SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan al-Kareem




Telah di fardhukan ke atasmu berpuasa sebagaimana yang difardhukan ke atas orang sebelum kamu. Kehadiran Ramadhan al mubarak inilah yang sering dinantikan kehadirannya untuk dijadikan madrasah ruhiyyah mendidik diri mengekang segala tuntutan nafsu dan hasutan syaitan. Moga tarbiyyah ruhiyyah itu dijadikan bekalan menghadapi bulan-bulan yang mendatang yang natijahnya menjadikan muslim muttaqi yang menebal keimanannya.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Selamat berpuasa.

Perutusan Merdeka




Malaysia terus merdeka jesteru kita wajar melafazkan syukur terus hidup di bumi bertuah yang merdeka ini. Sebagai warga yang merdeka teruskan berusaha mengisi kemerdekaan ini ..berbanggalah ..bermegahlah kerana cintakan negara itu sebahagian juga daripada iman. Salam kemerdekaan berkekalan dari admin mypqs.

Wednesday, August 20, 2008

Peranan keluarga dalam pendidikan anak-anak




Keluarga mempunyai peranan penting dalam pendidikan, baik dalam lingkungan masyarakat Islam maupun non-Islam. Kerana keluarga merupakan tempat pertumbuhan anak yang pertama di mana dia mendapatkan pengaruh dari anggota-anggotanya pada masa yang amat penting dan paling kritis dalam pendidikan anak, iaitu tahun-tahun pertama dalam kehidupanya (usia pra-sekolah). Sebab pada masa tersebut apa yang ditanamkan dalam diri anak akan sangat membekas, sehingga tak mudah hilang atau berubah sudahnya.
Dari sini, keluarga mempunyai peranan besar dalam pembangunan masyarakat. Ini kerana keluarga merupakan batu asas bangunan masyarakat dan tempat pembinaan pertama untuk mencetak dan mempersiapkan personal-personalnya.
Musuh-musuh Islam telah menyedari pentingya peranan keluarga ini. Maka mereka pun tanpa segan silu berusaha menghancurkan dan merobohkannya institusi ini dari terus berperanan. Mereka mengerahkan segala usaha untuk mencapai tujuan itu. Antara usaha yang mereka pergunakan antara lainnya ialah;
Merosakkan peranan wanita muslimah dan mempropagandakan kepadanya agar meninggallkan tugasnya yang utama dalam menjaga keluarga dan mempersiapkan generasi anak-anak.
Merosakkan generasi muda dengan upaya mendidik mereka di tempat-tempat pengasuhan yang jauh dari keluarga.
Merosakkan masyarakat dengan menyebarkan kerosakan dan kehancuran, sehingga keluarga, individu dan masyarakat seluruhnya dapat dihancurkan.
Sebelum ini, para ulama umat Islam telah menyadari pentingnya pendidikan melalui keluarga. Syeikh Abu Hamid Al Ghazali ketika membahas tentang peranan kedua orang tua dalam pendidikan mengatakan: "Ketahuilah, bahwa anak kecil merupakan amanat bagi kedua orang tuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata alami yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia siap diberi pahatan apapun dan condong kepada apa saja yang diterapkan kepadanya Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dari akhirat, juga setiap pendidik dan gurunya. Namun jika dibiasakan keburukan dan dibiarkan sebagai mana binatang ternak, niscaya akan menjadi jahat dan binasa. Dosanya pun ditanggung oleh pengajar dan walinya. Maka hendaklah ia memelihara mendidik dan membina serta mengajarinya akhlak yang baik, menjaganya dari teman-teman jahat, tidak membiasakannya bersenang-senang dan tidak pula menjadikannya suka kemewahan, sehingga akan menghabiskan umurnya untuk mencari hal tersebut bila dewasa."
Betapa besarnya peranan kedua ibu bapa dan keluarga amnya dalam pendidikan anak-anak jesteru juga peranan itu disambung tugasnya oleh para guru di sekolah. Maka kalau sifatnya guru juga gagal mendidik dengan sempurna sebagaimana gagalnya ibu dan bapa, keluarganya di rumah maka kesannya satu generasi anak itu akan terabai untuk mendapatkan haknya. Haknya untuk dididik dengan sempurna untuk mendidik pula generasinya yang akan datang. Fikirkanlah..

Tuesday, August 19, 2008

Tazkirah: Kelebihan mengingati mati






Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita.
Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan pergi jua. Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya. Sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabii biasa sebagai pendapat golongan atheist, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam dan lain-lain lagi. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenal pasti dan memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Tepat pada waktu
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah, yang sedang hidup rehat dibuat kesenangan.
Malaikat maut datang tepat pada waktunya, tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau sedang mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaatpun.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah jadikan pelbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah di sebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi Rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan untuk menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak. Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari usaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan.
Di kalangan orang soleh, sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat seperti tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu, nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya.
Malaikat maut mengadu kepada Allah, betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang berdukacita kerana kehilangan keluarga, sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka. Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam, sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka.
Ajal ketetapan Allah SWT
Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun mereka kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu. Namun hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang telah ditetapkan. Izrail hanyalah tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak. Sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " (Surah Al-A'raaf, ayat 34).
Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindungan- Nya selalu. Amin.

Friday, August 15, 2008

Peperiksaan vs Pentaksiran




Oleh Dr Jamil Adimin - Lembaga Peperiksaan Malaysia




Kita seringkali mendengar ungkapan pendidikan yang terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang baik. Kita disarankan supaya lebih memberi tumpuan kepada pentaksiran yang holistik. Apa itu peperiksaan dan apa itu pentaksiran. Apa pula yang dimaksudkan dengan penilaian? Apakah perbezaan antara istilah-istilah tersebut? Siri Peperiksaan Oh Peperiksaan kali ini membicarakan konsep dan penggunaan ketiga-tiga istilah ini di samping istilah-istilah lain yang berkaitan seperti pengukuran, ujian, soal selidik, kuiz, menduga akal dan temu duga.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan:
Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian
Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik (questionnaire), kuiz dan senarai semak (check list).
Tanpa instrumen, ukuran diperoleh dengan cara taksiran, anggaran, agakan, ta’kulan dan pemerhatian. Sebagai analogi, kita boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang berat seorang kanak-kanak Tahun Satu di Malaysia tanpa mengguna penimbang. Begitu juga seorang guru boleh mengetahui ukuran atau maklumat tentang sejauh mana muridnya menguasai apa yang dipelajari, tanpa menjalankan ujian, dengan cara di atas. Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa mengguna instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah mengikut masa, mengikut orang yang mentaksir dan mengikut keadaan.
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Ahmad mendapat markah 90% dalam ujian Matematik, oleh itu dia adalah seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Tidak seperti pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh jadi berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif.
Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran-pembelajaran.
Pengertian istilah pentaksiran atau assessment yang berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” iaitu bermaksud ”Duduk di sisi” seperti dinyatakan di atas sesuai dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mengajar Al-Quran dalam tradisi pendidikan orang Melayu. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana sambil mengajar anaknya mengaji Quran, seorang ibu membuat pentaksiran secara tak formal kerana dia tahu adakah anaknya telah menguasai apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada anaknya perlu mengulang balik atau meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, si ibu akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Dalam hal ini si ibu tidak perlu pun mengadakan ujian atau peperiksaan yang formal tetapi dia tetap dikatakan mendidik menggunakan proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.
Jika pentaksiran merupakan proses, peperiksaan pula merupakan salah satu kaedah, sistem atau mekanisma yang digunakan dalam proses pentaksiran. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses pengajaran-pembelajaran berkesan. Ujian-ujian yang terdapat dalam sesuatu sistem peperiksaan boleh jadi ujian bertulis, ujian amali, ujian lisan, ujian pendengaran dan ujian berkomputer. Dengan ciri yang sedemikian, peperiksaan selalunya hanya sesuai diguna untuk mentaksir domain kognitif atau kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu afektif dan psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah peperiksaan.
Oleh hal yang demikian, peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak, nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan.
Peperiksaan juga seringkali dikaitkan dengan pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan. Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi dan pentaksiran autentik.
Peperiksaan dikatakan menyebabkan anak-anak belajar dan guru-guru mengajar tidak seperti sepatutnya iaitu berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Murid-murid dikatakan belajar dan guru-guru mengajar tidak mengikut kurikulum tetapi mengikut peperiksaan. Hal ini diperhatikan daripada fenomena murid Tahun Enam sekolah rendah yang tidak lagi belajar seawal bulan Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka akan diberi latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali (ada yang sehingga empat kali).
Ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Anak yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu dikatakan gagal dalam pembelajarannya. Sekolah yang prestasinya dalam sesuatu peperiksaan merosot berbanding prestasi tahun sebelumnya, walau pun hanya 0.1%, merasa tertekan kerana prestasi guru dan pentadbir sekolah dianggap merosot.
Wajarkah tindakan di atas berlaku dalam sistem pendidikan kita? Jika kita menganggap tidak wajar, maka wajarkah pula kita memansuhkan peperiksaan berpusat seperti UPSR, PMR dan SPM serta mencadangkan pentaksiran berasaskan sekolah sahaja? Rata-rata peserta Seminar Sistem Pentaksiran Kebangsaan yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat pendidik, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan serta parti politik tidak bersetuju ketiga-tiga peperiksaan itu dimansuhkan. Mereka sepakat menyatakan bahawa peperiksaan perlu ada dan menganggap penekanan kepada peperiksaan (exam oriented) hanya merupakan persepsi masyarakat. Jika kita dapat memberi penekanan yang sama kepada pentaksiran dalam aspek ko-kurikulum, sahsiah, budi pekerti dan nilai-nilai murni melalui pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran alternatif, pentaksiran autentik, pentaksiran prestasi, pentaksiran formatif dan pentaksiran untuk pembelajaran, dengan sendirinya persepsi tersebut dapat dicairkan.
sumber: portal utusan

Thursday, August 14, 2008

Cikgu..Selamat bercuti dan selamat kembali dari Beijing


Buat semua ustaz ustazah cikgu cikgi, tuan direktor semua...admin mengucapkan selamat bercuti sempena cuti pertengahan penggal ini. Jangan lupa kibarkan jalur gemilang pada kenderaan tuan-tuan untuk ulangtahun kemerdekaan ke 51.Blog ini akan kembali aktif selepas olimpik selesai kerana kesibukan admin dengan baby dan lampinnya sekali. Admin terus beraksi selepas ini lebih efektif lagi kerana muktamar pentaksir selangor akan berlangsung selepas cuti so kesibukan perwakilan juga diharap tidak melupakan pelaporan yang dah dituntut lama dahhh. adios

Wednesday, August 13, 2008

Menukar fail .doc ke PDF


Ada pelbagai cara untuk menukar dokumen Microsoft dan 'spreadsheet' ke PDF sama ada secara percuma atau tidak. Anda boleh melihat perkhidmatan 'online' yang mena warkan perkakasan penukaran contohnya, https://www.pdfonline.com/convert_pdf.asp memberikan kemudahan memindah turun dokumen Microsoft dan 'spre adsheet' ke PDF seterusnya menghantar kembali dokumen ditukar ke emel saudara. Selain itu, anda boleh menggunakan Dokumen Google dengan hanya mendaftar sebagai pengguna emel (http://gmail.com) seterusnya memindah turun dokumen Microsoft dan 'spreadsheet' ke Dokumen Google serta meng eksport ke PDF. Kita juga boleh memindah turun Openoffice.org yang melakukan aktiviti sama untuk proses penukaran. Selamat mencuba untuk memudahkan kerja kita email lebih cepat dgn format pdf

Tuesday, August 12, 2008

CONTOH SIJIL PLBS (Download disini)

Kepada ustaz/ustazah yang ada problem nak buat sijil PLBS boleh download saje disini ( klik diatas) format word.

Perjumpaan KPK,KPN dan semua KPKW PLBS Negeri Selangor bersama En Halim Unit Pep. JPNS


Satu Mesyuarat Pascapemantauan PLPS Negeri Selangor akan diadakan di PKG Kuala Selangor pada 27 Ogos 2008.....tunggu surat dari JPNS....jangan lupa semua laporan hendaklah disiapkan dan hantar pada KPN sebelum atau pada 20 Ogos 2008......TQ pada us Yazid n Ustazah Misyati (Klang),Ustazah Mahani (Kuala Selangor) kerana dah hantar laporan....yang lain belum diterima.. mohon disegerakan jangan bagi malu PLBS PQS maa- admin

Sunday, August 10, 2008

Artikel Khas Buat GPI ( download klik disini)

sape-sape yang nak download artikel ini klik je tajuk di atas.... TQ Us Wan Din.....!

Friday, August 08, 2008

Panas...( Guru Pendidikan Islam wajar membaca.. nantikannya ..atau anda boleh memuat turun artikal ini pada blog ini..)

Gambar Hiasan : Inikah modal Insan?

Malang sungguh kita...malanglah sekiranya kita yang bergelar ustaz dan ustazah, rupa-rupanya selama ini kita gah dengan agenda membangunkan modal insan di sekolah tapi menggunakan alat-alat yang disandarkan kepada ilmu barat yang hanya mementingkan pembangunan akal semata-mata. Lantaran kita juga menobatkan budak yang cerdik di sekolah sebagai pelajar cemerlang walaupun akhlak / adab sehariannya penuh di dada rekod disiplin. Dek kerana dia pintar kita menyanjungnya. Lupakah kita bahawa kita sepatutnya bertanggungjawab menobatkan pelajar yang beriman, beramal dan berakhlak meskipun punyai hanya sedikit ilmu dan diletakkan di kelas ranking tercorot di sekolah. Artikel ini cuba membawa kembali asas pendidikan Islam yang dihasratkan melalui dasar yang sewajarnya dijadikan pegangan ustaz & ustazah di sekolah. Ustaz & ustazah, ucapkanlah selamat tinggal kepada Teksonomi Bloom (yang menjadikan kecerdasan kognitif sebagai agendanya) yang kita sama-sama amalkan selama lebih 50 tahun. Kembalilah kita kepada metod tarbiah nubuwwah. Selamat membaca artikel ini.
Nantikan sambungan tulisan ini oleh Wan Abd Hamiluddin Abd Kadir

TAHUKAH ANDA APA ITU PENDIDIKAN?



Institusi pendidikan dalam Islam


Pendidikan menurut Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.q. yang menyuruh bagainda membaca dalam keadaan beliau yang ummi [1]. Di samping itu, wahyu ini juga mengandungi suruhan belajar mengenali Allah s.w.t., memahami fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi prinsip-prinsip aqidah, ilmu dan amal. Ketiga-tiga prinsip ini merupakan teras kepada falsafah pendidikan Islam [2].
Definisi pendidikan juga kerapkali menampakkan perbezaan dalam penekanan dan konsepnya di kalangan sarjana Barat. Ahli falsafah Amerika, John Dewey menyatakan bahawa pendidikan adalah “The process of forming fundamental dispositions, intellectual and emotional forwards nature and fellow men.” [3]
Prof. H. Hone pula berpendapat: “Education is the eternal process of superior adjustment of the physically developed, free conscious, human beings to God as manifested in the intellectual, emotional and relational environment of men.” [4]
Ahli falsafah Yunani yang terkenal, Plato mengatakan pendidikan bererti memberi keindahan dan kesempurnaan yang mungkin diberikan kepada jasmani dan rohani [5]
Dilihat dari takrif yang diberikan Srajana Barat, difahamkan bahawa pendidikan itu hanya sebagai proses melatih akal, jasmanu dan moral supaya dibentuk menjadi manusia dan warganegara yang baik. Manakala menurut perspektif Islam, pendidikan mempunyai pengertian dan konsept yang lebih luar atau syumul.
Prof. Hassan Langgulung (1987) menegaskan pendidikan sebagai merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari individu kepada individu yang lain; dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
Dr. Yusuf al-Qardawi (1980) pula mendefinisikan pendidikan sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkahlaku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
Kesimpulannya, pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.
//
[sunting] Konsep Pendidikan
Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga. Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat[6].
[sunting] Pendidikan dalam Bahasa Arab
Walaupun ketiga-tiga istilah (di bawah) merujuk kepada pendidikan, ‘tarbiyah’ adalah yang tepat dan sering digunakan [7]. Ini adalah kerana perkataan ‘tarbiyah’ menurut sarjana Pendidikan Islam berasal dari “rabb” yang merujuk kepada Allah s.w.t sebagai pendidik umat manusia [8][9]
[sunting] Ta’lim
Firman Allah s.w.t. bermaksud :
“Dan Dia telah mengajar Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.” [10]
[sunting] Tarbiyah
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“...dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata), Wahai Tuhanku, cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku sesama kecil.”
[sunting] Ta’dib
Hadith Rasulullah s.a.w.
“Allah mendidikku, maka Dia memberikan kepadaku sebaik-baik pendidikan.”
[sunting] Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah merupakan kompenan yang paling utama dan tertinggi dalam bidang pendidikan kerana sikap manusia yang hendak dibentuk adalah bergantung kepada falsafah yang digariskan melalui pendidikan.
Dr. Al-Syaibani (1979) mentakrifkan falsafah pendidikan Islam sebagai usaha perlaksanaan teori dan “method” di bidang pengalaman manusia dipanggil pendidikan. Oleh yang demikian, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek matlamat, kandungan dan dasar pendidikan islam.
[sunting] Bidang Pendidikan Islam
al-imaniyah (pendidikan iman)
al-khuluqiyah (pendidikan akhlak)
al-jismiyah (pendidikan jasmani)
al-aqiliyah (pendidikan mental)
al-nafsiyah (pendidikan jiwa)
al-ijlimaiyah (pendidikan sosial)
al-jinisiyah (pendidikan seks)
[sunting] Institusi Pendidikan Islam
[sunting] Peringkat awal Islam
Tahap ini merangkumi pendidikan pada zaman Rasulullah (609-632M) dan para khulafah al-Rasyidih (632-661M).
[sunting] Dar al-Arqam
Rumah merupakan tempat pendidikan awal yang diperkenalkan ketika Islam mula berkembang di Mekah. Rasulullah menggunakan rumah Arqam bin Abi al-Arqam di al-Safa sebagai tempat pertemuan dan pengajaran dengan para sahabat[11][12]. Bilangan kaum Muslim yang hadir pada peringkat awal adalah terlalu kecil, tetapi makin bertambah sehingga menjadi 38 orang yang terdiri daripada golongan bangsawan Quraisy, pedagang dan hamba sahaya.
Di Dar al-Arqam, Rasulullah mengajar wahyu yang telah diterimanya kepada kaum Muslim. Baginda juga membimbing mereka menghafal, menghayati dan mengamalkan ayat-ayat suci yang diturunkan kepadanya.
[sunting] Masjid
Fungsi masjid selain tempat ibadat ialah sebagai tempat penyebaran dakwah dan ilmu Islam; tempat menyelesaikan masalah individu dan masyarakat; tempat menerima duta-duta asing; tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Islam; tempat bersidang; dan madrasah bagi kanak-kanak mempelajari ilmu agama & fardu ain. [13]
Selepas berhijrah ke Madinah, pendidikan Islam mula berpusat di masjid-masjid dan Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang dijadikan Rasulullah sebagai institusi pendidikan. Di dalam masjid, baginda mengajar dan memberi khutbah dalam bentuk halaqah di mana para sahabat duduk mengelilingi baginda untuk mendengar dan bersoaljawab berkaitan urusan agama dan kehidupan sehari-harian.
Semakin luas wilayah-wilayah yang ditakluk Islam, semakin meningkat bilangan masjid yang didirikan. Di antara masjid yang dijadikan pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan ialah Masjid Nabawi, Masjidil Haram, Masjid Kufah, Masjid Basrah dan banyak lagi.
[sunting] Suffah
Al-Suffah merupakan ruang atau bangunan surau yang bersambung dengan masjid. Suffah boleh dilihat sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara teratur dan sistematik. Contohnya Masjid Nabawi yang mempunyai suffah yang digunakan untuk majlis ilmu.
[sunting] Kuttab
Ia ditubuhkan oleh orang Arab sebelum kedatangan Islam lagi dan bertujuan memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah. Sungguhpun begitu, institusi tersebut tidak mendapat perhatian dari masyarakat Arab kerana sebelum kedatangan Islam, hanya 17 orang Quraisy yang tahu membaca dan menulis [14] Kemahiran-kemahiran asas seperti membaca dan munlis dilakukan oleh kebanyakan guru-guru yang mengajar secara sukarela. Selain itu, Rasulullah juga pernah memerintkah tawanan perang Badar yang berkebolehan supaya mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga mereka tahu membaca dan menulis sebagai syarat menebus diri.
[sunting] Peringkat kedua
Peringkat ini merangkumi zaman kerajaan Umaiyyah (662-750M) dan Abbaisiyah (751-1258M). Pada zaman ini, institusi pendidikan yang awal seperti masjid dan kuttab terus dikembangkan hasil dorongan dan galakan dari para khalifah yang memerintah. Selain itu, institusi pendidikan tinggi dan lanjutan mula diperkenalkan sehingga melahirkan ramai golongan sarjana dan cerdikpandai Islam dalam pelbagai ilmu.
[sunting] Manazil ulama & istana
Terdapat beberapa rumah ulama yang digunakan sebagai tempat pertemuan untuk majlis-majlis ilmu seperti rumah Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Tahir Bahrom dan Abu Sulayman. Di samping itu istana khalifah turut dijadikan tempat perkembangan ilmu. Sebagai contohKhalifah Muawiyah Ibnu Abi Sufian yang mengundang ulama dan cerdik pandai untuk membincangkan sejarah peperangan, sejarah raja-raja Parsi, sejarah bangsa Arab dan sistem pemerintahan negara [15]
[sunting] Perpustakaan
Perpustakaan secara umum boleh dibahagikan kepada tiga:
[sunting] Perpustakaan Umum
Perpustakaan umum ialah perpustakaan yang didirikan untuk kegunaan orang ramai. Perpustakaan umum pertama didirikan oleh Khalifah Harun al-Rasyidin di Kota Baghdad dan dikenali sebagai Baitul Hikmah. Ia berfungsi sebagai gedung buku yang memuatkan buku-buku dan penulisan pelbagai bahasa seperti bahasa Yunani, Parsi, Hindu, Latin dan sebagainya.
[sunting] Perpustakaan Semi Umum
Ia kebiasaannya kepunyaan khalifah atau raja-raja yang didirikan di dalam istana. Perpustakaan ini tidak dibuka kepada orang ramai tetapi hanya terbuka kepada golongan-golongan tertentu sahaja yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Umpamanya kerajaan Fatimiyah telah mendirikan perpustakaan terbesar di istana Kaherah untuk menyaingi perpustakaan khalifah-khalifah Baghdad
[sunting] Perpustakaan Khusus
Ia merupakan perpustakaan persendirian yang tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perpustakaan ini melainkan empunya perpustakaan. Ia biasanya dibina oleh ulama dan sasterawan di rumah masing-masingContohnya, Perpustakaan Hunain Ibnu Ishaq.
[sunting] Madrasah
Sekolah-sekolah atau madrasah mula didirikan sebagai mengantikan masjid-masjid yang sudah tidak dapat menampung keperluan pendidikan dari segi ruang dan kelengkapan pembelajaran. Madrasah Baihaqiyah merupakan madrasah pertama didirikan oleh penduduk Naisabur [16]
[sunting] Rujukan
1. al-Quran, al-Alaq: 1-4
2. Zawawi, 1984, 1-8
3. Dewey, 81
4. Honne, 176
5. al-Abrasyi, 1969, 5
6. Zawawi, 1981, 1
7. al-Jamali, 1967, 62
8. al-Jamali, 1967
9. Zawawi, 1981, 2-3
10. al-Quran, al-Baqarah : 31
11. Zawawi, 1984, 167
12. al-Arbrasyi, 1984, 51
13. al-Abrasyi, 1984, 58
14. W. Abdullah, 1997, 99
15. Mohd Salleh, 2000, 62
16. al-Abrasyi, 1984, 79
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Institusi_pendidikan_dalam_Islam"

Thursday, August 07, 2008

Jiwa yang merdeka




Sempena bulan kemerdekaan ini mari kita sama-sama menilai erti serta nilai sebuah jiwa yang merdeka. Jika kita masih terpengaruh dengan cara hidup orang lain ,sedangkan ia bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan adat serta budaya yang selama ini didukung oleh agama, memberi erti pemikiran dan jiwa yang masih belum merdeka.
Selaras dengan erti kemerdekaan di sisi Islam, piawaian kecemerlangan di sisi agama juga tidak sama sebagaimana yang diukur oleh manusia. Manusia meletakkan kecemerlangan dalam bentuk yang boleh dilihat atau dirasa. Sijil, ijazah, piala, pingat, trofi atau yang seumpama dengannya adalah bentuk-bentuk kecemerlangan di sisi manusia.
Kecemerlangan di sisi Allah lebih istimewa bentuknya dan boleh dijadikan cita-cita oleh semua individu. Tanpa mengira sama ada individu itu normal ataupun cacat, kaya ataupun miskin, sihat ataupun sakit, termasuklah pandai ataupun kurang akalnya.
Ini kerana kecemerlangan di sisi Allah s.w.t. dikira dari aspek usaha, niat dan kaedah yang digunakan dalam tindakan seseorang mencapai cita-citanya.
Cita-cita di sisi agama sebagai mekanisme kecemerlangan bukanlah sekadar mencapai satu fasa tertentu yang kemudiannya bersifat statik. Di sisi agama, cita-cita sebenarnya semangat yang sentiasa membara untuk terus menyumbang dalam bidang atau profesion yang disandang. Seseorang individu Muslim perlu menyumbang bukan sekadar disebabkan keyakinannya terhadap kualiti yang dimiliki, akan tetapi atas keyakinannya tentang peranannya sebagai seorang khalifah yang perlu menyumbang kepada agamanya.
Selaras dengan itu, individu Muslim yang merdeka dan cemerlang tidak akan berasa kecewa sekiranya usaha yang dilakukan hanya menemui kegagalan. Ini kerana tidak ada istilah putus asa dalam dirinya sebagaimana keyakinannya terhadap maksud firman Allah dalam ayat 139 surah ali-Imran yang bermaksud;
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.
Selain tidak berputus asa, Muslim yang memiliki jiwa merdeka dan cemerlang juga tidak akan mudah menyalahi takdir kerana memahami inti pati firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ra'd, ayat 11 yang bermaksud;
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Semoga jiwa kita terus merdeka dengan erti kata yang sebenarnya. Selamat menyambut bulan kemerdekaan.

ADAB MENJAGA ORANG SAKIT





1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT
· Farhdu kifayah

2. PANDUAN / ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
· Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu
· Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperintannya menaggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis
· Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT
· Mewujudkan silaturrahim semasa islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah

4. AKIBAT TIDAK MENJAGA ORANG SAKIT
· Menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
· Menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup
· Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling

HAPPY BABY BOY

Alhamdulillah berkat doa kawan-kawan, anak saya yang ke 4 telah selamat dilahirkan pada 6 Ogos jam 6.45 pagi di Pusat Perubatan Univ. Malaya ( PPUM ) - admin

Saturday, August 02, 2008

Darvaz : Gambaran Pintu ke Neraka?




God's power is limitless.We can look around our surrounding and finds a lot of things that do amaze your senses.I was just browsing around looking for things and stumble upon an article about a place call Darvaz in Uzbekistan.



There's a story behind it.Around 35 years ago,geologist found out a rich site of gas while doing their drilling.
During drilling they found a cavern so big that it could fits all their equipment inside.The cavern is filled with gas,poisonous maybe.
Worried about the gas being spreadthrough our air,they ignite it and it burns.And it still burn until today,for 35 years.

My Blog List