SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Wednesday, December 31, 2008

Perutusan tahun baru

Sempena tahun baru ini marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita dimana hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, maka kita sedia maklum bahawasanya bertambah umur kita dan menambah setahun lagi umur kita maka kita perlu ingat bahawasanya usia kita bukan semakin bertambah dan semakin panjang tetapi sebaliknya semakin pendek umur kita dan semakin hampir kita menuju alam yang kelima: iaitu alam barzakh, maka di sini marilah kita menanam azam yang baru serta meningkatkan ibadah dan amalan kita kepada Allah taala. Kita jadikan tahun lalu sebagai iktibar dan pengajaran bagi kita dalam menempuh tahun baru ini. Di kesempatan tahun baru hijrah ini, marilah kita kenang kembali peristiwa yang berlaku pada 1429 tahun yang lalu, dimana berlakunya hijrah nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. dari tanah tumpah baginda ke bumi Madinah Munawarah bagi menyebarkan sinar baru Islam. Bertekadlah untuk membina keazaman yang jitu bahawa kita mahu berubah dan berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik dari yang baik kepada yang lebih baik moga tahun baru kita lebih baik dari tahun semalam.

Friday, December 12, 2008

Mengenali Imam Ahmad bin Hanbal


Imam Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Quran sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya.




Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk berguru dengan Imam as-Syafi'e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, Umar ibn Abdullah ibn Khalid, Abdurrahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.




Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata:
Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.




Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mu'tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri.




Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun Hijriah. Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu “al-Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan atsar para sahabat radhiallahu 'anhum. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.
Allahu a’lam bisshawab.

Siapakah Wahabi?




Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'. Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah.
Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Tayimiyyah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.
PengasasMuhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.Beliau adalah seorang sufi, ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdoa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi. Begitulah sedikit pengenalan tentang wahabi...

Saturday, December 06, 2008

Ibadat Korban


Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam,khususnya bagi mereka yangberkemampuan dari segi kewangan. Ibadatkorban telah disyariatkan oleh Allah padatahun kedua Hijrah.
Firman Allah S.W.T:“Sesungguhnya kami (Allah) telahmemberi engkau (wahai Muhamad)
kebaikan yang banyak. MakaSembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu
dan sembelihlah (korbanmu)”.(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat diatas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( AidilAdha).





Hukum

Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut). Adapun bagi mereka yang bernazar,hukumnya wajib. Bagi mereka yang berkemampuan Makruh meninggalkan amalan ini. Wajib hukumnya kepada Rasulullah berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”.(Riwayat Imam Tirmizi)


Maksud Korban

Menyembelih binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai umur* pada hari raya korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah selepas sembahyang sehingga gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.



*Umur binatang yang boleh dikorbankan:

􀀹 Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
􀀹 Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7 bahagian.
􀀹 Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
􀀹 Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
٭ Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.


Sunat-sunat ketika menyembelih binatang korban:

1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban itu.


Nota:

a) Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.

b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab Syafie. Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabdaRasulullah maksudnya: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagi mu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.

# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka.




Selamat Hari Raya Korban

Wednesday, November 26, 2008

Selamatkah Orang yang Berilmu?


Gambar Hiasan
Tidak dapat dinafikan betapa pentingnya ilmu itu dalam kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan menjadi kaku.Hendak berbuat, tak tahu caranya. Hendak bergerak,tak tahu langkahnya. Hendak berpergian, tak tahu arah tujuannya.Untuk menguruskan hal dunia, kita perlu kepada ilmu. Untuk menguruskan hal Akhirat pun, lebih-lebih lagi kita perlu kepada ilmu. Islam amat menitikberatkan tentang ilmu. Tidak serupa orang yang berilmu itu dengan orang yang tidak berilmu. Allah mengangkat orang-orang yang berilmu itu beberapa darjat.












Allah lebih suka kepada ulama yang fasiq daripada orang jahil yang taat. Orang yang jahil itu adalah seteru Allah.Ilmu itu ibarat obor yang menyuluh. Dengan ilmu, kita dapat melihat jalan-jalan yang patut ditempuh. Dengan ilmu, kita dapat melihat mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah; mana jalan yang baik dan mana yang buruk; dan mana jalan yang hak dan mana jalan yang batil.














Orang yang mempunyai ilmu itu ibarat orang yang mempunyai obor di malam yang gelapgelita.Dia boleh menerangkan kegelapan untuk dirinya dan juga untuk orang lain.dengan ilmunya. Hanya setakat tahu, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya.Akan tetapi, ilmu semata-mata tidak menjamin apa-apa. Kalau banyak pun ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu, tidak bermakna dia akan selamat dari terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Seperti juga orang yang mempunyai obor, tidak semestinya dia tidak akan sesat atau tidak akan tersungkur.












Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Dia akan memberinya faham tentang agama. Tidak dikatakan akan diberinya ilmu tentang agama. Jadi, orang yang mempunyai ilmu itu tidak semestinya dia faham dan tidak semestinya dia dapat beramal, sesuai dengan ilmunya. Hanya setakat tahu sahaja, belum tentu ilmu itu dapat memberi kebaikan atau manfaat kepada orang yang memilikinya. Berlainan dengan faham. Faham itu ialah tahu lahir dan batinnya, tahu yang tersurat dan yang tersirat di sebaliknya. Di samping ilmu, apa yang sebenarnya kita perlukan ialah taufiq iaitu pimpinan Allah. Dengan taufiq, segala amal perbuatan kita akan setentang atau tepat dengan ilmu. Barulah ilmu itu menjadi ilmu yang bermanfaat bagi kita dan dapat kita menjadi orang yang beramal dengan ilmunya.










Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Tanpa taufiq inilah maka kita sering lihat orang yang amalannya tersimpang dari ilmunya. Tidak kurang kita lihat orang yang mengajar ilmu tauhid tetapi dia sendiri tidak mampu berjiwa tauhid. Atau orang yang alim tentang hukum sembahyang, tetapi dia sendiri tidak mendirikan sembahyang.Atau ulama-ulama yang secara terus-menerus terlibat dengan dosa-dosa besar. Atau ulama-ulama yang mengubah hukum hakam untuk menjaga kepentingan pangkat, jawatan dan kedudukannya, dan yang menggunakan ilmunya untuk membenarkan tindak-tanduknya yang salah. Malahan ada manusia yang bertaraf profesor di universitiuniversiti di Barat yang hafaz Al Quran dan hafaz beribu-ribu hadis, lengkap dengan perawinya, bahkan pula layak memberi ijazah dan Phd. pengajian Islam kepada graduan-graduan Islam, tetapi mereka sendiri tetap kufur dan tetap tidak beriman kepada Allah.












Ulama yang tidak beramal dengan ilmunya akan masuk Neraka 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala. Dan di kalangan ulama ada yang digelar ulama suk atau ulama jahat yang kerjanya melarang manusia menuju kepada Tuhan dan menyusahkan manusia membuat kebaikan dan kebajikan.Maksiat dan kemungkaran tidak pula dilarang atau ditegurnya. Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya lari dari ulama jahat seperti ini seperti mana kita lari dari singa yang ganas. Dunia telah masuk dan bersarang di dalam hati-hati mereka.Mereka merosakkan agama di atas nama agama. Ilmu itu amanah Allah. Kalau kita diberi ilmu, kita bertanggungjawab.Kita perlu mengamalnya, menyampaikan atau mengajarnya dan memperjuangkannya. Di Akhirat nanti, kita akan disoal tentang ilmu yang ada pada kita itu.

Saturday, November 22, 2008

Muslims in Malaysia should not practice yoga

Muslim should not practice yoga because it will erode their faith in Islam, a senior Islamic cleric said today.

“Yoga is forbidden for Muslims. The practice will erode their faith in the religion,” Abdul Shukor Husin, chairman of the government-backed National Fatwa Council, told reporters.“We advice Muslims not to practice yoga. It does not conform with Islam,” he said in response to a call to ban Muslims from practising yoga. Yoga, an ancient Indian aid to meditation dating back thousands of years, is a popular stress-buster in Kuala Lumpur.

Zakaria Stapa, a professor at the Islamic faculty of the Universiti Kebangsaan Malaysia, recently called on Muslims to stop practising yoga as it might cause them to “deviate from their faith”. Abdul Shukor said yoga involved physical and religious elements of Hinduism including the recitation of mantras.

He could not say how many Muslims were practising yoga but called on state authorities to punish those who do. The fatwa council recently banned women from dressing or behaving like men and engaging in lesbian sex, saying it was forbidden in Islam. - AFP

Mengenali Golongan Islam Liberal

Liberal bermaksud bebas dan tidak terikat dengan mana-mana ikatan ajaran keagamaan. Golongan yang berfahaman liberal ialah golongan yang ingin menggugurkan beberapa hak syariah dalam agama Islam agar agama ini sama taraf dengan agama lain di Malaysia.


Di Indonesia dan beberapa negara lain, ajaran Islam Liberal seolah-olah menjadi ‘agama’ baru kerana ia jelas membuang banyak sistem syariah dan aqidah. Golongan ini ditaja oleh gerakan Kristianisasi, freemason dan dan segelintir Orientalis yang bencikan kemajuan umat Islam melalui landasan agama.

Bila munculnya Liberal dalam Islam?

Ia bermua di di dunia barat apabila menjelangnya zaman kebangkitan barat (selepas kejatuhan Andalusia 1492), serta kebangkitan golongan yang anti gereja atas nama kemajuan teknologi barat. Gereja telah lama mengongkong umat Kristian sehingga mereka tidak dapat membangkitkan tamadun seperti Umat Islam di Baghdad dan Sepanyol.

Islam adalah agama ilmu. Kerana itu Islam melahirkan ramai ilmuan yang meliputi ilmu sains, teknologi, sosiologi, sejarah, agama, politik dan kesenian tanpa mereka menyerang para ulama’ dan Al-Quran. Mereka masih Islam dan menggunakan ilmu untuk memajukan Islam.

Akibat kongkongan Gereja dan Raja di Barat yang zalim, golongan cerdik pandai di Barat mula menentang gereja dan bermulalah kegiatan sekularisme (pemisahan agama dengan kehidupan) serta liberalisme barat (pembebasan ilmu dengan agama).

Mengapa Idea Liberal masuk ke dunia Islam?

Golongan ilmuan Islam yang dijajah oleh Barat mula mengkagumi kehebatan barat selepas tamadun Islam dipindah ke Barat. Mereka mula mengagumi
Hiburan barat
Teknologi barat
Pakaian dan cara hidup barat
Cara Barat berfikir

Apakah saranan golongan liberal di Malaysia
  • Jauhkan institusi ulama’ dari pentadbiran
  • Setiap individu berhak sepenuhnya ke atas dirinya dan tiada pantauan moral boleh dilakukan.
  • Biarkan kehidupan bebas (gay, lesbian, arak, pengguguran anak)
  • Menyerang sistem poligami Islam.
  • Mengatakan sistem kehakiman Islam zalim dan tidak berperi kemanusian.
  • Tiada paksaan terhadap wanita untuk menutup aurat.
  • Menyerang bahawa Islam membenarkan penderaan isteri kerana dikatakan Islam
  • Membenarkan pemukulan Isteri secara wewenang.
  • Menyamataraf semua agama di Malaysia.
  • Ingin menghapus terus Mahkamah Syariah di Malaysia.
  • Membenarkan kebebasan bersuara sehingga penghinaan terhadap Nabi dibiarkan.

Keperihatinan kita terhadap ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah yang sebenar akan menyelamatkan kita dari terus terpengaruh oleh golongan ini.

sumber: SkuadPenyelamatAqidah

Friday, November 21, 2008

Yoga Haram atas umat Islam


YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri mutakhir ini. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu. Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti terbabit. Tetapi apa sebenarnya yoga?


Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan tuhan dengan mengheningkan fikiran (seperti dengan bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.


Menurut sebuah ensiklopedia, yoga merujuk kepada disiplin tradisional berkaitan fizikal dan mental yang berasal dari India; matlamat yang dicapai melalui disiplin ini; dan satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan menyatukan. Terjemahannya termasuk bergabung, bersatu, kesatuan, penghubung, jalan atau cara.


Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, berkata Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan. Yoga dikatakan mempunyai beberapa cabang, antaranya Raja Yoga, Karma Yoga, Jnana Yoga, Bhakti Yoga dan Hatha Yoga.Raja Yoga disusun dalam Sutra Yoga Patanjali dan dikenali sebagai yoga dalam konteks falsafah Hindu adalah sebahagian tradisi Samkhya. Banyak teks Hindu membincangkan aspek yoga, termasuk Veda, Upanishad, Bhagavad Gita, Hatha Yoga Pradipika, Shiva Samhita dan pelbagai Tantra.Di luar India, istilah yoga sering disamakan dengan Hatha Yoga dan gaya posisi tubuh (asana) atau suatu bentuk senaman. Seorang pengamal Yoga dipanggil Yogi (uniseks) atau Yogini (perempuan).


Senaman yoga yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.Bagaimanapun, kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dikhuatiri boleh memesongkan akidah bagi mereka beragama Islam yang mengamalkannya.“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,” kata Zakaria.


Ketika kebanyakan amalan mistik kuno secara samar-samar diisyaratkan dalam Veda, amalan pertapaan dirujuk dalam Brahmaas. Rig Veda, teks Hindu paling awal menyatakan amalan terbabit. Pengawalan minda dan pernafasan dipercayai diamal sejak zaman Vedic (zaman Vedic ialah zaman dalam sejarah India sepanjang Veda, teks Hindu yang paling lama digubah).


Penulis popular mengenai yoga, Georg Feuerstein mempercayai yoga menjadi asas kepada upacara Vedic, khususnya untuk ratib zikir suci. Dalam Upanishad, rujukan yang awal terhadap meditasi dibuat dalam Brihadaranyaka Upanishad, satu daripada Upanishad yang terawal. Sumber naskhah utama bagi mengembangkan konsep yoga adalah pertengahan Upanishad, Mahabharata, termasuk Bhagavad Gita dan Sutra Yoga Patanjali.
Beberapa pengesahan ditemui di kawasan Peradaban Lembah Indus memaparkan gambaran dalam yoga atau meditasi seperti gaya posisi tubuh, ‘satu bentuk disiplin ritual, yang mencadangkan yoga’ iaitu titik kepada pemujaan Harappan kepada ‘disiplin ritual dan konsentrasi’, menurut ahli arkeologi Gregory Possehl. Bhagavad Gita (Nyanyian Tuhan), menggunakan terma yoga dengan meluas dalam pelbagai cara. Sebagai sesuatu yang ditambah kepada seluruh bab (ch 6) mendedikasikan kepada amalan yoga tradisional, termasuk meditasi, ia memperkenalkan tiga jenis yoga yang menonjol, iaitu Karma yoga (yoga tindakan/aksi), Bhakti yoga (yoga pemujaan) dan Jnana yoga (yoga pengetahuan).Madhusudana Sarasvati, seorang ahli falsafah India dalam tradisi Advaita Vedanta (aliran falsafah Hindu) membahagikan Gita kepada tiga seksyen, dengan enam bab pertama berkaitan Karma yoga, enam pertengahannya dengan Bhakti yoga dan enam yang terakhir dengan Jnana.
Pengkritik lain menyifatkan yoga yang berbeza pada setiap bab, dengan menggariskan lapan belas yoga berbeza.Hatha Yoga adalah sistem yoga khusus digambarkan oleh Yogi Swatmarama, penyusun Hatha Yoga Pradipika pada kurun ke-15 India. Hatha Yoga berbeza dari yoga Raja Patanjali kerana ia memfokus terhadap shatkarma (merujuk kepada amalan yoga membabitkan penyucian tubuh badan) penyucian fizikal badan sebagai peneraju kepada penyucian minda (ha) dan pernafasan (prana) atau tenaga yang penting (tha). Dibandingkan dengan gaya posisi tubuh yang duduk atau berdiri, yoga Raja Patanjali, ia menandakan pembangunan gaya posisi tubuh sebagai gaya sepenuh badan yang kini menjadi popular.


Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, ketika mengkritik persoalan ini membabitkan umat Islam, berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan individu yang sudah mengamalkannya.Bahkan menurutnya, mereka yang terbabit dengan aktiviti itu perlu segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.“Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.“Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam,” katanya.

Kesimpulannya keputusan ini tepat dan belum terlewat untuk kita kembali ke pangkal jalan. Apa jua aktiviti sekiranya bersangkutan dengan ritual agama selain Islam wajar kita megelak dari turut serta agar tidak termasuk orang yang melakukan perbuatan yang menyimpang dari akidah yang sebenar. Menjaga kesihatan sememangnya wajib malah menjaga akidah dari terpesong dan tersesat juga wajib. Wallahu a'lam.

Erti Penampar Pak Kiyai

Dikisahkan seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau siapa saja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencoba mengikut kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada tiga persoalan:

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kuat.

Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak mampu menunjukkannya.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Tangan yang saya gunakan untuk menampar anda diselaputi apa?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Pipi anda pula?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Nah! Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuatdari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Argumentasi itu memaparkan moral bahawa ilmu bukan pada segulung ijazah semata-mata. Sedangkan logik akal sudah mengakui kewujudan Tuhan apatahlagi jika kita menemui ayat2 Allah di serata alam ini.

Niat merancang kejayaan

HADIS Nabi SAW yang masyhur dan diriwayatkan Umar al-Khattab bermaksud: "Sesungguhnya sesuatu amal itu (bermula) dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa diniatkan itu."
Firman Allah bermaksud: "Berdoalah kamu kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan permintaan kamu."
Niat juga disebut sebagai qasad atau maksud tujuan. Dalam istilah perancangan disebut sebagai objektif atau matlamat.Hadis itu menegaskan sesuatu amalan menjadi sah di sisi syarak ialah dengan sahnya niat. Sesuatu amalan diterima sebagai pengabdian kepada Allah juga dengan niat dan satu perspektif lain ialah sesuatu kerja itu akan berjaya mencapai kejayaan bergantung kepada niat.
Tiga perspektif penting dijelaskan dalam hadis itu ialah: Sah atau tidak amal ibadat bergantung kepada niat dan betul dengan cara disyariatkan.Sesuatu amal ibadat tidak akan mendapat ganjaran jika tidak ikhlas kepada Allah. Sesuatu amal, kerja dan usaha akan gagal jika tidak jelas maksud tujuannya.
Niat adalah amalan hati, minda, emosi dan anggota badan secara serentak. Anggota badan akan bergerak melakukan apa yang ia mahu atau menjauhi apa yang ia takut. Gerakan ini bermula dengan satu keputusan diputuskan oleh hati.Keputusan itu berpunca daripada wujudnya kemahuan yang kuat dalam diri. Kemahuan yang kuat dicetuskan rasa seronok atau takut. Keseronokan dan ketakutan adalah emosi yang lahir daripada gambaran yang ada dalam minda. Gambaran dalam minda boleh diciptakan kita sendiri atau terkesan dengan gambaran yang wujud di luar kehidupan kita.Objektif hidup jelas disebut juga impian yang jelas. Ia adalah gambaran masa depan yang kita inginkan berlaku dalam diri. Ini bererti kta boleh merancang kejayaan kita.

Tuesday, November 18, 2008

Ayuh ! Menjadi Guru Cemerlang


Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.



Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru CemerlangPengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.





Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.







Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).
Menyedari hakikat kurangnya golongan ustaz dan ustazah maka ayuh penuhi kerusi yang kosong agar kecemerlangan terus dipacu khasnya Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Saturday, November 15, 2008














POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAHBAIKAN PLBS




Post-Mortem ialah pemeriksaan sesuatu rancangan yang gagal untuk mengetahui sebab kegagalan (Kamus Dewan edisi Ke-4) Dalam konteks pendidikan, post-mortem diadakan untuk menganalisis keputusan ujian / peperiksaan, mengenal pasti kelemahan dan puncanya
untuk menentukan strategi penambahbaikan.



Dibuat setiap kali selepas ujian / peperiksaan oleh pihak yang bertanggungjawab dan mendapatkan pelaporan dari semua Ketua Pentaksir Negeri

Post-mortem akan dapat menentukan

1. Keupayaan guru yang mentaksir.

2. Keupayaan murid ditaksir.



3. Standard item yang di taksir.

4. Keberkesanan pentaksiran secara keseluruhan dan penyelarasan markah yang dilaksanakan.



5. Cadangan langkah-langkah penambah baikan.






Tahniah buat Sektor Penilaian dan Peperiksaan Negeri Selangor yang berjaya mengadakan proses ini dengan jayanya pada 29-31 Oktober

Wednesday, November 12, 2008

Kita selalu Bertanya....................dan...Al-Quran sudah menjawabnya. ................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
Al- QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKUIDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
AL-QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggidarjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalansabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnyasembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utkmereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL_QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
AL-QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

Ketahui Pelbagai Cara pendedahan Aurat Wanita!



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.













Berikut adalah cara bertahap:












I. Menghilangkan Definisi Hijab











Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbezahalnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.













Caranya?












Pertama, Membuka Bahagian Tangan Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?













Kedua, Membuka Leher dan Dada












Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.












Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang











Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanitakasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).













Keempat, Agak di Buka Sedikit












Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.










II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit












Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.











Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis











Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.













Ketiga, Terbuka Seluruh Betis













Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.












III. Serba Mini













Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.













Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita.











"Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.PenutupDemikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.Wallahu a'lam bisshawab.







Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani",

Adnan ath-Thursyah Posted by kanggaru90 on August 24 2008

Saturday, November 08, 2008

Rahsia di sebalik sujud seorang mukmin

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w., daripada Abu Firas (Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami r.a.; beliau merupakan golongan Suffah yang tinggal di masjid Rasulullah s.a.w.) telah berkata:


“Pada suatu malam ketika aku bersama-sama Rasulullah s.a.w. menyediakan air wuduk dan keperluan Baginda yang lain seperti biasa, sekonyong-konyong Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Firas pohonlah kepadaku! (sebarang hajat untuk aku minta kepada Allah Taala, moga diperkenankan).”
Aku menjawab: “Wahai Rasulullah, aku hanya memohon supaya menjadi temanmu di syurga nanti.” Rasulullah bertanya pula: “Apakah ada yang lain?” Maka aku menjawab: “Itu sahaja ya Rasulullah!” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu memberatkan diri dengan memperbanyakkan sujud. (Riwayat Muslim)











Jelas melalui mafhum hadis di atas, Rasulullah s.a.w. telah memberi satu tip bagaimana untuk menjadi golongan yang duduk bersama-sama dengan Baginda di syurga nanti. Amalan tersebut iaitu berusaha memperbanyakkan sujud kepada Allah s.w.t.
Hal ini kerana amalan sujud akan mendekatkan kita kepada Allah s.w.t. Sebab itulah dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w. telah mengingatkan umatnya supaya berwaspada terhadap golongan yang mencuri dalam solat mereka. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Seburuk-buruk orang yang mencuri, ialah mencuri dalam solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah bagaimanakah ia boleh mencuri dalam solatnya?” Nabi s.a.w. menjawab: “Apabila ia tidak sempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Ahmad, Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan Hakim)












Sujud ialah rukun yang ketujuh dalam solat. Dari sudut istilahnya, ia merupakan gerakan berteleku dengan menundukkan kepala sehingga mencecah ke lantai iaitu dengan cara merapatkan dahi, kening, hidung, kedua-dua lutut, hujung dua kaki dan merenggangkan sedikit kedua-dua tangan ke lantai. Biasanya ia dilakukan sewaktu menunaikan ibadah sembahyang, sama ada sembahyang wajib atau sembahyang sunat.











Sesungguhnya sujud bukan sahaja gerakan yang bersifat ibadah semata-mata tetapi ia merupakan gerakan yang mengandungi falsafah tersendiri yang mampu membina kekuatan diri dan membentuk sahsiah Muslim, di antaranya:







1. Sujud sebagaimana yang kita ketahui ialah kedudukan terendah iaitu meletakkan dahi atau kepala kita ke tempat sujud. Kedudukan sujud seolah-olah meletakkan diri kita ke tahap yang paling rendah dan paling hina untuk menyembah diri kepada Tuhan yang Maha Tinggi.
Kepala bagi manusia ialah lambang kepada kemuliaan kerana di dalamnya terdapat akal. Akallah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Apabila manusia diperintahkan supaya sujud kepada Allah, kemuliaan tersebut telah diletakkan pada kedudukan yang paling rendah supaya manusia insaf bahawa kebijaksanaannya tidak dapat mengatasi kebijaksanaan Tuhannya yang Maha Bijaksana. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan ingatlah ketika orang-orang kafir merancang tipu daya mereka untuk menahanmu, atau membunuhmu atau mengeluarkanmu, mereka merancang tipu daya mereka. Allah mempunyai tindakan terhadap tipu daya mereka itu, sesungguhnya perancangan Allahlah yang terbaik yang bertindak terhadap tipu daya mereka. (Al-Anfal: 30)












2. Kedudukan sujud juga merupakan klimaks kepada solat seorang hamba dan puncak daripada kehinaan diri. Sedar atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan deria anggota; penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa ke tempat yang paling hina iaitu tanah. Bukan itu sahaja, kita juga meletakkan deria hati dan akal bersama-sama dengan pancaindera tersebut supaya kita boleh berfikir dan mengamati sedalam-dalamnya makna di sebalik gerakan tersebut.
Tegasnya, hati dan akal seharusnya bijak menilai falsafahnya bahawa apabila wajah yang cantik diletakkan ke tempat sedemikian rupa, maka ia perlu sedar bahawa tanah itulah yang menjadi tempat kembalinya semula dan mengingatkan manusia bahawa saat kematian pasti akan menjelma.











3. Selain itu gerakan proses dari rukuk kemudian iktidal dan kemudiannya sujud ialah gerak memberi khidmat dan untuk menta’zim serta penghormatan diri seorang hamba di hadapan Allah s.w.t.. Proses ini tidak boleh diberikan kecuali kepada Allah s.w.t. sahaja. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami adalah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka akan tunduk sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan-nya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. (As-Sajdah: 15)
Gerakan sujud ini juga mendidik manusia agar menghormati antara satu sama lain. Malah Islam juga menganjurkan penghormatan diberikan kepada orang yang lebih besar dan yang sewajarnya dihormati seperti yang diamalkan dalam budaya masyarakat Jepun.
Dalam hal ini, seorang anak wajar menghormati kedua-dua ibu bapanya, seorang pekerja perlulah menghormati ketuanya, begitu juga seorang isteri perlu menghormati suami. Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Nabi bersabda yang bermaksud:
“Jikalau sekiranya ada perintah supaya bersujud kepada seseorang, nescaya akan kusuruh isteri bersujud kepada suaminya.”










4. Sujud juga adalah suatu proses meditasi untuk membentuk ketenangan diri dan meraih khusyuk dalam solat. Proses ini dibentuk melalui muhasabah dan mencerap motivasi diri. Ia melibatkan proses menilai dan merenung kembali apa yang telah dilakukan oleh setiap hamba.
Setiap kali kita mengerjakan solat, ini bermakna kita telah sujud kepada Allah Taala sekurang-kurangnya 34 kali satu hari.
Lazimnya sujud dalam gerakan solat, minda harus terus menerus mengingati kebesaran Allah, menyesal dan bertaubat, terutamanya apabila melibatkan dosa derhaka terhadap perintah Allah s.w.t..











Sesungguhnya pada saat seorang hamba itu sujud, ia merupakan kedudukan yang paling hampir di sisi Allah s.w.t. Kita sangat digalakkan supaya berdoa di dalam sujud dan memohon segala hajat kepada Allah s.w.t. sesuai dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Saat yang paling dekat seseorang hamba itu dengan Tuhannya ketika ia sujud, sebab itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Bertitik tolak daripada itu, amalan sujud melalui gerak solat seharian kita sewajarnya dilakukan secara bersungguh-sungguh agar beroleh janji sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Ia sesungguhnya dapat mendekatkan setiap diri Muslim kepada Allah, di samping mengoreksi diri melihat kekuatan dan kelemahan diri kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Ingatlah, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan sebaliknya sujudlah kepada Allah dan dekatkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh. (Al-Alaq: 19)

Friday, October 31, 2008

Persiapan Menjelang Peperiksaan



Kebimbangan yang sederhana menjelang peperiksaan adalah wajar, kerana manusia sering takut kepada apa yang mereka tidak tahu. Oleh sebab itu, manusia sering dianjurkan untuk mengatasi ketakutan atau apa yang mereka tidak tahu dengan mencari ilmu sebanyak mungkin.

Ada sesetengah perkara yang melangkaui keterbatasan akal fikiran manusia, tetapi manusia sentiasa digalakkan untuk berfikir tentang sesuatu kejadian atau meneroka ilmu baru yang bukan sahaja berguna untuk keperluan duniawi diri manusia sendiri, tetapi juga untuk mengenali pencipta dan penentu kepada segala kejadian atau fenomena.

Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi Ulil Al Bab (orang-orang yang berakal); (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (ali-'Imran: 190-191)

Dalam al-Quran, ia sentiasa terkandung hikmah dan kebijaksanaan yang yang perlu diteroka oleh manusia. Justeru keyakinan dalam mengambil peperiksaan banyak bergantung kepada sejauh mana keikhlasan dan usaha kita dalam menghadapinya. Jika adik faham bahawa manusia akan sentiasa diuji dan diperiksa dalam hidup, sudah tentu peperiksaan ini akan menjadi landasan untuk adik membuktikan bahawa adik akan memberikan yang terbaik untuk tujuan tersebut.

Persediaan peperiksaan

Peperiksaan pastinya memerlukan persediaan dan usaha. Justeru, masa remaja pada ketika ini mungkin sedang tertumpu kepada aktiviti mengulangkaji pelajaran, membuat latih tubi untuk peperiksaan atau menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Dalam mempersiapkan diri ke arah peperiksaan, harus diingatkan bahawa kejayaan seseorang bukan sahaja bergantung kepada diri pelajar itu sendiri, tetapi juga terletak juga kepada usaha ibu bapa serta guru.

Persediaan pelajar

Penulis yakin bahawa adik telah banyak melakukan latih tubi dan latihan mengulangkaji. Adalah menjadi tabiat yang baik untuk membuat nota kecil dan ringkas untuk mengingati fakta-fakta atau langkah-langkah penting dalam sesuatu subjek.

Menjelang akhir peperiksaan ini, nota-nota kecil akan banyak membantu kerana ia mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca bila-bila masa.

Selain itu, adik harus banyak berbincang dengan guru dan rakan untuk mengenalpasti apa-apa kekurangan atau dan memastikan bahawa apa yang adik pelajari dapat diterjemahkan dengan betul dan tepat. Berbincang dan berkongsi ilmu dengan rakan bukan sahaja membantu rakan yang lain, tetapi juga dapat menambahkan kefahaman mengenai sesuatu pelajaran.

Pergaulan dan hubungan dengan orang lain juga harus dijaga. Elakkan bergaduh atau mencari masalah dengan sesiapa supaya ia tidak menganggu emosi adik nanti. Mengenai harapan yang diletakkan pada adik oleh ibu bapa, anggaplah semua itu adalah dorongan dan doa untuk melihat adik berjaya. Ia menunjukkan bahawa ibu bapa masih lagi mengambil berat tentang pelajaran adik, walaupun mereka tidak membantu secara langsung dalam pelajaran adik.

Kesihatan turut menjadi aspek penting menjelang peperiksaan. Kesihatan yang baik bermula dengan pemakanan yang seimbang, senaman yang teratur, tidur yang cukup serta pengawalan emosi yang seimbang. Kini terdapat banyak di pasaran ubat-ubatan atau makanan yang dikatakan menggalakkan kecerdasan minda.

Mungkin ada ubat-ubatan tersebut yang mampu membantu kecerdasan minda, tetapi harus diingatkan bahawa pelajar tidak harus bergantung kepada ubat untuk berjaya dalam peperiksaan. Tanpa usaha untuk belajar, impian untuk berjaya dalam peperiksaan menjadi agak mustahil untuk dilaksanakan.

Dalam Islam, umatnya dianjurkan memakan makanan yang halal lagi baik. (surah al-Maidah ayat 88). Antara hikmah yang terkandung dalam anjuran ini adalah untuk menjaga kesihatan kerana kesihatan yang baik mampu untuk meningkatkan kecerdasan dan mengoptimumkan keupayaan seseorang.

Tawakal juga sangat penting setiap kali kita berusaha. Allah sangat menyukai pada hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya. Justeru, selalulah berdoa untuk diri sendiri dan juga untuk rakan-rakan lain agar sama-sama dapat menikmati kejayaan dalam peperiksaan ini. Dorongan untuk berusaha serta setiap ilmu itu datang daripada Allah, maka pelajar seharusnya tidak melupakan tanggungjawab kepada Allah.

Sebaliknya remaja harus sentiasa mengharapkan bahawa Allah memberkati setiap perjalanan untuk mencari ilmu dan tidak berasa jemu untuk sentiasa belajar perkara-perkara baru.

Persediaan ibu bapa

Ibu bapa juga tidak seharusnya ketinggalan dalam menyokong anak-anak mereka yang sedang menghadapi persiapan akhir menjelang peperiksaan. Galakan dan sokongan dalam bentuk material, kata-kata serta nasihat untuk belajar bersungguh-sungguh akan banyak membantu anak-anak. Paksaan kadangkala tidak menyebabkan anak-anak tertarik untuk belajar, tetapi akan membuatkan mereka malas belajar kerana ia tidak datang daripada dorongan diri mereka sendiri. Apatah lagi jiwa remaja yang suka bertentang dan memberontak, ibu bapa harus berhati-hati. Pada masa yang sama tegas dalam mendisiplinkan masa anak-anak.

Ibu bapa juga boleh memberi ganjaran, tidak semestinya dalam bentuk kebendaan, tetapi dalam bentuk doa dan masa. Doa yang diiringkan kepada anak-anak dengan ikhlas akan sentiasa memayungi semangat dan impian anak-anak dan ibu bapa. Berikanlah pujian dan galakan untuk terus cemerlang lagi, sungguhpun jika keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

Ramai orang yang berjaya setelah bangkit daripada kepayahan dan kegagalan, justeru ibu bapa wajar menjadi teman yang rapat kepada anak-anak dalam mendorong kejayaan mereka.

Persediaan guru

Peranan guru juga tidak boleh dinafikan dalam persediaan pelajar menjelang peperiksaan. Selain daripada berjasa mencurahkan ilmu serta tunjuk ajar kepada pelajar, guru juga mempunyai peranan yang sama seperti ibu bapa iaitu memberi galakan serta semangat kepada para pelajar untuk berusaha dan berjaya dalam peperiksaan.

Guru-guru hendaklah sedia membantu pelajar apabila mereka memerlukan pertolongan serta ikhlas dalam mendidik mereka. Ini kerana tahap dan keupayaan setiap pelajar adalah berbeza-beza dan guru tidak boleh mengharapkan kesemua pelajar akan dapat menghadam ilmu dengan mudah dan cepat. Oleh itu, kesabaran guru dalam mendidik pelajar adalah sangat dituntut dan sudah tentu ia akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kesimpulan

Menjadi yang terbaik adalah impian dan cita-cita setiap orang. Berjaya dalam peperiksaan memerlukan usaha dan sokongan, justeru remaja perlu berusaha keras dan bijak untuk merealisasikan impian untuk berjaya dalam peperiksaan.

Setiap usaha yang dilakukan hendaklah disertai niat ikhlas dan matlamat yang baik, seperti ingin memajukan diri, orang lain serta mengenal pencipta yang agung. Adik harus yakin kemampuan diri sendiri dan bertawakal setiap kali sudah berusaha. Selamat mengambil peperiksaan, insya-Allah doa kami semua mengiringi adik serta rakan-rakan pelajar yang lain.

di posting oleh Ayub dr Coral Bay Beach Resort P.Pangkor

Tuesday, October 28, 2008

Mengkaji kesukaan Syaitan

Mari kita mengkaji beberapa kesukaan syaitan, dengan tujuan untuk kita dapat menghindari dari bekerjasama dengan mahluk yang telah mendapat laknat dari Allah Tuhan Pencipta sekalian alam ini.
Berikut ini diantara empat perkara kesukaan nya;


















1. Suka kita dalam situasi keraguan.








Ketika kita menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini. Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang meyakinkan."Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.





2. Suka kita kuat beribadat tetapi tanpa ilmu.









Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan. Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi s.a.w dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca. "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya terhadap manusia.





3. Suka kita melakukan sesuatu secara tidak ikhlas.








Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas, sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan merasai bersama dengan Allah.







4. Syaitan sangat suka kita menyombong diri.






Syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri. Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang lupa pada Pencipta.









Untuk melawan syaitan berpandukan akronim 'BEST'. B ialah 'believe in Allah' (beriman kepada Allah), E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati), S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan). Namun kita juga percaya ada banyak lagi kesukaan syaitan pada kita yang kita sendiri selalu melupakannya. wallahu a'lam.

FREE PALESTINE

My Blog List