Guru matapelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah selaku Pentaksir yang melaksanakan pentaksiran di sekolah sewajarnya memastikan kertas 5227/3 dapat dilaksanakan sebagaimana juga pelaksanaan kertas 5227/2 PLBS. Pelaksanaan kertas ini terkandung dalam dokumen rasmi format pentaksiran yang dilaksanakan mulai tahun 2004 lagi. Bagi mengelakkan beberapa implikasi yang negatif terhadap guru selaku pelaksana pentaksiran ini beberapa langkah bijak seharusnya diambil sekiranya pelaksanaannya selama ini berjalan agak kurang lancar. Langkah pro aktif seharusnya diambil dengan mengujudkan fail khusus bagi kertas 5227/3 sebagai eviden yang sah bahawa kita telah melaksanakannya. Beberapa kes tindakan tatatertib ke atas guru yang gagal mengemukakan eviden seharusnya dapat dielakkan demi menjamin keberkesanan pentaksiran yang dilaksanakan. Sokongan dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia amat diharapkan dalam membantu memberikan panduan khusus serta format yang mesra pengguna dalam melaksanakan kertas ini.
KHIRUL ANUAR LAKIMIN
Ketua Pentaksir Kebangsaan 2009
No comments:
Post a Comment
Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan