SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Wednesday, July 02, 2008

Pandangan Islam tentang Hukum Liwat

Pandangan Islam Tentang Hukuman Liwat Oleh : Ustaz Abdul Halim Abdullah Dalam kitab “Fiqh Islami wa Adillatuhu” (Fekah Islam dan dalil-dalilnya) menerangkan pandangan-pandangan ulamak Islam tentang hukum hakam liwat. Cukup sekadar menulis bahawa mazhab-mazhab selain Syafie membezakan sedikit sebanyak dalam hukum hakam mereka diantara zina dan liwat mengikut samada pasangan tersebut telah berkahwin atau belum dan sebagainya. Namun Mazhab Syafie menyamakan zina dengan liwat di dalam hukum hakamnya. Dalam Islam, seseorang itu dikira tidak bersalah dalam pertuduhan zina atau liwat terhadapnya melainkan melalui salah satu dari 2 cara sahaja iaitu (1) pengakuan sendiri, atau (2) pertuduhan dengan dikemukakan 4 orang saksi yang melihat jelas kejadian tersebut dengan melihat sendiri alat-alat hubungan kelamin sipelaku. Bahkan disebut didalam kitab tersebut sekiranya 4 orang membuat aduan/tuduhan zina/liwat terhadap seseorang, namun setelah diambil keterangan hanya 3 orang yang melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin sipelaku manakala seorang lagi hanya mengatakan saya melihat mereka di dalam selimut, maka seorang tadi bebas tetapi 3 orang tadi disebat dengan 80 kali sebatan kerana telah menuduh/mengadu tanpa mengemukakan cukup 4 orang saksi ! Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi. Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi. Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang. Bahkan dalam pengamatan saya terhadap hikmat Syariat Ilahi ini, dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat. Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia Barat.........Baca selebihnya dengan klik tajuk diatas

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

My Blog List