SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Tuesday, July 01, 2008

Rujukan Kriteria

Apa yang diungkapkan pakar pentaksiran dewasa ini tentang rujukan kriteria atau (criterion-refrenced assessment) bukanlah perkara baru untuk dilaksanakan dalam pentaksiran kita. Beberapa hari lalu ana menghadiri majlis perbincangan perkembangan anak di sebuah tadika CLC- Naluri kreatif sebenarnya telah mengamalkan konsep tersebut. Anak-anak tidak lagi menduduki peperiksaan yang menyakitkan mereka dimana parent turut merasai kesakitannya. Anak-anak tidak lagi dihambat dengan mengejar kedudukan nombor dalam kelas tapi mereka mengejar kriteria-kriteria yang sudah ditentukan standard mereka. Selaku guru akan menjelaskan pelaporan tentang kriteria anak kita tahap dan band mana mereka duduk sebenarnya dan mereka ditunjuk ajar mengikut tahap masing-masing. Sekiranya anak kita mampu untuk ke tahap 2 atau 3 dalam semua aspek yang ditaksir mereka meneruskan tanpa perlu menunggu rakan dan tanpa sebarang tekanan. Ibu bapa diterangkan penguasaan anak-anak dari keseluruhan aspek termasuk sosial, emosi, fizikal, intelek, bahasa dan kretiviti dasb secara holistik. Ironinya ialah pengurusan tadika ini telah mengadaptasi sistem yang diamalkan negara luar sejak sekian lama walaupun di tahap pra sekolah lagi.
Apa yang dinukilkan pada catatan pengalaman di atas ialah bahawa kita sedang menuju ke arah pentaksiran yang tulen. Namun ia belum berkesinambungan di persekolahan yang dilalui seterusnya. Nah ! pentaksiran 5227 ini nantinya juga akan bersifat sedemikian. Mari kita terjemahkan secara sedikit demi sedikit terutama pada Pentaksiran Lisan Berasaskan sekolah ( PLBS ). Kita tidak perlu lagi membandingkan tahap pencapaian calon berasaskan nombor semata-mata tetapi lebih merujuk kriteria apa yang mereka capai sekiranya ia berada pada markah tersebut. Dengan kata lain memberi makna kepada markah yang dicapai. Malah guru tidak lagi membandingkan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain berasaskan markah malah lebih berusaha mencapai kriteria yang sepatutnya dicapai. Disitulah akan lahirnya modal insan tulen yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dihasratkan. Calon peperiksaan tidak lagi mengejar 20 A semata-mata tetapi kriteria 20 A lebih menjadi keutamaan. Tidak akan timbul isu 20A tapi tak perform di Universiti!!! Sijil yang calon terima sudah boleh menterjemahkan keseluruhan kriteria yang ditaksir.

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

My Blog List