SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Thursday, May 05, 2011

Hukum Solat Jamak Asar pada Hari Jumaat

Ramai kalangan sahabat-sahabat yang berkursus atau ketika bermusafir menempuh hari Jumaat mengajukan persoalan ini. Di sini dipaparkan satu kaedah yang boleh kita amalkan agar amalan kita kekal makbul di sisi Allah menurut rukhsah yang ada. Menurut mazhab Syafiie, solat jumaat sama sebagaimana solat zohor iaitu harus dijamakkan bersama asar tetapi dengan jamak taqdim sahaja (iaitu menghimpunkan solat asar kepada solat jumaat). Tidak harus dengan jamak ta'khir (iaitu menghimpun solat jumaat kepada solat asar) kerana solat jumaat tidak harus dilewatkan dari waktunya (iaitu waktu zohor).

Berkata Imam al-Khatib as-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj; "Jumaat adalah seumpama zohor dalam jamak taqdim. Ditegah jamak ta'khir kerana solat Jumaat tidak mungkin dilewatkan dari waktunya" (Mughni al-Muhtaj, Kitab as-Solah, bab Fi al-Jam'i Baina as-Solataini) di rujuk daripada laman USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Wallahu a'lam

Persediaan membuat soalan pertengahan tahun

Membina Item Klon ٍSoalan Sebenar
(Kaedah 1 templet 4 kali guna)


Contoh Konsep Klon.


The value of digit 8 in number 81 094 is

A 80
B 800
C 8 000
D 80 000

Nota: Soalan di atas boleh digunakan 4 kali (contoh, Ujian Feb, April, Pertengahan Tahun atau Akhir Tahun).
• Untuk ujian pertama soal digit 8, jawapannya D.
• Untuk ujian kedua soal digit 1, jawapannya C.
• Untuk ujian ketiga soal digit 0, jawapannya B.
• Untuk ujian keempat soal digit 9, jawapannya A.



Kaedah:

Langkah (1) Taip semula soalan SPM sebenar.

Langkah (2) Bina JSU untuk menggmbarkan tajuk mana yang telah dipelajari oleh pelajar.

Langkah (3) Ubah soalan berdasarkan tajuk yang dipelajari oleh pelajar. (seperti dalam soalan yang digambarkan dalam konsep di atas)- Seboleh mungkin kekalkan kata tugas dan bentuk asal soalan. Ubah hanya tajuk.

Langkah (4) Cetak dan siap untuk digunakan.



Faedah:

• Dengan mengklon soalan sebenar LPM dapat meningkatkan darjah kesahan instrumen kerana soalan sebenar SPM telah dibina mengikut piawaian dan standard pembinaan ujian.
• Skor yang diperoleh oleh pelajar mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi kerana soalan SPM sebenar lebih menepati prinsip 5:3:2 dalam menentukan aras Rendah, Sederhana & Tinggi.
• Set soalan yang dibina akan menghasilkan agihan konstruk (pengetahuan dan pemahaman) yang lebih mantap.
• Justifikasi untuk mengatakan bahawa seseorang pelajar itu lemah, sederhana dan pandai lebih tepat.
• Data yang diperoleh melalui sesuatu ujian yang dijalankan lebih yakin untuk digunapakai. Sebagai contoh, ketika meletakkan sesuatu sasaran yang ingin dicapai oleh panitia atau pihak pentadbiran sekolah.
• Proses mendiskriminasi pelajar kepada pelajar yang memerlukan pengukuhan dan pelajar yang memerlukan pengayaan lebih efesyen.

Friday, February 18, 2011

Tanggungjawab Melakksana PLBS 5227/2 dan 5227/3 2011

Arahan melaksanakan PLBS seperti tahun sebelumnya kekal. Sekiranya terdapat sebarang arahan baru, semua Pentaksir Negeri akan dimaklumkan kemudian.


Tanggungjawab guru untuk mentaksir murid secara semulajadi meneruskan tradisi Pentaksiran Berasaskan sekolah ke arah pembelajaran yang terbaik ( Assesment for better learning ). Justeru, kita bukan hakim tapi kita adalah doktor. Memahami falsafah ini ialah bahawa setiap pentaksir inginkan muridnya melakukan perubahan terhadap intrumen yang ditaksir kepadanya, ke arah yang lebih baik dengan melakukan teguran yang membina dan memberi peluang untuk memperbaiki setiap kelemahan. Bahkan bukan menghukum bak kata hakim , kamu bersalah dan tutup buku, tanpa memberi laluan kepadaanya untuk memperbaiki diri.


Justeru itu juga kita buka minda dengan menilai semula tindakan selama ini yang menetapkan bahawa ada markah minima yang perlu dicapai. Persoalannya adakah kita adil berbuat demikian? Tidaklah berdosa kiranya setelah kita memberi peluang memperbetulkan kesilapan dan menunjuk cara yang terbaik, tidak mampu juga mengubah situasi maka sewajarnya kita letakkan markah akhir yang tulen. Ada yang mengatakan ia sebenarnya membuka pekong di dada. Biarkan semua pihak mengambil tindakan proaktif ke arah memperbaiki keadaan. Adakah di pihak kita, atau meraka yang sepatutnya turun padang melihat kelemahan yang berlaku lalu mencadangkan penambahbaikan.


Setiap pembaharuan pasti ada tentangan. tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Tuesday, February 15, 2011

PBS datang lagi

Akan terbit posting baru berkaitan PBS yang akan dimantapkan pelaksanaannya. Nantikan di blog ini seterusnya. Maklumlah nakhoda bertukar baru, semoga ada manfaatnya. Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada manusia lainnya. tungguuu
FREE PALESTINE

My Blog List