ADAB DI TEMPAT REKREASI
1. PENGERTIAN REKREASI :
Kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan contohnya riadhah, beristirehat dan menghiburkan hati.
Islam mengharuskan umatnya berekreasi dengan syarat tidak melanggar batas-batas syarak
2. KATEGORI REKREASI:
Aktif
Tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti bersukan
Pasif
Tidak banyak memerlukan tenaga fizikal seperti bersiar-siar
3. FAEDAH REKREASI
· Menguatkan stamina
· Mengimbangi mental
· Mengeluarkan peluh
· Menenangkan fikiran
· Mengurangkan tekanan perasaan
· Menimbulkan semangat kerjasama
· Memupuk perpaduan
4. ADAB REKREASI :
· Berpakaian menutup aurat
· Menjaga pergaulan mengikut hukum islam
· Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak
· Bertanggung jawab menjaga harta awam
· Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi
· Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan
5. CIRI-CIRI TEMPAT REKREASI:
· Yang memberi keselesaan kepada pengunjung melakukan aktiviti rekreasi tanpa gangguan yang boleh menghilangkan keseronokkan rekreasi
· Yang menyediakan keperluan dan kemudahan kepada individu, keluarga atau kumpulan dalam pelbagai aspek.
6. STRATEGI PENGAWALAN TEMPAT REKREASI:
· Bebas dari daripada pemandangan dan perbuatan yang melanggar hukum syarak
· Menjaga kepentingan awam
· Melanggar peraturan yang ditetapkan di tempat rekreasi adalah satu kesalahan dan berdosa
7. HIKMAH BERADAB DITEMPAT REKREASI:
· Mendapat keredhaan Allah
· Dapat memupuk silaturrahim di kalangan pengunjung
· Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar
· Menghindari perkara mungkar
· Mengekalkan persekitaran yang bersih
Semoga paparan ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak disamping selalu mengingatkan anak-anak akan tangungjawab di tempat rekreasi. Kadang-kadang masih lagi terdapat pengunjung tempat rekreasi yang rendah akhlaknya tanpa menghiraukan tanggungjawab menjaga kebersihannya malah tidak menjaga tatasusila dan adab muslim.Mari kita mulakan dari diri kita dan ahli keluarga kita agar adab ini terus diamalkan dan dihayati dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment
Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan