SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, May 29, 2009

Menyingkap penulisan tentang Ibn Taimiyyah

Nama lengkapnya Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abil Barakat Abdussalam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-Khadar bin Muhammad bin al-Khadhar bin Ali bin Abdillah. Keluarga ini dinamai Keluarga Ibnu Taimiyah. Sepanjang sejarah bahawa asal perkataan Taimiyah adalah dari neneknya yang bernama Muhammad bin Ali Khadhar. Beliau ketika pergi naik haji ke Makkah melalui jalan Taima'. Setelah ia kembali dari haji ia dapati isterinya melahirkan seorang anak wanita, yang kemudian diberi nama Taimiyah dan keturunannya dinamai keturunan Ibnu Taimiyah, sebagai peringatan bagi jalan yang dilalui oleh neneknya pada ketika mengerjakan haji tersebut.
Ahmad Taqiyuddin yang kita perkatakan sekarang ini lahir di desa Heran sebuah desa kecil di Palestin pada tanggal 10 Rabiul Awal tahun 661 H. Daerah Heran ini terkenal sejak dulu sebagai daerah Kristian Shabin dan pula daerah orang pandai-pandai, ahli filsafat yang selalu mempermainkan akal. Ahmad Taqiyuddin tinggal di desa Heran sampai usia 7 tahun. Desa ini didiami bukan oleh suku Arab tetapi oleh suku Kurdil, maka kerana itu Ahmad Taqiyuddin bukanlah dari bangsa Arab tetapi dari kaum Kurdi. Ketika desanya akan diserang oleh kaum Tatari ia lari bersama-sama bapa dan keluarganya pergi ke Damsyik (Syiria). Dengan susah payah mereka sampai ke kota Damsyik bersama kitab-kitab yang dipunyai oleh keluarganya. Kerana bapanya adalah seorang ulama Islam dari Mazhab Hambali. Ahmad Taqiyuddin Ibnu Taimiyah ini tetap tinggal di Damsyik sejak dari berusia 7 tahun sampai meninggal dunia tahun 724H dan hanya satu atau dua kali ke Mesir. Kalau dilihat tahunnya, iaitu tahun lahirnya 661 H sampai wafatnya tahun 724H. maka beliau ini hidup sezaman dengan Imam Nawawi, seorang ulama fikah terbesar dalam Mazhab Syafi'i, Imam Nawawi lahir disebuah desa namanya Nawa,dekat Damsyik pada tahun 630H. hanya 31 tahun lebih tua dari Ibnu Taimiyah. Ibnu Hajar al Haitami seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i yang terkemudian dari Ibnu Taimiyah, kerana Ibnu Hajar lahir di Mesir pada tahun 883H.iaitu 22 tahun terkemudian dari Ibnu Taimiyah. Kerana itu tidak hairan, kalau Ibnu Hajar al Haitami banyak mengarang kitab-kitab untuk membetulkan kesalahan-kesalahan Ibnu Taimiyah, seperti kitab Assawa'iqul Muhriqah Firraddi alaz Zindiqah (Petir yang membakar untuk menolak kaum Zendiq).Ibnu Hajar al Haitami-sebagai dikatakan di atas, adalah seorang ulama besar dalam Mazhab Syafi'i, pengarang kitab "Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj",sebuah kitab fikah besar, 10 jilid yang terkenal di Indonesia.
Ibnu Taimiyah dalam sejarahnya kemudian menjadi orang yang alim besar, banyak pengetahuannya dalam fikah Madzhab Hanbali dan juga dalam ilmu Usuluddin. Beliau biasa mengajar dan bertabligh di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan mempunyai ramai murid. Akan tetapi sangat disayangkan,bahawa beliau terpengaruh dengan fahaman kaum Musyabbihah dan Mujassimah, yang merupakan Tuhan dengan makhhluk dan juga banyak mengeluarkan fatwa-fatwa dalam fikah yang jauh berbeza dengan fatwa-fatwa dalam Mazhab Hanbali sendiri dan juga dari Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi'i.
Dalam buku-buku karangannya seperti dalam "AI-Munazharah fil Aqidah Al-Wasithiyah" dan "Al-Aqidah al-Hamiwiyah al-Kubra" ia menerangkan bahawa dasar mazhabnya ialah menjelaskan ayat-ayat dan hadis-hadis nabi yang bertalian dengan sifat Tuhan yang menurut erti lafaznya yang lahir, yakni secara harfiyah sahaja. Bagi Ibnu Taimiyah, Tuhan mempunyai muka, tangan, mata, rusuk„ duduk bersila, datang dan pergi dan cahaya langit dan bumi, kerana hal itu semuanya tersebut dalam al-Quran, katanya. Tuhan berada di atas langit, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas, Tuhan mempunyai anak jari, mempunyai tumit kaki, mempunyai tangan kanan,mempunyai nafas, turun naik dan Tuhan itu "masa", kerana semuanya itu tersebut dalam hadis yang sahih-sahih, kata Ibnu Taimiyah. Jadi fahaman beliau sebenarnya harus dimasukkan dalam bab kaum Mujassimah atau Musyabbihah, kerana ada persamaannya dalam itikad. Tetapi dalam buku ini dibicarakan secara khusus dalam suatu fasal.
Dalam ucapan-ucapannya dan tulisan-tulisannya Ibnu Taimiyah ini banyak mengeluarkan perkataan-perkataan yang menentang Imam-imam Mujtahid yang berempat. Dikatakannya dengan sombong bahawa ia akan memperbaharui pengajian ulama-ulama yang dulu, akan mengembalikan mereka pada kitab Allah dan sunah Rasul, yang seolah-olah mengatakan bahawa ulama-ulama mazhab yang empat itu tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunah Rasul.Dikatakannya pula, bahawa ia akan memerangi khurafat dan bid'ah yang dikerjakan oleh ulama-ulama dan kaum muslimin yang dulu-dulu, yang seolah-olah ia mengatakan bahawa ia sahajalah yang berpegang kepada Kitabullah dan sunah Rasul, sedang ulama-ulama yang terdahulu daripadanya dianggapnya penganut khurafat dan bid'ah. Beliau memaklumkan perlawanan kepada orang-orang Islam yang menganut dan bertaklid dalam furuk syari'at kepada mazhab yang empat dan ia menganjurkan agar setiap orang berjihad sendiri, yang seolah-olah ia lupa bahawa neneknya, bapanya dan ia sendiri adalah pada mulanya penganut Mazhab Hanbali. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang sesat mengatakan bahawa ia akan memerangi bid'ah dan khurafat, bahawa ia akan mengembalikan orang kepada Kitabillah dan sunnah Rasul, bahawa ia akan mengadakan pembersihan dan lain-lain pembohongan. Itulah simbol mereka dari dulu sampai sekarang. Pada hal kalau dilihat kenyataannya, mereka sendirilah yang mengerjakan bid'ah-bid'ah, mereka sendirilah yang mengajak orang taklid, sekurang-kurangnya kepada gurunya atau kepadanya sendiri. la melarang orang bertaklid kepada imam yang berempat yang telah diterima dunia Islam, tetapi ia sendiri menarik orang supaya bertaklid kepadanya.
Begitu juga dengan keadaan Ibnu Taimiyah al-Heran ini. Misalnya, pada suatu kali ia berkhutbah di Masjid Damsyik , Ia menerangkan sebuah hadis bahawaTuhan turun ke langit dunia tiap-tiap malam,Jangan ragu-ragu katanya, Tuhan turun serupa saja turun dari mimbar ini lalu ia turun ke bawah.
Pada tahun 705H, yakni ketika ibnu Taimiyah berusia 44 tahun, ia dipanggil oleh Sultan yang berkuasa di Mesir ketika itu untuk datang ke Mesir. Syria (Damsyik) ketika itu di bawah pemerintahan Mesir. Setibanya di Mesir ia dimajukan ke muka mahkamah dengan tuduhan bahawa ia memfatwakan di hadapan orang ramai pengajian yang sesat, iaitu Allah benar-benar duduk bersila di atas `Arasy, bahawasanya Tuhan berbicara dengan huruf dan suara, serupa pembicaraan dalam sifat manusia. Sebagai jaksa penuntut bertindak Syeikh Zainuddin bin Makhluf, seorang ahli hukum dalam mazhab Hanbali.Tetapi Ibnu Taimiyah ketika itu tidak mahu diadili, kerana yang bertindak sebagai hakim adalah musuh-musuhnya, katanya.Akhirnya ia ditahan saja dan dimasukkan ke dalam penjara selama 18 bulan bersama dua orang saudaranya yang datang ke Mesir ketika itu iaitu Syarafuddin dan Zainuddin.

Sesudah ia keluar dari tahanan dengan bantuan keluarganya ia melanjutkan fatwa-fatwanya di Mesir, iaitu memfatwakan bahawaTuhan duduk di atas'Arasy, bahawa Tuhan bertempat, bahawa Tuhan turun ke langit dunia dan lain-lain fatwa yang tidak sesuai dengan fahaman yang umum dalam Islam, iaitu fahaman Ahlussunnah wal Jama'ah.
Tidak lama sesudah itu Ibnu Taimiyah menghentam pengajian-pengajian tasauf dan mencaci maki guru-guru sufi, yang waktu itu di Mesir sedang banyak. Kemudian ia dimajukan lagi ke mahkamah dengan tuduhan menghina pelajaran tasauf dan ia ditahan dalam sebuah tempat tahanan kelas satu yang diberi pelayan untuk melayaninya. Tidak lama kemudian ia dikeluarkan lagi dari penjara.Jadi Ibnu Taimiyah bukan saja memfatwakan bahawa Tuhan duduk bersila di atas 'arasy tetapi juga menghentam pengajian-pengajian tasauf, tidak menyukai tarikat-tarikat, yang di Mesir ketika itu dan sampai kini sedang berkembang.
Pada tahun 709 H ia dibuang lagi ke Iskandariah oleh Sultan Muzaffar Klaun dan tinggal di situ selama 7 bulan. Sebabnya tidak lain ialah kerana mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil dalam agama dengan semboyan "kembali kepada Allah dan Rasul". la menganggap bahawa ulama-ulama Islam yang berkumpul dalam 4 mazhab, begitu juga ulama-ulama Usuluddin Ahlussunnah wal Jama'ah semuanya dianggapnya tukang bid'ah.Yang tidak kurang bid'ah hanyalah ia seorang.
Pada tahun 712H ia kembali ke Damsyik. Di Damsyik pada ketika itu ia mengeluarkan bukan saja fatwa-fatwa dalam Usuluddin tetapi juga dalam hukum-hukum fikah yang berlainan dan bahkan yang bertentangan dengan mazhab yang empat, sehingga boleh dikatakan ia sudah keluar dari lingkungan mazhab yang 4 itu, khususnya telah keluar dari Mazhab Hanbali yang ia anutinya sebelumnya.
Pada tahun 718H keluar lagi perintah dari Sultan yang berkuasa di Damsyik ketika itu untuk melarang Ibnu Taimiyah berfatwa, kerana ia mengulangi lagi fatwa-fatwanya yang ganjil-ganjil yang berlainan dari fatwa ulama-ulama Islam yang banyak pada waktu itu.Tatapi perintah ini dilanggarnya. Dalam pengadilan agama yang terdiri dari ulama-ulama ahli hukum yangbersidang tanggal 22 Rejab tahun 720H ia dimasukkan lagi ke dalam tahanan sampai tahun 721 H.
Tahun 721 H ia dikeluarkan lagi dari tahanan. Akhirnya riwayat Ibnu Taimiyah sangat menyedihkan. Beliau meninggal dalam penjara benteng Damsyik pada tanggal 27 Syawal tahun 728 Hijrah, sesudah mengalami penahanan beberapa tahun. Ibnu Batuta, seorang pengembara dari Tangger, AI-Jazair pada akhir abad ke VII dan permulaan abad ke VIII H. menerangkan dalam bukunya yang bernama "Rahlah Ibnu Batuta"., pada jilid I, halaman 57 begini.Adalah di kota Damsyik, Syria seorang ahli fikah yang besar dalam mazhab Hanbali namanya Ahmad Taqiyuddin Ibnu Taimiyah. la banyak membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, tetapi sayang sekali otaknya sedikit goncang".
Penduduk kota Damsyik sangat menghormati orang itu. Pada suatu ia mengajar di atas mimbar masjid Damsyik. Ia mengeluarkan beberapa ucapan atau fatwa yang berlainan dari fatwa ahli-ahli fikah yang lain, sehinggga akhirnya diadukan orang kepada Raja Naser di Kaherah. Ia dibawa ke Kaherah dan kepadanya dihadapkan beberapa tuduhan dihadapan pengadilan yang memeriksa perkaranya. Ibnu Taimiyah tidak memberi jawapan apa yang ditanyakan oleh para hakim tetapi sekalian pertanyaan dijawabnya dengan La Illaha Illallah. Akhirnya ia dimasukkan ke dalam penjara dan ditahan beberapa tahun.
Di dalam penjara ia mengarang sebuah kitab tafsir yang diberinya nama "Al-Bahrul Muhith". Kemudian ibunya memajukan permohonan kepada Raja Naser untuk membebaskan anaknya. Raja Nasar memperkenankan permohonan ibu ini. Tetapi kata Ibnu Batuta kemudian terjadi lagi hal yang serupa:"Saya ketika itu sedang berada di Damsyik. Saya hadir di masjid mendengar dia memberi pelajaran di hadapan umum di mimbar masjid Jami'. Banyak pelajaran diucapkan. Di antara perkataannya: 'Allah turun ke langit dunia serupa turunnya dengan turun saya ini", lalu ia turun satu tingkat dijinjang mimbar. Pada ketika itu seorang ulama ahli fiqh mazhab Maliki bernama Ibnus Zahra' membantah dia dan melawan ucapan-ucapan Ibnu Taimiyah (lihat Rahlah Ibnu Batuta, juzuk I halaman 57, buku cetakan Azhariyah, Kaherah 1928H).
Ibnu Batuta melanjutkan laporannya: Murid-murid Ibnu Taimiyah marah kepada Ibnu Zahra', lalu mereka berpukulan.Raja ini seorang yang baik, beliau memerintahkan pada Raja Mesir namanya Naser supaya Ibnu Taimiyah dibawa pengadilan tinggi, kerana fatwanya dalam agama banyak yang salah-salah.
Di antaranya fatwa yang salah itu, kata Ibnu Batuta ialah bahawa talak tiga yang dijatuhkan sekaligus dianggap jatuh satu, berpergian ziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah dianggap maksiat dan lain-lain.Sesudah diadakan persidangan maka diambillah keputusan bahawa Ibnu Taimiyah ditetapkan telah melakukan kesalahan-kesalahan kerana banyak fatwanya dalam fikah dan dalam usuluddin yang menyeleweng, tidak sesuai dengan ajaran-ajaran yang diajarkan oleh nabi dan sahabat-sahabat nabi dan tidak sesuai pula denganajaran-ajaran agama yang biasa diajarkan oleh ulama­ ulama Islam. Kerana itu ia dihukum penjara di Benteng Damsyik. la ditahan dan mati dalam penjara Benteng Damsyik pada tanggal 27 Syawal tahun 728H.
Demikian keterangan Ibnu Batuta dalam buku "Rahlahnya". Teranglah bahawa IbnuTaimiyah ini boleh dikatakan seorang ulama besar, tetapi otaknya sedikit kacau, sekali ia katakan dan ia fatwakan dengan lancang, bahawa Tuhan duduk serupa saya duduk ini, dan tuhan turun serupa turun saya ini, dan di waktu yang lain ia fatwakan bahawa walaupun Tuhan bertangan dan bermuka, tetapi mukanya tidak serupa dengan muka kita, Tuhan Allah tak serupa dengan makhluk, katanya.
Tersebut dalam kitab "Daf'us Syubah man Tasyabbah wa Tamarrad" (penolak subhat yang membikin subhat dan penyelewengan), karangan Mufti dan Syaikhul Islam Taqiyuddin al Husaini ad Dimsyagi (meninggal di Damsyik tahun 829H), pada halaman 41 begini:"Mengkhabarkan Abu Hasan 'Ali ad Dimsyagi, ia terima dari bapanya bahawa bapanya menghadiri majlis ibnu Taimiyah di Masjid Damsyik".Ibnu Taimiyah memberi pelajaran di hadapan umum. Ketika ia sampai kepada pengajian ayat 'Tuhan istawa di atas Arasy" maka ia (Ibnu Taimiyah) mengatakan bahawa Tuhan duduk bersila serupa sila saya ini.Pada ketika itu pendengar jadi marah sehingga ia dilempar dengan sepatu dan sandal, diturunkan dari kerusi duduknya, ditampar dan dipukul beramai-ramai. Perkara ini sampai kepada polis dan hakim yang kemudian mengadakan persidangan untuk mengadili Ibnu Taimiyah itu. Mendengar jawapan-jawapan Ibnu Taimiyah dalam pengadilan, hakim-hakim menjadi geli melihal kedangkalan ilmu Ibnu Taimiyah itu". Demikian tersebut dalam buku "Daf'us Syubah man tasyabbah wa tamarrad", karangan Taqiyuddin alHusaini orang Damsyik yang meninggal 9 tahun terkemudian dari lbnu Taimiyah. Khabar ini didengarnya dari bapanya yang menghadiri majlis Ibnu Taimiyah.
Teranglah dalam kedua keterangan itu, yakni keterangan-keterangan Ibnu Batuta dan Taqiyuddin alHusaini, bahawa Ibnu Taimiyah termasuk golongan orang yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk, golongan Musyabbihah kerana ia mengatakan bahawa Tuhan turun dari langit tiap-tiap malam seperti turunnya dari mimbar dan Tuhan duduk bersila di atas'Arasy seperti ia duduk di atas kerusi, walaupun ia banyak kali pula mengatakan bahawa Tuhan tidak serupa dengan makhluk. Tetapi, sejarah telah berjalan, walaupun fatwanya itu tersesat namun pengikutnya ada saja, sesuai dengan peribahasa Arab: "Likalli saqith laqith (tiap-tiap yang jatuh ada pemungutnya). Di antara penganut dan penerus fahaman Ibnu Taimiyah adalah murid Ibnu Hadi dan Ibnul Qayim al-Jauzi, pengarang kitab "Zadul Ma'ad" serta Muhamad bin Abdul Wahab, pembangun fahaman Wahabi.
Tulisan : Kiyai Haji Sirajudin Abbas
penulisan di atas hanya sebagai pembuka minda dan tidak mewakili pemikiran blogger

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List