SELAMAT MAJU JAYA DAN SUKSES

Friday, May 09, 2008

Jendela Hikmah: Cabaran ibu bentuk generasi bertakwa


Oleh Dr Azma Mahmood di sumber Berita Harian
HADIAH TAK TERNILAI: Walau berkerusi roda Gayah Osman dikelilingi sanak saudara selepas menerima Anugerah Ibu Mithali sempena sambutan Maal Hijrah 2006 peringkat negeri Pulau Pinang tidak lama dulu. - Gambar hiasan
Negara jadi makmur, aman sentosa jika semua anak dapat didikan sempurna dari rumah SEBENING titisan embun pagi, secerah sinarnya mentari. Bilaku tatap wajahmu ibu, ada kehangatan di dalam hatiku. Air wuduk selalu membasahimu, ayat suci selalu dikumandangkan. Suara lembut penuh keluh dan kesah, berdoa untuk putera puterinya." Sebahagian lirik daripada lagu Ibu oleh Sakha penyanyi seberang, membuat hati semua ibu tersentuh. Jika boleh, semua ibu mengimpikan anak yang mengenang budi dan berbakti kepada orang tua.
Jauh di sudut hati kita bertanya diri, apakah tanggapan anak kita terhadap diri kita? Adakah kita dikenang oleh anak seperti dalam lirik di atas? Saodah Hassan menulis dalam bukunya bertajuk: Ibu: Tanggungjawab, Pengorbanan dan Cabaran, "Ibu adalah wanita yang dimuliakan Allah sebagaimana tercatat dalam kitab suci al-Quran. Bila disebut ibu, ia adalah seorang wanita, kiranya wanita itu baik, maka baiklah sesuatu keluarga dan jika keluarga itu baik, maka baiklah masyarakat, jika sesuatu masyarakat itu baik maka sesebuah negara akan jadi baik." Sebenarnya penulisan di atas adalah maksud daripada hadis popular yang menekankan pentingnya pengaruh ibu dalam menentukan berjaya atau gagalnya sesebuah keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

No comments:

Post a Comment

Kalau baik sebarkan kalau keji dan buruk buangkan jauh-jauh jangan amalkan

FREE PALESTINE

My Blog List