SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, July 02, 2010

Hukum makan dan minum berdiri

Gambar Sekadar Hiasan
Adab yang penting untuk kita bersama pelihara dan amalkan adalah ketika menjamah makanan atau meneguk air minuman. Kadangkala suasana, sistem dan kemudahan tempat duduk yang disediakan dalam suatu majlis tidak mengizinkan tetamunya untuk duduk. Lalu kita mengabaikan adab ini. Mari kita meneliti hukumnya berdasarkan nas dan hadis yang menyokongnya agar kita terus mengamalkan sunnahnya.

Hukum minum berdiri adalah makruh menurut pendapat kebanyakan ulama. Ini berdasarkan hadis-hadis berikut:-

Abu Said al-khudri berkata:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menegah daripada minum berdiri." (Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah seseorang kamu minum berdiri; sesiapa yang terlupa maka hendaklah dia muntahkan kembali"(Hr Muslim)

Daripada Anas dan Qatadah r.a daripada Nabi s.a.w: "Sesungguhnya baginda menegah daripada minum berdiri." Para sahabat r.a bertanya "Bagaimana dgn makan?" Nabi s.a.w bersabda "Itu lebih jahat dan lebih keji"(Hr Muslim)

Sebab apa ianya dilarang? Berikut adalah pandangan dari pakar perubatan:-

Dr Abdul Razzak al-Kailani berkata:

"Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.

Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.

Adapun pandangan daripda dr Ibrahim ar-Rawi adalah seperti berikut:

Apabila seseorang itu berdiri dia dlm keadaan ototnya menjadi tegang (strain) . Pada masa yg sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot , utk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sisitem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan berdiri di tempat yang tidak sesuai duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri seperti berikut:

Ibnu Umar berkata: "Kami makan berjalan dan minum berdiri di zaman Rasulullah"(Hr Tirmizi)

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya Nabi minum zam-zam dalam keadaan berdiri."(Hr Bukhari dan Muslim)
Biarpun ada riwayat yang mengharuskan kita minum dalam keadaan berdiri ianya juga melihat suasana yang tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Pertimbangan kita ialah yang terbaik untuk mengamalkan adab makan dan minum ialah dalam keadaan kita duduk demi menjaga keperluan kesihatan malah thiqah dan pandangan umum terhadap kebaikan cara hidup Islam.
dipetik dari blog cina islam.

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List