SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Thursday, October 23, 2008

Projek Gemilang

KERTAS CADANGAN PROJEK GEMILANG PENDIDIKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH





1. Tujuan






Kertas cadangan ini bertujuan untuk melaksanakan Projek Gemilang SPM mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah semua sekolah menengah yang sederhana kepada cemerlang dan cemerlang kepada berkualiti pencapaiannya dalam peperiksaan SPM Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah.




2. Rasional



2.1 Sejak pelaksanaan Kurikulum Semakan baru Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah pada tahun 2003 pencapaian keputusan peperiksaan SPM Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah memberangsangkan dari tahun ke tahun .



2.2 Sekolah-sekolah yang mencatatkan pencapaian sederhana perlu diberi garis panduan yang khusus bagi pelaksanaan Projek Gemilang Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah Elektif di peringkat kebangsaan dan negeri dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.



2.3 Sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang akan dirangsang untuk mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan kualiti



2.4 Memberi pendedahan tentang bentuk-bentuk soalan peperiksaan supaya proses P&P lebih berfokus.



2.5 Pendedahan pengurusan Panitia yang efisien sangat perlu untuk merealisasikan matlamat.





3. Latar belakang



3.1 Mesyuarat penetapan SKT 2007 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam memutuskan setiap mata pelajaran hendaklah menjalankan Projek Gemilang bertujuan meningkatkan lagi pencapaian dalam mata pelajaran tersebut.




4. Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah di sekolah.




4.1 Sejak mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah diperkenalkan di sekolah-sekolah SMKA, KAA, SMAN dan SMAR mempunyai rekod pencapaian akademik yang memberangsangkan.
Walau bagaimana pun usaha-usaha perlu dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai prestasi yang berkualiti.




4.2 Pelaksanaan Projek Gemilang diharapkan dapat membantu merealisasikan usaha-usaha ini.





5. Konsep Projek Gemilang



Projek Gemilang Pendidikan Al Quran & Al Sunnah SPM ialah satu program untuk mendorong murid-murid, guru-guru dan pengurusan sekolah supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kegemilangan dalam peperiksaan awam SPM .





6. Matlamat Projek Gemilang


Matlamat Projek Gemilang Al Quran dan Al Sunnah ialah untuk mengenal pasti program yang boleh meningkatkan pencapaian SPM mata pelajaran Al Quran & Al Sunnah di beberapa buah sekolah terpilih supaya dibimbing sehingga mencapai kemajuan yang setaraf dengan pencapaian sekolah cemerlang.





7. Objektif


7.1 Meningkatkan pengalaman dan aktiviti guru berkaitan dengan keperluan peperiksaan SPM Al Quran & Al Sunnah

7.2 Meningkat pencapaian murid-murid dalam peperiksaan SPM Al Quran & Al Sunnah berdasarkan unjuran SPM bagi sekolah berkenaan.

7.3 Meningkatkan pencapaian murid yang berada ditahap SEDERHANA dan CEMERLANG KEPADA BERKUALITI.

7.4 Melaporkan pencapaian peperiksaan dan program untuk meningkatkan pencapaian di sekolah projek gemilang kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan seterusnya ke Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.





8. Sasaran


8.1 Sekolah-sekolah yang memperoleh pencapaian peperiksaan SPM kurang daripada 80 peratus bagi mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan al Sunnah di semua negeri.


8.2 Sekolah-sekolah yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan al Sunnah di semua negeri.


10. Panduan Pelaksanaan


Pelaksanaan projek ini mengikut butiran seperti berikut:


a. Taklimat dan panduan oleh BKPIM kepada pegawai kurikulum di Sektor Pengurusan dan Pelajaran Islam, Jabatan Pelajaran Negeri.

b. Pemilihan sekolah bagi projek gemilang oleh SPPIM, hendaklah dimaklumkan kepada JAPIM pada atau sebelum 15 April 2008.

c. SPPIM hendaklah menjalankan taklimat kepada sekolah yang berkaitan pada atau sebelum 15 April 2008 dan seterusnya pelaksanaan di peringkat sekolah.

d. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan jawatankuasa pelaksana program di sekolah masing-masing dan melaksanakan program ini dalam kadar segera.

e. Pihak sekolah hendaklah membuat penyesuaian takwim yang diberikan oleh BKPIM dengan takwim di sekolah masing-masing dan menghantarnya kepada PPD dan SSPIM bersama laporan.

f. Laporan hendaklah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan SPPIM selepas sebulan daripada tarikh taklimat diberikan di peringkat Daerah atau Negeri. Setiap sekolah hendaklah membuat laporan “progress” perlaksanaan takwim P&P sebagaimana yang disediakan setiap bulan.

Perkara-perkara yang perlu dipantau dan dilaksanakan di seluruh negeri




10.3 Cadangan aktiviti.


10.3.1 Pelaksanaan P&P berfokus

Guru hendaklah memastikan pelaksanaan P&P mengikut takwim yang telah disediakan (disesuaikan dengan takwim sekolah )

Terdapat dua fasa untuk tingkatan lima dalam melaksanakan projek ini iaitu :

i) Fasa 1: Januari–Jun ( pelaksanaan kaedah pembelajaran berfokus semasa proses P&P)

ii) Fasa 2: Jun–Oktober (Pelaksanaan kaedah pembelajaran berfokus semasa sesi latih tubi , gerak gempur dan pengukuhan )

Pelaksanaan projek ini berterusan sepanjang tahun.

Guru perlu membuat persediaan dari aspek :

i) tajuk / hasil pembelajaran

ii) bahan bantuan mengajar ( mengikut kaedah)

iii) soalan penilaian sebelum-semasa- selepas

Guru-guru boleh menggunakan kepelbagaian kaedah yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar .

Penilaian dilaksanakan setiap kali P&P.

10.3.1.1 Pemantapan P&P yang berkesan.
P&P dilaksanakan melalui kaedah pembelajaran yang menarik dan berkesan.

10.3.1.2 Pelaksanaan / Kaedah P&P : ( Rujuk Lampiran 1 )

a) Pembelajaran Koperatif

Merupakan satu kaedah dimana murid belajar secara kerjasama dalam bilik darjah.
Digunakan sebagai aktiviti P&P

Boleh dilaksanakan dengan cara :

i) perbincangan dan pembentangan kumpulan

ii) peer learning


b) Kuiz Cepat Dapat
Merupakan satu latihan menguji kecekapan minda, merujuk dan menjawab soalan kuiz dengan cepat dan tepat.

c) Refleksi dan pengukuhan

Merupakan tugasan yang diberikan kepada murid untuk dilaksanakan di luar bilik darjah
Pelaksanaan / Kaedah :
Tugasan kerja rumah diberi sekali setiap minggu
Bahan berbentuk lembaran kerja yang lebih tertumpu kepada soalan subjektif.

b) Ujian pantas

Merupakan satu kaedah pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam mengingat semula (recall) pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari sama ada secara lisan atau penulisan yang lebih berpusatkan peperiksaan bagi setiap topik yang dipelajari sebagai latihan pengukuhan / induksi set

Kaedah ini menggabungkan teknik pembelajaran masteri, pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Guru boleh membuat ujian cepat sama ada secara lisan atau bertulis pada 10 minit pertama P&P.

Bilangan dan bentuk soalan yang perlu dijawab secara lisan merangkumi semua sub topik yang telah dipelajari dalam tajuk P&P yang sebelumnya. Soalan ini hendaklah dimulakan dari aras rendah dan soalan yang mempunyai jawapan yang ringkas ( maksud/ prinsip/ kesan )


c) Pembelajaran kendiri berfokus

Kaedah ini boleh digunakan untuk tingkatan lima sama ada di dalam fasa 1 sebagai latihan pengukuhan atau fasa 2 sebagai ulangkaji.

Kaedah ini boleh digunakan untuk tingkatan empat secara berterusan sepanjang tahun

Terdapat dua bentuk pelaksanaan pembelajaran kendiri ini iaitu :

a) Soalan berteraskan nota :

Kaedah ini sesuai untuk digunakan kepada murid yang tidak dapat menguasai soalan subjektif.
guru menyediakan nota komprehensif bagi tajuk (terutamanya tajuk yang sukar) dalam sehelai kertas dan di bahagian bawah nota tersebut terdapat soalan yang berkaitan dengan nota yang diedarkan tadi .( Soalan diambil daripada soalan topikal subjektif )
Murid diminta membaca nota yang diberikan dengan pemantauan guru
Murid diminta menjawab soalan–soalan dengan merujuk kepada nota.

b) Soalan berteraskan jawapan :

Guru menyediakan lembaran 1 iaitu soalan dan jawapan ( soalan subjektif ) bagi setiap tajuk.
Guru mengedarkan soalan beserta jawapan untuk dibaca oleh murid. Guru hendaklah memantau semasa murid membaca soalan dan jawapannya.

Guru mengedarkan lembaran 2 iaitu soalan yang kosong ( tiada jawapan ) dan meminta murid menyalin jawapan yang betul mengikut jawapan yang diberikan (soalan yang diberikan tidak mengikut turutan yang sama dengan lembaran 1 )
Guru mengumpulkan jawapan murid dan lembaran kerja 1 dan mengedarkan lembaran kerja 2 dan meminta murid menulis jawapan . ( recall dan application )
** Cadangan menggunakan set soalan topikal subjektif JAPIM

d) Peer Group Learning (kolaboratif dan masteri learning)

· Kaedah ini boleh digunakan selepas murid melaksanakan pembelajaran kendiri dan sesuai digunakan di dalam fasa 2 .

· Guru boleh mengenalpasti murid yang mempunyai keupayaan untuk membimbing rakan sebaya.

** Cadangan menggunakan set soalan 1 -10 JAPIM


10.3.2 Latih tubi dan gerak gempur
Kaedah ini digunakan dalam fasa 2 iaitu mulai bulan Jun Oktober
** Cadangan menggunakan set soalan 1 – 10 JAPIM atau soalan- soalan sekolah lain.

10.3.3 Kamus Istilah

Merupakan satu koleksi istilah dan maksud yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah.


11. Penutup .


Projek Gemilang ini dapat membantu proses P&P yang lebih berfokus dan berkesan melalui latihan (latih tubi dan topikal) serta penekanan kepada tajuk-tajuk yang agak sukar.
Diharapkan pelaksanaan Projek Gemilang Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah. Ini dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan ke arah pencapaian SPM Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah yang gemilang setiap tahun peperiksaan.



Selanjutnya...sila respon pada admin

1 comment:

  1. salam
    saya us abu khuhafah dari sbpi temerloh..baru je posting..amat tertarik dengan blog tuan ni..nak tnye..boleh ke saya dapat kan kertas kerja penih projek gemilang pqs ni?bagaimana caranya?

    ReplyDelete

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List