SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, July 27, 2008

Contoh pelaporan KPN/KPw


1.0. KOD MATA PELAJARAN: 5227/2 PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH


2.0 KETUA PENTAKSIR NEGERI:
NAMA :
ALAMAT :

NO TEL : ..............................................(HP)..............................................(P)

3.0 MAKLUMAT PENTAKSIR KAWASAN (PKW)/ PENTAKSIR SEKOLAH (PS)
Jumlah :
3.1. Sekolah yang dipantau KPN:


3.2 Sekolah yang dipantau KPw


3.3 Gred Purata Markah Penyelarasan Negeri:



4.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran yang tinggi serta mempertingkatkan nilai dan kualiti bacaan dan hafazan pelajar selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Islam ....bla bla bla..........( ikut je contoh lepas dan tambah lah bagi manarik )



Tempoh pelaksanaan PLBS adalah bermula Mac sehingga Julai 2008.


5.0 PERSEDIAAN PENTAKSIRAN

5.1 CALON

· Calon adalah terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima tahun 2008.

.................. bla bla bla tambah la ye ustaz yang baik2 jer....

5.2 ALAT / BAHAN
· Pentaksir dan Calon berkenaan ialah :

§ 13 pilihan soalan Bacaan Ayat
§ 08 pilihan soalan Bacaan Hadis
§ 10 pilihan soalan Hafazan Ayat

· Semua sekolah juga telah mendapat Borang-borang penskoran seperti berikut :

§ Borang Markah Individu Lampiran A
§ Borang Markah Individu Lampiran B (1)
§ Borang Markah Individu Lampiran B (2)
§ Borang Markah Individu Lampiran C
§ Borang Markah Keseluruhan Lampiran D


5.3. PENTAKSIR

· Pentaksir sekolah memerlukan latihan dan penataran, oleh itu Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran perlu membuat taklimat khas pelaksanaan PLBS kepada semua sekolah yang terlibat termasuk sekolah swasta. .......BLA BLA BLA tambah la yang patut....

6. KELEMAHAN / KEKANGAN

6.1. CALON

· Terdapat calon yang diuji beberapa kali bagi memastikan mereka mendapat markah yang maksimum.


bla nla bla...tambah lagi.....


6.2. ALAT / BAHAN

· Masih terdapat sekolah yang lambat mendapat Bahan PLBS PQS 5227/2, terutama di Sabah dan Sarawak. Sehingga bulan Jun masih ada sekolah yang belum menerima bahan tersebut.

6.3. PENTAKSIR
· Pentaksir sekolah tidak memahami modus operandi PLBS kerana tiada pendedahan terutama kepada guru-guru baru.
....... tambahkan maklumat....


7. PENGENDALIAN PENTAKSIRAN.

7.1 PENGGUNAAN BORANG PENSEKORAN

· Borang penskoran individu tidak digunakan secara maksimum, terutama bahagian catatan. Ruang catatan sepatutnya digunakan untuk mencatat kesalahan calon.

...lagi...dan lagi..

7.2 PENYIMPANAN BORANG DAN BAHAN PENTAKSIRAN

· Kebanyakan sekolah telah dapat mengendalikan borang individu dengan baik. Borang pemarkahan telah diasingkan mengggunakan 4 fail yang berlainan.


bla bla....

8. CADANGAN PENTAKSIR/PEMANTAU

· Pentaksiran bagi Hafazan Surah Yasin dan al-Sajdah dicadangkan diperkenalkan kepada calon SPM bermula dari tingkatan 4 dan akan diuji kedua-duanya di Tingkatan 5 kerana masa untuk menghafaz terlalu singkat dengaan pelbagai program akademik dan ko kurikulum lain.
...... bla bla bla dan lagi dan lagi..




9. Maklumat Pentaksir Kawasan / Sekolah .

BIL:

DAERAH:

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:

TELEFON:


10. MAKLUMAT SEKOLAH/PUSAT MENGIKUT DAERAH-DAERAH

Daerah:
Bil. Sek./Pusat:
Jum. Pentaksir:

JUMLAH


11. PEMANTAUAN DAN PENYELARASAN


Ketua Pentaksir Negeri telah memantau ke 4 buah sekolah. Kesemua sekolah telah dapat melaksanakan PLBS dengan cemerlang. KPN telah membuat penyelarasan markah kepada sekolah berkenaan dan hasilnya calon berada pada tahap sebenar yang ditaksir. Kesemua sekolah memberi kerjasama yang baik sepanjang pemantauan. Cuma rungutan pihak pentadbir sekolah yang agak sukar melepaskan KPN memantau. Jadual telah diserahkan kepada pihak Pengetua sebelum KPN memantau ke sekolah yang berkenaan. * ( Ini contoh jer jangan ikut.. antum lagi hebat laa )..bg ayat power sikit..


12. PENUTUP

Pelaksanaan PLBS ini diharapkan akan mencapai matlamat yang diharapkan untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan membantu calon untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Adalah diharapkan markah PLBS yang diperolehi calon benar-banar dapat diterjemahkan untuk dicampurkan ke dalam markah keseluruhan Kertas 5227/1. Kita amat mengharapkan ketelusan yang tulen dapat dilaksanakan oleh semua peringkat terutamanya pihak pentaksir sekolah agar memasukkan markah yang boleh dinyakini keesahannya agar ia memang benar-benar dapat mentaksir kebolehan calon

Disediakan oleh :

Ketua Pentaksir Negeri .................... 2008
5227/2



nota: KPN yang menghantar pelaporan yang paling lengkap akan diberi anugerah bintang di blog ini... ( bintang je la bukan nak dapat datuk tuuu )


terimakasih atas sokongan semua KPN dan KPw serta Pentaksir Sekolah tidak lupa pada semua pentadbir sekolah. jasamu dikenang.

Thursday, July 24, 2008

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuatpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiamdiri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Wallahu A'lam

Wednesday, July 23, 2008

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud..
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!Ingatlah di mana saja kamu berada....

Kamu tetap memijak bumi Tuhan!Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air mani yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu...
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'.... Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!"




Menyingkap Objektif Pemantauan PLBS



1.Memastikan proses pentaksiran dilakukan dengan adil, sahih dan amanah mengikut prosedur yang ditetapkan.

2.Mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

3.Mengenal pasti masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan pentaksiran.

4.Menyalurkan masalah yang berkaitan untuk tindakan seterusnya.

Saya tertarik untuk mengupas pendekatan pemantauan ini sebagai suatu mekanisme yang amat penting dan berkesan untuk mengawal sistem pentaksiran kita supaya ia tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Setengahnya melihat sebagai suatu beban yang berat dalam melaksanakan pelbagai prosedur, waimma pemantau sendiri begitu keberatan melaksanakan pemantauan kerana pelbagai kekangan. Hasilan dari pengalaman pemantauan 2008 sememangnya mekanisme yang mampu mengawal mutu pentaksiran yang diamalkan. Ia sekurang-kurangnya menjadi cermin diri melihat kekurangan agar dapat di "make up" semula mana-mana yang sepatutnya. Lebih 'genuin' lagi penyelarasan semula markah calon secara 'random' dibuat secara sepontan berdasarkan markah yang telah diberikan. Ketirisan maklumat dapat dikesan serta merta, cuma penyaluran maklumat tersebut sepatutnya sampai pada stakeholder dan disalur semula kepada pelaksana secara bijaksana. Kalau kita selalu mendengar kaedah pemberian markah tidak telus malahan kadang-kidang tidak logik pada akal, kaedah pemantauan adalah salah satu kaedah pengesanan yang paling relaven. Ia sebagai badan hisbah yang boleh menghalang pentaksir di sekolah melacurkan markah calon-calon mereka. Apatahlagi kalau pihak pentadbir khasnya lebih memahami tanggungjawab mereka sebagai pemantau dalaman ( yang rata-rata melepaskan teraju dan talinya pada Pentaksir Sekolah semata-mata). Kebersamaan mereka cukup penting untuk memperkasa sistem pentaksiran yang wibawa.

Hasilan yang tidak kurang pentingnya ialah pemantauan menyedarkan kita bahawa PLBS tidak sepatutnya berhenti setakat memberi markah kepada calon, terutamanya calon yang lemah dalam bacaan hadis atau hafazan atau tilawah. Ia menuntut kesedaran tentang "assesment for batter learning "perlu kekal dilaksanakan. Pentaksiran sewajarnya selalu digadingkan dengan pencapaian rujukan kriteria yang sepatutnya para calon kita capai bukan mengejar tarikh akhir dan markah calon semata-mata. Bimbinglah mereka...ajarkan mereka..tuntunlah mereka ke tahap dan kriteria yang kita tetapkan dalam objektif kita. Moga ia menjadi jariah dan ilmu yang berpanjangan bekal kita di akhirat nanti. Wallahu a'lam

Monday, July 21, 2008


Monday, July 14, 2008

Mengenali Luqman al-Hakim yang Bijaksana


LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Luqman:12)Al-Quran menceritakan secara umum personaliti Luqman seperti juga tokoh lain daripada kalangan nabi dan orang beriman. Justeru, timbul sedikit perselisihan di kalangan ulama dan pengkaji mengenai latar belakang, kehidupan dan ketu runannya.Malah, nama Luqman itu sendiri dikatakan adalah nama orang Ajam (orang asing), bukannya nama orang Arab.Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab sejarahnya: ‘Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.’Tetapi, ada cerita dari as-Suhaili, dari Ibnu Jarir dan al-Qutaibi: ‘Beliau ialah Luqman bin Tharan.’ Gelarannya Abu An’am.Al-Allamah al-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat me ngatakan beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat apakah beliau seorang yang merdeka atau hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi.”Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki daripada kalangan Bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikan harta.”Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? Mereka pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. Baginda bersabda: Dia adalah seorang Habsyi.”Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang Habsyi adalah dari Ibnu Abbas dan Mujahid. Al-Hassan al-Basri berkata: “Luqman membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu tempat terbabit masih lagi belum dibangunkan. Beliau berada di sana se hinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia.”Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat terbabit terdapat 70 kubur nabi .”Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, dari Abdullah bin Az-Zubair katanya: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu semua mengenai keadaan diri Luqman? Jabir menjawab: Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.”Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat dan suka memberikan nasihat serta mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi. Katanya lagi, Luqman adalah seorang hamba yang banyak berfikir dan mempunyai imaginasi yang baik, malah me ngasihi Allah sehingga Allah mengasihinya. “Beliau juga dianugerahkan dengan kebijaksanaan iaitu lidahnya menuturkan kata-kata yang hak, hatinya berfikir perkara baik sementara badannya bergerak dengan baik. “Sekiranya beliau berbicara, bicaranya penuh bijaksana dan sekiranya beliau berfikir, pemikirannya penuh bijaksana dan sekiranya beliau bergerak, pergerakannya penuh bijaksana,” katanya.Luqman adalah orang pertama yang dipengaruhi dengan hikmah serta beramal dengannya. Oleh kerana itu beliau sentiasa berfikir. Beliau adalah seorang yang bijaksana, bersifat zuhud di dunia, tidak mengendahkannya dan tidak memandang ke padanya. Dikatakan, sesungguhnya rumah Luqman adalah seburuk-buruk rumah dan lebih daif dari sarang labah-labah. Suatu ketika beliau pernah ditanyakan mengenai keadaan terbabit lalu katanya: “Ini sudah cukup banyak bagi orang yang akan mati.” Luqman melalui pelbagai peristiwa dalam kehidupannya, antaranya seperti diceritakan, suatu hari beliau masuk bertemu Nabi Daud a.s yang sedang membakar baju besi, lalu beliau ingin bertanya kepadanya namun Nabi Daud mendiamkan diri. Apabila Nabi Daud menyelesaikan baju besi terbabit dan siap untuk dipakainya, baginda berkata: “Engkaulah pemakai baju perang yang paling baik.”Luqman pun berkata: “Berdiam diri itu adalah hikmah (kebijaksanaan), tetapi amat sedikit orang yang melakukannya.”Beliau suka duduk lama bersendirian. Pada suatu hari tuannya lalu di hadapannya lalu berkata: “Wahai Luqman, sesungguhnya engkau ini sering kali duduk lama bersendirian. Sekiranya engkau duduk dengan manusia ternyata ia lebih baik buatmu.”Dijawab Luqman: “Bahawa duduk bersendirian itu aku dapat memahami bagaimana untuk berfikir. Sementara lama berfikir penunjuk jalan ke syurga.”Ibnu Kathir menegaskan ulama salaf berselisih pendapat mengenai diri Luqman, sama ada dia seorang nabi atau seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Antara dua pendapat ini kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat kedua.Dipetik dari Ibnu Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja, tetapi beliau seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Allah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia reda dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman...”Mengenai sifat hikmahnya, Luqman al-Hakim pernah di tanya, lalu beliau menjawab: “Aku tidak meminta sesuatu yang sudah aku cukupi (ada) dan aku tidak melampau-lampau dalam sesuatu yang tidak berkenaan dengan diriku.” Beiau juga pernah ditanya, dari siapa mempelajari kata-kata hikmah itu, lalu katanya: “Dari orang yang jahil dan bodoh. Setiap kali aku melihat suatu keaiban di kalangan mereka, aku berusaha keras untuk menjauhinya.”Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya: “Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?” Luqman menjawab: Agama. Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua? Luqman: Agama dan harta. Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga? Luqman: Agama, harta dan sifat malu. Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat? Luqman: Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima? Luqman: Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat pemurah. Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam? Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan. Wallahu A'lam

Sunday, July 13, 2008

Persoalan berkenaan dengan solat hajat dan beramal dengan hadis dhaif


Persoalan:

Saya agak terkejut apabila dikatakan seorang penceramah bahawa Solat hajat ni nabi tak buat. Maklumlah, saya ni mana ada ilmu agama banyak sangat, namun ni la pertama kali saya dengar solat hajat nabi tak buat. Bagus penceramah ada menerangkan tentang perkara ini dengan hujah nya nabi tidak pernah buat.
Namun di sini, saya ingin bertanyakan mengapakah tidak dirujuk kepada 4 mazhab besar dalam ahli sunnah waljamaah. Memang benar kita berpegang pada sunnah dan Al-Quran, namun tak layak kah untuk 4 mazhab besar ini dijadikan rujukan. Oleh itu, saya ingin bertanya, apa pandangan 4 mazhab ini berkenaan dengan sembahyang hajat terutama mazhab syafie kerana saya mengamalkan tarikat imam syafie RAH. Sekiranya keempat2 mazhab ini mengatakan tidak ada sembahyang hajat, maka saya rasa benarlah tidak ada sembahyang hajat. Namun sekiranya ada salah satu mazhab bersetuju mengenai sembahyang hajat, tidak salah la kita untuk mengamalkannya. Saya beratanyakan ini kerana, sepanjang pengetahuan saya, sembahyang hajat ni takpe kot cuma buat sendirian je. Takde jemaah. Rasa2nya kot. So, ada sesiapa boleh beritahu pendapat keempat2 mazhab berkenaan sembahyang hajat? Terima kasih

Jawapan:

Disini akan diterangkan dengan beberapa rujukan kepada kitab-kitab yang ada di pondok kami. Salah satunya dalam kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221 yang menegaskan: Sungguhpun begitu, terdapat hadis sahih mengenai solat hajat. Hadis ini yang dikeluarkan oleh Tabarani,Baihaqi dan lainnya ( Hakim, Nasaie dan lain-lain ).
Daripada Usman bin Hunaif bahawanya seorang seorang lelaki berulang alik pergi kepada Syaidina Usman Affan untuk ditunaikan sesuatu hajatnya.Akan tetapi Syaidina Usman tidak mengendahkannya. Ibnu Hunaif memberi pengesyornan kepada lelaki tersebut dengan katanya: “pergilah ketempat mengambil wudhuk dan tujulah ke masjid serta sembahyanglah dua rakaat ( solat hajat ) serta berdoa” : Ya Allah! “Aku pinta dan aku menghadap kepada Engkau dengan berkat nabi kami Muhammad s.a.w, Nabi berkat semesta alam. Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan keberkatan engkau supaya Dia Tuhanku tunaikan hajatku” serta engkau sebutkan hajat engkau.Kemudian lelaki itu melakukan apa yang disuruh oleh ibnu Hunaif. Lalu ditunaikan hajatnya oleh Syaidina Usman dengan serta merta. Lelaki tersebut berjumpa dengan Ibnu Hunaif kembali dan mengucapkan terima kasih dengan katanya “Jazakallahu khairan.” Tidaklah Syaidina Usman tunaikan hajatku sehinggakan selepas engkau katakan segala itu kepadaku, lalu Ibu Hunaif menegaskan: “Demi Allah! Tidaklah aku katakan kesemua itu daripada pihak diriku sendiri, akan tetapi aku telah menyaksikan Rasulullah s.a.w didatangi seorang buta yang telah mengadu tentang hilang daya penglihatannya. Baginda bersabda: “adakah boleh engkau bersabar dengan apa yang kamu alami? Beliau menjawab: “ Ya Rasulullah! Tidak ada bagiku orang yang boleh pimpin dan menunjuk arah untukku. Ini adalah kesusahan bagiku. Lalu baginda bersabda “pergilah ketempat wudhuk serta berwudhuklah kemudian sembahyang dua rakaat ( solat hajat ).


Ini adalah terjemahan daripada kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221.

Berkenaan Solat Hajat di sisi Mazhab 4,tersebut di dalam kitab fekah empat mazhab karangan Abdul Rahman al-Jaziri dalam kitabullsolah bahawa solat hajat disunatkan dengan disepakati oleh keempat-empat mazhab. Beliau menegaskan, “disunatkan bagi mereka mempunyai hajat yang disyarakkan bahawasanya dia sembahyang dua rakaat. Sebagaimana datang hadis melalui sabda Nabi s.a.w,”sesiapa yang ada baginya sesuatu hajat kepada Allah atau terhadap seseorang anak Adam maka hendaklah ia berwuduk serta mengelokkannya kemudian hendaklah ia solat dua rakaat serta memuji Allah Taala dan selawat kepada Nabi s.a.w lalu berdoa….”Ini pula merupakan terjemahan daripada kitab empat mazhab yang dikatakan hadis dhaif.

Walaupun hadis ini merupakan sanad yang dhaif tetapi hadis daif boleh diamalkan pada kelebihan amalan, kelebihan seseorang atau kelebihan sesuatu, menggemarkan sesuatu perkara dan menakuti dan menjahui sesuatu perkara. Ia boleh digunakankan selagi hadis itu tidak maudu’. Hadis maudu’ ialah hadis yang direka-reka. Begitu juga dengan hadis yang bersangatan dhaif, maka kedua-dunya tidak boleh digunakan pada tiga perkara tadi.Di dalam kitab Arba’ien (hadis 40) pula, Imam Nawawi berkata: “Para Ulama” telah bersepakat mengenai harus beramal dengan hadis dhaif pada kelebihan-kelebihan amalan”. Ijmak para Ulamak’ yang telah dinukilkan oleh Imam Nawawi ini merupakan bantahan terhadap mereka yang mengingkari keharusan beramal dengan hadis dhaif pada perkara tersebut. Inilah seperti yang diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam syarah kitab Arba’ien.Mengenai solat hajat secara berjemaah adalah diharuskan,bahkan apa-apa jua solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah diharuskan melakukan secara berjemaah. Ini adalah sebagaimana tersebut dalam kitab sahih Muslim pada bab ‘harus berjemaah pada solat sunat’. Nabi solat sunat secara bejmaah bersama Anas,emak dan emak saudaranya. lihat kitab Sahih Muslim…….
Wallahua'lamm.... selanjutnya [link http://halimislamic.blogspot.com/2007/12/menjawab-persoalan-berkenaan-dengan_25.htmlk]

Friday, July 11, 2008

Tips Membina Item Klon ٍSoalan Sebenar



Klik pada imej diatas untuk mendapatkan resolusi yang lebih besar

Thursday, July 10, 2008

Jenis Kesahan





 Kesahan Kandungan (Content Validity)



 Kesahan Semasa (Concurrent Validity)



 Kesahan Ramalan (Predictive Validity



 Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity)



 Kesahan Konstruk (construct validity)



 Kesahan Muka (Face Validity)







Kesahan Kandungan (content validity)



Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur



Kesahan Kandungan (content validity)



 Merujuk kepada objektif pengajaran yang jelas dan bahan-bahan pengajaran yang ditentukan atau kepada bidang pengajaran yang dikhususkan.







Ciri-ciri Kesahan Kandungan



 Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur atau diuji



 Digunakan dalam ujian pencapaian



 Mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu











Ciri-ciri Kesahan Kandungan



Kesahan Semasa/Serentak



(Concurrent Validity )



 Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriterian tertentu



 Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.



Kesahan Ramalan



 Kesahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.



Kesahan Ramalan



Contoh:-



 Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/ tingkahlaku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku



 Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperolehi daripada pelajar mengambil ujian tersebut.



Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity )



 Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian:-



 Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive)





Kepetingan Kesahan Muka



KEBOLEHPERCAYAAN



 Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran



(Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA).





 Prosedur pentadbiran pengujian yang baik dijangka akan menghasilkan keputusan baik



 Tidak bergantung kepada satu set soalan tertentu yang digunakan



 Masa ujian dilaksanakan



 Pemeriksa ujian tersebut



o Pengaruh faktor luaran (set soalan, masa, pemeriksaan kertas) yang menjejaskan sesuatu ujian dikenali sebagai skor ralat/ralat pengukuran (error measurement).



o Kebolehpercayaan ujian bergantung kepada ketekalan skor yang dihasilkannya walaupun diulang uji beberapa kali.



o Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu kumpulan itu tidak semestinya mempunyai kebolehpercyaan yang tinggi bagi kumpulan yang lain



 Jika kumpulan pelajar yang sama mendapat skor yang berlainan terhadap ujian yang sama akibat pengaruh faktor-faktor luaran (yang tidak berkaitan dengan tujuan pengkukuran), ujian tersebut tidak mempunyai kebolehpercayaan.



 Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya kebolehpercayaan ujian



 Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian



 Lebih panjang sesuatu ujian, atau lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya



 Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item



 Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada item adalah paling kurang kebolehpercayaannya



 Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada kebolehpercayaan yang rendah



 Item seharusnya mendiskriminasi antara pelajar yang pandai dengan lemah



 Item mestilah bebas daripada ayat-ayat yang mengelirukan atau masalah-masalah teknikal





Mengelakkan Ralat Pengukuran (Keboleh-percayaan Rendah )



 Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan dijadikan sebagai satu faktor pengujian



 Kunci jawapan hendaklah senantiasa betul bagi setiap item



 Perlu mempunyai dua atau lebih pemeriksa atau pemberi gred untuk menilai kertas ujian yang sama



Elemen Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan



 Dorongan pelajar untuk meneka apabila mereka tidak mengetahui jawapan betul



 Sekiranya ramai pelajar meneka jawapan sewenang-wenangnya, skor mereka tidak akan tekal dari satu ujian kepada ujian yang lain.



 Konsep kebolehpercayaan ini tidak terhad kepada skor ujian, malah lain-lain jenis maklumat terhadap pelajar. Misalnya rekomen guru terhadap seseorang pelajarnya. Adakah guru yang berlainan dapat memberikan testimoni yang sama apabila mereka menilai pelajarnya?





Sekian sahaja.







Kalau tuan/puan beroleh ilmu



Jangan disimpan di dalam dada



Jangan ilmu dijadikan harta



Ramai lagi guru tidak tahu



Tuan/puanlah harapan mereka



Balik nanti sebar serata










Monday, July 07, 2008

Tip Untuk Meningkatkan Darjah Kesahan Skor Ujian





1- Kawal aras kesukaran ujian dengan baik apabila membina sesuatu ujian. Adakalanya ujian menjadi terlalu senang atau terlalu susah. Ini menyebabkan skor yang diperoleh pelajar tidak tersebar meluas antara pelajar yang pandai, sederhana, dan lemah. Bermakna, sesuatu ujian itu tidak mendiskriminasikan calon dengan baik.

2- Kenalpasti konstruk yang ingin diuji. Konstruk yang diuji mestilah akur dengan format pentaksiran yang dikeluarkan oleh LPM

3- Arahan perlu ditulis dengan jelas, iaitu bagaimana calon perlu memberi respon kepada tugasan.

4- Penggunaan perbendaharaan kata yang sesuai dengan umur dan sosio budaya seseorang pelajar.

5- Kenaplasti objektif pentaksiran dalam membina sesuatu ujian. Sekiranya guru ingin menguji kemahiran menganalisis maka jangan sesekali membina item menguji kefahaman untuk pelajar.

6- Pastikan cakupan konteks merangkumi apa yang telah dipelajar oleh pelajar.

7- Gunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ketika memasang item dengan sebaik mungkin. JSU, selain dapat mengawal wajaran konstruk dan aras ujian ia juga dapat membantu menyeragamkan cakupan konteks dalam kes beberapa orang guru mengajar subjek yang sama.


catatan: memang sukar menuruti setiap langkah pembinaan tapi sekiranya dilaksanakan dengan betul hasilnya pasti yang terbaik untuk anak didik kita...

Friday, July 04, 2008

SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH(PLBS)





S1 Apakah PLBS PQS?

J1 PLBS PQS ialah satu proses pentaksiran lisan berasaskan sekolah yang dilaksanakan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran, di dalam ataupun di luar bilik darjah.



S2 Apakah matlamat PLBS PQS?

J2 PLBS bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang mampu membaca al-Quran dan menghafaz surah-surah tertentu serta boleh membaca hadis dengan cemerlang.



S3 Mengapakah guru yang melaksanakan PLBS PQS?

J3 - Guru dapat mengetahui tahap kebolehan sebenar pelajar.

- Proses pemulihan dan pengayaan terhadap kebolehan pelajar dapat dijalankan secara berterusan.



S4 Apakah yang ditaksir dalam PLBS PQS?

J4 Aspek yang ditaksir dalam PLBS PQS ialah:

- Kemahiran membaca al-Quran

- Kemahiran menghafaz al-Quran

- Kemahiran membaca hadis



S5 Bagaimanakah guru boleh menjalankan PLBS PQS semasa pengajaran

dan pembelajaran?

J5 Guru boleh menggunakan kaedah berikut, contohnya;

- Aktiviti guru dengan pelajar

- Aktiviti pelajar dengan pelajar

- Aktiviti kumpulan



S6 Berapa kalikah murid akan ditaksir?

J6 Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sehingga murid mencapai tahap kebolehan yang memuaskan.



S7 Bolehkah PLBS dijalankan sedangkan soalan PLBS PQS belum diterima oleh pentaksir?

J7 Boleh, kerana PLBS PQS bersifat assessment for learning (pentaksiran untuk pembelajaran). Guru boleh menggunakan soalan tahun-tahun sebelumnya untuk melakukan PLBS PQS. Setelah menerima soalan PLBS PQS terkini (tahun semasa), guru dikehendaki menggunakanya untuk langkah akhir mengenalpasti tahap terkini kebolehan pelajar.



S8 Apakah perbezaan antara assessment for learning (pentaksiran untuk pembelajaran) dengan assessment of learning (pentaksiran tentang pembelajaran)?

J8 Assessment for learning (pentaksiran untuk pembelajaran) bermaksud pentaksiran yang dilakukan secara berterusan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran. Manakala assessment of learning (pentaksiran tentang pembelajar) bermaksud pentaksiran untuk menguji tahap pencapaian pelajar di akhir sesi pembelajaran.









S9 Adakah PLBS PQS mesti dilakukan dalam waktu khusus?

J9 Tidak, PLBS PQS adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran.



S10 Bolehkan PLBS PQS dijalankan secara tidak formal di luar waktu pengajaran dan pembelajaran?

J10 Boleh, contohnya semasa sesi latihan/ pertandingan MTQ peringkat sekolah, majlis bacaan Yasin pada hari Jumaat dan sebagainya.



S11 Adakah PLBS PQS menambah beban guru?

J11 Tidak, kerana PLBS;

- Bukan suatu ujian

- Akan membolehkan berlakunya proses penambahbaikan pembelajaran

- Bahan pentaksiran telah disediakan oleh LPM



S12 Apakah langkah kawalan bagi memastikan PLBS PQS berjalan lancar?

J12 - Pentaksir mesti memahami konsep dan kaedah serta perlaksanaan PLBS PQS. Perkara-perkara tersebut boleh dirujuk dalam Buku Format PLBS PQS yang dikeluarkan oleh LPM.

- Kawalan melalui pemantauan dalaman oleh Pengetua/PK/Guru Kanan dan juga pemantauan luaran oleh LPM/ JPN/ PPD/ KPK/ KPN/ KPw.



S13 Apakah kebaikan jadual perlaksanaan PLBS yang fleksibel?

J13 Pelajar mempunyai kadar penguasaan pembelajaran yang berbeza. Jika diberi masa dan peluang, mereka berupaya mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki.



S14 Adakah fokus PLBS PQS kepada individu atau kumpulan?

J14 Fokus PLBS PQS ialah kepada individu.



S15 Perlukah skor yang diperoleh oleh seorang pelajar dibandingkan dengan pelajar yang lain?

J15 Tidak perlu, kerana PLBS PQS ialah pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) dan bukannya pentaksiran merujuk norma (norm-refrenced assessment).



S16 Apakah beza antara pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) dengan pentaksiran merujuk norma (norm-refrenced assessment)?

J16 Pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) digunakan untuk melaporkan prestasi pelajar berdasarkan kriteria-kreteria yang telah ditetapkan. Berbeza dengan pentaksiran merujuk norma (norm-refrenced assessment) yang mana prestasi pelajar ditentukan berdasarkan kedudukannya berbanding dengan pelajar lain.



S17 Bagaimanakah pentaksiran merujuk kriteria (criterion-refrenced assessment) perlu dilaksanakan?

J17 Guru dan pelajar perlu tahu dan faham semua pernyataan kreteria yang hendak dicapai semasa perlaksanaan PLBS PQS. Dengan cara ini guru dan pelajar dapat mengetahui tahap pengusaan setiap kreteria yang ditetapkan. Guru berusaha membawa pelajar ke arah mencapai kreteria tersebut sementara pelajar pula berusaha menguasai setiap keretria yang ditentukan.







S18 Adakah perlu kreteria- kreteria PLBS PQS didedahkan kepada pelajar?

J18 Amat perlu, kerana pelajar perlu tahu sama ada mereka telah berjaya mencapai semua kreteria yang digariskan atau sebaliknya. Pendekatan ini secara keseluruhanya mampu mempertingkatkan pembelajaran seseorang pelajar. Jika masih lemah, mereka berhak untuk terus mencuba memperbaiki kelemahan diri.



S19 Kenapakah pentaksir dan pelajar perlu merujuk kreteria selain merujuk markah yang diperoleh?

J19 Kerana markah/gred/skor tidak memberi isyarat tentang apa yang pelajar tahu dan boleh buat. Manakala kreteria memberikan maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan boleh buat. Dengan lain perkataan, dengan merujuk kreteria ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keupayaan dan kebolehan sebenar seseorang pelajar.



S20 Perlukah pentaksir menetapkan standard kreteria paling rendah untuk dicapai oleh pelajar?

J20 Amat perlu untuk mempertingkatkan kualiti kebolehan pelajar PQS. Sebagai contoh, guru memastikan semua pelajarnya dapat menguasai sekurang-kurangnya hukum nun sakinah/ tanwin ketika membaca al-Quran.



S21 Mengapakah sijil PLBS PQS wajib diberikan kepada pelajar?

J21 Antara prinsip pentaksiran untuk pembelajaran ialah pentaksir perlu memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah berusaha untuk mencapai apa yang terbaik untuk diri mereka. Justeru, pemberian sijil merupakan satu bentuk pengiktirafan.







Disediakan oleh,



(Wan Abdul Hamiluddin b. Abd. Kadir)

Penolong Pengarah

UAG, SPUA, LPM.

01 Julai 2008

Wednesday, July 02, 2008

Pandangan Islam tentang Hukum Liwat

Pandangan Islam Tentang Hukuman Liwat Oleh : Ustaz Abdul Halim Abdullah Dalam kitab “Fiqh Islami wa Adillatuhu” (Fekah Islam dan dalil-dalilnya) menerangkan pandangan-pandangan ulamak Islam tentang hukum hakam liwat. Cukup sekadar menulis bahawa mazhab-mazhab selain Syafie membezakan sedikit sebanyak dalam hukum hakam mereka diantara zina dan liwat mengikut samada pasangan tersebut telah berkahwin atau belum dan sebagainya. Namun Mazhab Syafie menyamakan zina dengan liwat di dalam hukum hakamnya. Dalam Islam, seseorang itu dikira tidak bersalah dalam pertuduhan zina atau liwat terhadapnya melainkan melalui salah satu dari 2 cara sahaja iaitu (1) pengakuan sendiri, atau (2) pertuduhan dengan dikemukakan 4 orang saksi yang melihat jelas kejadian tersebut dengan melihat sendiri alat-alat hubungan kelamin sipelaku. Bahkan disebut didalam kitab tersebut sekiranya 4 orang membuat aduan/tuduhan zina/liwat terhadap seseorang, namun setelah diambil keterangan hanya 3 orang yang melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin sipelaku manakala seorang lagi hanya mengatakan saya melihat mereka di dalam selimut, maka seorang tadi bebas tetapi 3 orang tadi disebat dengan 80 kali sebatan kerana telah menuduh/mengadu tanpa mengemukakan cukup 4 orang saksi ! Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi. Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi. Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang. Bahkan dalam pengamatan saya terhadap hikmat Syariat Ilahi ini, dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat. Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia Barat.........Baca selebihnya dengan klik tajuk diatas

Tuesday, July 01, 2008

Rujukan Kriteria

Apa yang diungkapkan pakar pentaksiran dewasa ini tentang rujukan kriteria atau (criterion-refrenced assessment) bukanlah perkara baru untuk dilaksanakan dalam pentaksiran kita. Beberapa hari lalu ana menghadiri majlis perbincangan perkembangan anak di sebuah tadika CLC- Naluri kreatif sebenarnya telah mengamalkan konsep tersebut. Anak-anak tidak lagi menduduki peperiksaan yang menyakitkan mereka dimana parent turut merasai kesakitannya. Anak-anak tidak lagi dihambat dengan mengejar kedudukan nombor dalam kelas tapi mereka mengejar kriteria-kriteria yang sudah ditentukan standard mereka. Selaku guru akan menjelaskan pelaporan tentang kriteria anak kita tahap dan band mana mereka duduk sebenarnya dan mereka ditunjuk ajar mengikut tahap masing-masing. Sekiranya anak kita mampu untuk ke tahap 2 atau 3 dalam semua aspek yang ditaksir mereka meneruskan tanpa perlu menunggu rakan dan tanpa sebarang tekanan. Ibu bapa diterangkan penguasaan anak-anak dari keseluruhan aspek termasuk sosial, emosi, fizikal, intelek, bahasa dan kretiviti dasb secara holistik. Ironinya ialah pengurusan tadika ini telah mengadaptasi sistem yang diamalkan negara luar sejak sekian lama walaupun di tahap pra sekolah lagi.
Apa yang dinukilkan pada catatan pengalaman di atas ialah bahawa kita sedang menuju ke arah pentaksiran yang tulen. Namun ia belum berkesinambungan di persekolahan yang dilalui seterusnya. Nah ! pentaksiran 5227 ini nantinya juga akan bersifat sedemikian. Mari kita terjemahkan secara sedikit demi sedikit terutama pada Pentaksiran Lisan Berasaskan sekolah ( PLBS ). Kita tidak perlu lagi membandingkan tahap pencapaian calon berasaskan nombor semata-mata tetapi lebih merujuk kriteria apa yang mereka capai sekiranya ia berada pada markah tersebut. Dengan kata lain memberi makna kepada markah yang dicapai. Malah guru tidak lagi membandingkan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain berasaskan markah malah lebih berusaha mencapai kriteria yang sepatutnya dicapai. Disitulah akan lahirnya modal insan tulen yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dihasratkan. Calon peperiksaan tidak lagi mengejar 20 A semata-mata tetapi kriteria 20 A lebih menjadi keutamaan. Tidak akan timbul isu 20A tapi tak perform di Universiti!!! Sijil yang calon terima sudah boleh menterjemahkan keseluruhan kriteria yang ditaksir.

My Blog List