Ayat ini memberi mesej yang jelas sebagaimana dibentangkan dalam Al-Quran tentang kekuasaan dan keagungan Allah. Sehingga digambarkan bahawa gunung ganang sekalipun tidak sanggup menahannya sehingga pecah berderai tatkala Al-Quran diturunkan ke atasnya.
Pada suatu ketika hati manusia akan menggeletar tatkala dibacakan ayat-ayat Allah. Inilah jua yang dikisahkan terhadap peristiwa Umar Al Khattab apabila sampai kepadanya hidayah Allah bila mendengar keunikan kalam Allah, maka hatinya mengeletar ketakutan kerana takutkan ancaman Allah.
Detik detik inilah jua yang kita harapkan dalam kehidupan kita untuk mencapai kebahgiaan dan keselamatan di dunia kerana yakin adanya kehidupan akhirat selepas datangnya kematian. Detik-detik ini akan dapat dicapai dengan darjat ketaqwaan yang tinggi terhadap keagungan Allah. Hanya hati yang sedar dan insaf dapat menyelami apa yang disampaikan dalam Al-Quran. Perumpamaan dan kisah gunung ini adalah menuntut manusia untuk berfikir tentang keagungan Allah seterusnya mengimani segala perintah dan menjauhi larangannya.
Pada akhir surah ini pula disebutkan Nama-nama Allah dengan Sifat-sifat yang paling indah. Ianya sebagai satu peringatan agar manusia sentiasa mengingati Allah pemilik Alam semesta. Untuk apa dibentangkan nama-nama Allah ini? Kita diajarkan supaya sentiasa menyebut dan mengingati Allah di mana jua kita berada supaya kita tidak lupa diri hidup di atas dunia milik Allah ini. Nama-nama Allah yang dinyatakan adalah mewakili sifat-sifatNya yang menjadikanNya Tuhan yang selayakNya disembah kerana Dia adalah Pencipta dan kita adalah HambaNya.
dari sumber Tafsir Fi Zilal al-Quran
Terima kasih atas perkongsian ilmu....sgt memberi kesedaran...
ReplyDelete