SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Monday, March 31, 2008

Panduan Pentaksiran PLBS

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008


PANDUAN PENTAKSIR

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Kemahiran membaca dan menghafaz merupakan kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah (PQS). Sehubungan dengan itu, pentaksiran berasaskan sekolah perlu dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan lancar dan bertajwid serta membaca hadis dengan betul dan lancar.

Perlaksanaanya dapat memperkukuh dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi kemahiran membaca al-Quran dan hadis. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) menekankan pentaksiran yang berterusan iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.


1.2 Perlaksanaan

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dijalankan khusus bagi mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah bagi memenuhi keperluan dan hasrat berikut:

1.2.1 Bersifat autentik kerana berupaya untuk mentaksir kebolehan sebenar pelajar dengan berfokus pada kemahiran membaca dan menghafaz.

1.2.2 Pentaksiran dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran di tingkatan lima.

1.2.3 Pentaksiran boleh juga dilakukan di luar bilik darjah dan dalam kegiatan kokurikulum yang melibatkan mata pelajaran PQS.

1.2.4 Pentaksir ialah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan guru- guru yang difikirkan layak untuk menjalankan tugas tersebut.


1.3 Objektif Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Perlaksanaan PLBS PQS diharapkan dapat:

1.3.1 melahirkan pelajar yang boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan lancar dan bertajwid.

1.3.2 melahirkan pelajar yang boleh membaca hadis dengan betul dan lancar.

1.4 Rasional Perlaksanaan PLBS PQS

1.4.1 Berupaya untuk mentaksir kebolehan sebenar pelajar membaca dan menghafaz al-Quran dan hadis.

1.4.2 Memastikan pentaksiran dilakukan berterusan di tingkatan lima.


2.0 ARAHAN

2.1 Arahan Kepada Sekolah

2.1.1 Tiap-tiap sekolah bertanggungjawab mematuhi arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melaksanakan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) kepada semua pelajar tingkatan lima.

2.1.2 PLBS merupakan sebahagian daripada program pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah hendaklah memastikan program ini dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual.

2.1.3 Sekolah hendaklah menyediakan segala kemudahan untuk melaksanakan PLBS. Ini termasuklah penyediaan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan. Segala perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah sendiri. LPM tidak akan mengeluarkan sebarang peruntukan untuk membiayai program ini.

2.1.4 Tugas untuk melaksanakan PLBS merupakan tanggungjawab guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Pengetua dikehendaki melantik guru mata pelajaran PQS dan mana-mana guru yang berkelayakan sebagai Pentaksir PLBS PQS.

2.1.5 Pengawasan rapi pihak pengetua amat penting. Pengetua hendaklah memastikan bahawa guru-guru yang menjalankan PLBS mengikut prosedur yang disediakan.

2.1.6 Pemarkahan hendaklah dibuat dalam Borang Markah Individu (Lampiran A, B1, B2 dan C) dan Borang Markah Keseluruhan (Lampiran D) yang disediakan oleh pihak sekolah berdasarkan Panduan Pemarkahan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. (Sila Rujuk Panduan Pemarkahan).

2.1.7 Pengetua hendaklah memastikan markah calon dipindahkan dari Borang Markah Individu ke dalam Borang Markah Keseluruhan.

2.1.8 Borang Markah Keseluruhan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah untuk proses mengisi markah secara on-line di dalam laman web LPM setelah mendapat pengesahan pengetua. Satu salinan hendaklah dihantar kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (SPP JPN).

2.1.9 Pihak sekolah diingatkan bahawa pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan individu yang dilantik akan membuat lawatan dari semasa ke semasa. Tujuan lawatan ini adalah untuk:

2.1.9.1 memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan
ketetapan yang telah dibuat dengan adil, sahih dan amanah.
2.1.9.2 melaksanakan penyetaraan pemarkahan.

2.1.10 Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah atau memerlukan bantuan berhubung dengan PLBS PQS, pengetua boleh berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan).


2.2 Arahan Kepada Pentaksir

2.2.1 Tiap-tiap guru yang mengajar mata pelajaran PQS di tingkatan lima dan mana-mana guru yang berkelayakan bertanggungjawab melaksanakan pentaksiran bagi calon masing-masing setelah mendapat surat pelantikan daripada pengetua.

2.2.2 Guru yang telah menerima surat perlantikan sebagai Pentaksir PLBS PQS dikehendaki menjalankan tugas mentaksir calon mengikut prosedur yang telah disediakan.

2.2.3 Pentaksir berkenaan bertanggungjawab meminta pihak sekolah / calon mendapatkan segala kemudahan peralatan bagi calon masing-masing.

2.2.4 Pentaksir hendaklah memberi taklimat dan penerangan tentang prosedur dan perlaksanaan aspek-aspek pentaksiran sebelum calon diuji.

2.2.5 Pentaksir tidak boleh membuat atau membenarkan orang lain ditaksir bagi pihak calon.

2.2.6 Pentaksir hendaklah memastikan bahawa calon mematuhi segala prosedur semasa pentaksiran dijalankan.

2.2.7 Pentaksir dinasihati supaya menjalankan pentaksiran dengan adil dan tekal berdasarkan Arahan, Prosedur Pengendalian dan Peraturan Pemarkahan yang disediakan. Pindaan kepada Peraturan Pemarkahan tidak dibenarkan.

2.2.8 Borang Markah Individu hendaklah digunakan semasa mentaksir. Markah hendaklah direkodkan dengan betul. Rumusan markah bagi setiap perkara yang ditaksir hendaklah dipindahkan ke dalam Borang Markah Keseluruhan, kemudian dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah untuk proses mengisi markah secara on-line di laman web LPM.

2.2.9 Borang markah individu calon tajaan/ persendirian hendaklah di hantar ke SPP JPN.


2.3 Arahan Kepada Calon

2.3.1 Semua calon yang mendaftar mata pelajaran PQS diwajibkan menjalani
PLBS PQS termasuk calon persendirian dan tajaan.

2.3.2 Calon persendirian/ tajaan dikehendaki menjalani PLBS PQS di pusat yang telah ditentukan oleh JPN.

2.3.3 Calon dikehendaki membuat persediaan sebelum menjalani PLBS PQS.

2.3.4 Calon yang tidak menjalani PLBS dalam tempoh yang ditetapkan dikira tidak hadir.




3.0 JADUAL PERLAKSANAAN PLBS

TINDAKAN

Februari
· Mesyuarat LPM dengan KPK
· Mesyuarat LPM dengan KPN

Mac
· Menerima bahan / soalan daripada LPM
· Perjumpaan / taklimat bersama UPP dengan KPN
· Mesyuarat bersama JPN dengan KPN dan KPw
· Mesyuarat bersama KPN dan KPw dengan Pentaksir Sekolah

Mac -Julai
· Pelaksanaan PLBS di sekolah
· Pelaksanaan PLBS calon persendirian

Jun-Julai
· Pemantauan dan penyelarasan

Ogos
· Markah dimasukkan secara on-line oleh S/U peperiksaan sekolah
· Salinan markah dalam bentuk hard copy & soft copy hendaklah disimpan dengan selamat dan satu salinan dihantar ke SPP JPN.
· Markah calon persendirian dihantar ke JPN


I Instrumen PLBS pada bulan MAC

2 Menubuhkan Jawatankuasa PLBS

3 Menjalankan mesyuarat AJK PLBS

4 Menyediakan minit mesyuarat AJK PLBS

5 Mendapat surat pelantikan sebagai ketua pentaksir dan pentaksir sekolah daripada pengetua (Rujuk Lampiran E)

6 Pelajar diberi taklimat prosedur dan perlaksanaan aspek-aspek pentaksiran PLBS PQS

7 Melaksanakan PLBS di sekolah sepanjang bulan Mac- Julai

8 Markah calon diisi dalam Borang A, B (1), B (2), C dan D

9 Borang markah disahkan oleh pengetua sebelum markah dimasukkan secara on-line ke dalam laman web LPM

10 Markah diisi secara on line di laman web LPM.

11 Salinan markah dalam bentuk Hard copy & soft copy disimpan dengan selamat

12 Salinan yang telah disahkan oleh pengetua dihantar ke SPP JPN

13 Bahan-bahan dan maklumat PLBS yang dibekalkan oleh LPM disimpan dalam fail rasmi (Fail Pengurusan, Fail Soalan dan Fail Markah)

14 Menyediakan Sijil PLBS PQS kepada calon (Rujuk Lampiran F)

15 Lawatan pemantauan dijalankan


Nama Pentaksir : ……………………………………………………

Tandatangan : ……………………………………………………

Tarikh : ……………………………………………………



5.0 PROSEDUR PENGENDALIAN

5.1 Arahan Am

5.1.1 Sebelum memulakan pentaksiran, pentaksir hendaklah memberi taklimat kepada calon tentang prosedur pentaksiran.
5.1.2 Pentaksir boleh memulakan sama ada Ayat Tilawah, Ayat Hafazan atau Bacaan Hadis kepada setiap calon.
5.1.3 Pentaksir hendaklah memastikan bahawa calon menyempurnakan kesemua Ayat Tilawah, Ayat Hafazan dan Bacaan Hadis yang ditugaskan.

5.2 Format Pentaksiran Tilawah, Hafazan Dan Bacaan Hadis

KOMPONEN DIUJI MARKAH
TEMPOH

1. Tilawah al-Quran 30
Mac- Julai

2. Hafazan al-Quran 60

3. Bacaan Hadis 10

5.2.1 Ayat al-Quran (Tilawah)

(a) Bahagian ini mengandungi tiga belas petikan ayat. Pentaksir
hendaklah menggunakan kesemua petikan ayat tersebut.
(b) Calon diberi satu petikan.
(c) Calon dikehendaki membaca petikan ayat secara senyap sebelum memulakan ujian.
(d) Calon dikehendaki membaca petikan ayat yang ditugaskan dengan kuat.

5.2.2 Ayat al-Quran (Hafazan)

(a) Bahagian ini mengandungi sepuluh tugasan yang menguji ayat-ayat daripada Surah Yaasin dan Surah al-Sajdah.
(b) Calon diwajibkan menghafaz keseluruhan tugasan yang diberikan
kepadanya.

5.2.3 Hadis (Bacaan)

(a) Bahagian ini mengandungi lapan hadis. Pentaksir hendaklah menggunakan kesemua hadis tersebut.
(b) Calon diberi satu petikan hadis.
(c) Calon dikehendaki membaca hadis secara senyap sebelum memulakan ujian.
(d) Calon dikehendaki membaca hadis yang ditugaskan dengan kuat.



Catatan: Sekiranya terdapat perbezaan dokumen sila abaikan dan gunapakai edaran resmi yang diedarkan oleh LPM

1 comment:

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List