SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Sunday, April 27, 2008

Menyingkap PBS Semalam dan Prestasi Esok




Semalam banyak mengajar manusia untuk meneroka hari ini dan hari esok kita. PBS menjangkau usia 4 tahun. Menilai prestasi dan pencapaiannya agak sukar diterjemahkan melalui pemerhatian mata kasar semata-mata. Mungkin ada pihak yang telah membuat kajian dan meneliti data-data pencapaian calon pada tahun yang telah berlalu. Sejauh mana ia mencapai objektif asal iaitu melahirkan pelajar yang terampil membaca dan menghafaz al-Quran ( surah Yaasin dan al Sajdah) serta bacaan hadis belum dipastikan. Namun jika berdasarkan data markah kesemunya meletakkan tahap penguasaan cemerlang. Antara beberapa isu yang perlu difikirkan ialah mungkinkah ada calon yang begitu cemerlang markahnya dalam PBS tetapi sebaliknya tidak lulus pada kertas 1. Berapa ramaikah pula calon yang benar2 menghafaz keseluruhan surah yang ditentukan atau mereka hanya boleh menghafaz sebahagian surah yang menjadi soalan sahaja. Malah ada juga isu calon yang merasa tidak perlu menyelesaikan PBS mereka kerana tidak ada apa-apa kepentinganpun. Sejauh mana konsep "assessment for better learning" dilaksanakan? Lebih utama sejauhmana kita dapat menjamin nilai kesahan dan kebolehpercayaan nombor pada markah pentaksir sekolah benar2 genuin dan tulen. Malahan kita patut memikirkan bagaimana nilai markah 80 oleh pentaksir sekolah di Ulu Tembeling dengan nilai markah oleh pentaksir sekolah di SMAP Kajang.




Semalam yang telah berlalu itu perlu penilaian malah perlu ditangani dengan tindakan segera dan berkesan oleh semua pihak. Soalnya siapa yang harus memulakannya?. Isu ini adalah isu bersama antara pelaksana mahupun peringkat yang mempunyai outoriti mentadbir pentaksiran ini. Mungkin blog ini boleh mengajak tuan-tuan berfikir tentang kaedah penyelesaian yang berkesan malah menjelaskan banyak lagi isu semalam kita yang belum selesai. Jangan jadikan ia hutang yang tak dapat diselesaikan sampai bila-bila yang menjadi pusaka pada generasi yang kita ingin bina sebagai modal insan yang kita harapkan.



Ayuh mulakan langkah buka gelanggang tajamkan minda.



dari admin k-rol


No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List