SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Saturday, May 03, 2008

Mendidik tugas kita semua


Antara harapan seorang guru yang mengajar dengan wajarnya tuntutan seorang murabbi yang mendidik mungkin hanya mainan bahasa semata-mata. Mungkin natijahnya hanya dirasai oleh murid tersebut 10 atau 15 tahun kemudian. Betapa ikhlasnya guru yang mendidik atau betapa hanya mereka cuma melepasi tugas hakiki mereka.... Kerana itu kita sering dipersoalkan mengapa tanggungjawab mendidik kita sering abaikan jesteru kita lebih utamakan apa yang mereka akan capai dalam peperiksaan akhir mereka yang cuma sekadar 2 hingga 2 jam 1/2 itu sahaja. Lalu kita korbankan kesemuanya hingga terpacul kata-kata seorang guru" silibus telah habis" atau "mereka telah selesai periksa" dan sebagainya. Walhal pada satu ketika kita akan kecewa sekiranya kita mendapat tahu seorang murid kita yang kita telah ajar berlaku seolah macam kurang diajar. Lalu kita katakan bahawa dia dulu belajar pendidikan Islam atau PQS atau Syariah dan sebagainya ... mengapa pula sudah berlaku begitu dan begini atau sebahagiannya tidak lagi memperdulikan soal auratnya. Apa kerana mereka tidak diajar bagaimana menutup aurat? Ataukah kerana cara gurunya menutup aurat memang begitu lalu mereka juga meneladani guru mereka? Mungkinkah itu juga ketidakberkatan murid yang menuntut ilmu terhadap gurunya? Ataukah mereka sudah terasuh begitu dirumah bersama ibu dan ayah mereka? Kesedaran bersekolah agama atau mendapat pendidikan agama sekadar mengikut arus atau mahu supaya anaknya baik tapi tidak "terlalu baik" lalu merelakan pengkhianatan terhadap hukum beragama! Itu baru bab menutup aurat. Cuba perkirakan pula soal solat mereka, hormat kepada orang yang lebih tua dan banyak lagi.....



Mungkin agak keterlaluan persepsi yang terlakar di atas. Walhal itu hanya segelintir ketidakmenjadian manusia yang dicitakan oleh kita. Barangkali kita lebih bahagia memandang ke kelompok murid yang mencapai aspek kemenjadian manuasia yang kita cita-citakan walaupun itu mungkin hanya lahiriahnya semata-mata. Soalnya bagaimana mahu mengajak seluruh manusia yang bernama pendidik ini mengerahkan seluruh kudrat dan jentera pendidikan mencapai hasrat tugas murabbi sejati. Kita tak mahu lagi ungkapan guru kencing berdiri murid kencing berlari atau "dengar katanya jangan ditiru sikapnya" tapi lebih utama kata-kata orang jawa bahawa guru itu ialah "digugu dan ditiru" dengan kata lain ikuti kata-katanya dan tirulah sikap dan tingkah lakunya. Murid itu menjadi cermin bagaimana kemenjadian gurunya.Di sebelah pihak pula ibu dan ayah merekalah pencorak utama kemenjadian anak-anak dan bukan kita segala-galanya. Kita adalah sebahagian daripada orang yang mengisi harapan mereka. Moga-moga anak-anak kita juga nantinya akan diasuh dan diajar oleh gurunya seikhlas kita mengajar anak-anak mereka.




sekadar coretan k rol




No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List