SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Saturday, May 31, 2008

Berakhlak Buruk Mengundang Dukacita


Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

Sekadar untuk renungan bersama

Sinopsis Buku: Islam dan Pluralisme Agama


Buku: Islam and Religious Pluralism
Pengarang: Muhammad Legenhausen
Terbitan: Al-Hoda, 1999, London
Halaman: 198
ISBN: 1870907

Ditengah derasnya arus globalisasi yang dipacu oleh ledakan revolusi teknologi maklumat, peranan dan fungsi agama mulai dicabar. Cabaran yang seringkali dibebankan kepada agama adalah dalam menyelesaikan konflik dan perilaku keganasan, sebab agama sering dikaitkan dengan terjadinya pelbagai ketegangan dan kerusuhan. Ini sebenarnya tidak fair, sebab faktor-faktor dominan yang terjadi di lapangan seperti kesenjangan ekonomi dan sosial, penindasan, ketidakadilan dan lain malah dikesampingkan.

Dalam kondisi seperti ini timbul upaya untuk mempersoalkan doktrin agama dan bahkan upaya merobah aspek-aspek penting agama itu. Hans Kung misalnya mempromosikan idea Global Ethics, sementara yang John Hick mengusulkan Global Theology. Disini pemikiran ekslusif dalam agama-agama diglobalkan alias dilebur agar menjadi inklusif dalam ertian dapat menerima agama lain.

Dalam wacana yang berkembang, hal ini dikenal dengan gagasan yang disebut teologi inklusif. Teologi ini menekankan bahawa semua agama pada esensinya adalah sama; semuanya benar, kerana semua agama tanpa terkecuali seluruhnya mengajarkan kebaikan dan ketundukan kepada yang maha kuasa dan maha benar. Oleh sebab itu, tidak satupun di antara agama-agama yang ada hari ini lebih superior dari yang lain.

Dalam konteks inilah mereka menolak tafsiran ulama silam atas surah Ali Imran: 19 dan 88 yang menekankan superiority Islam atas agama lainnya. Sebaliknya mereka mengikuti jejak C.W. Smith dan Jane I. Smith, menafsirkan perkataan Islam yang terkandung dalam kedua surah tersebut bukan sebagai sebuah nama (proper name) bagi sebuah agama, tapi hanya bentuk ekspresi sikap kepasrahan (submission).

Oleh sebab itu siapapun yang melakukan penyerahan, maka seseorang itu dapat dikategorikan Muslim. Idea inilah yang kemudian dipakai untuk membenarkan gagasan teologi inklusif dan pluralisme agama.

Lebih dari itu para pendukung pluralisme agama mencoba mencari justifikasi idea mereka baik dari ayat-ayat al-Quran, hadith nabi mahupun dari pernyataan para sufi Muslim seperti Ibn Arabi dan Jalaluddin al-Rumi. Padahal idea ini berakar dalam sejarah Kristian Barat yang bermula sejak lahirnya abad Renaissance. Namun sayangnya para intelektual Muslim kita tidak pernah mahu berusaha melakukan usaha penerokaan idea tersebut. Sehingga kesan yang segera muncul adalah adanya proses terapan pemikiran yang tidak kritis, atau yang lebih serius lagi, adanya projek penting dari Barat.

Disinilah mungkin perlunya kita untuk mempertimbangkan buku yang ditulis oleh Dr. Muhammad Legenhausen, Islam and Religious Pluralisme. Kajian Legenhausen ini dapat dikatakan komprehensif dan cukup kritikal. Ia komprehensif kerana kajiannya meliputi kajian historis atas perkembangan idea tersebut dan turut mengkaji pemikir besar yang berada di belakang konsep ini, seperti John Hick, Frithjof Schuon, Rene Gu�non, dan Sayyed Hossein Nasr, tiga yang terakhir adalah penggagas konsep Trancendent Unity of Religion.

Seperti yang telah disinggung di atas, secara historis, Legenhausen mendapati bahawa idea pluralisme agama pada awalnya sebuah idea yang digagas sebagai respon teologis atas perkembangan yang sedang berlaku di masyarakat Barat ketika itu. Konflik agama tercetus di mana-mana sehingga menimbulkan ribuan korban. Atas nama agama masing-masing pihak berseteru dengan pihak yang berseberangan dengannya. Dalam kondisi seperti inilah kemudian lahir gerakan liberalisme.

Gerakan liberalisme ini pada awalnya bersifat politik, kerana tujuannya hanya untuk membatasi campur tangan gereja dalam pentadbiran pemerintahan. Akan tetapi pada awal abad ke-19, gerakan liberalisme ini mulai menular ke barisan Kristian Protestan dan pada akhirnya telah melahirkan gerakan apa yang disebut Protestan Liberalisme. Dan tidak bisa dinafikan bahawa gerakan ini sangat kuat dipengaruhi oleh konsep modernisme yang juga sedang berkembang pada saat itu.

Di antara pengasas gerakan ini, Legenhausen menyebut teolog Protestan Fredrich Schleiermacher (1768 ' 1834), yang fikiran-fikirannya banyak mempengaruhi John Hick. Menurut penulis hampir keseluruhan ide dasar pluralisme agama itu dapat ditelusuri pada tulisan-tulisan Schleiermacher. Schleiermacher menilai bahawa agama adalah urusan peribadi; esensinya terletak pada jiwa dan diri manusia dalam interaksinya dengan yang Mutlak, bukan pada institusi tertentu dari agama atau bentuk eksternalnya.

Selain Schleiermacher, Rudolf Otto (1869-1937), seorang teolog Jerman, juga mempunyai pandangan yang sama. Menurut Otto pada prinsipnya agama mempunyai satu esensi yang sama iaitu kesucian (the Holy). The holy ini mencakup hal-hal yang rasional dan juga yang tidak rasional. Akan tetapi, bagi Otto unsur yang terakhirlah sesungguhnya yang abadi dalam agama, yang disebutnya dengan numinous. Selain Schleirmacher dan Otto, asal usul idea pluralisme agama ini juga dapat diperhatikan pada pemikir-pemikir seperti Ernst Troeltsch (1865 � 1923), Wilhem Dilthey (1833-1911), Arnold Toynbee (1889 � 1975) dan para pemikir Romantisisme.

Bahagian kedua dari Bab kedua buku ini selanjutnya mendiskusikan fikiran pluralisme agama John Hick, tokoh yang sangat berpengaruh dalam pengembangan gagasan ini. Ada lima jenis pluralisme yang dikembangkan Hick; Normative religious pluralism, Soteriological religious Pluralism, epistemological religious pluralism, Alethic religious pluralism, dan deontic religious pluralism. Kelima-lima bentuk pluralisme ini pada dasarnya mengajarkan bahawa jalan untuk keselamatan itu bukan satu tapi bervariasi. Ia dapat diperoleh dari agama lain selain Kristian, kerana agama lain tersebut juga mengandungi kebenaran.

Idea Hick ini telah menimbulkan pro dan kontra di kalangan teolog Kristian. Oleh sebab itu tidak hairan kalau ada di antara intelektual Kristian Barat yang mengkritiknya. Legenhausen sendiri dengan tegas menyatakan bahaya idea ini atas keberlangsungan beragama. Idea ini memberikan penekanan hanya pada inner dimension agama saja, maka aspek ritual dan praktiknya automatik dikesampingkan. Padahal aspek yang kedua tidak kalah pentingnya dari yang pertama, kerana aspek kedua inilah yang akan membawa seseorang untuk dapat mendalami aspek pertama agama tadi, iaitu dimensi esoteriknya. Teolog Kristian pun punya pandangan yang sama, bahawa idea Hick ini akan menghancurkan prinsip-prinsip dasar agama Kristian khususnya konsep Trinity.

Legenhausen menekankan bahawa idea Hick sama sekali tidak punya tempat dalam Islam. Sebab, dalam pandangan Islam syariat menduduki tempat yang sangat penting sekali. Ia merupakan manifestasi dan sekaligus jalan untuk menuju Allah. Ummat Islam diperintahkan untuk membangun sebuah masyarakat yang memihak pada model Rasulullah dan sejalan dengan Syari�at Ilahiyah yang maha suci. Hal ini tidak mungkin terlaksana sekiranya syari�at hanya dianggap sebagai respon budaya bangsa Arab abad pertengahan dalam usaha nabinya berhadapan dengan realiti yang ada.

Kedua, kata penulis ini, bagaimana mungkin Islam sebagai agama Tauhid dapat menerima wathaniyyah (para penyembah berhala) sebagai satu dari sekian jalan untuk mencapai kebenaran dan keselamatan, padahal tawhid itu sendiri adalah kritik atas kepercayaan wathaniyyah tadi.

Pada bahagian kedua buku ini, penulis mempertanyakan beberapa hujah yang selama ini diusung oleh tokoh filsafat perennialis seperti Frithjof Schuon, Rene Gu�non, dan Sayyed Hossein Nasr. Sebagaimana Hick, ketiga-tiga tokoh ini juga berpendapat bahawa seluruh agama sesungguhnya sama-sama benar dan absah, dan dapat digunakan sebagai jalan untuk mencapai kebenaran. Perbezaan yang terjadi antara agama di dunia ini hanya perbezaan dalam pengungkapan kesatuan transendental tadi.

Untuk memperkuat ide ini, pengasas dan pengusung idea ini tidak segan silu untuk mengutip petikan-petikan tokoh sufi Muslim terkenal seperti Ibn Arabi dan Jalaluddin R�mi. Di antara petikan Rumi yang selalu dikutip dalam konteks ini adalah: Al-Ma'abi mukhtalifah wa lakin al-'aw wa'id (Lilin mungkin berbeza, tapi cahayanya tetap satu). Kata Legenhausen, bukankah pernyataan Rumi ini sejalan dengan firman Allah dalam surah 44:5 dan 46:5? Tapi maksudnya bukanlah bahawa semua agama memiliki tingkat cahaya kesucian yang sama. Sehingga satu cahaya yang kita ikuti itu tidak lebih baik dari cahaya wathaniyyah misalnya. Permasalahannya di sini, tegas Legenhausen, bukan pada hak kita untuk memilih cahaya yang mana. Tugas kita, katanya, adalah hanya mengikuti pilihan yang telah ditentukan Allah iaitu agama Islam yang dibawa Rasulullah. Dengan demikian, ringkas Legenhausen, Rumi bukanlah seorang penganut pluralisme agama seperti yang selalu diwar-warkan.

Seperti Rumi, Ibn Arabi juga selalu dijadikan perisai untuk menjustifikasi idea Transendent Unity of Religion sambil mengutip beberapa petikan yang seolah-olah membenarkan idea tersebut. Padahal Ibn Arabi sama sekali tdak bertanggungjawab atas dakwaan tersebut. Dalam salah satu pernyataannya ketika seorang hakim Muslim menanyakan beliau bagaimana cara memperlakukan orang-orang Kristian, misalnya ia menjawab agar mereka diperlakukan seperti orang yang telah membuat perjanjian (ber-akad) dalam undang-undang Islam. Akan tetapi Ibn Arabi juga menekankan kewajiban manusia mengikuti syariat yang dibawa Rasulullah saw. Dengan demikian, lanjut Legenhausen, jelaslah bahawa seluruh agama yang datang sebelum Islam terpayung dalam naungan Qur'ani. Bukan kerana telah mengalami pemalsuan. Akan tetapi ia telah melebur dalam ajaran Islam. Demikianlah Legenhausen menolak keras dakwaan yang mengatakan bahawa Ibn Arabi dan Rumi menerima idea kesatuan transenden agama-agama.

Jadi penulis buku ini secara tegas menolak konsep pluralisme agama ala Hick dan Nasr, dan kritikan-kritikannya dapat disemak pada bahagian kedua dari bukunya ini. Keresahan atas idea pluralisme agama ala John Hick dan transendennya Frithjof Schuon, Sayyed Hossein Nasr telah ditunjukkan oleh pemikir dan sarjana Muslim kita hari ini, meskipun masih belum memadai. Kajian serius atas pemikiran kedua tokoh ini dilakukan oleh Adnan Aslan dalam disertasi doktornya yang kemudian diangkat menjadi buku berjudul Religious Pluralism in Christian and Islamic Philosophy: The Thought of John Hick and Seyyed Hossein Nasr. Meskipun penulis ini sudah berusaha melihat secara kritis atas pandangan kedua tokoh ini, akan tetapi masih terlihat kurang tajam dan dalam.

Oleh sebab itu kajian serupa masih perlu dilakukan. Dan disertasi doktor Dr. Anis Malik Taha yang berjudul Ittijihat al-Ta�addudiyyah al-Deeniyyah wa al-Mawqif al-Islami minha, yang diajukan di International Islamic University Islamabad, mungkin dianggap sebagai jawaban atas panggilan ini. Dalam disertasi itu Dr. Anis sampai pada kesimpulan bahawa pada dasarnya ide pluralisme agama akan menimbulkan tiga implikasi pokok dalam agama; pertama, penghapusan agama itu, pluralisme skeptik, dan yang terakhir adalah ancaman atas hak asasi manusia.

Berdasarkan kajian-kajian kritis seperti di atas, mungkin sudah sewajarnya para intelektual Muslim tanah air untuk kembali mengkaji keabsahan idea pluralisme yang sedang mereka kembangkan di tanah air. Sikap kritis dalam hal ini sangat diperlukan sehingga dengan demikian tidak begitu saja menerima idea dan konsep yang hakikatnya hanya akan menghancurkan syariah dan aqidah Islam.

trackback Ummah Online
Oleh: Nirwan Syafrin

Jangan bimbang miskin kerana bersedekah


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Bersedekah membantu sesama manusia adalah amalan mulia dan ia tidak akan menyebabkan kita menjadi miskin. – Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------
Al-Maghaghi berkata, selepas Allah menggalakkan pada ayat terdahulu berkenaan infak dan menerangkan kelebihan berinfak dan juga kepada ummah yang saling tolong menolong serta bertakaful antara golongan yang kuat dan lemah.

Sayyid Qutub berkata: “Keselarasan dapat dilihat dengan jelas pada kenyataan penamat ini dari segi keumuman dan kesyumulan nas itu sama ada di permulaan ayat atau pada akhirnya seolah-olah kenyataan penamat ini merupakan nada akhir yang meliputi segala-galanya walaupun pendek”.

Firman Allah: Orang yang menafkahkan hartanya (ke jalan Allah).

Ibn Kathir berkata: Pujian ini daripada Allah kepada yang bersedekah pada jalan-Nya untuk mencari keredaan dalam semua waktu sama ada malam atau siang. Begitu juga tersembunyi atau nyata sehingga menafkahkan kepada keluarga termasuk dalam hal ini.

Al-Sya’rawi berkata: Masalah infak terbahagi dua sama ada secara jelas atau sembunyi dan dari segi masanya pula malam dan siang.

Mengikut Imam al-Maghaghi, ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar al-Siddiq yang bersedekah sebanyak 40,000 dinar dan 10,000 dinar pada waktu malam, 10,000 pada waktu siang, 10,000 secara sembunyi dan 10,000 secara terang-terangan.

Sayyid Qutub berkata: Demikianlah ia jelaskan secara umum meliputi segala jenis hartanya.

Hamka berkata hati mereka terbuka terus, dan pintu rumah mereka terbuka, dan peti simpanan mereka pun terbuka. Malam atau siang. Didahulukan di dalam ayat ini menyebut malam daripada siang; kerana ada orang yang kesusahan tengah malam mengetuk pintu rumahnya, ataupun dia sendiri pun teringat membantu orang yang susah, sehingga matanya tidak mahu tidur, malam hari pun dia berjalan juga untuk menghantarkan perbuatannya. Sedangkan malam dia begitu. Apatah lagi pada siang hari. Dan dia pun memberikan secara rahsia kepada yang patut menerimanya, ataupun secara terang-terangan kerana patut terang-terang, namun jiwanya ialah jiwa yang selalu ingin memberi, sebab jiwa itu telah tergembleng oleh iman.

“Sikapnya yang demikian disambut oleh Tuhan dengan janji Allah pasti benar, bahawa dia akan diberi pahala, ganjaran dunia dan akhirat, terutama di akhirat. Dan dikuatkan Tuhan semangatnya,” kata Hamka.

Firman Allah: Di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan.

Al- Imam Nasafi berkata: Sama ada bersedekah dalam semua waktu dan keadaan bagi menggalakkan kebaikan apabila keperluan berlaku hendaklah ditunaikan tanpa mengira waktu dan keadaan.

Sayyid Qutub berkata: Ia merangkumi segala waktu dan segala keadaan.

Firman Allah: Maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.

Al-Imam Baghawi menaqalkan riwayat daripada mujahid daripada Ibn Abbas katanya: Ayat ini diturunkan kepada Ali hanya yang mempunyai 4 dirham tidak yang lain, beliau telah bersedekah 1 dirham waktu malam, 1 dirham waktu siang, 1 dirham secara terang dan 1 dirham secara sembunyi.

Ibn Jauzi berkata, ayat ini turun kepada mereka yang mengikat kuda mereka pada jalan Allah, inilah riwayat Ibn Abbas.

Sayyid Qutub berkata: “Demikianlah ia jelaskan secara umum bahawa mereka akan mendapat harta yang berlipat-ganda, keberkatan umur, balasan di akhirat dan keredaan Allah”.

Firman Allah: Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Sayyid Qutub berkata: “Yakni tiada apa-apa kebimbangan dari sesuatu yang boleh menakutkan mereka dan tiada apa-apa yang dukacita dari sesuatu yang boleh mendukacitakan mereka sama ada di dunia atau di akhirat. Itulah keselarasan yang terdapat dalam kata penamat perlembagaan sedekah yang lurus, yang menyarankan keumuman dan kesyumulan”.

Walau bagaimanapun, Islam tidak menegakkan kehidupan pemeluknya di atas pemberian sedekah. Ini kerana seluruh sistem Islam adalah ditegakkan pertamanya di atas dasar kemudahan kerja dan rezeki kepada setiap orang yang mampu mencari makan dan di atas dasar pengagihan kekayaan yang baik di antara para pemeluknya, iaitu mengagihkan kekayaan itu berdasarkan pertimbangan yang benar dan adil di antara usaha dan ganjaran.

Namun, terdapat keadaan yang terkecuali kerana sebab yang khas dan keadaan inilah yang diatasi dengan sedekah. Kadang-kadang dalam bentuk zakat yang wajib dipungut oleh kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Allah semuanya. Inilah satu-satunya kerajaan yang berhak memungut zakat itu.

Ia merupakan salah satu sumber yang penting dari sumber-sumber kewangan negara bagi kerajaan Islam, dan kadang-kadang pula dalam bentuk sedekah sukarela yang tidak terbatas yang diberikan secara langsung oleh orang-orang yang mampu kepada orang yang tidak mampu dengan memelihara peradaban-peradaban yang telah diterangkan sebelum ini. Juga memelihara sifat menjaga diri dan segan meminta para penerima sedekah yang telah digambarkan dengan jelas oleh ayat ini.

Sifat ini telah diasuh oleh Islam di dalam jiwa para penganutnya dan membuat seseorang daripada mereka merasa segan untuk meminta-minta pada orang lain walaupun ia mempunyai harta yang terlalu sedikit untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Hamka berkata: “Kerana hatinya yang lapang lantaran iman, dunia pun lapang di depannya. Di dalam dia tidak takut akan miskin kerana dermawan, sebab tiap-tiap yang dibelanjakannya itulah merupakan keyakinannya yang sebenarnya kekayaannya. Yang masih belum dibelanjakan, belumlah tentu jadi kekayaan. Dan dia tidak akan berdukacita, sebab Tuhan berdaulat dalam hatinya, dan pintu syurga Jannatun-Na’im selalu terbuka, menunggu kedatangannya.”

Al-Hasil berkata: Tidaklah dapat berkumpul dalam hati seorang mukmin di antara iman dengan bakhil. Dan bakhil adalah alamat yang sangat nyata daripada kosongnya iman. Sebab itu maka didikan iman daripada al-Quran yang kita terima langsung tidaklah dapat dipenuhi kitab-kitab yang lain.

post semula dr sumber akhbar utusan malaysia

Friday, May 30, 2008

ADAB AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


Diantara pengajaran akhlak yang diterapkan kepada para pelajar ialah amar maaruf nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran dan amalan yang menjadi dosa. Keduanya wajib ditegakkan dan dilaksanakan seiringan. Mengajak manusia melakukan kebaikan kemudian mengajak atau mendorong mereka melakukan kemungkaran adalah salah apatah lagi kalau mengajak melakukan kemungkaran dan menghalang orang melakukan kebaikan satu dosa yang amat besar. Fenomena ini kadangkala masih berlaku di sekeliling kita. Satu ketika kita ajak manusia berforum tentang Islam dan dianjurkan juga konsert, bercampur lelaki dan perempuan..dan banyak lagi. Mari diulangkaji tajuk pelajaran kita untuk diingat semula.
1. KEWAJIPAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
· Umat islam dituntut untuk berdakwah mengukut kemampuan masing-masing
· Amar makruf nahi mungkar boleh menjauhkan perkara keji dari berlaku dalam
masyarakat
· Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu cara untuk melaksanakan
amar makruf nahi mungkar
· Manuisa serng lalai dengan perkara wajib dan untuk menjauhi perkara yang
ditegah berikutan dari pengaruh dan persekitaran atau budaya luar.

2. SIFAT PENDAKWAH
i. Berilmu
ii. Beramal dengan ilmu
iii. Berakhlak mulia

3. GARIS PANDUAN DALAM AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

· Dengan cara hikmah :

§ Iaitu dengan menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas kepada mereka
yang berjiwa kuat yang memerlukan kebenaran

· Mauizah hasanah ( nasihat yang baik )
· Berbincang dengan cara yang baik

4. CARA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH
· Memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat
· Berdakwah secara diplomasi
· Meninggalkan perkara yang tidak memudharatkan untuk kemaslahatan yang
lebih besar
· Memberi hidayat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama islam
· Melembutkan hati dengan kata-kata, perbuatan dan muamalah
· Memberi kemaafan dalam keadaan yang mungkin boleh menuntut bela / balas dendam
· Meceritakan sesuatu berdasarkan kisah umat terdahulu sebagai iktibar

5. FAEDAH / HIKMAH MENGAMALKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

· Dapat menegakkan hukum Allah serta syariat Islam
· Mengatasi kemungkaran dan gejala sosial dalam masyarakat
· Pembangunan negara bertambah baik dan diampuni Allah
· Ekonomi bertambah baik dan meningkat
· Dapat memelihara harta, maruah, keturunan dan hak-hak individu

Kesimpulannya adab ini bukan sekadar pengajaran untuk pelajar malah seluruh umat yang mengaku muslim wajib menghayati dan melaksanakan dalam kehidupan

Sunday, May 25, 2008

Pakaian Pelajar kita menjolok mata?



ASAS DAN ADAB BERHIAS DIRI

Artikel ini mengajak kita memahami isi pengajaran akhlak yang selalu kita peringatkan kepada para pelajar. Lebih relaven untuk dibicarakan kerana akhir-akhir ini timbul isu tentang pakaian putih yang dipakai oleh para pelajar hari ini. Kononnya ia amat menjolok mata apatahlagi yang dijolok matanya itu seorang cikgu. Apapun mari kita lihat isi pelajaran kita sebelum kita komen dihujung coretan ini.

1.CARA BERPAKAIAN MENURUT SYARAK

Antara garis panduan berpakaian yang diletakkan oleh Islam ialah
*Berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah
*Bukan tujuan berbangga diri
*Bertujuan menutup aurat
*Tidak jarang yang menampakkan aurat
*Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan
*Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam

2.PERBUATAN BERHIAS YANG DILARANG OLEH ISLAM

· Memakai emas / sutera tulin bagi lelaki
· Berpakaian yang berlawanan jantina
· Menyambung rambut ( sama ada menggunakan rambut asli atau palsu )
· Membuat tatu
· Pembedahan anggota badan untuk kecantikan

3.HIKMAH BERHIAS DIRI

· Disukai Allah dan manusia
· Menjauhkan diri dari kehinaan
· Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
· Menjaga maruah diri dan agama

4.TUJUAN BERHIAS DIRI

Selaras dengn fitrah manusia yang inginkan kecantikan dan bersih
Menzahirkan nikmat Allah
Mensyukuri nikmat Allah dengan menjaganya sebagai tanda terima kasih dikurniakan tubuh badan yang cantik dan sihat

Ayuh mari kita hayati tuntutan Allah tentang suruhan menutup aurat, dan rasanya eloklah kita berhati-hati mengulas dan bercakap tentang perkara asas agama ini.

Lebih bijak jika di sini kita sarankan kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dalam berpakaian dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.
Bukanlah soal warna putih itu shaja yang menjadi isu akan tetapi apapun warnanya jika menjolok mata dan masih belum memenuhi kriteria menutup aurat maka ia wajar difahami.Tidak perlu kita lakukan perubahan drastik menukar pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai. Wallahu A'lam

Saturday, May 24, 2008

Ketokohan Imam Ahmad Ibn Hambal

Imam Ahmad, Orang Tua dan Anjing

Imam Ahmad bin Hambal merupakan seorang ahli hadith yang sangat terkenal. Beliau juga merupakan ahli fiqh yang terkenal di seluruh Iraq. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafi’e yang mewarisi semangat mencari ilmu dan mengembara demi mencari hadith di seluruh dunia Islam. Pada suatu hari, Imam Ahmad terdengar bahwa di Khurasan, terdapat seorang tua yang memiliki hadith yang sampai sanadnya kpd Nabi Muhammad S.A.W. Jadi tanpa membuang masa, Imam Ahmad pun menyediakan bekalan dan bersiap-siap untuk perjalanannya menaiki unta. Perlu diingatkan disini, Khurasan dengan Baghdad jaraknya beribu-ribu kilometer. Betapa besarnya pengorbanan ahli-ahli hadith dalam usaha mengumpulkan hadith. Moga Allah menganugerahi mereka darjat yang tinggi dan diletakkan di tempat istimewa di syugaNya. Imam Ahmad pun berjalan sehingga bekalan yang dibawanya habis, dua hari dia tak makan sehingga beliau sampai ke suatu Bandar akan tetapi untuk mendapatkan bantuan Baitul Mal, Imam Ahmad rasa malu. Jadi, Imam Ahmad bekerja di pasar selama dua minggu sampailah dapat mengumpulkan bekalan untuk meneruskan perjalanan semula. Kemudian setelah hampir sebulan, sampai la juga kat tempat orang tua tu tinggal. Ketika beliau sampai orang tua tersebut sedang memberi makan kepada seekor anjing. Imam Ahmad bagi salam, orang tua tu menjawab dan memandang sekilas lalu kepada Imam Ahmad lalu kembali memberi makan pada anjing tersebut tanpa menyambut Imam Ahmad. Imam Ahmad yang sangat letih pula menunjukkan kesetiaannya menunggu orang tua tersebut. Selesai sahaja ia memberi makan orang tua tersebut seraya berkata kepada Imam Ahmad: “Mungkin dalam hatimu mengatakan aku lebih memperhatikan anjing lebih daripadamu?”“Benar.” Jawap Imam Ahmad Orang tua itu berkata: “Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tidak akan masuk syurga” Orang tua itu berkata lagi bahawa di kampungnya itu tiada anjing. Tiba-tiba anjing tersebut datang kepadanya dalam keadaan lapar dan mengharap supaya diberi makan. “Aku tidak mahu memutuskan harapannya hanya kerana kedatanganmu. Nah, sekarang sudah jelas permasalahannya. Sekarang apa pula keperluanmu datang kepadaku? Kata Imam Ahmad: “Hadis yang kau ucapkan itu sudah memenuhi tujuanku datang kesini.” Jawab Imam Ahmad. Cuba kita bayangkan hadith itulah sahaja hasil perjalanan beliau yg melelahkan itu. Subahnallah maha suci Allah. Indahnya cerita ini, menyentuh sanubari kita. Kisah satu perjalanan yang panjang, kisah tentang perngorbanan, kisah tentang usaha yang gigih, kisah tentang memelihara kata-kata Rasulullah, kisah tentang seorang yang begitu menghiasi hidupnya dengan hadith yang dikandung dalam jiwanya. Indah, indah sungguh indah! Ada baiknya kalau kita muhasabah kembali. Begitukah pengorbanan kita dalam hidup seharian? Seperti Imam Ahmadkah yang sanggup berkorban segalanya demi agama? Atau seperti orang tua itu tadikah yang begitu memelihara apa yang diketahui, dan terus terusan mengamalkannya? Atau berapa banyakkah orang yang datang meminta, tapi kita putuskan harapannya? Astagfirullah. Muhasabah yang sangat besar. Moga Allah ampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Friday, May 23, 2008

Selamat Bercuti

Cuti persekolahan bermula. Ayuh! mari merancang percutian yang lebih bermakna. Bagi para ibu bapa ambil kesempatan untuk bersama keluarga. Mungkin sebahagian dari hari cuti telah dirancang untuk aktiviti pembelajaran masa cuti. Sewajarnya juga kita luangkan masa merehatkan minda berekreasi bersama keluarga. Inilah saat manis untuk dikecapi bersama keluarga moga ikatan kukuh sesama ahli keluarga menghasilkan natijah yang baik dalam perkembangan anak-anak. Namun tidak lupa dalam berekreasi kita sama-sama perhatikan juga isi pelajaran ini untuk penghayatan kita. Mari kita menghayati satu tajuk yang mudah difahami namun masih rendah penghayatannya pada sebahagian manusia walhal alam ini adalah anugerah Ilahi untuk kita jagai.

ADAB DI TEMPAT REKREASI


1. PENGERTIAN REKREASI :
Kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan contohnya riadhah, beristirehat dan menghiburkan hati.
Islam mengharuskan umatnya berekreasi dengan syarat tidak melanggar batas-batas syarak

2. KATEGORI REKREASI:
Aktif

Tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti bersukan
Pasif
Tidak banyak memerlukan tenaga fizikal seperti bersiar-siar

3. FAEDAH REKREASI
· Menguatkan stamina
· Mengimbangi mental
· Mengeluarkan peluh
· Menenangkan fikiran
· Mengurangkan tekanan perasaan
· Menimbulkan semangat kerjasama
· Memupuk perpaduan

4. ADAB REKREASI :
· Berpakaian menutup aurat
· Menjaga pergaulan mengikut hukum islam
· Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak
· Bertanggung jawab menjaga harta awam
· Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi
· Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan

5. CIRI-CIRI TEMPAT REKREASI:
· Yang memberi keselesaan kepada pengunjung melakukan aktiviti rekreasi tanpa gangguan yang boleh menghilangkan keseronokkan rekreasi
· Yang menyediakan keperluan dan kemudahan kepada individu, keluarga atau kumpulan dalam pelbagai aspek.

6. STRATEGI PENGAWALAN TEMPAT REKREASI:
· Bebas dari daripada pemandangan dan perbuatan yang melanggar hukum syarak
· Menjaga kepentingan awam
· Melanggar peraturan yang ditetapkan di tempat rekreasi adalah satu kesalahan dan berdosa

7. HIKMAH BERADAB DITEMPAT REKREASI:
· Mendapat keredhaan Allah
· Dapat memupuk silaturrahim di kalangan pengunjung
· Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar
· Menghindari perkara mungkar
· Mengekalkan persekitaran yang bersih


Semoga paparan ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak disamping selalu mengingatkan anak-anak akan tangungjawab di tempat rekreasi. Kadang-kadang masih lagi terdapat pengunjung tempat rekreasi yang rendah akhlaknya tanpa menghiraukan tanggungjawab menjaga kebersihannya malah tidak menjaga tatasusila dan adab muslim.Mari kita mulakan dari diri kita dan ahli keluarga kita agar adab ini terus diamalkan dan dihayati dalam kehidupan.

Thursday, May 22, 2008

Bengkel Pembinaan Soalan Peperiksaan Akhir Tahun PQS






Satu bengkel pembinaan soalan pqs dan subjek agama lain untuk Peperiksaan Akhir Tahun telah diadakan di SMK USJ 23 oleh PPD Petaling Perdana pada 21-22 Mei 2008. Turut hadir ialah Penolong Ketua Unit Agama PPD Petaling Perdana Ustaz Mohad Fahim .

Wednesday, May 21, 2008

Mesyuarat Penyelarasan PLBS PQS Daerah Gombak dan Hulu Langat




Mesyuarat yang dihadiri oleh sembilan sekolah yang terlibat telah berjaya diadakan di SMK Darul Ehsan dengan kerjasama PPD Gombak pada 21 mei 2008 .Terima kasih yang tidak terhingga pada PKw Ustazah Hashimah daripada SBPI Rawang kerana telah bersusah payah memastikan program ini berjaya diadakan. KPN memberikan maklumat pada program tersebut.


Tuesday, May 20, 2008

Perkongsian ilmu para pengunjung mypqs.blogspot


Artikel ini memohon sumbangan buah fikiran dan kepakaran para guru sekelian berkaitan dengan hadis berikut:

Ada beberapa kekurangan yang dikenalpasti untuk kita membuat tashih hadis dalam buku teks pqs kita. Sekiranya anda ada keilmuan tentang hadis yang berkenaan atau tuan boleh merujuk kepada para ilmuan hadis adalah lebih aula.


Antara ralat yang perlu diberi perhatian ialah :

1- perbezaan matan dan baris hadis tingkatan 4, kelebihan menuntut ilmu, ms 115. (sila bandingkan antara teks dalam buku teks dengan Sukatan Matapelajaran)- terdapat 4 perbezaan yang ketara.

2- perbezaan baris hadis tingkatan 5, berpeggang dengan al-quran dan al-sunnah, 122. baris akhir kitab dan sunnah (fathah atau dhommah). sila rujuk SP. kedua2 boleh betul tapi kalau dapat diselaraskan lebih baik. terutama untuk kebaikan perlaksanaan PLBS.

3-perbezaan baris hadis tingkatan 5, mukmin kuat lebih dikasihi Allah, m/s129. pada perkataan (wala ta'jiz atau wala ta'jaz) dan (qul qadarullahi atau qul qaddarullahu).

Sekiranya sahabat2 punya keilmuan dan dapat bantu kita boleh berkongsi untuk mempamerkan natijah dan kailmuan yang sahih supaya tidak akan timbul kekeliruan. Kami bersedia mengajukan kepada pihak Kurikulum mahupun Bahagian Buku Teks bagi tujuan penambahbaikan.

Penataran PLBS PPD Klang dan Kuala Langat






















Klang-20 Mei 2008 Satu sesi penataran PLBS dapat dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang. Kesemua pentaksir sekolah bagi subjek Bahasa Arab Tinggi dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah di daerah Klang digabungkan dengan Pentaksir sekolah daerah Kuala Langat. Satu taklimat umum berkaitan PBS disampaikan oleh KPK dan taklimat penyelarasan PLBS disentuh secara khusus oleh KPN. Para peserta juga dapat melaksanakan perbengkelan modul contoh bacaan bagi tujuan penyelarasan skor calon untuk 2008. Sekalung tahniah kepada KPKw Ustaz Yazid Sharif dan Ustazah Misyati Amat Sehab dan terima kasih kepada PPD Klang dan KISAS selaku tuan rumah. Taklimat berakhir jam 1.30 tgh hari selepas jamuan makan tengahari.












Saturday, May 17, 2008

Mendidik Diri


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak. Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Semoga kita mengambil pengajaran daripada kata2 Ibn al-Qayyim ni

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru


Dalam mencapai aspirasi pembangunan ketamadunan, manusia adalah unsur yang paling utama. Pembangunan akan tidak bererti kalau manusia itu sendiri telah runtuh. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menerangkan; "Anak Adam itu ialah binaan/bangunan Allah." Sudah pasti yang dimaksudkan dengan perbuatan meruntuh ini bukan sekadar membunuh atau merosak hakikat jasmaniahnya sahaja, malah merangkumi usaha merosakkan pemikiran, hati nurani, akhlaq dan aqidahnya.


Manusia yang runtuh kemanusiaannya tidak dapat menjadi sendi ketenteraman dan kesajahteraan masyarakat. Ia kabur tentang hakikat dan tujuan hidupnya sendiri. Pembangunan itu menurutnya tidak lain dari usaha mencurahkan aspirasi dan khayalan cita-cita yang tidak berteraskan nilai dan norma samawi. Ia membina gedung, institusi, rancangan-rancangan yang pada hakikatnya menghakis dan meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Pada hal nilai-nilai abadi ini lebih penting ditekankan untuk kesejahteraan jangka panjang manusia itu sendiri. Apabila nilai-nilai, kesedaran. dan komitmen terhadap nilai semakin lemah dan longgar , manusia mula berhadapan dengan persoalan keruntuhan keperibadian, akhlaq dan peradabannya.


Oleh sebab itu soal membangun modal insan merupakan soal asas bagi agama samawi. Para Rasul diutus untuk membangun kemanusiaan yang semakin pudar dan larut dihanyutkan oleh badai nafsu dan godaan syaitan. Pudar lantaran mengikut pimnpinan manusia munafiq dan tidak punya pegangan. Apabila rasul-rasul yang diutus untuk mendidik manusia telah pulang ke rahmat Allah tugas ini dipikul oleh para alim ulama'.Mereka mendidik umat rasul dengan ajaran-ajaran yang diwarisi oleh Tuhan Pencinta manusia yang mereka warisi dari para rasul. Dekikianlah, pula terus berkembang. Perkembangan membawa kemajuan dan kesan-kesannya.
Perkembangan ledakan ilmu pengetahuan membawa berbagai perubahan dalam berbagai bidang kehidupan . Antara yang datang dengan kemajuan ialah penjajahan .


Penjajahan yang datang silih berganti menguasai negara Islam bukan sahaja menjajah kekayaan umat tetapi juga merosakan keperibadian dan meninggalkan pendekatan keilmuan yang sekular. Golongan apa yang dipanggil agamawan bukan sahaja diketepikan tetapi juga diruntuhkan imej mereka sebagai golongan ulama' atau ustaz dakwaan yang dikatakan sebagai palsu. Institusi agama dikembirikan.


Ilmu-ilmu yang tidak bertitik tolak dari agama tetapi kerap didorong menentang nilai-nilai agama. Gejala kemunduran yang lahir daripada kemiskinan dan hasil pemunggahan penjajahan terhadap kekayaan umat atau hasil tidak keadilan sosial.Pergertian akhlaq dalam tasawur Islam tidak difahami dan 'dihayati. Persoalan ketuhanan atau ibadah tidak ada kena mengena dengan masalah akhirat. Seseorang boleh dianggap contoh insan berakhlaq atau bermoral meski ia tidak pernah mengenal dan menyembah Tuhan atau mengindahkan nilai agama Akhlaq tidak ada kena mengena dengan keadilan sosial dan kemestian mematuhi undang-undang Allah.


Demikianlah, perubahan demi perubahan dilalui. Kini pendidikan tidak lagi merupakan golongan ustaz atau ulama. Sifat' dan pesatnya perkembangan ilmu itu sendiri tidak lagi memungkinkan demikian. Yang mungkin ialah para pendidik ilmu diserapkan dengan pendekatan Islam dalam bidang ilmu takhassus yang mereka pelajari. Dengan penyerapan ini diharapkkan unsur-unsur akhlaq akan membajai pengajaran mereka dalam berbentuk keperibadian bangsa dan warganegara.


Di samping proses Islamisasi ilmu-ilmu. yang bercorak sekular. Para pendidik tersebut perlu memperdalamkan pencapaian dan peningkatkan bentuk penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Dengan demikian berkuranglah perbedaan dalam kesan pembelajaran yang ditinggalkan oleh para guru terhadap murid-murid. Mereka perlu didampingkan dengan para ulama untuk merujuk pandangan Islam dalam hal-hal yang mereka sendiri kurang arif. Hubungan ini perlu demi mamastikan pertautan semula pemikiran Islam di kalangan umat Islam Dalam waktu yang sama para ulama harus meningkatkan daya penggarapan mereka terhadap ilmu umum demi meneguhkan kepercayaan umat terhadap kecendikiawanan mereka.


Berkait dengan peranan guru dalam bidang akhlak maka peranan yang paling penting ialah memahamkan pengertian akhlak yang sebenar menurut perspektif Islam . Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Rasulullah menerangkan "Addin atau agama ialah akhlak yang baik. Orang yang paling hampir di sisiku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya." Begitulah murninya tugas guru menjadi tunjang penerus misi pengutusan rasul untuk menyempurnakan akhlak manusia. Berjayanya guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher atau apa sahaja gelaran anda bergantung berjayanya modal insan yang dibina dan yang kita hasilkan. Semoga ianya menjadi amal jariah ilmu yang bermanfaat bekalan waktu kita memerlukan di hari kemudian.



Selamat Hari Guru buat semua warga guru

Mesyuarat Penataran PLBS PQS 5227/2 Daerah Sabak Bernam 2008



















15 Mei 2008 - Sabak Bernam Selangor. Satu mesyuarat penataran PLBS Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam. Turut sama hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Halim bin Arifin pegawai meja PBS Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Hadir sama memberi taklimat ialah Ketua Pentaksir Kebangsaan Uztaz Khirul Anuar Lakimin dan Ketua Pentaksir Negeri Ustaz Ayob Mohd Ali. Sekalung tahniah kepada pihak PPD Sungai Besar dan PKG Sungai Besar serta KPKw Ustaz Khairuzzaman hj Sulaiman dari SMKA Simpang Lima kerana dapat menganjurkan mesyuarat ini dengan jayanya. Sebelum berakhir mesyuarat dapat melaksanakan perbengkelan menskor modul bacaan contoh yang di sediakan dan secara keseluruhan penskoran adalah selaras. Mesyuarat berakhir jam 12.00 tengahari.

Wednesday, May 14, 2008

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan

Oleh Tuan Guru
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.
Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar.
Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.
Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan?
Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau individu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.
Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.
Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.
Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.
Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.
Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."
Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.
Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan.
Maka begitu jugalah seorang guru gunakanlah kekuasaan yang ada untuk mengubah apa juga kemungkaran yang berlaku di kalangan anak didik kita dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan dengan rasa kegeraman dan kemarahan di luar kawalan. sekian wallahu a'lam

Tuesday, May 13, 2008

Keutamaan membaca Al Quran

Oleh Syaikh DR. Muhammad bin Sulaiman Al Asyqar.
Terdapat banyak hadis tentang kebaikan atau fadilat membaca Al Quran . Di antara nya “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia datang dihari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya”HR.Muslim, dalam sabda Rasul Saw “Puasa dan Al Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat “ HR.Ahmad dan Al Hakim.Rasulullah Saw bersabda : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hambanya yang ada disisinya” HR.Abu Daud.,,baca seterusnyaSegala puji bagi Allah, Shalawat dan salam semoga terlimpahkan pada Rasulullah, keluarga dan para shahabatnya.Al Quran adalah kalamullah, keutamaannya atas semua kalam bagaikan keutamaan Allah atas ciptaan-Nya, dan membacanya adalah sebaiknya gerakan lidah.Banyak keutamaan belajar Al Quran, mengajarkan dan membacanya, diantaranya :Pahala mengajarkannya : Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. HR.Bukhari.Pahala membacanya : Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” HR. At Tirmidzi.Keutamaan orang yang hapal Al Quran dan orang yang pandai membacanya : Rasulullah Saw bersabda : “Perumpamaan orang yang membaca Al Quran dan dia hapal maka dia akan bersama para malaikat, perumpamaan orang yang membaca Al Quran dan dia langgeng membacanya maka baginya dua pahala” Muttafaq ‘alaih. Rasulullah Saw bersabda : “Dikatakan bagi orang yang membaca Al Quran : bacalah, tingkatkanlah, dan bacalah dengan tartil sebagaimana anda membacanya didunia, maka sesungguhnya kedudukan anda pada akhir ayat yang anda baca” HR.At Tirmidzi.Al Khattabi berkata : (dalam sebuah atsar disebutkan bahwa jumlah ayat Quran yang akan menentukan derajat disurga, dikatakan bagi orang yang membaca Quran : naiklah pada derajat sesuai dengan yang telah anda baca ayat Quran didunia, barang siapa yang menghatamkan bacaan Quran maka dia akan mendapatkan tempat tertinggi disurga di akhirat, barang siapa yang membaca sebagian dari Quran, maka tempatnya sesuai dengan ayat yang dibaca, maka pahala yang tertinggi adalah tergantung banyaknya bacaan).Pahala bagi orang yang anaknya hapal Quran : Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa membaca Al Quran dan mempelajarinya dan mengerjakan isinya, kedua orang tuanya akan diberikan mahkhota dari cahaya sinarnya seperti sinar matahari, dan dipakaikan kedua orang tuanya perhiasan ygn tidak didapatinya didunia, lalu keduanya bertanya : dengan amal apa hingga kita diberikan pakaian ini ? dikatakan : karena anakmu hapal Quran” HR.Al Hakim.Syafaat Al Quran bagi pembacanya diakhirat : “Bacalah Al Quran sesungguhnya ia datang dihari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya”HR.Muslim, dalam sabda Rasul Saw “Puasa dan Al Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat “ HR.Ahmad dan Al Hakim.Pahala bagi orang yang berkumpul untuk membaca Al Quran dan mempelajarinya : Rasulullah Saw bersabda : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hambanya yang ada disisinya” HR.Abu Daud.Adab membaca Al Quran : Ibnu Katsir menyebutkan sebagain adab membaca Al Quran, diantaranya : (hendaknya tidak menyentuh Al Quran dan tidak membacanya kecuali dia dalam keadaan sudah bersuci, bersiwak sebelum membacanya, memakai pakain yang terbagus, menghadap kiblat, berhenti membacanya ketika menguap (ngantuk), hendaknya tidak memutus bacaan dengan perkataan kecuali bila perlu, hendaknya konsentrasi, ketika membaca ayat yang menjanjikan hendaknya meminta, dan ketika membaca ayat tentang ancaman hendaknya meminta perlindungan, hendaknya tidak meletakkan Al Quran dibawah dan tidak meletakkan sesuatu diatasnya, hendaknya tidak mengeraskan sebagian bacaan atas bagian lainnya, hendaknya tidak membaca dipasar dan tempat-tempat keramaian.Bagaimana Quran itu dibaca : Anas RA ditanya tentang bacaan Nabi Saw, dian menjawab : Beliau membaca panjang, ketika membaca بسم الله الرحمن الرحيم memanjangkan بسم الله, memanjangkan الرحمن dan memanjangkan الرحيم HR. Bukhari.Dilipatgandakan pahala bacaan : setiap orang yang membaca Al Quran dengan ikhlas karena Allah maka itu berpahala, tapi pahalanya itu dilipatgandakan ketika dia menghayati dengan hati dan memahami yang dibaca, satu huruf berpahala sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali.Standar ayat yang dibaca dalam sehari semalam : para sahabat Nabi Saw menjadikan ukuran tertentu pada diri mereka masing-masing setiap hari, dan satupun dari mereka yang menghatamkan Al Quran kurang dari 7 hari, bahkan ada larang menghatamkan Al Quran kurang dari 3 hari.Saudaraku hendaklah kalian untuk menggunakan waktumu untuk membaca Al Quran, dan jadikan untuk dirimu ukuran setiap hari dan jangan kamu tinggalkan itu walaupun dalam berbagai keadaaan, sedikit yang dilakukan terus menerus itu lebih baik dibandingkan dengan banyak tapi terputus-putus. Bila anda lupa atau ketiduran maka gantilah pada keesokan harinya. Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang tertidur dari amalannya atau sebagian darinya kemudian dia membacanya antara shalat subuh dan shalat dzuhur maka baignya pahala seakan dia membacanya dimalam hari” HR.Muslim, dan janganlah kamu meninggalkan Al Quran, atau melupakannya dengan cara apapun. Seperti meninggalkan bacaannya, tartilnya, menghayatinya, mengamalkan isinya, atau meminta kesembuhan dengannya.Diterjemahkan dari kitab : Tafsir Al Usril Akhir min kitab zubdatut tafsir Karangan Syaikh DR. Muhammad bin Sulaiman Al Asyqar.Cetakan ke 9 tahun 1425 H

Monday, May 12, 2008

Pengumuman Untuk Semua Pentaksir PLBS 5227/2

Penetapan Sempadan Markah menentukan tahap pencapaian calon PLBS

Oleh kerana timbul persoalan dalam menetapkan tahap pencapaian calon untuk dipindahkan ke dalam sijil calon semua pentaksir boleh merujuk panduan berikut:

Tilawah
24-30 Cemerlang
15-23 Sederhana
00-14 Lemah

Hafazan
48-60 Cemerlang
30-47 Sederhana
00-29 Lemah

Bacaan Hadis
08-10 Cemerlang
05-07 Sederhana
00-04 Lemah

Mohon perhatian Semua KPN dan KPw serta Pentaksir Sekolah

Yang menurut perintah,

Khirul Anuar Lakimin
KPK PLBS 2008

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH
a. Sedekah ialah ibadat yang dituntut dalam Islam.
b. Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
c. Hadiah pula bermaksud sesutau pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.
d. Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
e. Hukum bersedekah dan memberikan hadiah adalah sunat.
f. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.



1. Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah
Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah.
Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:
· mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukannya.
· disukai oleh manusia: Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.
· rezeki akan bertambah: Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.

2. Jenis-Jenis Sedekah
· Senyuman
Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain.
· Amar makruf dan nahi mungkar
Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita daripada azab neraka.
· Menyelesaikan masalah orang lain
Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.
· Membuang perkara yang menghalang di jalan
Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainyajuga merupakan sedekah.
· Wang atau harta benda
Kita menghulurkan sedekah atau harta benda lain seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman juga merupakan sedekah.
· Memberikan khidmat
Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan denganmemberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.

3. Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah
· Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan hadiah.
· Adab-adab memberikan hadiah dan sedekah antaranya ialah:
§ ikhlas:
Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.
§ memberikan barangan yang disayangi
Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.
§ tidak mengungkit barang yang telah kita berikan.
Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.


Sunday, May 11, 2008

Ketokohan : Imam Al-Syafi'e

Suatu saat, ketika hamil tua, Ibunda Imam Syafi’e bermimpi ada cahaya terang keluar dari perutnya, cahaya itu kemudian menjadi salah satu bintang di langit. Bintang itu bersinar sangat terang. Sinarnya kemudian jatuh ke suatu negeri dan menerangi seluruh negeri tersebut.
Ibunda Imam Syafi’e kemudian mendatangi ulama ahli ta’bir mimpi. Ahli ta’bir mimpi itu kemudian menjelaskan bahawa nanti Ibunda Imam Syafi’e akan melahirkan seorang tokoh besar ahli ilmu pengetahuan yang akan menerangi seluruh dunia ini. Dan ternyata benar Imam Syafi’i menjadi salah satu dari Imam Mazhab besar dan ajarannya diikuti di seluruh dunia ini.
Di negara kita tercinta ini, Mazhab Syafi’e diikuti oleh majoriti umat Islam.
Hafalan Imam Syafi’i sangat kuat. Pada umur 9 tahun ia hafal Al-Quran dan pada umur 10 tahun ia hafal kitab Al Muwatha' karangan Imam Maliki. Menurut Ibnu Farhun, kitab ini dihafal dalam waktu sembilan malam saja. Hal ini disebabkan pada saat itu Imam Syafi'e tidak mempunyai kitab itu sedangkan kitab itu dirasa penting oleh Imam Syafi’e dan Imam Syafi’e selalu mengembalikan buku yang dipinjamnya dari orang lain . Maka Imam Syafi’e pun meminjam buku itu dan berusaha menghafalnya dalam waktu singkat dan berhasil! Kitab itu berhasil dihafal dalam waktu sembilan hari! Memang ada hikmah di sebalik ketidakmilikannya itu.
Ketika masih remaja, kamar Imam Syafi'e penuh sesak dengan catatan-catatan pelajaran beliau, sehingga terlalu sempit untuk tidur. Lalu agar tidak sempit, Imam Syafi'e berazam untuk menghafalnya agar catatan itu tidak diperlukan. Iapun lalu mengurung diri di kamarnya selama berbulan-bulan dan keluar kamar hanya untuk makan dan buang hajat. Dan, subhanallah, ia berhasil menghafalnya! Dan kamarnyapun tidak penuh sesak lagi.
Suatu ketika pernah Imam Syafi’e hilang hafalan Quran sebanyak satu juzuk. Ia bingung. Ketika ia melakukan muhasabah pada malam harinya lalu ia mengetahui bahawa ia pada siang harinya secara tak sengaja melihat betis nenek-nenek, lalu ia pun bertaubat. Nah! Wajar saja orang sekarang susah menghafal Al Quran. Kerana sering melihat secara sengaja wanita muda dan lebih dari betis! Sangat berlawanan dengan Imam Syafi'i.Kemudian guru Imam Syafi'e iaitu Imam Maliki menasihati demikian, Wahai Muhammad bin Idris Asy Syafi'e, Allah telah memasukkan cahaya ke dalam hatimu. Kerana itu janganlah engkau kotori dengan berbuat maksiat. Bertakwalah kepada Allah maka engkau akan diberi-Nya sesuatu!
Gurunya yang lain iaitu Waki' bin Jarrah juga menasihati sebagai berikut:
"Aku mengaku kepada Waki' tentang sulitnya menghafal pelajaran. Beliau memberitahukan supaya meninggalkan maksiat. Lantaran beliau berkata bahawa ilmu adalah cahaya (nur). Dan cahaya Allah tidak akan diberikan (ditunjukkan) kepada pelaku maksiat."
Imam Syafi'e dilahirkan di Gaza, Palestin dengan nama Muhammad bin Idris. Imam Syafi'e lahir di sini bukan kerana ia orang wilayah ini. Ayah dan Ibu Imam Syaf'ï orang Makkah, Hijaz (Arab Saudi sekarang). Suatu ketika mereka mengadakan perjalanan ke Gaza untuk menuntut ilmu. Sewaktu ia menuntut ilmu, ayah Imam Syafii wafat. Ketika itu Ibunda Imam Syafi’i tengah hamil tua. Tak lama kemudian lahirlah Imam Syafi’e di Gaza. Imam Syafi'e dilahirkan pada 150 H (767 M). Menurut riwayat, pada tahun itu juga wafatnya Imam Hanafi di Baghdad.
Riwayat yang lain mengatakan bahawa ketika itu oleh keluarga besar Imam Syafi’e telah diadakan pengiraan bahawa hari wafatnya Imam Hanafi itu adalah tepat pada hari kelahiran Imam Syafi'e. Dengan riwayat ini, maka sebahagian ahli sejarah Islam mencatat, bahawa hari lahir Imam Syafi'e itu adalah bertepatan dengan hari wafatnya Imam Hanafi.
Bahkan menurut riwayat yang lain diterangkan, bahawa pada bulan dan tahun itu juga wafatnya Imam Ibnu Juraij Al Makky, seorang alim besar di kota Makkah yang terkenal sebagai Imam Ahli Hijaz. Dengan adanya dua peristiwa meninggalnya dua tokoh besar maka berdasarkan nubuwwah Nabi Muhammad SAW dapat diramalkan akan lahirnya penggantinya. Imam Syafi'elah yang diramalkan menggantikan kedua ulama besar itu sekaligus.
Silsilah Imam Syafi'e dari ayahnya adalah bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafi'e bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Muthalib bin Abdu Manaf. Dengan ini jelaslah bahawa Imam Syafi’e itu keturunan Quraisy dan silsilah belaiu bersatu dengan silsilah Nabi Muhammad SAW pada Abdu Manaf (datuk Nabi Muhammad SAW yang ketiga). Adapun silsilah dari ibunya adalah binti Fatimah binti Abdullah bin Al Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Thalib (bapa saudara Nabi Muhammad SAW). Maka Imam Syafi'e sering disebut juga sebagai anak saudara Nabi.
Pada usia 15 tahun Imam Syafi'e telah diberi izin oleh para gurunya yang ahli untuk mengajar dan memberi fatwa kepada khalayak ramai. Maka Imam Syafi'e pun tidak keberatan menjadi guru besar dan mufti di dalam Masjidil Haram di Makkah. Tetapi sementara itu Imam Syafi'e tetap belajar kepada guru-gurunya yang ahli di Makkah itu pula.
Orang-orang yang datang ke Majlis Imam Syafi'e bukanlah orang sembarangan tetapi terdiri dari para ulama, ahli syair, ahli kesusastraan Arab dan orang-orang terkemuka.
Imam Syafi'e juga sangat merdu suaranya ketika membaca Al Quran, sehingga para ulama di Makkah apabila hendak khusyuk mendengarkan bacaan Al Quran sampai mengalirkan air mata, dipanggillah Imam Syafiidi satu tempat, lalu mereka berkumpul, mendengarkan bacaan ayat-ayat Al Qur-an dari Imam Syafii, padahal saat itu ia baru berusia 13 tahun.
Pada usia 20 tahun Imam Syafi'e pergi ke Madinah kerana rindu ingin bertemu Imam Maliki yang belum pernah ditemuinya tetapi kitabnya telah dihafal sejak usia 10 tahun. Imam Syafi'e rindu ingin berguru langsung kepada Imam Maliki yang dianggapnya sebagai ahli ilmu fiqh utama dan ahli ilmu hadith dan Al Quran. Ia pun menjadi murid tercerdas Imam Maliki. Imam Maliki juga tak segan-segan memberikan biasiswa kepada Imam Syafiï. Imam Syafiï pun tak segan-segan mengritik pendapat gurunya sambil tetap menghormatinya dengan menyebutnya al-Ustaz di dalam kitab-kitabnya tanpa pernah menyebut nama Imam Maliki. Imam Maliki walaupun banyak dikritik Imam Syafiï tidak mencabut biasiswa yang diberikan kepada Imam Syafiï. Bukan main tawadhu'nya Imam Maliki. Sikap ini nantinya diikuti oleh Imam Syafi'e. Imam Syafi'e berkata bahawa apabila ada orang yang mengritik mazhabku dengan hadith sahih maka itulah mazhabku. Ia juga berkata, Adapun yang aku katakan dan gariskan, akan tetapi bertentangan dengan perkataan Rasulullah, maka pendapatku sebenarnya adalah apa yang dikatakan oleh Rasululah SAW itu.

Setelah empat tahun lebih beberapa bulan Imam Syafi'ekemudian pergi ke Baghdad (Iraq) untuk menuntut ilmu dan mengeluarkan buku kumpulan fatwa-fatwa fiqh-nya yang di kemudian hari disebut ïqaul qadim (pendapat awal) Imam Syafi. Menerusi Khalifah Harun Al Rasyid, Imam Syafi'e diangkat menjadi guru di Baghdad. Atas perintah dan permintaan Khalifah, Imam Syafii sering mengritik dan menasihati Khalifah dengan kata-kata yang halus dan syair-syair sehingga ketika Khalifah menyedari kesalahannya dan ia sering menangis di depan Imam Syafi'e.
Tak lama kemudian Imam Syafi'e pergi ke Mesir dan belajar serta memberi fatwa di sana. Ia juga menulis banyak kitab fiqh di sana yang nantinya disebut qaul jadid (pendapat mutakhir) Imam Syafi'e. Pada qaul jadid inilah Imam Syafi'e berfatwa boleh berzakat dengan beras.
Pada usia 54 tahun Imam Syafiï meninggal dunia di Mesir di rumah sahabatnya Abdullah bin Hakam sesudah Maghrib, malam Khamis akhir bulan Rajab tahun 204 H. Ia dimakamkan esok harinya di sebelah barat Al Khandak, dekat kuburan Zahrah.
Ibnu Farhun dalam kitabnya menceritakan bahawa baru saja Imam Syafi'e meninggal dunia, lalu datanglah seorang Arab dan bertanya, di manakah bulan dan matahari majlis ini? mereka menjawab bahawa beliau telah meninggal.
Orang itupun menangis dengan kuat sambil berucap, Semoga Allah mengasihinya dan mengampuni segala dosa. Beliau adalah orang yang membuka pintu hujjah yang terang,dan yang membukakan pintu-pintu fikiran yang tertutup rapat. Semoga Allah meredhainya
adaptasi Ummah Online..

Cemerlang di dunia, Gemilang di Akhirat

MENJADI manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.
Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Benar ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat. Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab. Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri? Jawab Umar: Ya, pernah.Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh. Ubai berkata: Itulah takwa.Abdullah bin Mas’ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat. Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat. Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan.

Pertama: Laburkan masa untuk merancang hidup.
Kedua: Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.
Ketiga: Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.
Keempat: Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.
Kelima: Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.
Keenam: Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.
Ketujuh: Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.
Kelapan: Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.
Kesembilan: Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Friday, May 09, 2008

Jendela Hikmah: Cabaran ibu bentuk generasi bertakwa


Oleh Dr Azma Mahmood di sumber Berita Harian
HADIAH TAK TERNILAI: Walau berkerusi roda Gayah Osman dikelilingi sanak saudara selepas menerima Anugerah Ibu Mithali sempena sambutan Maal Hijrah 2006 peringkat negeri Pulau Pinang tidak lama dulu. - Gambar hiasan
Negara jadi makmur, aman sentosa jika semua anak dapat didikan sempurna dari rumah SEBENING titisan embun pagi, secerah sinarnya mentari. Bilaku tatap wajahmu ibu, ada kehangatan di dalam hatiku. Air wuduk selalu membasahimu, ayat suci selalu dikumandangkan. Suara lembut penuh keluh dan kesah, berdoa untuk putera puterinya." Sebahagian lirik daripada lagu Ibu oleh Sakha penyanyi seberang, membuat hati semua ibu tersentuh. Jika boleh, semua ibu mengimpikan anak yang mengenang budi dan berbakti kepada orang tua.
Jauh di sudut hati kita bertanya diri, apakah tanggapan anak kita terhadap diri kita? Adakah kita dikenang oleh anak seperti dalam lirik di atas? Saodah Hassan menulis dalam bukunya bertajuk: Ibu: Tanggungjawab, Pengorbanan dan Cabaran, "Ibu adalah wanita yang dimuliakan Allah sebagaimana tercatat dalam kitab suci al-Quran. Bila disebut ibu, ia adalah seorang wanita, kiranya wanita itu baik, maka baiklah sesuatu keluarga dan jika keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat, jika sesuatu masyarakat itu baik maka sesebuah negara akan jadi baik." Sebenarnya penulisan di atas adalah maksud daripada hadis popular yang menekankan pentingnya pengaruh ibu dalam menentukan berjaya atau gagalnya sesebuah keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

MESYUARAT PENYELARASAN PBS SPM 2008 JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR






9 Mei 2008- Jabatan Pelajaran Selangor telah menganjurkan mesyuarat penyelarasan PBS bagi negeri Selangor bertempat di Hotel Goldcourse Klang. Kesemua Pentaksir Kawasan, Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kebangsaan dijemput untuk menyelaraskan PBS bagi matapelajaran al-Quran dan Al-Sunnah bagi tahun 2008. Suatu yang perlu diambil peringatan oleh para pentaksir ialah PBS tidak memberi keutamaan terhadap markah akhir calon tetapi keutamaannya ialah memastikan keesahan proses yang dilaksanakan.

Monday, May 05, 2008

Makanan Halal di Hotel




Buletin Utama TV3 5 Mei telah membuat liputan khas tentang penyediaan makanan halal di hotel. Isu itu pastinya menyentap selera muslim yang sering menjamu selera di hotel-hotel. Ayuh kita teliti pula kenyataan berikut pada sebuah blog Dr Azwan.


Jangan terkejut hidangan di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar. Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita
.
Persoalannya adakah kita tidak punya pilihan untuk mendapatkan hak kita. Bukankah kita punya hak untuk memastikan kita dilayan sebagai muslim yang hanya memakan makanan yang halal lagi bersih ( halaalan Thaibaa ) di tanah air sendiri. Kita bukan di Negara Jepun atau Vietnam dan yang sama waktu dengannya. Adakah JAKIM telah berbuat sesuatu ke atas hotel-hotel tentang konsep halal dalam Islam. Ataupun mereka sendiri buat-buat tak kisah kerana mereka sering makan dihotel. Sekiranya kehendak ini dituntut dari semua pihak mungkinkah keadaan tidak berubah apatah lagi jika Jabatan-jabatan kerajaan yang banyak menganjurkan kursus di hotel-hotel terlebih dahulu memastikan memilih hotel-hotel yang sedia memastikan kita diberi hak yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya kita tidak menyokong hotel yang tidak sanggup memastikan isu halal diatasi terlebih dahulu. Jika syarat itu kita letakkan dihadapan kita percaya ia akan menjadi keutamaan mereka dalam penyediaan makanan halal di sebuah negara yang diuwar-uwarkan sebagai negara Islam!.
p.s Apa komen pak Wan din dan Wak Kamel kita
admin 5 Mei 2008
FREE PALESTINE

My Blog List