat lima waktu:
1) ISYA'
2) SUBUH
3) ZOHOR
4) ASAR
5) MAGHRIB

Lima dengan HATI iaitu mencintai lima orang yang dicintai Allah SWT. Rasulullah dan sahabat yang empat.
1) NABI MUHAMMAD SAW
2) ABU BAKAR SIDDIQ
3) UMAR BIN KHATTAB
4) USMAN BIN AFFAN
5) ALI BIN ABI THALIB.

Semoga kita dapat mengamalkannya dengan cara beriktikaf di masjid terutama pada sepuluh yang akhir di Bulan Ramadhan ini, Selamat bertemu dengan al Qadar yang kita harapkan.

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List