SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Thursday, April 03, 2008

Peringatan Untuk Yang Lupa


TABARRUJ
Soalan; Apa yang termasuk dalam pengertian tabarruj?Jawapan;Hukum tabarruj adalah haram. Wanita yang bertabarruj adalah berdosa kerana ia melanggar arahan Allah di dalam al-Quran iaitu firmanNya;وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى“…dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)Adapun makna tabbaruj; dari sudut bahasa ia bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. (al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi, hlm. 238). Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan. (Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33)Secara terperinci, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;[1]1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.4. Bergaul bebas dengan para lelaki5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.Wallahu A’lam.Rujukan;1. Al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi.2. Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33.3. Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).[1] Lihat; al-Halal wa al-Haram, hlm. 160, Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL at 10:50 AM 0 comments
Labels:

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List