SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, May 25, 2008

Pakaian Pelajar kita menjolok mata?



ASAS DAN ADAB BERHIAS DIRI

Artikel ini mengajak kita memahami isi pengajaran akhlak yang selalu kita peringatkan kepada para pelajar. Lebih relaven untuk dibicarakan kerana akhir-akhir ini timbul isu tentang pakaian putih yang dipakai oleh para pelajar hari ini. Kononnya ia amat menjolok mata apatahlagi yang dijolok matanya itu seorang cikgu. Apapun mari kita lihat isi pelajaran kita sebelum kita komen dihujung coretan ini.

1.CARA BERPAKAIAN MENURUT SYARAK

Antara garis panduan berpakaian yang diletakkan oleh Islam ialah
*Berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah
*Bukan tujuan berbangga diri
*Bertujuan menutup aurat
*Tidak jarang yang menampakkan aurat
*Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan
*Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam

2.PERBUATAN BERHIAS YANG DILARANG OLEH ISLAM

· Memakai emas / sutera tulin bagi lelaki
· Berpakaian yang berlawanan jantina
· Menyambung rambut ( sama ada menggunakan rambut asli atau palsu )
· Membuat tatu
· Pembedahan anggota badan untuk kecantikan

3.HIKMAH BERHIAS DIRI

· Disukai Allah dan manusia
· Menjauhkan diri dari kehinaan
· Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
· Menjaga maruah diri dan agama

4.TUJUAN BERHIAS DIRI

Selaras dengn fitrah manusia yang inginkan kecantikan dan bersih
Menzahirkan nikmat Allah
Mensyukuri nikmat Allah dengan menjaganya sebagai tanda terima kasih dikurniakan tubuh badan yang cantik dan sihat

Ayuh mari kita hayati tuntutan Allah tentang suruhan menutup aurat, dan rasanya eloklah kita berhati-hati mengulas dan bercakap tentang perkara asas agama ini.

Lebih bijak jika di sini kita sarankan kepada ibu bapa dan guru-guru di sekolah menjadi contoh dalam berpakaian dan menegur para pelajar agar berpakaian lebih tertib bahkan mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah.
Bukanlah soal warna putih itu shaja yang menjadi isu akan tetapi apapun warnanya jika menjolok mata dan masih belum memenuhi kriteria menutup aurat maka ia wajar difahami.Tidak perlu kita lakukan perubahan drastik menukar pakaian seragam sekolah hanya tertumpu kepada warnanya sahaja kerana bimbang akan timbul pula isu pembaziran dan ketidakmampuan ibu bapa menukar pakaian baru.

Adalah lebih baik pakaian putih itu tebal sedikit daripada biasa dan bagi pelajar Islam diwajibkan memakai tudung labuh kerana jika sekadar menukar warna tetapi masih lagi dilihat susuk tubuh dan nipis, isu ini tidak selesai. Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List