SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Thursday, May 26, 2011

TIPS Membina Item Yang Mudah Untuk Diperiksa

Bagi ujian berbentuk esei, ralat pengukuran yang kerap berlaku ialah berpunca daripada item yang sukar untuk diperiksa secara seragam oleh guru-guru.

  • Kesukaran untuk menyeragamkan pemarkahan mungkin boleh berpunca daripada item dan mungkin juga daripada skima yang dihasilkan.
  • Situasi ini sering berlaku:

- Jawapan yang diberikn oleh pelajar A tidak diberi markah penuh oleh guru A.

- Apabila jawapan A tadi diberikan pula kepada guru B, pelajar tersebut mendapat markah penuh.

  • Untuk mengatasi masalah ini, item berikut mungkin boleh membantu menjelaskan lagi situasi ini. Fokus penjelasan ini adalah lebih kepada item yang menggunakan kata tugas “Terangkan” atau “Huraikan”.
  • Contoh item yang sukar untuk diseragamkan pemeriksaanya:

- Item :Terangkan implikasi sekiranya rujuk tidak disyariatkan dalam Islam. (2 markah)

- Skima : Suami atau isteri akan mengalami masalah tekanan jiwa (1m) kerana tidak dapat bersama kembali (1m).

- Catatan : Isi (1m) / Penerangan (1m)

Item dan skima begini memungkinkan situasi yang berlaku kepada pelajar A di atas akan berulang. Ini kerana pemeriksa gagal mengesan dengan tepat had atau garis sempadan isi (1m) dan penerangan (1m).

  • Perlu diingat bahawa, tidak semua pelajar yang menjawab menggunakan perkataan ”kerana” untuk memisahkan antara isi dengan penerangan.
  • Apatah lagi, pelajar mungkin tidak diajar secara seragam oleh guru-guru di dalam kelas bahawa jawapan di atas perlu dijawab sedemikian rupa.
  • Darjah kesahan skor yang diperoleh pelajar boleh diangap rendah kerana pemeriksa ”menghukum” pelajar terhadap apa yang mungkin tidak diajarkan kepada mereka.
  • Justeru situasi begini boleh diselesaikan dengan membina item yang didasarkan kepada kandungan pelajaran yang objektif dan spesifik. Akan tetapi dikemukakan untuk melihat sejauh mana keupayaan pelajar mengemukakan jawapan.

Contoh (1):

- Item :Terangkan maksud rukun Islam yang pertama. (2 markah)

- Skima : - Mengucap dua kalimah syahadah (1m)

- Merupakan pengakuan setiap individu muslim tentang adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. (1m).

- Catatan : Isi (1m) / Penerangan (1m)

  • Contoh (2):

- Item :Huraikan pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bani Umaiyah dalam bidang ketenteraan. (2 markah)

- Skima : - Mengemaskini angkatan tentera (1m)

- Membentuk angkatan tentera berkuda, pasukan

berkenderaan dan berjalan kaki. (1m).

- Catatan : Isi (1m) / Huraian (1m)

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List