SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, April 27, 2008

Fitna Menuntut Kewarasan




Penyiaran filem Fitna yang dikatakan menghina kitab suci al-Qur’an dan Rasulullah Muhammad saw telah menimbulkan beragam sikap dari umat Islam. Namun, tentu saja sikap yang paling ketara ialah sikap yang melibatkan emosi. Apa yang kita lihat hari ni ialah bahasa kekerasan tampaknya sudah menjadi bahasa harian bagi umat ini.
Saat melihat filem Fitna, saya cuba untuk berfikir jernih, mencerna kandungan filem secara objektif. Memang benar banyak sekali kesalahan Fitna dalam memahami Islam. Dan saya memakluminya, kerana mereka yang disebalik Fitna adalah orang-orang yang tidak memahami Islam. Mereka hanya memperoleh sedikit maklumat tentang Islam dengan kecenderungan untuk menyudutkan muslim.
Dan hasilnya, maklumat yang mereka terima hanyalah maklumat-maklumat yang mendukung tujuan mereka, tidak peduli apakah maklumat tersebut benar atau salah. Di sini, saya katakan bahawa Fitna pada dasarnya adalah sebuah hasil amal jama’i.
Saat melihat reaksi muslim, di negeri ini khususnya, yang menunjukkan reaksi sangat cepat terhadap Fitna. Dan saya sangat bangga bahawa ternyata di tengah kebejatan moral ummah ini masih banyak orang yang tidak rela ketika al-Quran dan Rasulullah saw dipandang secara serong. Namun saya merasa sedih ketika melihat sebahagian muslim yang menjawab Fitna dengan bahasa kekerasan. Tunjuk perasaan kemudiannya telah dipenuhi sepanduk-sepanduk yang berisi ancaman dan hinaan terhadap sutradara Fitna, kecaman-kecaman emosional dari para pemuka agama dan masyarakat, bahkan dari kerajaan sendiri untuk menjawab Fitna secara emosional. Seakan-akan jawaban emosional itulah yang akan mampu mengalahkan Fitna.
Sekali lagi, saya cuba memahami semuanya. Sebuah kewajaran jika umat muslim (termasuk diri saya) merasa emosi melihat propaganda Fitna yang menyudutkan muslim. Tapi, apakah hanya itu jawaban yang boleh kita berikan? Fitna merupakan hasil pemikiran yang salah tentang Islam. Apakah sebuah kesalahan ketara jika seseorang berfikir salah tentang sesuatu yang tidak ia ketahui? Jika ada seseorang dari pedalaman yang belum pernah tahu tentang kewujudan pesawat terbang kemudian ia melihat pesawat terbang dan berfikir bahawa ia adalah sejenis burung raksasa, apakah itu salah? Apakah kemudian orang itu harus dihukum kerana pemikirannya yang salah tersebut?
Kita boleh menjawabnya dengan lebih bijaksana, luruskan pemikirannya, beritahukan hal-hal yang belum diketahui dengan jelas. Kewajiban umat muslim bukan hanya “nahi mungkar”, justeru “amar ma’ruf” yang harus diutarakan. Jika kebaikan sudah tersebar, Inshaallah kemungkaran akan sangat minimun sekali.
Mari kita belajar dari sosok manusia yang paling sempurna, Rasulullah saw. Semasa hidup beliau banyak orang-orang yang belum memahami Islam mencerca, menghina, bahkan menyakiti beliau secara langsung. Tapi kemudian apakah Rasulullah saw menjawabnya dengan kekerasan? Tidak! Rasulullah menjawabnya dengan keramahan, kesabaran, dan silaturahim. Justeru dengan hal itu semakin banyak yang sedar dan mengetahui kebenaran ajaran Rasulullah saw.
Tunjuk perasaan yang berisi kecaman, aksi-aksi anarki, pernyataan-pernyataan yang mengerikan, tindakan-tindakan ganas tidak akan menyedarkan masyarakat bahawa Fitna adalah sebuah kesalahan pemikiran. Justeru hal-hal itu akan semakin menguatkan pencitraan muslim dalam filem Fitna. Sementara masyarakat akan semakin terjebak dalam pemikiran yang salah hanya kerana muslim tidak mampu menjawab pertanyaan Fitna dengan sebaiknya.
Maaf, jika saya tidak mengatakan bahawa Fitna menghina dan melecehkan Islam. Yang saya memahami, penyiaran Fitna mencerminkan pertanyaan dari para pembikinnya terhadap pemikiran mereka tentang Islam, khususnya mengenai ayat-ayat dan hal-hal yang mereka gambarkan dalam Fitna. Mereka sedang mencari kebenaran Tuhan wahai saudara-saudaraku. Mereka sedang mencari Tuhan sebagaimana Ibrahim as mencari Tuhannya. Dan mereka sangat memerlukan jawabannya!
Hingga saat ini saya masih menunggu. Saya masih menanti sebuah jawaban yang bijaksana, yang mampu meluruskan Fitna. Manakala Fitna sudah tersebar ke seluruh penjuru dunia dan sudah menembus fikiran jutaan manusia.
Katakanlah, jika saja saya memiliki kemampuan untuk membuat sebuah filem sederhana, saya akan membuat sebuah filem yang berisi jawaban atas pertanyaan-pertanyaan Fitna. Bukan sebuah filem yang menyerang balik, tetapi filem yang meluruskan kesalahan-kesalahan pemikiran dalam Fitna. Ya, bukan sebuah filem yang berisi ancaman atau hinaan terhadap umat lain, tetapi filem yang berusaha membuka fikiran mereka mengenai Islam yang sebenarnya.
April 17, 2008Posted by ummahonline
Oleh: Masardi

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List