SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, April 25, 2008

Menjengah Idea 'memedap" @ 'gogoh' orang Ulu Tembeling


Suatu kerangka pemikiran dan rencana baru untuk mencorak sistem pentaksiran di Malaysia sedang digerakkan untuk mencapai hasrat Resolusi Ulu Tembeling dan Taksonomi Lembah Tembeling. Agak jauh falsafah ini untuk direalisasikan kerana bagi pemikiran lama menganggap ia memerlukan satu revolusi pemikiran baru bukan setakat reformasi semata-mata. Kementerian Pelajaran sewajarnya merevolusikan pemikiran ini di peringkat menteri, Jabatan dan seluruh warga pendidik dan ibu bapa secara komited dan berterusan. Maka ada cakap-cakap di belakang yang menyanggah idea baru ini perlu di gerakkan oleh satu kumpulan task force atau think thank yang beroutoriti dan menggerakkannya dari peringkat atasan ke peringkat grassroot di peringkat pelaksana. Kerangka pemikiran ini hanya baru dijengah oleh segelintir pemikir yang mereka ini juga sedang teraba-raba untuk merealisasikannya namun ia wajib disambut secara positif sebagai langkah awal yang bijak dan proaktif.

'Memedap' dan 'gogoh' dapat difahami sebagai mengiktiraf keilmuan,kemampuan, kebolehan,perkembangan,kebudayaan,pencapaian malah juga penyertaan orang di Ulu Tembeling sama dengan anak-anak yang dibesarkan di kuala lumpur. Ini bermakna kita tidak mengkesampingkan jasmani, emosi, rohani. Walhal selama ini setelah 50 tahun kita hanya memberi markah dan hadiah besar kepada satu aspek intelek semata-mata. Luhurnya idea ini dan walaupun agak lambat disambut kehadirannya bukan bererti kita telah gagal kerana kita juga dibangunkan berdsasrkan idea lama itu. Alangkah baiknya jika kerangka memedap dan gogoh ini mampu diterjemahkan dalam sistem pentaksiran yang lebih holistik ini.

Sekian untuk tatapan semua.

Khirul Anuar Lakimin
p.s idea ini cuma pendapat peribadi admin semata-mata

1 comment:

  1. assalamualaikum, ana nampak pandangan jelas anta untuk membawa perubahan era pendidikan kita. Betul, cukuplah lima puluh tahun kita hanya mengiktiraf kognitif seumpama emas dan permata yang terlalu berharga. Sahsiah, pula kita anggapkan ia hanya sebagai kaca yang tidak berharga. belum lagi kita sentuh soal iman, islam dan ihsan, sejauh mana ia menjadi agenda dalam PnP Guru Pendidikan Islam di seluruh Malaysia tercinta ini?

    ReplyDelete

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List