- Kesukaran untuk menyeragamkan pemarkahan mungkin boleh berpunca daripada item dan mungkin juga daripada skima yang dihasilkan.
- Situasi ini sering berlaku:
- Jawapan yang diberikn oleh pelajar A tidak diberi markah penuh oleh guru A.
- Apabila jawapan A tadi diberikan pula kepada guru B, pelajar tersebut mendapat markah penuh.
- Untuk mengatasi masalah ini, item berikut mungkin boleh membantu menjelaskan lagi situasi ini. Fokus penjelasan ini adalah lebih kepada item yang menggunakan kata tugas “Terangkan” atau “Huraikan”.
- Contoh item yang sukar untuk diseragamkan pemeriksaanya:
- Perlu diingat bahawa, tidak semua pelajar yang menjawab menggunakan perkataan ”kerana” untuk memisahkan antara isi dengan penerangan.
- Apatah lagi, pelajar mungkin tidak diajar secara seragam oleh guru-guru di dalam kelas bahawa jawapan di atas perlu dijawab sedemikian rupa.
- Darjah kesahan skor yang diperoleh pelajar boleh diangap rendah kerana pemeriksa ”menghukum” pelajar terhadap apa yang mungkin tidak diajarkan kepada mereka.
- Justeru situasi begini boleh diselesaikan dengan membina item yang didasarkan kepada kandungan pelajaran yang objektif dan spesifik. Akan tetapi dikemukakan untuk melihat sejauh mana keupayaan pelajar mengemukakan jawapan.
- Item :Terangkan maksud rukun Islam yang pertama. (2 markah)
- Skima : - Mengucap dua kalimah syahadah (1m)
- Merupakan pengakuan setiap individu muslim tentang adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. (1m).
- Catatan : Isi (1m) / Penerangan (1m)
- Contoh (2):
- Item :Huraikan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bani Umaiyah dalam bidang ketenteraan. (2 markah)
- Skima : - Mengemaskini angkatan tentera (1m)
- Membentuk angkatan tentera berkuda, pasukan
berkenderaan dan berjalan kaki. (1m).
- Catatan : Isi (1m) / Huraian (1m)