SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Thursday, May 26, 2011

Tips Penting Menentukan Aras Kesukaran Item

Analisis kesukaran item biasanya dijalankan selepas pelajar menjawab keseluruhan item dengan menggunakan formula statistik tertentu.

  • Bagaimana pula dengan pembina item yang terdiri daripada guru-guru di sekolah ingin menentukan aras kesukaran item semasa ingin menghasilkan item/ sebelum item itu ditadbirkan dalam kalangan pelajar?
  • Kaedah mengunakan “expert judgment” berdasarkan formula berikut mungkin boleh membantu guru-guru.

1- Semasa ingin menetapkan aras item yang dibina, guru perlu mengandaikan berapa peratuskah bilangan pelajar yang mampu menjawab item tersebut.

2- Andaikan untuk satu item tertentu misalnya, 30 orang daripada 40 orang pelajar yang mampu menjawab dengan betul. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul

Jumlah calon yang menjawab

p = 30

40

p = 0.75 * Aras rendah/ mudah

3- Justeru, item yang sukar mempunyai nilai peratus pelajar menjawab yang rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai peratus pelajar menjawab yang tinggi.

4- Sebagai panduan, aras kesukaran item boleh ditafsirkan mengikut nilai p seperti berikut:

Nilai (p) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu sukar

------------------------------------------

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana sukar

0.61 – 0.80 Mudah

------------------------------------------

0.81 – 1.00 Terlalu mudah

5- Ramai yang silap menyangka bahawa kata tugas dan konstruk adalah elemen utama menentukan aras item. Ingatlah bahawa kata tugas dan konstruk hanyalah merupakan alat/ elemen yang boleh disesuaikan dengan aras sesuatu item. Sebenarnya, peratus pelajar menjawab betul adalah lebih tepat untuk digunakan bagi menentukan aras kesukaran item.

Selamat mencuba daripada Wan Abdul Hamiluddin KPM Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List