SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Saturday, May 24, 2008

Ketokohan Imam Ahmad Ibn Hambal

Imam Ahmad, Orang Tua dan Anjing

Imam Ahmad bin Hambal merupakan seorang ahli hadith yang sangat terkenal. Beliau juga merupakan ahli fiqh yang terkenal di seluruh Iraq. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafi’e yang mewarisi semangat mencari ilmu dan mengembara demi mencari hadith di seluruh dunia Islam. Pada suatu hari, Imam Ahmad terdengar bahwa di Khurasan, terdapat seorang tua yang memiliki hadith yang sampai sanadnya kpd Nabi Muhammad S.A.W. Jadi tanpa membuang masa, Imam Ahmad pun menyediakan bekalan dan bersiap-siap untuk perjalanannya menaiki unta. Perlu diingatkan disini, Khurasan dengan Baghdad jaraknya beribu-ribu kilometer. Betapa besarnya pengorbanan ahli-ahli hadith dalam usaha mengumpulkan hadith. Moga Allah menganugerahi mereka darjat yang tinggi dan diletakkan di tempat istimewa di syugaNya. Imam Ahmad pun berjalan sehingga bekalan yang dibawanya habis, dua hari dia tak makan sehingga beliau sampai ke suatu Bandar akan tetapi untuk mendapatkan bantuan Baitul Mal, Imam Ahmad rasa malu. Jadi, Imam Ahmad bekerja di pasar selama dua minggu sampailah dapat mengumpulkan bekalan untuk meneruskan perjalanan semula. Kemudian setelah hampir sebulan, sampai la juga kat tempat orang tua tu tinggal. Ketika beliau sampai orang tua tersebut sedang memberi makan kepada seekor anjing. Imam Ahmad bagi salam, orang tua tu menjawab dan memandang sekilas lalu kepada Imam Ahmad lalu kembali memberi makan pada anjing tersebut tanpa menyambut Imam Ahmad. Imam Ahmad yang sangat letih pula menunjukkan kesetiaannya menunggu orang tua tersebut. Selesai sahaja ia memberi makan orang tua tersebut seraya berkata kepada Imam Ahmad: “Mungkin dalam hatimu mengatakan aku lebih memperhatikan anjing lebih daripadamu?”“Benar.” Jawap Imam Ahmad Orang tua itu berkata: “Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tidak akan masuk syurga” Orang tua itu berkata lagi bahawa di kampungnya itu tiada anjing. Tiba-tiba anjing tersebut datang kepadanya dalam keadaan lapar dan mengharap supaya diberi makan. “Aku tidak mahu memutuskan harapannya hanya kerana kedatanganmu. Nah, sekarang sudah jelas permasalahannya. Sekarang apa pula keperluanmu datang kepadaku? Kata Imam Ahmad: “Hadis yang kau ucapkan itu sudah memenuhi tujuanku datang kesini.” Jawab Imam Ahmad. Cuba kita bayangkan hadith itulah sahaja hasil perjalanan beliau yg melelahkan itu. Subahnallah maha suci Allah. Indahnya cerita ini, menyentuh sanubari kita. Kisah satu perjalanan yang panjang, kisah tentang perngorbanan, kisah tentang usaha yang gigih, kisah tentang memelihara kata-kata Rasulullah, kisah tentang seorang yang begitu menghiasi hidupnya dengan hadith yang dikandung dalam jiwanya. Indah, indah sungguh indah! Ada baiknya kalau kita muhasabah kembali. Begitukah pengorbanan kita dalam hidup seharian? Seperti Imam Ahmadkah yang sanggup berkorban segalanya demi agama? Atau seperti orang tua itu tadikah yang begitu memelihara apa yang diketahui, dan terus terusan mengamalkannya? Atau berapa banyakkah orang yang datang meminta, tapi kita putuskan harapannya? Astagfirullah. Muhasabah yang sangat besar. Moga Allah ampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List